~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, December 26, 2011

Konflit dalaman DAP : Rayer cabar Ramasamy tunjuk bukti!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer hari ini mencabar Prof. P. Ramasamy menunjukkan bukti siapa yang meminta pertolongan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu untuk mendapatkan projek.

Rayer berkata, kenyataan Ramasamy berhubung perkara berkenaan jelas menjatuhkan imej parti serta memberi persepsi buruk kepada masyarakat terhadap DAP.

Beliau turut mencabar Ramasamy mengemukakan nama individu dan projek yang terlibat serta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kenyataannya yang mengatakan ada beberapa individu dalam parti (DAP) meminta projek daripada beliau adalah tidak benar. Jika benar, saya cabar beliau kemukakan bukti.

“Saya berasa dukacita kerana tindakan beliau memalukan parti dengan membuat tuduhan melulu sedangkan semua orang tahu kita mengamalkan sistem tender terbuka bagi semua projek,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Rayer, tindakan Ramasamy itu jelas menunjukkan sikap tidak menghormati pucuk pimpinan parti.

Rayer turut ditanya ditanya mengapa beliau terpanggil untuk memberi kenyataan balas terhadap dakwaan itu sedangkan Ramasamy tidak menyebut sebarang nama.

Kepada soalan itu, beliau menegaskan, walaupun Ramasamy tidak menyebut nama, namun kenyataan ‘kepada yang mengkritiknya’ adalah merujuk kepada dirinya, ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berikutan hanya mereka bertiga yang mengkritik Ramasamy selama ini.

“Karpal sudah memberi kenyataan balas pada Sabtu lalu manakala Tanasekharan pula sehari sebelumnya. Saya terpanggil untuk memberi kenyataan pada hari ini berikutan merasakan Ramasamy memberi kenyataan tidak benar,’’ katanya.

Penang Wasabi..

Sunday, December 25, 2011

OSTAD KITA kata Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras nak robohkan Madrasah!


Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, OSTAD KITA Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

Lihatlah betapa RIAKnya seorang Menteri Besar selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar mengatakan yang beliau tahu mengenai hukum hakam!!!

Penang Wasabi..

Friday, December 23, 2011

Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut!

Bangunan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak, Alor Setar Kedah bakal dirobohkan untuk dibina Plaza Tunku Yaacob.


Banyak kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.

Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.

Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun. Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Sebelum ini ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.

Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.

Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Wednesday, December 21, 2011

130 ahli PKR Penanti sertai UMNO!


Abdul Wahab Abdul Rahman (tiga dari kiri) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Zainal Abidin Osman di Tanah Liat, Bukit Mertajam, semalam.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Penanti menerima tamparan baru apabila 130 ahlinya bertindak keluar parti dan menyerahkan borang menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai bekas Ketua PKR Cabang Tanah Liat, Abdul Wahab Abdul Rahman bersama 59 ahlinya serta 71 lagi ahli PKR dari Kampung Bukit Berangan yang diketuai Mohd. Nasir Yop.

Menurut Abdul Wahab, 71, dia mengambil keputusan itu kerana kecewa dengan perjuangan yang dibawa PKR.

“Perkara ini dah difikirkan lama dulu kerana tanpa sebarang alasan saya ditendang daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) Tanah Liat/ Simpang 3 Berapit dan Ketua Cawangan serta digantikan oleh orang lain.

“Hari ini saya mengambil keputusan untuk kembali kepada UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sendiri, Datuk Zainal Abidin Osman,” katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Rakyat di rumahnya di Tanah Liat di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Tambah Abdul Wahab yang menyertai PKR sejak ia ditubuhkan, dia dan ahli lain berjanji akan membantu UMNO merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti serta Parlimen Permatang Pauh yang kini dikuasai PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Mohd. Nasir berkata, suatu masa dahulu kampungnya adalah kubu kuat PKR malah hanya terdapat kurang lima rumah sahaja yang didiami ahli UMNO, namun kini semuanya berubah dengan kemasukan 71 ahli PKR ke dalam UMNO.

“Sekarang situasi sudah berubah kerana hanya tinggal kira-kira lapan keluarga sahaja yang masih menyokong PKR, sedangkan ramai yang lain kembali kepada UMNO yang lebih dipercayai untuk membantu orang Melayu.

“Datuk Dr. Mansor Othman sendiri sebagai ADUN Penanti dilihat gagal membela nasib penduduk malah tiada sebarang kemajuan yang dibawa ke kampung kami sejak sekian lama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zainal berkata, Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh harus membuka mata dengan kemasukan beramai-ramai anggota PKR ke dalam UMNO.

“Penduduk di Permatang Pauh sudah lama terabai kerana Anwar tidak banyak habiskan masa untuk rakyat di sini tetapi sering bergelut dengan masalah peribadinya menyebabkan rakyat menderita.

“Jadi, sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional diberi mandat semula oleh penduduk Permatang Pauh untuk menerajui Pulau Pinang,” katanya.

Jelasnya, arus penghijrahan ini akan berterusan dan lebih ramai dijangka akan kembali menyertai UMNO dalam masa terdekat ini.-UM.

Penang Wasabi..

Sunday, December 18, 2011

GEMPARRR..!!! NIK AZIZ HARAMKAN UMNO GUNA ISTILAH "JIHAD"..!!! DAP SAJA BOLEH GUNA ISTILAH TUUU..?!!!


Kadang-kadang, saya jadi muak nak mengulas tentang Nik Aziz Nik Mat dan kenyataan-kenyataan bodohnya yang cuba dijadikan sebagai fatwa muktabar oleh “suku kaum agama” PAS. Namun memandangkan ke”nyanyuk”kan Mursyidul Am PAS yang dikatakan sudah memakai “pampers dewasa” itu, saya tiada pilihan untuk menulis bagi membetulkan pesepsi buruk tersebut.

Terbaru, Nik Aziz marah-marah ekoran penggunaan istilah “jihad” oleh Tmbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru-baru ini bagi menguatkan semangat orang UMNO menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Katanya, UMNO tak layak pakai istilah “jihad” dan perkataan tersebut hanya sesuai digunakan untuk menegakkan Islam.

Katanya, UMNO tak layak guna istilah itu kerana perkataan “jihad” berasal dari Al-Quran, manakala UMNO mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Malah menurutnya UMNO menggunakan istilah “jihad” untuk orang Melayu sahaja, sedangkan Islam meliputi semua kaum lain seperti bangsa Arab, kaum Cina dan lain-lain di dunia.

Saya percaya, kalau saya kata Nik Aziz Nik Mat itu bodoh, tentu ramai puak-puak PAS yang malas berfikir akan marah saya kerana menyifatkan “Nabi” mereka dengan sifat begitu. Oleh itu, saya gunakan perkataan “lembut sedikit” bahawa Nik Aziz bagai “tidak berakal untuk berfikir” dan “tidak bijak dalam pemikiran dungunya” itu.

Saya akui, memang perkataan “jihad” termaktub di dalam Al-Quran. Namun, bagaimana dengan perkataan lain di dalam Al-Quran seperti Islam, Iman dan lain-lain perkataan yang digunakan oleh umat Islam lain? Apakah perkataan itu juga dilarang penggunaannya? Jangan fikir semua orang PAS saja tahu pakai istilah di dalam Al-Quran, orang UMNO pun tahu dan layak juga pakai istilah yang sama!

Mengapa marah UMNO pakai istilah “jihad”? PAS pakai istilah dan nama “Islam” pada nama partinya, tidak salahkan tindakan tersebut? Sedangkan, PAS hanyalah parti politik yang tidak pun memperjuang atau mengimarahkan Islam di negara ini. Sebagai contoh, Nik Aziz hanya bina sebuah masjid saja sepanjang pemerintahannya di Kelantan selama lebih 20 tahun! Itu baru contoh kecil!

Apakah PAS memperjuangkan Islam dan layak menggunakan istilah “Islam” pada nama partinya? Apa yang PAS buat untuk mendaulatkan Islam di negara ini? Apakah Nik Aziz tidak ingat bahawa dialah dalang utama yang menentang perpaduan umat Islam di negara ini yang dipisahkan oleh fahaman politik jumudnya itu? Apakah Nik Aziz lupa tentang PAS yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan Islam dan semangatnya di negara ini?

Rasanya, kenyataan Nik Aziz itu penuh dengan emosi yang membenci UMNO dan umat Islam yang menyertai parti musuhnya itu. Kenyataannya bukan berlandaskan Islam dan akhlak nabawiyyah, namun lebih kepada nafsu serakah politik yang tidak rasional serta memecah belahkan!

Sepatutnya, Nik Aziz patut bersyukur kerana UMNO menggunakan dan menghidupkan kembali istilah “jihad” dari Al-Quran yang semakin lama dilupakan oleh umat Islam di negara ini. Positiflah sedikit, Tok Guru! Usahlah terus bersikap negatif dan memandang buruk sangka terhadap saudara seIslam sendiri!

Saya percaya, penyalahgunaan kuasa mahupun rasuah bukan saja ada di dalam UMNO, namun sikap buruk itu juga wujud di dalam PAS, PKR, DAP dan lain-lain parti. Rasionalnya, sikap tersebut tidak mewakili parti dan sebetulnya ia adalah merupakan sikap buruk segelintir individu atau tokoh di dalam parti tersebut. Justeru itu, tidak adillah Nik Aziz menuduh UMNO begitu, sedangkan parti PAS lagi teruk rasuah dan salah guna kuas di Kelantan! Tak ingat berapa ratus yang Tok Guru beri pada pengundi pada PRK di Kelantan tempohari?

Saya juga yakin, dengan penerapan nilai Islam seperti “jihad” di dalam UMNO, ia bakal memulihkan sikap buruk rasuah mahupun salahguna kuasa yang masih wujud. PAS pun sepatutnya memuji UMNO kerana memilih istilah yang sebegitu murni. Mungkin PAS boleh mengesyorkan UMNO supaya menggunakan istilah “intifaadhah” (kebangkitan) selepas ini?

Nik Aziz patut sedar dan buka mata sekaligus mengiktiraf peranan UMNO dalam memperjuang dan mendaulatkan Islam di negara ini. Apakah Tok Guru fikir JAKIM, Jabatan-Jabatan Agama Islam, PERKIM, YADIM, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi agensi-agensi Islam di negara ini ditubuhkan serta diperjuangkan oleh PAS, DAP, PKR, MCA, MIC, PRM, PPP, atau lain-lain parti?

UMNO jugalah yang buat semua itu dan pernahkah PAS bekerjasama, menyokong, menyertai atau memberikan galakan kepada UMNO untuk terus memperjuangkan Islam di negara ini? Tahukah Tok Guru kenapa kedua-dua jawatan Ketua Tertinggi Agama Islam dan Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Negara diberikan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong? Tahu tak kenapa diberikan kepada pihak yang sama? Boleh jawab? Atau IQ Tok Guru tersumbat lagi?

Boleh dikatakan bahawa seluruh umat Islam di negara ini yang rasional dan rajin berfikir bersetuju dan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh UMNO dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Hanya Tok Guru dan mereka yang tidak berfikiran rasional saja yang menolaknya. Maklumlah, bila matlamat menghalalkan cara, perkara yang hak pun akan dipandang batil oleh puak-puak seperti Tok Guru!

Justeru itu, tidak salah sama sekali UMNO menggunakan perkataan atau istilah “jihad” di dalam muamalahnya. Tidak ada dalam hukum syarak pun yang menegah UMNO dari menggunakan istilah sebegitu di dalam perjuangannya demi Islam, bangsa dan tanahair. Lainlah PAS yang “memperdagang” dan “menjual” Islam untuk mendapatkan undi! Itu jual agama demi kuasa namanya..!!!

Oleh : DukeofUmno

Penang Wasabi..

Tuesday, December 13, 2011

Ucapkanlah Selamat Jalan Kepada Anwar Ibrahim!



Akhirnya sampai ke bahagian penamat perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang merupakan perbicaraan terpanjang dalam sejarah Malaysia malah memecah rekod perbicaraan yang paling banyak ditangguhkan iaitu 78 kali. Dan ternyata juga penangguhan sebanyak itu masih tidak dapat menafikan memang terdapat aktiviti liwat yang berlaku antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Para peguambela Anwar seperti sepakat mengatakan bahawa liwat tersebut berlaku atas SUKA SAMA SUKA. Teori SUKA SAMA SUKA sebenarnya telah dimulakan oleh pihak Anwar sendiri apabila pecah berita, Saiful telah membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun teori itu disenyapkan dan cuba ‘dilupakan’ begitu sahaja oleh juak-juak Anwar kerana teori itu memakan diri sekaligus membenarkan FAKTA Anwar adalah seorang peliwat.

Tiada apa yang menghairankan apabila para barisan peguambela Anwar juga menggunakan teori yang sama dalam mahkamah. Tiga kali mereka meminta agar perbicaraan dijalankan secara tertutup dan kemudiannya menyanggah pendapat pakar dengan pendapat mereka sendiri selain cuba memanipulasikan pemikiran orang ramai dengan membuat ceramah di medan terbuka untuk mempertikaikan segala perjalanan perbicaraan berkenaan tetapi apabila diberikan peluang di mahkamah, yang dipertikaikan hanyalah tentang masalah teknikal dan prosedur, bukannya tentang Anwar meliwat Saiful.

Anwar dan barisan peguamnya seperti sudah menyerah kalah. Anwar tidak langsung memberikan ruang untuk orang ramai membuat persepsi bersih terhadapnya. Sebaliknya Anwar sekadar bermain-main dengan masa dan ingin menundanya. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Anwar sebenarnya mahu bersedia untuk masuk ke penjara dan memulakan kempen baru mirip 1998 iaitu meraih simpati daripada orang ramai.

Penggulungan hujah yang membabitkan pasukan pembela ternyata satu malapetaka apabila ketiga-tiga peguam bela Anwar ‘sepakat’ yang Anwar meliwat Saiful sama ada menerusi kenyataan ala-peguam mereka ataupun tindakan mereka enggan mempertikaikan kewujudan air mani Anwar di dalam rektum Saiful.

Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pendakwaraya, Datuk Yusof iaitu air mani Anwar di dalam rektum Saiful, keterangan Dr. Hoogland yang kelihatan terlalu ‘diupah’ dan percanggahan keterangan seorang saksi Anwar iaitu Najwan Hilmi, ternyata menjadi buah maut untuk pasukan Anwar Ibrahim meneruskan kerja-kerja jahat mereka memutarbelitkan fakta.

Kebergantungan yang keterlaluan oleh pasukan pembela Anwar Ibrahim terhadap Dr. Osman dari Pusrawi yang membuat pemeriksaan awal tetapi kemudiannya merujukkan Saiful ke Hospital Besar untuk tujuan pemeriksaan yang lebih detail, sebenarnya dilihat lebih kepada membunuh diri.

Dalam keterangannya, Dr. Osman sendiri mengakui dia bukanlah pakar dan pemeriksaan yang dijalankannya adalah secara ‘general’. Dia hanya melihat tiada kesan tusukan tetapi pemeriksaan lanjut oleh pakar di HKL pula membuktikan mangsa Anwar Ibrahim itu sememangnya telah diliwat berdasarkan kesan yang terdapat pada rektum dan air mani yang masih tersimpan dalam rektum Saiful Bukhari Azlan.

Kegagalan pihak pembela Anwar untuk menerangkan bagaimana air mani Anwar boleh berada di dalam rektum, dilihat sangat melucukan apabila dua orang peguambela Anwar iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal cuba menimbulkan teori ‘planted’. Pun begitu, mereka gagal menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim itu boleh tersimpan tanpa Anwar Ibrahim menyedari air maninya telah diperolehi oleh pihak berkuasa untuk ditanam dalam rektum Saiful Bukhari Azlan.

Cubaan Ram Karpal untuk menyangsikan air mani tersebut mempunyai DNA Anwar Ibrahim juga, dilihat gagal. Malah apabila Sankara Nair serta Karpal Singh berterus-terusan cuba mengaitkan pembabitan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dalam kes tersebut, ia lebih kepada satu cerita dongeng yang terpaksa dikarang untuk memuaskan hati si pengupah mereka.

Berdasarkan kepada perkembangan yang ditunjukkan, Anwar Ibrahim seharusnya sudah diberikan ucap Selamat Jalan memandangkan peguam-peguam yang berharga mahal dan menjadi pembelanya, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Penggulungan hujah kedua-dua pihak pada 15 Disember nanti, sebenarnya tidak lebih daripada satu prosedur semata-mata memandangkan Karpal, Sankara dan Ram sudah pun membayangkan kejadian liwat tersebut adalah SUKA SAMA SUKA.
-Selangor Daily

Penang Wasabi..

Monday, December 12, 2011

BUKTI ANWAR/PKR ADALAH PEJUANG GAY DAN HOMOSEKS !





Tak perlu nak cerita lebih, tetapi kita boleh menilai sendiri.

Semalam peguam utama Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.

Karpal berkata Mohd Saiful mendakwa diliwat secara paksa namun, hujahnya, keterangan saksi utama, di mahkamah membuktikan sebaliknya.

“Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri”, katanya.

Karpal menyifatkan Mohd Saiful seperti seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat. Menurutnya, Mohd Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. Justeru itu, Karpal menggesa mahkamah mengkaji semula kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi.

Dari apa yang dirumuskan oleh Karpal Singh ini secara tidak langsung beliau telah mengesahkan bahawa Anwar memang ada melakukan aktiviti LIWAT yang selama ini dinafikan sendiri oleh anak guamnya iaitu Anwar Ibrahim!

Kepada pengikut-pengikut tegar Anwar Ibrahim di harap selepas ini akan dapat memikirkan semula sokongan anda terhadap beliau. Sanggupkah kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang suka kepada aktiviti homoseks dan gay? Fikir-fikirkanlah..?

Terima kasih kepada http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ untuk sumber gambar.

Penang Wasabi

Thursday, December 8, 2011

NGO 'hadiah' Guan Eng kek replika najis!


Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan 'kek' unik serta replika najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena hari lahirnya yang ke-51 di Bangunan Komtar, di sini hari ini.

Bagaimanapun, cubaan 20 ahli NGO berkenaan gagal berikutan pintu utama menghala ke pejabat Setiausaha Agung DAP itu dikunci pengawal keselamatan.

Difahamkan replika najis itu diterima daripada empat individu yang mengisytiharkan mereka sebagai ahli NGO selepas keluar dari DAP.

Presiden Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman yang mengetuai kumpulan itu berkata, kek itu diperbuat daripada polisterin dan disalut dengan krim coklat sebagai tanda tidak berpuas hati mereka dengan pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luaran sahaja.

''Kek yang bersalutkan coklat diluar itu jika dilihat ia sangat lazat dengan warna dan rupa bentuknya, namun apabila dipotong dalamnya palsu kerana diperbuat dengan polisterin yang sememangnya tidak boleh dimakan.

''Mereka (Kerajaan DAP Pulau Pinang) sama seperti kek itu di mana hanya cantik di luar namun di dalam sebaliknya.

''Kami membuat kek itu begitu adalah untuk menunjukkan bahawa pentadbiran DAP di negeri ini adalah palsu semata-mata. Mereka menipu rakyat dengan janji manis namun jika kita lihat agenda yang sebenar, semuanya palsu belaka," katanya kepada pemberita.

Penang Wasabi..

Rupanya ada sistem Kasta & Rasis dalam DAP!


Sistem kasta dan rasis sememangnya cukup kuat diamalkan didalam parti rasis DAP,masakan tidak baru baru ini M Kulasegeran Ahli Parlimen Ipoh Barat bertindak mengugut untuk keluar parti apabila diperlakukan bagaikan paria didalam DAP.

Begitu juga Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh dan Hee Yit Fong Adun Jelapang dari DAP mereka juga mendakwa menjadi mangsa tindakan rasis dan double standart didalam DAP.

Didalam DAP mereka yang bukan kristian dan juga bukan dari kalangan evengelis hanya menjadi golongan kelas kedua didalam hirarki parti. Sebab itulah memang wujud kelompok daripada kaum cina yang bukan kristian dan india tidak menjadi pemimpin utama didalam DAP.

Cuba anda perhatikan senarai pimpinan kanan DAP,kalangan mereka hampir 90% adalah golongan ekstremis evengelis . Di manakah yang dikatakan demokrasi didalam parti hinggakan kalangan yang tidak setaraf atau sealiran agama dibelakangkan.


P.Ramasamy diarahkan untuk memohon maaf kepada Karpal Singh hanya kerana menyebut 'warlord' dan "godfather" yang menentukan siapakah yang bakal menjadi calon DAP pada PRU13 nanti. Sedangkan semua orang tahu Godfather didalam DAP adalah Kit Siang& Karpal dan juga Guan Eng.

Mereka ini yang menentukan kroni kroni didalam parti sahaja yang akan mendapat tempat untuk menjadi calon.Tidak ada mana mana ahli DAP yang berani menyangkal bahawa barisan pemimpin yang ada sekarang ini kesemuanya adalah kroni kroni godfather DAP.

Adalah tidak mengejutkan kaum India dan cina bukan kristian paling ramai meninggalkan DAP sejak akhir akhir ini.

Sumber : www.pisau.net

Penang Wasabi..

Sunday, December 4, 2011

Guan Eng perlu jawab projek RM5 juta gagal!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menyiapkan projek tempat letak kereta bertingkat bernilai RM5 juta yang terletak di Bukit Bendera.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen mendesak Guan Eng yang juga Pengerusi PDC memberikan penjelasan penuh terhadap kegagalannya menguruskan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat itu.

“Macam mana PDC tidak boleh bina tapak letak kereta ini. Apa guna diberikan peruntukan sekiranya tidak boleh buat?

“Jika tempat letak kereta ini tidak boleh buat, apa yang mereka boleh buat?,” soalnya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Makanan Penjaja 2011, Johor Jaya di sini, semalam.

Semalam, Guan Eng dilaporkan berkata, projek tempat letak kereta berkenaan akan dirobohkan dan dibina semula mengikut spesifikasi yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.

Projek yang siap pada Mac lalu itu gagal memenuhi kriteria sijil layak menduduki (CF) yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Jawatankuasa siasatan mendapati, arkitek dan juruperunding projek itu bertanggungjawab atas kelemahan reka bentuk tempat letak kereta tersebut.

Beliau juga dilaporkan berkata, pembinaan tapak letak kereta baharu itu akan mengambil masa 15 bulan dan akan menelan belanja antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta dengan kapasiti 300 tapak baharu berbanding hanya 112 tapak sebelum ini.

Yen Yen berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kegagalan projek berkenaan dan menyifat kegagalan itu sebagai pembaziran wang rakyat.

“Peletakan jawatan seorang dua berhubung isu ini tidak memadai dan Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini kerana projek berkenaan adalah di bawah kendalian PDC sepenuhnya,” katanya.

Penang Wasabi..

Wednesday, November 30, 2011

PENTING!!! - AGENDA DAP MEMPERTAHANKAN PULAU PINANG!


Dalam sibuk PAS menuduh UMNO sedang 'memperkudakan' agensi-agensi Kerajaan seperti SPR dan JPN, mari kita tengok siapa sebenarnya yang telah menggunakan sistem yang ada. Sebelum dok sembang panjang, kita tengok FAKTA dahulu ( bukannya Fitnah yang sering berada di dada Harakah dan Suara Keadilan ).

Demografi Pulau Pinang:

Daripada statistik penduduk,

Melayu = 42.05%
Cina = 40.92%
India = 9.67%
Lain-lain = 7.37%

PERSOALANNYA, KENAPA PENGUNDI CINA LEBIH RAMAI DARIPADA PENGUNDI MELAYU???


Daripada statistik pengundi,

Melayu = 33.63%
Cina = 55.05%
India = 10.85%
Lain-lain = 0.06% + 0.05% + 0.34%

Hebat gile DAP buat magik. Dalam nak hasut rakyat berhimpun dalam demonstrasi BERSIH 2.0, DAP berjaya men'cina'kan Negeri Pulau Pinang! Kalau dah pengundi Cina banyak cenggini, 'kompom' DAP tetap berkuasa di Penang.

Kalau dah berjaya daftarkan pengundi sampai kalah bilangan Melayu yang patut jadi majoriti, KENAPA PEMBANGKANG MASIH NAK HASUT RAKYAT BERDEMONSTRASI?

BODOH SANGAT KA PAK LEBAI PAS SAMPAI TAK BOLEH PIKIAQ???

Tak percaya dengan statistik pengundi, anda boleh selidik sendiri dengan data yang terbaru.



Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%

Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%

Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%

Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%

Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%

*Tak lama lagi Penang akan repeat sejarah Singapura. Melayu semakin jadi minoriti walaupun ramai.

Posted by Mymassa
Penang Wasabi..

Thursday, November 24, 2011

Tony Puaka kantoi - Putar belit fakta tak menjadi!

Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan adalah tidak benar dan hanya bertujuan memutarbelitkan fakta semata-mata.

Hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008

“Mengikut peraturan kandungan susu rumusan bayi, had maksimum vitamin A yang dibenarkan ialah sebanyak 500 I.U,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Tony mendakwa, kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 I.U bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan.

Jelas Tiong Lai, tindakan Setiausaha Publisiti DAP itu mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan ‘tumbesaran’ (growing formula) itu dengan peraturan susu rumusan bayi (infant formula).

Sementara itu, tambahnya, pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes minuman buah-buahan blackcurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Beliau bagaimanapun berkata, pemeriksaan terhadap produk sos tiram mendapati kandungan protein dalam produk tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Menurut beliau, keputusan analisis dua produk sos tiram itu menunjukkan produk itu masing-masing mengandungi sebanyak 0.8 dan 1.0 peratus protein berbanding standard iaitu tidak kurang daripada 2.5 peratus protein.

Justeru, beliau telah memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya mengambil tindakan kepada pengeluar produk itu dan mengarahkan ia ditarik daripada pasaran serta-merta.

“Kementerian Kesihatan tidak sekali-kali akan bertolak ansur terhadap pihak yang mengeluarkan produk makanan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat,” kata beliau.

Penang Wasabi..

Sunday, November 20, 2011

Pelik tapi benar! - Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat?


Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.

Zulkifli Noordin berkata, sapina itu boleh berlaku sekiranya pihak pendakwa raya memohonnya kepada mahkamah kerana Karpal pernah mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keterlibatan Anwar dalam kes liwat pertamanya pada 1997.

Karpal juga boleh diambil tindakan menghina Parlimen atau sumpah bohong (perjury) sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997.

Benarlah kata YB Zulkifli Noordin, agak pelik juga, manusia macam Karpal yang pernah menyatakan dia mempunyai bukti bahawa memang Anwar ada terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat seperti yang didakwanya di dalam Parlimen dan kini si Karpal Singh juga menjadi peguam bela kepada Anwar.

Tidak salah kalau diandaikan bahwa si Karpal Singh selaku Pengerusi DAP ini bukan semata-mata untuk hendak membela Anwar, tetapi dalam masa yang sama juga untuk jadikan Anwar sebagai anjing suruhan atau boneka untuk memecahkan kekuatan Melayu sebagaimana yang diidam-idamkan puak-puak DAP selama ini.

Kalau tidak, masakan si Karpal ini bersunguh-sunguh menawarkan diri menjadi peguam membela kepada si Anwar dalam kes liwat terhadap terhadap Saiful Bukhari Azlan…..

Macam kata YB Zulkifli juga, yang paling pelik atau menghairankan tok guru, para ulama, ilmuwan, yang mendokong kepimpinan PAS seolah-olah membutakan mata, memekakkan teliga, membisu di atas segala kemungkaran Anwar sebagai raja liwat nombor satu dalam Negara.

Bukan itu sahaja, puak-puak PAS yang kononnya berjuang berlandaskan Islam ini sedia menjadikan si peliwat ini Perdana Menteri jika dapat berkuasa dan sedia pula meletakkan kepimpinan DAP yang jelas dan terang telah menentang perlaksanaan sebuah Negara Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seperti kata YB Zulkifli juga, dengan maklumat serta pertunjuk yang begitu jelas, tidakkah mereka puak-puak PAS sedar telah wujud satu ‘pakatan syaitan’ yang bakal menjahanamkan Islam, rakyat, negara sekiranya DAP berjaya menghapuskan kuasa-kuasa, hak-hak Melayu-Bumiputera serta Raja-Raja Melayu……

Amat malang orang Melayu juga umat Islam dalam Negara jika ada lebih ramai kepimpinan PAS yang secara terbuka menyatakan sanggup mati untuk mempetahankan akan Karpal Singh yang secara terbuka menyatakan, “langkah mayat dia dulu, kalau ada umat Islam di Malaysia mahukan jadikan Negara ini sebuah Negara Islam”.

Amat malang lagi, kalau ada penyokong Melayu PAS-PKR masih tidak sedar dan terus bersekongkol dengan perjuangan PAS yang terang-terang telah meninggalkan perjuangan Islam demi kuasa dan jawatan..!!!

Sumber : Aku Yang Gambi

Penang Wasabi..

Saturday, November 19, 2011

Kementerian perlu jelaskan isu kuartet!


Kementerian Belia Dan Sukan diminta membuat penjelasan bagaimana kuartet 4x400 meter lelaki negara terpaksa meninggalkan Sukan SEA XXVI tanpa sempat menaiki podium untuk menerima pingat emas.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, perkara itu adalah sesuatu yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.

"Kenapa tidak dibeli tiket lain kepada atlet-atlet ini? Sepatutnya mereka perlu diberi peluang untuk menerima pingat emas kerana memenanginya atas usaha mereka sendiri," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia Dan Sukan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kuartet 4x400 meter lelaki negara terpaksa meninggalkan Sukan SEA tanpa sempat menaiki podium untuk menerima pingat emas kerana perlu pulang ke tanah air lebih awal ekoran tiket penerbangan yang sudah ditempah tidak boleh dipinda.

Muhammad Yunus Lasaleh, Sehzuan Ahmad Rosely, P. Yuvaraaj dan S. Kannathasan pada awalnya tidak tersenarai dalam skuad untuk beraksi dalam acara tersebut namun dipanggil pada saat akhir selepas berjaya mencatatkan masa yang memuaskan Jawatankuasa Kejurulatihan.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung Moktar juga meminta Kementerian Belia Dan Sukan menjelaskan mengapa begitu ramai pegawai dan pemerhati dihantar ke Sukan SEA kali ini.

Katanya, jumlah seramai 261 pegawai dan 338 pemerhati yang dihantar ke Sukan SEA kali adalah hampir menyamai jumlah keseluruhan atlet negara.

Turut membahaskan mengenai jumlah pegawai dan pemerhati ke Sukan SEA itu ialah Loke Siew Fook (DAP-Rasah) yang meminta kementerian menyenaraikan kesemua 338 pemerhati tersebut serta tujuan mereka ke sana memandangkan ia menggunakan perbelanjaan awam.

"Apa yang dikesalkan daripada begitu ramai pegawai yang turut serta ke Sukan SEA ini, tiada siapa pun daripada mereka yang boleh membantu menyelesaikan isu mengenai kuartet 4x400 meter lelaki ini," katanya.

Jawap..jangan tak jawap Datuk Sabery Chik..!!!

Penang Wasabi

Tuesday, November 15, 2011

Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV!



Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!

Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.

Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.

Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti. Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.

Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya walaupun tersebar rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti. Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee.

Penang Wasabi..

Monday, November 14, 2011

Pendirian DAP terhadap Anwar jelas bercanggah – MCA!


MCA menyatakan hari ini sokongan Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan adalah bercanggah dengan pendirian beliau sendiri.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata, perlu diingat bahawa semasa Anwar merancang pada 16 September mengambil alih kerajaan Persekutuan pada 2008 yang gagal, Karpal menuntut supaya Anwar meletakkan jawatannya sebagai pemimpin pembangkang.

"Tindakan kebelakang ini menggambarkan bahawa DAP akan dengan mudah menukar kedudukan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.

"Sekiranya penyokong kuat pembangkang seperti Karpal Singh yang punya pengaruh kuat di kalangan pengikut setianya dengan mudah boleh menukar pendirian menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, ini memberi petanda jelas bahawa DAP bersedia berpatah balik melawan prinsip mereka semata-mata mahu mendapatkan sokongan ramai dengan tujuan merampas tampuk Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu Setiausaha Pengelola Kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kiong, dalam satu kenyataan berasingan berkata, pendirian Karpal terhadap Anwar semata-mata untuk menipu rakyat kerana dakwaannya itu tidak pernah disokong atau diluluskan oleh Pas.

"Di satu pihak Pakatan Rakyat sememangnya berkata, Anwar Ibrahim adalah calon mereka untuk Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2008, Pas pula kemudian mendakwa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah lebih layak daripada Anwar Ibrahim untuk jawatan berkenaan,” katanya.

Penang Wasabi..

Sunday, November 13, 2011

Jangan main api! - Apakah ini amaran untuk peralihan kuasa kerajaan negeri selepas PRU ke-13 nanti!

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

“Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara,” titah Sultan Muhammad pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-42 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan darjah kebesaran dan pingat kepada 213 penerima diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK) membawa gelaran Datuk.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam titah sulung selaku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad turut mengingatkan rakyat mengenai perubahan iklim dunia yang boleh mengakibatkan pemanasan global dan bencana alam, pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin suram dan krisis hutang negara-negara Eropah yang sudah tentu memberi kesan tidak baik kepada ekonomi di banyak negara.

“Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini.

‘‘Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik.

‘‘Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat,” titah baginda.

Menyentuh aspek pembangunan di Kelantan, baginda bertitah, sektor pembinaan dan pelaburan di negeri ini dijangka mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti pembangunan dan pengindahan sungai di Kota Bharu dan Tumpat, projek jalan Persekutuan laluan lapan dan sembilan serta pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan.

“Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini,” titah baginda.

Sultan Muhammad turut menarik perhatian, perlunya kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan walaupun belanjawan defisit adalah sesuatu kelaziman di kebanyakan negara.

“Beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal.

‘‘Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar.

‘‘Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil,” titah baginda.

Penang Wasabi..

Friday, November 11, 2011

Giliran Penarik Beca pula bantah Guan Eng!


SEKUMPULAN peserta demonstrasi bersama penarik beca berarak bagi menyerahkan bantahan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang dari Jalan Penang ke Komtar, semalam.


Jika sebelum ini kumpulan belia bermotosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini, penarik beca pula berbuat demikian.

Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan itu. Mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri.

Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang di sini yang menjadi tempat berkumpul golongan tersebut untuk menunggu pelanggan setiap hari.

Diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer.

Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu', mereka membawa pelbagai sepanduk bertuliskan perkataan antaranya, 'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir'.

Mereka turut melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'.

Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka.

Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca.

Mana lu mau lari Guan Eng...orang Penang pun dah tak suka sama lu maa...lu banyak langsi maa..lu balik Melaka lagi baik lo..!!!

Penang Wasabi..

Anwar Berang Disiasat Polis Laporan Palsu Video Seks!


Anwar Ibrahim dipercayai berang dengan tindakan pihak polis menyiasat dirinya berkenaan satu laporan yang pernah dibuatnya tentang skandal klip video seks dengan seorang pelacur wanita.

Dua orang kuat PKR yang juga merangkap peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dan N. Surendran telah mengadakan sidang media jam 11.30 pagi hari ini, di ibu Pejabat KEADILAN untuk menjelaskan kepada umum berkaitan isu tersebut.

“Polis telah membuka kertas siasatan jenayah baru terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatan dalam video seks video”, lapor FMT

Menurut portal itu, Sivarasa yang juga ahli biro politik PKR berkata, Anwar telah menerima panggilan dari ASP Teh Boon Ang beberapa hari lalu untuk meminta beliau memberikan kenyataan Rabu depan pada pukul 3 petang di balai polis Kepong berkenaan isu kenyataan palsu video seks tersebut.


“Dia (Teh) berkata, Anwar sedang disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan (bermaksud: (memberi) maklumat palsu, dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa yang sah di sisi undang-undang untuk kecederaan orang lain).

“Laporan ke atas Anwar telah dibuat oleh DSP S Shanmuga Moorthy, pegawai yang merakamkan kenyataan Anwar berhubung video seks pada bulan April lalu,” kata Sivarasa dalam sidang media pagi ini.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 182, hukumannya adalah penjara enam bulan atau denda sebanyak RM2, 000.

Sivarasa berkata laporan itu dibuat terhadap Anwar pada 8 September, kira-kira dua bulan lalu, namun katanya, baru sekarang pihak polis mula bertindak.

N Surendran, Naib Presiden PKR pula berkata bahawa beliau ‘terganggu dan terkejut’ dengan satu perkara yang disifatkan sebagai ‘percubaan baru yang terdesak’ untuk mendakwa dan memenjarakan Anwar.


Beliau menuduh pihak polis dan Jabatan Peguam Negara ‘berkomplot’ dalam satu perancangan yang disifatkannya sebagai konspirasi terbaru terhadap Anwar.

Dakwanya, berikutan ‘percubaan gagal’ yang dilakukan sebelum ini untuk menutup mulut Anwar sejak dari 1998 hingga 2008, berkaitan ‘pemalsuan bukti’, menyebabkan beliau hilang keyakinan kepada Pejabat Peguam Negara.-AIDC

Penang wasabi..

Wednesday, November 9, 2011

Panas...!!! China Doll dah beritahu Polis siapa yang " tala " dirinya?


Inilah wajah yang dikatakan sebagai amoi@China Doll yang telah di"tala" macam palam pencucuh oleh seorang pemimpin pembangkang! Seorang pelajar yang berasal dari negeri China dan sedang menuntut disebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.


Hebat..hebat pemimpin pembangkang ini. Dengaq kata "anu" dia dah expired@tamat tempoh akibat sakit belakang, tapi bila " mangsa " dah didepan mata dua round pun boleh hilang sakit! Perghh..itulah penangan dok kerap pergi Siam la tuh..hahaha..!


Syabas diucapkan kepada pihak polis kerana cekap buat kerja. Akan tetapi kalau sudah jumpa dengan amoi@China Dollnya, yang tukang "tala"nya tu siapa pulak ya! Pihak polis pun pernah berkata, pandai-pandailah rakyat menilai sendiri.

Bukankah didalam video tersebut amoi ini dok berdua-dua sambil melakukan "tugasan"nya dengan dengan "seorang lelaki", rasa-rasanya rakyat mahu tahu dengan lebih jelas siapa sebenarnya "lelaki tersebut"!

Dedahkan lah siapa identiti lelaki tersebut kerana dia tidak mahu mengaku dia adalah "jaguh" didalam tayangan video itu walaupun rakyat sudah tahu dengan jelas siapakah gerangan orangnya!

Rakyat mahu " lelaki hebat " itu sendiri mengaku bahawa dia adalah "penala" dalam video tersebut..itupun kalau dia berani..!!! Jika tidak adalah lebih baik pihak polis sendiri mengistiharkan siapa sebenarnya " penala " hebat itu demi merungkai segala persoalan yang timbul! Senang cerita dan tak payah pening kepala!

Penang Wasabi..

Monday, November 7, 2011

Pembangkang tawarkan IPF jawatan!


Yusof Haniff menyampaikan sumbangan wang tunai kepada golongan miskin di Selangor pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) Selangor di Wisma IPF, Seri Kembangan, semalam.


Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) hari ini mendedahkan, pembangkang cuba memancing mereka untuk menyertai pakatan itu dengan menawarkan pelbagai jawatan kepada pucuk pimpinan parti.

Presidennya, M. Sambanthan berkata, sejak beberapa bulan lalu, pembangkang menawarkan tempat untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"Ingin saya tegaskan bahawa kami bukanlah parti yang mengejar jawatan dan mudah dipergunakan untuk kepentingan politik.

"IPF bukanlah gila jawatan. Lihat contoh yang ditunjukkan oleh bekas Presiden, Tan Sri M.G. Pandithan yang berjuang selama 18 tahun, baru mendapat jawatan Senator," katanya pada Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Deepavali di Wisma IPF, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Yusoff Hanif; Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Datuk K.K. Eswaran; Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan dan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Serdang, Datuk Yap Pion Hon.

Kata Sambanthan, sebagai 'anak didik, Pandithan, mereka akan meneruskan prinsip perjuangan parti itu tanpa mengharapkan sebarang jawatan kerana ingin membela nasib kaum India walaupun mengakui perjuangan tersebut penuh berliku.

"Kami sentiasa diuji. Apa yang menyedihkan, ada pihak tertentu yang menyamar sebagai wakil IPF untuk mendapat peruntukan yang diberikan oleh BN Serdang kepada kami. Namun semua cabaran itu menguatkan lagi semangat ahli IPF," katanya.

Penang Wasabi..

Rahsia Yang DAP Sembunyikan Dari Orang Melayu!


Ke mana agaknya duit tabung ini pergi? Mohon blogger Penang tolong tengok-tengokkan isu ini.

Macam biasalah DAP. Kononnya pejuang hak rakyat, pejuang keadilan. Mana keadilan untuk Bumiputera yang dinafikan haknya?

Penang Wasabi..

Friday, November 4, 2011

Sikap Anwar Terhadap LGBT & Seksualiti Merdeka jadi tanda tanya?

Pendirian berdiam diri Anwar Ibrahim tentang isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang diperkatakan telah menimbulkan tanda tanya.

Tidak seperti dalam isu-isu lain, Anwar yang menjadi ‘juara’ membangkitkan isu tersebut, sama ada di twitter, laman rasmi ataupun memanggil para wartawan untuk sidang media, namun dalam isu LGBT dan Seksualiti Merdeka, Anwar mengambil pendekatan sebaliknya.

Tidak ada sidang media. Tidak ada pendirian rasmi dari dirinya atau partinya yang sekurang-kurang disiarkan di anwaribrahimblog.com.

Ketua Pembangkang itu kelihatan seolah-olah mahu mendiamkan diri dan sekiranya, ada pertanyaan di twitter berkenaan isu tersebut, beliau hanya menjawab ringkas, kabur dan tidak seperti tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada musuh-musuh politiknya sebelum ini.

Seorang peguam mempersoalkan sikap “berdiam diri” Anwar atau tidak bersuara lantangnya Anwar dalam isu songsang fitrah sebegini apabila kredibiliti beliau dalam isu ini turut dipersoalkan.

“Persoalan apakah beliau (juga) adalah ‘birds of like feather flock together’?”, soal blogger Ibrahim Baba (IB)!

Blogger IB yang pernah menyokong Anwar sejak dari tahun 1998 mula menarik balik sokongan sejak Ketua Umum PKR itu berpendirian tegas tentang isu kalimah Allah. Berkenaan isu LGBT dan Seksualiti Merdeka, blogger IB melihat Ketua Umum PKR itu tidak setegas isu kalimah Allah.

Yang menjadi persoalan besar IB dan mungkin ramai juga orang lain ialah menantikan suatu patah ayat dari Anwar berhubung isu ini.

“IB tidak temui sebarang komen atau posting di dalam blog Anwar, semenjak bulan November ini walaupun terdapat beberapa posting dan komen pada hari ini – semuanya sekitar isu lain”, katanya.

Blogger IB turut memetik twitter Anwar berkaitan dengan isu tersebut :


@anwaribrahim: Dijelaskan:tdk setuju@MZuhairy: DS kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011.. Lawan tetap lawan..Jum ? (7 hours ago)

“Apa yang IB faham: Anwar tidak setuju halang Seksualiti Merdeka apabila menjawab tweet MZuhairy”, katanya.

Menurutnya, sepatutnya dalam isu LGBT dan Seksualiti Merdeka, Anwar yang juga bekas Presiden ABIM lebih tegas menjadi juara untuk mencegah perbuatan aktiviti seks luar tabie itu.

Bukankah ianya bakal memberi impak dan kepercayaan kuat bagi Pak-Pak Haji di kampung dan orang-orang awam kepada Anwar bahawa beliau seorang yang jauh dari amalan yang dituduh dalam kes Liwat I dan kes Liwat II, jika Anwar mengambil pendirian berani dan tegas menentang gerakan LBGT?

Bukankah itu satu political mileage dari kalangan agamawan dan sahabat-sahabat dalam PAS?

“Apakah Anwar lebih penting menjaga hati puak-puak liberalis, pluralis dan sekular demi untuk PRU13?”, katanya lagi.

Sumber : AIDC

Penang Wasabi..

Wednesday, November 2, 2011

Guan Eng dicabar buat penafian terbuka!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar tampil menafikan dakwaan yang cuba mengaitkan anak lelakinya dengan satu kejadian mencabul seorang gadis bawah umur. Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, setakat ini yang membuat penafian adalah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan bukannya Guan Eng.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Guan Eng yang merupakan seorang pemimpin serta bapa kepada anaknya itu tidak harus takut untuk membuat penafian secara terbuka.

“Saya mewakili sebahagian rakyat mahu bertanya kepada Guan Eng tentang perkara ini. Rakyat mahu tahu perkara yang sebenar. Mengapa Guan Eng tidak mahu membuat penafian? Mengapa pula suruh orang lain menjadi wakilnya?

“Guan Eng sebagai seorang pemimpin dan bapa wajar mengambil tanggungjawab membuat penafian tersebut tanpa melibatkan orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 19 Oktober lalu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menafikan dakwaan yang mengaitkan anak lelaki Guan Eng yang juga cucu kepada bekas Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dengan kejadian mencabul seorang gadis bawah umur.

Gadis itu kata Pua, tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang atau pernah menjalin hubungan dengan anak Guan Eng kerana gadis terbabit kini sedang melanjut pengajian di sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan mengenai kejadian cabul itu mula panas apabila beberapa blog antaranya http://www.papagomo.com, http://novandri.blogspot.com dan http://medan-info-kita.blogspot.com mendakwa, kepimpinan DAP cuba menutup satu kes cabul membabit anak pemimpin parti tersebut.

Menyentuh isu sama, Hasan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, selain itu Guan Eng perlu membuat laporan polis atas kedudukannya sebagai seorang bapa bagi menyiasat dakwaan itu, sekiranya ia tidak benar.

Katanya, melalui laporan tersebut, polis boleh melakukan siasatan sama ada dakwaan berkenaan adalah benar atau sebaliknya.

“Seperti yang saya sebutkan tadi Guan Eng tidak harus takut. Jika dakwaan itu tidak berasas Guan Eng tidak perlu ragu-ragu untuk tampil membuat penafian secara terbuka dan kemudian membuat satu laporan polis.

“Moga-moga dengan dua langkah ini ia dapat menjawab dakwaan yang dilemparkan terhadap anak Guan Eng tersebut,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Monday, October 31, 2011

Pemuda PAS, Elton John & Tuntutan Hak Gay!

Pemuda PAS sekali lagi terlibat dalam debat panas melibatkan golongan gay ekoran kecaman sayap parti Islam itu terhadap konsert penyanyi gay Elton John. Pemuda PAS dikritik bekas mufti Perlis yang popular, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai tidak bersikap matang dalam hal ini dan berkecenderungan seperti Taliban yang pernah menguasai pemerintahan Afghanistan.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengecam pandangan Asri itu yang disifatkan keterlaluan kerana cuba menyamakan PAS dengan Taliban yang menggunakan pendekatan keras.

Pemuda PAS mengambil sikap menolak hiburan yang dianggap membawa unsur negatif terutama kepada masyarakat Muslim Malaysia, dan giat menyatakan pandangan ini, menyentuh hasil seni popular termasuk filem.

Selain PAS, konsert penyanyi gay itu turut dikecam oleh Ikatan Muslimin Malaysia, Isma, yang memberi peringatan tentang usaha menyebarkan gaya hidup gay di Malaysia.

Tentangan Pemuda PAS terhadap konsert Elton John yang dijadual hujung November di Genting Highlands, Pahang, ialah yang kedua mencetuskan berita besar di negara ini berhubung isu gay, selepas bantahan konsert Adam Lambert tahun lalu.

Malaysia mendapat perhatian ekoran debat yang dicetuskan oleh pertembungan yang disebabkan oleh kebangkitan gay masa kini.

Mac lalu, penyanyi Lady Gaga mengkritik penapisan lagu tema gay nyanyiannya, Born This Way, dan menggesa peminatnya bangkit menyatakan bantahan.

“Anda mesti lakukan segala yang termampu sekiranya mahu dibebaskan oleh masyarakat anda, anda mesti mendesak, jangan berhenti dan mesti memprotes secara aman,” penyanyi itu dilapor berkata.

Ogos lalu, seorang paderi gay berasal dari Malaysia, Ouyang Wen Fang yang menetap di Amerika Syarikat berkata akan mengadakan majlis perkahwinannya dengan seorang lelaki warga AS di Malaysia tahun depan, walaupun berdepan kecaman dan amaran.

Malaysia menyaksikan peningkatan aktiviti golongan gay dan kecenderungan seksual lain – yang diistilahkan sebagai LGBT; lesbian, gay, biseksual dan transgender – sejak beberapa tahun lalu, sebagai sebahagian peningkatan kesedaran terhadap hak asasi manusia yang bersumber Barat.

Salah satu aktiviti paling terbuka ialah Seksualiti Merdeka, acara tahunan melibatkan forum, ceramah dan pelbagai aktiviti seni yang diadakan secara konsisten sejak 2008.

Acara ini yang merupakan platform golongan gay menyebarkan publisiti tentang mereka dan menegaskan tuntutan hak mendapat sokongan pelbagai kumpulan, termasuk Majlis Peguam, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Tenaganita dan Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO).

Tahun ini, “pesta kebebasan seksualiti” ini dijadual diadakan pada 1 hingga 13 November di Pasar Seni, dengan perasmian oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, aktivis hak asasi yang dipopularkan oleh himpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Acara yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran hak kebebasan seksual itu pada tahun ini bertema Queer Without Fear, sebagai ekspresi menentang apa yang disifatkan sebagai homofobia dan diskriminasi terhadap golongan itu oleh masyarakat.

“Rakyat Malaysia kelihatan berani sejak beberapa tahun lalu. Kita telah menuntut pilihan raya yang bebas, keadilan, demokrasi. Ingatlah demokrasi bukan hak milik majoriti sahaja, atau yang berkuasa, atau yang paling lantang. Demokrasi milik semua,” tegas gerakan itu sebagai kenyataan sempena Seksualiti Merdeka 2011.

Hal ini telah menampakkan implikasi yang luas, terutama melibatkan pertembungan kelompok konservatif dan liberal yang kini dapat diperhatikan bukan hanya dalam ruang politik.

Elemen gay kini semakin mudah kelihatan dalam budaya popular, termasuk karya-karya sastera, filem dan seni persembahan.

Perkembangan ini bakal menjadi satu isu kritikal dalam sosio-politik negara, menyaksikan pertembungan lebih keras dan menampakkan lagi kecenderungan ideologi dalam medan politik negara.

Sumber : Siasahdaily

Penang Wasabi..

Saturday, October 29, 2011

Gempar! - Kelab Lesbian Malaysia Di Facebook...!!!

Sekadar gambar hiasan sahaja : Kalau dahulu dilakukan secara tersembunyi, sekarang sudah berani ditempat terbuka.

Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook. Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian di alam siber itu. Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.

“Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.

“Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.

“Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.

“Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks ‘ringan’ sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya,” katanya yang ditemui Metro Ahad.

Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.

“Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.

“Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita,” katanya.

Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudk di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja. Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.

"Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.

"Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri,” katanya.

Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang ‘sealiran’ dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.

Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.

“Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai ‘kelab’ yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.

Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya. “Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu,” katanya. Sila klik di sini .

Sementara itu lapuran dari Harian Metro pula menyebut, ‘Sweet’, ‘Less’, ‘Lessy’ dan ‘Noty’ antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.

Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat ‘galak’ mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.

Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan ‘sealiran’ serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.

Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia. Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.

Penang Wasabi..

Teresa Kok jamin “Menu DAP” HALAL untuk umat Islam?


Baru-baru ini saya ada bertemu dengan seorang wartawan dari sebuah akhbar Cina yang kebetulan hadir di sidang akhbar Teresa Kok yang mempromosikan menu yang murah bagi menandingi harga yang ditawarkan oleh “Menu 1Malaysia”. Sidang akhbar tersebut khabarnya dibuat di sebuah restoran vegetarian yang terletak di Segambut.

Menurut sumber tersebut, restoran vegetarian itu milik sebuah persatuan Cina yang kuat dengan fahaman Buddha dan mengamalkan diet pemakanan vegetarian yang sangat kuat. Katanya, restoran tersebut sangat tegas dengan prinsip “vege” dan melarang sebarang unsur daging, terutamannya daging babi untuk di bawa masuk ke premis restoran tersebut.

Menurutnya lagi, restoran itu menawarkan set makanan berupa nasi putih dan tiga jenis lauk sayur-sayuran dengan harga RM2 sahaja, harga yang paling murah seumpamanya di Lembah Klang. Justeru itu, Teresa Kok dan beberapa Ahli Parlimen DAP, termasuk ADUN Segambut, mahu memperkenalkan restoran tersebut kepada rakyat dan dijadikan menu harian mereka.


Menurut Teresa Kok dan pengurus restoran itu, Agnes Yap, memandangkan makanan yang disediakan di restoran tersebut berkonsepkan vege dan tegas terhadap larangan “daging” masuk ke premis itu, ianya “halal” untuk dijamah oleh umat Islam. Katanya, ada juga orang Islam yang pernah datang makan di kedai tersebut sebelum ini.

Begitulah cerita wartawan Cina tersebut kepada saya. Tak perlulah saya beritahu namanya, nanti Teresa Kok cari “amoi” tu pula. Teruk pula “amoi” tu kena maki dengan Teresa Kok nanti…heh!

Melalui cerita amoi tersebut, saya dapati bahawa Teresa memang bodoh dan tidak membuat “homework” sebelum berbbuat sesuatu. Tindakannya memperkenalkan “menu murah” lawan “menu 1Malaysia” jelas akan “back fire” dia balik kemudiannya.

Pertamanya ialah mengenai isu hukum halal atau haram makanan tersebut. Amboi..amboi..!!! Sesedap rasa saja Teresa Kok kata makanan dan minuman di restoran itu “halal”! Apa yang Teresa Kok tahu tentang “halal”? Teresa Kok sudah mengaji habis dengan Pok Nik tentang halal haram makanan, kah?

Teresa patut tahu bahawa hanya JAKIM sahaja yang berhak untuk menyatakan restoran itu halal atau haram makanannya di Malaysia? Agensi kerajaan itu saja yang diberikan kuasa untuk memeriksa dan mengeluarkan sijil halal pada sesebuah restoran, apatah lagi untuk sebuah restoran kendalian seorang yang bukan Islam!

Setahu saya, restoran tersebut dilaporkan media tidak pernah memohon sijil halal dari JAKIM, apatah lagi disahkan halal makanannya. Tiba-tiba saja datang si mangkuk ayun bernama Teresa Kok, seorang yang bukan Islam, memberitahu bahawa restoran itu halal! Halal kepala hotak dia!

Dari segi murah, memanglah murah. Kalau nak diikutkan, harga begitu pun belum cukup murah! Sebenarnya, gerai-gerai nasi lemak di tepi jalan jauh lebih murah dari restoran yang dipromosikan Teresa Kok dan pemimpin DAP itu.

Sebungkus nasi lemak di tepi jalan mengandungi nasi lemak dan tiga lauk berupa sambal ikan bilis, telur, kacang dan ikan bilis goreng, serta beberapa hiris timun. Harganya baru RM1.00 hingga RM1.50 sahaja! Lebih murah dari Menu DAP yang tidak tahu sama ada halal atau tidak itu!

Nampaknya, DAP dan Pakatan Haram sudah benar-benar terdesak dan tertekan dengan populariti Datuk Seri Najib yang memperkenalkan Menu 1Malaysia baru-baru ini sehingga sanggup menyuruh anak dara tua DAP yang tak laku itu meniru corak pendekatan Perdana Menteri terhadap rakyat!

DAP dan Pakatan Haram sudah takut benar dengan pengaruh penjenamaan 1Malaysia yang kini mendapat tempat dihati rakyat sebagai simbol keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Apatah lagi sejak kebelakangan ini imej Pakatan Haram sering terjejas dengan kontroversi “taik-taik” Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negeri!

Ayuh! Teruskan momentum sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Rakyat yang tertipu dengan pembohongan Pakatan Rakyat sudah menyedari betapa busuknya hati DAP, PKR dan PAS dengan cara yang keji demi merebut kuasa politik. Rakyat sudah sedar betapa BN telah difitnah oleh Pakatan Haram!

Sumber : MyKMU.net

Penang Wasabi..