~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, February 4, 2010

Lagi pemimpin PKR bidas pentadbiran Guan Eng!

Kerajaan negeri gagal selesai isu penjaja Melayu, perumahan !

Seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil membuat kritikan terhadap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng dengan mendakwa tiada perubahan besar dilakukan walaupun hampir dua tahun mentadbir negeri.

Kritikan terbaru itu dibuat Timbalan Pengarah Pilihan Raya (Pengurusan) PKR negeri, Johari Kassim, yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Jun tahun lalu, Johari mencetuskan kontroversi dengan mengetuai tindakan memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) MPSP, Mokhtar Mohd Jait kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.

Johari berkata, beliau mendapati, kerajaan negeri kurang memberi perhatian terhadap dua aspek iaitu penjaja gerai terutama membabitkan peniaga Melayu dan bidang perumahan.

"Kita lihat kerajaan negeri masih belum memperkenalkan satu mekanisme khas untuk membantu penjaja mengakibatkan nasib mereka kurang dibela. Ini menyebabkan kerajaan negeri sering disalahkan.

"Bagi perumahan pula, saya lihat rakyat negeri ini kurang berkemampuan membeli rumah kerana harganya cukup mahal yang berpunca akibat ketiadaan pengawalan terhadap pemaju.

"Kini ramai rakyat membeli rumah di Sungai Petani dan Kulim kerana rumah di sini terlalu mahal. Contohnya, di Balik Pulau harga rumah mencecah RM400,000. Macam mana rakyat hendak membelinya kalau terlalu mahal," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kritikan itu memberi tamparan terbaru kepada Guan Eng yang sebelum ini dikritik Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, kedua-duanya dari PKR.

Zahrain melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis, manakala Tan pula menempelaknya sebagai seorang Ketua Menteri yang tidak mempunyai kelas.

Johari berkata, kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu bagi menyelesaikan isu membabitkan kebajikan rakyat lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan beberapa tahun lagi.

"Dalam ceramah parti, kita selalu bidas Barisan Nasional (BN) kerana gagal membela nasib rakyat. Tetapi, kita sudah dua tahun masih belum buat perubahan besar lagi. Kita harus bermula dari sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Johari meminta pucuk pimpinan PKR menghantar memorandum kepada DAP supaya mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi, yang melabelkan ahli PKR yang menimbulkan masalah sebagai sampah sarap.

"Kenyataan Jeff Ooi ini cukup melampau dan menghina parti terutama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa dalam saat-saat seperti ini beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Beliau tidak sepatutnya keluarkan kenyataan seumpama itu kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan serta mengguris hati rakan dalam pakatan," katanya.

Penang Wasabi

2 comments:

  1. Salam ulkhwah, teruskan perjuangan tuan dan kita berada dalam satu barisan dan dilandasan yang betul.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Tuan BraveHeart..salam perjuangan dari saya...!

    ReplyDelete