~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, October 31, 2011

Pemuda PAS, Elton John & Tuntutan Hak Gay!

Pemuda PAS sekali lagi terlibat dalam debat panas melibatkan golongan gay ekoran kecaman sayap parti Islam itu terhadap konsert penyanyi gay Elton John. Pemuda PAS dikritik bekas mufti Perlis yang popular, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai tidak bersikap matang dalam hal ini dan berkecenderungan seperti Taliban yang pernah menguasai pemerintahan Afghanistan.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengecam pandangan Asri itu yang disifatkan keterlaluan kerana cuba menyamakan PAS dengan Taliban yang menggunakan pendekatan keras.

Pemuda PAS mengambil sikap menolak hiburan yang dianggap membawa unsur negatif terutama kepada masyarakat Muslim Malaysia, dan giat menyatakan pandangan ini, menyentuh hasil seni popular termasuk filem.

Selain PAS, konsert penyanyi gay itu turut dikecam oleh Ikatan Muslimin Malaysia, Isma, yang memberi peringatan tentang usaha menyebarkan gaya hidup gay di Malaysia.

Tentangan Pemuda PAS terhadap konsert Elton John yang dijadual hujung November di Genting Highlands, Pahang, ialah yang kedua mencetuskan berita besar di negara ini berhubung isu gay, selepas bantahan konsert Adam Lambert tahun lalu.

Malaysia mendapat perhatian ekoran debat yang dicetuskan oleh pertembungan yang disebabkan oleh kebangkitan gay masa kini.

Mac lalu, penyanyi Lady Gaga mengkritik penapisan lagu tema gay nyanyiannya, Born This Way, dan menggesa peminatnya bangkit menyatakan bantahan.

“Anda mesti lakukan segala yang termampu sekiranya mahu dibebaskan oleh masyarakat anda, anda mesti mendesak, jangan berhenti dan mesti memprotes secara aman,” penyanyi itu dilapor berkata.

Ogos lalu, seorang paderi gay berasal dari Malaysia, Ouyang Wen Fang yang menetap di Amerika Syarikat berkata akan mengadakan majlis perkahwinannya dengan seorang lelaki warga AS di Malaysia tahun depan, walaupun berdepan kecaman dan amaran.

Malaysia menyaksikan peningkatan aktiviti golongan gay dan kecenderungan seksual lain – yang diistilahkan sebagai LGBT; lesbian, gay, biseksual dan transgender – sejak beberapa tahun lalu, sebagai sebahagian peningkatan kesedaran terhadap hak asasi manusia yang bersumber Barat.

Salah satu aktiviti paling terbuka ialah Seksualiti Merdeka, acara tahunan melibatkan forum, ceramah dan pelbagai aktiviti seni yang diadakan secara konsisten sejak 2008.

Acara ini yang merupakan platform golongan gay menyebarkan publisiti tentang mereka dan menegaskan tuntutan hak mendapat sokongan pelbagai kumpulan, termasuk Majlis Peguam, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Tenaganita dan Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO).

Tahun ini, “pesta kebebasan seksualiti” ini dijadual diadakan pada 1 hingga 13 November di Pasar Seni, dengan perasmian oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, aktivis hak asasi yang dipopularkan oleh himpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Acara yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran hak kebebasan seksual itu pada tahun ini bertema Queer Without Fear, sebagai ekspresi menentang apa yang disifatkan sebagai homofobia dan diskriminasi terhadap golongan itu oleh masyarakat.

“Rakyat Malaysia kelihatan berani sejak beberapa tahun lalu. Kita telah menuntut pilihan raya yang bebas, keadilan, demokrasi. Ingatlah demokrasi bukan hak milik majoriti sahaja, atau yang berkuasa, atau yang paling lantang. Demokrasi milik semua,” tegas gerakan itu sebagai kenyataan sempena Seksualiti Merdeka 2011.

Hal ini telah menampakkan implikasi yang luas, terutama melibatkan pertembungan kelompok konservatif dan liberal yang kini dapat diperhatikan bukan hanya dalam ruang politik.

Elemen gay kini semakin mudah kelihatan dalam budaya popular, termasuk karya-karya sastera, filem dan seni persembahan.

Perkembangan ini bakal menjadi satu isu kritikal dalam sosio-politik negara, menyaksikan pertembungan lebih keras dan menampakkan lagi kecenderungan ideologi dalam medan politik negara.

Sumber : Siasahdaily

Penang Wasabi..

Saturday, October 29, 2011

Gempar! - Kelab Lesbian Malaysia Di Facebook...!!!

Sekadar gambar hiasan sahaja : Kalau dahulu dilakukan secara tersembunyi, sekarang sudah berani ditempat terbuka.

Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook. Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian di alam siber itu. Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.

“Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.

“Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.

“Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.

“Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks ‘ringan’ sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya,” katanya yang ditemui Metro Ahad.

Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.

“Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.

“Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita,” katanya.

Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudk di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja. Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.

"Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.

"Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri,” katanya.

Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang ‘sealiran’ dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.

Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.

“Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai ‘kelab’ yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.

Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya. “Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu,” katanya. Sila klik di sini .

Sementara itu lapuran dari Harian Metro pula menyebut, ‘Sweet’, ‘Less’, ‘Lessy’ dan ‘Noty’ antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.

Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat ‘galak’ mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.

Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan ‘sealiran’ serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.

Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia. Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.

Penang Wasabi..

Teresa Kok jamin “Menu DAP” HALAL untuk umat Islam?


Baru-baru ini saya ada bertemu dengan seorang wartawan dari sebuah akhbar Cina yang kebetulan hadir di sidang akhbar Teresa Kok yang mempromosikan menu yang murah bagi menandingi harga yang ditawarkan oleh “Menu 1Malaysia”. Sidang akhbar tersebut khabarnya dibuat di sebuah restoran vegetarian yang terletak di Segambut.

Menurut sumber tersebut, restoran vegetarian itu milik sebuah persatuan Cina yang kuat dengan fahaman Buddha dan mengamalkan diet pemakanan vegetarian yang sangat kuat. Katanya, restoran tersebut sangat tegas dengan prinsip “vege” dan melarang sebarang unsur daging, terutamannya daging babi untuk di bawa masuk ke premis restoran tersebut.

Menurutnya lagi, restoran itu menawarkan set makanan berupa nasi putih dan tiga jenis lauk sayur-sayuran dengan harga RM2 sahaja, harga yang paling murah seumpamanya di Lembah Klang. Justeru itu, Teresa Kok dan beberapa Ahli Parlimen DAP, termasuk ADUN Segambut, mahu memperkenalkan restoran tersebut kepada rakyat dan dijadikan menu harian mereka.


Menurut Teresa Kok dan pengurus restoran itu, Agnes Yap, memandangkan makanan yang disediakan di restoran tersebut berkonsepkan vege dan tegas terhadap larangan “daging” masuk ke premis itu, ianya “halal” untuk dijamah oleh umat Islam. Katanya, ada juga orang Islam yang pernah datang makan di kedai tersebut sebelum ini.

Begitulah cerita wartawan Cina tersebut kepada saya. Tak perlulah saya beritahu namanya, nanti Teresa Kok cari “amoi” tu pula. Teruk pula “amoi” tu kena maki dengan Teresa Kok nanti…heh!

Melalui cerita amoi tersebut, saya dapati bahawa Teresa memang bodoh dan tidak membuat “homework” sebelum berbbuat sesuatu. Tindakannya memperkenalkan “menu murah” lawan “menu 1Malaysia” jelas akan “back fire” dia balik kemudiannya.

Pertamanya ialah mengenai isu hukum halal atau haram makanan tersebut. Amboi..amboi..!!! Sesedap rasa saja Teresa Kok kata makanan dan minuman di restoran itu “halal”! Apa yang Teresa Kok tahu tentang “halal”? Teresa Kok sudah mengaji habis dengan Pok Nik tentang halal haram makanan, kah?

Teresa patut tahu bahawa hanya JAKIM sahaja yang berhak untuk menyatakan restoran itu halal atau haram makanannya di Malaysia? Agensi kerajaan itu saja yang diberikan kuasa untuk memeriksa dan mengeluarkan sijil halal pada sesebuah restoran, apatah lagi untuk sebuah restoran kendalian seorang yang bukan Islam!

Setahu saya, restoran tersebut dilaporkan media tidak pernah memohon sijil halal dari JAKIM, apatah lagi disahkan halal makanannya. Tiba-tiba saja datang si mangkuk ayun bernama Teresa Kok, seorang yang bukan Islam, memberitahu bahawa restoran itu halal! Halal kepala hotak dia!

Dari segi murah, memanglah murah. Kalau nak diikutkan, harga begitu pun belum cukup murah! Sebenarnya, gerai-gerai nasi lemak di tepi jalan jauh lebih murah dari restoran yang dipromosikan Teresa Kok dan pemimpin DAP itu.

Sebungkus nasi lemak di tepi jalan mengandungi nasi lemak dan tiga lauk berupa sambal ikan bilis, telur, kacang dan ikan bilis goreng, serta beberapa hiris timun. Harganya baru RM1.00 hingga RM1.50 sahaja! Lebih murah dari Menu DAP yang tidak tahu sama ada halal atau tidak itu!

Nampaknya, DAP dan Pakatan Haram sudah benar-benar terdesak dan tertekan dengan populariti Datuk Seri Najib yang memperkenalkan Menu 1Malaysia baru-baru ini sehingga sanggup menyuruh anak dara tua DAP yang tak laku itu meniru corak pendekatan Perdana Menteri terhadap rakyat!

DAP dan Pakatan Haram sudah takut benar dengan pengaruh penjenamaan 1Malaysia yang kini mendapat tempat dihati rakyat sebagai simbol keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Apatah lagi sejak kebelakangan ini imej Pakatan Haram sering terjejas dengan kontroversi “taik-taik” Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negeri!

Ayuh! Teruskan momentum sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Rakyat yang tertipu dengan pembohongan Pakatan Rakyat sudah menyedari betapa busuknya hati DAP, PKR dan PAS dengan cara yang keji demi merebut kuasa politik. Rakyat sudah sedar betapa BN telah difitnah oleh Pakatan Haram!

Sumber : MyKMU.net

Penang Wasabi..

Thursday, October 27, 2011

Omegay is Dead : Chinadoll Akan Tampil Beri Keterangan!


Adakah ini wajah Chinadoll yang dikatakan melakukan adegan seks bersama Ketua Pembangkang yang di rakamkan melalui cctv tidak lama dahulu. Difahamkan Chinadoll ini akan tampil tak lama lagi untuk membuat pengakuan berkenaan hubungan seksnya bersama Ketua Pembangkang tersebut.


Terdahulu Harian Metro melaporkan Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu. Kita tunggu dan lihat apakah perkembangannya selepas ini!

Penang Wasabi..

Tuesday, October 25, 2011

Kereta kerajaan DAP Pulau Pinang dirantai!


LIEW Yeow Hooi merantai tayar kereta Toyota Fortuner milik Unit Perancang Ekonomi Negeri kerana diletak di tepi jalan dan mengganggu lalu-lintas di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Sebuah kenderaan rasmi milik kerajaan DAP Pulau Pinang yang diletakkan sesuka hati di tepi jalan berhadapan Dewan Undangan Negeri (DUN), Lebuh Light di sini dirantai oleh orang ramai yang berang kerana menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi bertindak sedemikian selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Menurut Yeow Hooi, tindakan tersebut adalah sebagai pengajaran kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

"Saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai isu ini. Jika orang awam yang melakukan kesalahan serupa, sudah pasti kenderaan mereka disita dan dikompaun.

"Ini tidak adil kepada rakyat. Maka saya hari ini mewakili penduduk negeri ini mengunci kereta kerajaan negeri demi menuntut keadilan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kereta terbabit bernombor plat PKC 3244 tertulis perkataan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Yeow Hooi mendakwa, tindakannya berniat baik iaitu mahu 'mendidik' pegawai dan kakitangan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mematuhi undang-undang.

"Saya akan terus mengambil tindakan untuk mengunci kereta milik kerajaan negeri sekiranya mereka berdegil dan masih meletakkan kenderaan sesuka hati," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, Wei Aik menyifatkan tindakan Yeow Hooi sebagai biadab.

"Ini kerana hanya pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai hak berbuat demikian," jelasnya.

Penang Wasabi..

Sunday, October 23, 2011

Menanti bentuk ‘pengorbanan’ Tsu Koon pada PRU13!


Minggu lalu Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon menyatakan kesediaannya ‘mengorbankan diri’ sekiranya itu mampu memberi kejayaan kepada parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Apakah bentuk pengorbanan itu? Ia masih rahsia.

Tsu Koon akan mengumumkannya kemudian selepas perincian dan perbincangan dilakukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan demikian pada ucapan penggulungan Persidangan Gerakan Ke-40. Tsu Koon tewas pada PRU lalu kepada calon DAP, Prof. Dr. P.Ramasamy di kawasan Parlimen Batu Kawan dengan majoriti 9,485 undi. Angka itu lebih besar daripada majoriti yang dimenangi Gerakan pada PRU sebelumnya melalui Huan Cheng Guan yang menang dengan majoriti 8,998 undi.

Selepas kekalahan memalukan itu, beliau mahu meletak jawatan kerana ingin bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk Gerakan terutama di Pulau Pinang yang menjadi kubu kuat parti. Bagaimanapun jawatankuasa tertinggi parti menolak kerana bukannya masa untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya bersatu memulihkan keyakinan rakyat kepada parti.

Kini selepas tiga tahun, Tsu Koon, Presiden Gerakan Ke-4 selepas Prof. Syed Hussein Alatas, Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Lim Keng Yaik terus dikritik hebat oleh kawan dan lawan. Malahan sebelum itu, Ketua Pergerakan Wanitanya, Tan Lian Hoe menyarankan supaya Tsu Koon tidak bertanding pada PRU13. Niat Lian Hoe hanya untuk menyuntik semangat parti. Sebenarnya apakah motif di sebalik kritikan terhadap Tsu Koon itu?

Sebagai ahli politik, Tsu Koon tentunya faham maksud tersurat dan tersirat dalam kritikan atau teguran terhadapnya. Beliau tentu lebih faham kehendak ahli-ahli parti serta rakan-rakan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN). Lebih-lebih lagi BN pada PRU13 mahu menebus kekecewaan yang dicatatkan pada PRU12 yang menyaksikan parti komponen seperti MCA, Gerakan, MIC kecundang. Menyelak kembali keputusan PRU12 itu, tiga presiden parti komponen BN tewas iaitu Gerakan, MIC dan PPP. MCA bertanding 40 kerusi Parlimen tetapi menang 15, Gerakan 12 (menang 2), MIC 9 (3) dan PPP gagal di kerusi tunggalnya, Taiping.

Daripada tiga kerusi ditandingi di Perak, Gerakan hanya menang di Gerik, di Johor menang kerusi tunggal di Simpang Renggam. Parti itu tewas di semua empat kerusi di Pulau Pinang, di Selangor hanya satu kerusi ditandingi tetapi tewas. Begitu juga di kesemua tiga kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga kecundang.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Gerakan hanya mempunyai empat kerusi iaitu dua di Johor dan masing-masing satu di Kedah dan Pahang. Di Pulau Pinang, Gerakan bertanding 13 kerusi DUN tetapi semuanya tewas. Begitu juga tewas semua kerusi di Perak (4), Selangor (4), Negeri Sembilan (2) dan Melaka (1). Begitulah wajah lesu dan pengalaman ngeri Gerakan pada PRU lalu.

Justeru, apakah Gerakan kini sudah pulih dan terus relevan? Berdasarkan kenyataan Tsu Koon baru-baru ini, pendaftaran 30,000 ahli baru membuktikan Gerakan masih relevan. Tetapi jumlah ahli belum tentu menjamin kemenangan. Pengundi atas pagar, pengundi tidak berparti akan menentukan menang atau kalah calon. Justeru, Gerakan malahan parti komponen BN yang lain perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kecemerlangan BN. Salah satu daripadanya ialah memilih calon yang boleh menang.

Dan bagi Gerakan, apakah langkah Tsu Koon seterusnya? Ada yang mahu beliau tidak bertanding. Ada juga yang mendakwa beliau akan berhijrah ke Simpang Renggam. Dan ada juga yang mahu beliau melakukan pertarungan ‘hidup atau mati’ dengan menghadapi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang. Mana satu pilihan Tsu Koon? Wajarkah beliau bertanding? Jika wajar di mana? Adakah untuk menyelamatkan maruah seorang presiden, ia perlu diperuntukkan kerusi yang selamat?

Dalam politik, kawasan yang dianggap selamat belum tentu selamat lebih-lebih lagi bagi ‘orang luar’ kawasan. Dalam hal ini, ia tidak seperti berlaku pada calon-calon pakatan 3P iaitu DAP, Pas atau PKR. Penerimaan pengundi terhadap calon 3P ini tidak mengambil kira dari mana asal usul mereka tetapi lain pula bagi calon-calon BN yang terlalu banyak ‘masalah’ sehingga calon yang boleh menang pun belum pasti menang. Inilah dilema BN.

Contohnya di Batu Kawan. Kenapa Tsu Koon yang popular dengan kedudukan KM tewas? Ramai yang melihat Batu Kawan kawasan selamat kerana sebelum ini menjadi milik BN. Dan Tsu Koon, jika mahu bertanding, eloklah kembali semula ke Pulau Pinang. Pilihlah mana-mana kawasan Gerakan yang kini dikuasai DAP sama ada Bukit Bendera, Batu Kawan, Jelutong atau Tanjong. Ada juga yang mencadangkan Tsu Koon memilih Bagan jika Guan Eng masih berhasrat bertanding di kawasan itu. Tetapi apakah keupayaan Tsu Koon? Di Bagan, pada PRU lalu, Guan Eng menang majoriti 22,070 undi mengatasi majoriti Lim Hock Seng (DAP) pada 2004, sebanyak 3,622 undi. Adakah menawarkan diri untuk bertanding di Bagan sebagai satu pengorbanan Tsu Koon?

Jika diselak rekod yang lalu, Tsu Koon mula menjadi ahli Parlimen Tanjong pada 1986. Beliau gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada Setiausaha Agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang yang berhijrah ke Pulau Pinang bagi menjayakan misi Tanjong I pada 1986. Tsu Koon berehat sepenggal dan menjadi setiausaha politik KM ketika itu, Chong Eu. Beliau kemudiannya bertanding di DUN Tanjong Bunga pada 1990 dan kejayaan berpihak kepadanya malahan dilantik sebagai KM bagi menggantikan Chong Eu yang ditewaskan oleh Kit Siang di Padang Kota. Pada 1995, di DUN yang sama, beliau menumbangkan Kit Siang dengan majoriti 7,703 undi dan kekal pada 1999 dan 2004 sebelum ke Batu Kawan.

Begitulah perjalanan politik Tsu Koon. Adakah PRU13 sebagai PRU terakhir atau PRU untuk beliau bangkit semula?

Penang Wasabi..

Friday, October 21, 2011

Mahasiswa pencacai PKR lebih pentingkan Aziz Bari dari agenda Murtad !


Kira-kira 200 mahasiswa upahan berhimpun bagi mempertahankan kenyataan kurang ajar Prof kangkung Aziz Bari Abdul Aziz. Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Aziz Bari”, “Bebas Aziz Bari” dari belengu.

Mereka berhimpun untuk menyokong kenyataan Aziz Bari bahawa Sultan tidak ada hak untuk mempertikaikan umat Islam yang murtad di Gereja DUMC.


Perhimpunan itu didalangi oleh Sam ketot yang juga Ketua AMK difahamkan cuba berarak menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak sesama mereka.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang kerana memberi laulan kepada Aziz Bari untuk mengabdikan diri kepada politik Anwar Ibrahim.

Maklumat Terkini Penahanan Sam Ketot dari blogger Darul Ehsan Today:
Sam ketot sebenarnya di tangkap ketika lari menyorok dalam toilet masjid, polis berjaya juga mencari dia, soalnya kenapa Sam lagi dalam toilet...???

Penang Wasabi..

Tuesday, October 18, 2011

Kit Siang Tak Boleh Tidur Malam, Rayu DS Najib Hentikan Serangan Dari Blogger UMNO!


Atok dah masuk campur... merayu kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak supaya kes cucunya ramas buah dada rakan sekolah di hentikan!!

Wow!!! Sape tak kenal Atok Kit Siang ni? Dia lah Raja pengkritik, mulut celupar paling tertua di Malaysia ni... Tapi tak tahan pedas rupanya apabila terkena batang hidungnya sendiri!!

Ini macam la latuk.... Latok tak payah pikir maruah keluarga latok, maruah cucu latok saja.. Maruah budak yang kena raba tu apa cerita? mau lepas macam tu saja ka??? Haiya.... Bak kata David Teo "Uwang tidak boleh beli segalenyae...."

Kenape tidak suruh saja Cik GuBard hentikan fitnah yang di lemparkan kepada isteri PM? Cakap tak selupa bikin!! Sekalang balu tau yea??



Time Kit Siang carut, maki hamun, fitnah anak bini orang dia buat-buat lupa!!!..piiiraah mabok lu latok Lim...!!!!

Penang Wasabi..

Sunday, October 16, 2011

Ananda dan kejutan!


Selalunya rakyat Malaysia mendengar cerita tentang kejayaan dan kekayaan tokoh perniagaan, T. Ananda Krishnan. Sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, namanya sentiasa di bibir walaupun beliau tidak suka menonjolkan diri. Apatah lagi saban tahun, Ananda di antara taikun teratas yang diumumkan dalam senarai orang terkaya di Malaysia dan Asia.

Minggu lalu, lain pula ceritanya. Rakyat Malaysia dikejutkan dengan laporan siasatan pihak berkuasa India terhadap beliau dan ketua pegawai kanannya, Ralph Marshall.

Kedua-duanya disiasat bersama seorang bekas menteri pusat India, Dayanidhi Maran dan adiknya, Kalanidhi berhubung tuduhan konspirasi jenayah komersial membabitkan urusan pembelian antara Maxis Communication Berhad (MCB) dan Aircel pada 2006. MCB dan Astro All Asia Networks (Astro) dimiliki oleh Ananda.

Bekas pemilik dan Ketua Eksekutif Aircel, C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada MCB dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran, pelaburan dibuat oleh syarikat menerusi rangkaian Astro di Sun TV, dimiliki oleh keluarga Maran. MCB membeli 74 peratus kepentingan dalam Aircel bernilai AS$800 juta daripada Sivasankaran yang mendakwa dipaksa oleh Dayanidhi untuk menjual syernya.

Biro Siasatan Pusat (CBI) India telah membuka laporan maklumat awal (FIR) bagi membolehkan siasatan formal dibuka. Menurut laporan agensi, CBI telah mengadakan serbuan ke premis kedua-dua beradik berkenaan, minggu lalu dan dijangka memanggil Ananda tidak lama lagi.

Kes siasatan itu mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Media India saban hari menyiarkan perkembangan isu tersebut yang menggegarkan industri telekomunikasi negara berkenaan. MCB dan Astro dalam reaksinya, menafikan berlaku sebarang salah laku dalam pembelian Aircel dan menegaskan bahawa syarikat itu membayar harga urusniaga berdasarkan persetujuan bersama Sivasankaran.

Yang menarik perhatian adalah, apakah kesudahan kes siasatan tersebut dan sama ada Ananda akan disabitkan kesalahan? Ia sudah tentu memerlukan bukti kukuh menerusi proses siasatan menyeluruh bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Sebagai rakyat Malaysia, jauh di sudut hati mengharapkan keputusannya nanti memihak kepada kepentingan rakyat negara kita. Segala-galanya masih samar setakat ini sambil persoalan tertentu berlegar - apakah ada lagi kejutan selepas ini? Kita tunggu dan lihat.

Penang Wasabi..

Thursday, October 13, 2011

Penduduk bantah kedatangan Guan Eng!


Ratusan penduduk di Segamat berkumpul di hadapan Restoran Siang Hai Kee di Kampung Abdullah petang ini bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada satu majlis makan malam anjuran DAP di restoran tersebut.

Rata-rata penduduk berkumpul bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan kedatangan Setiausaha Agung DAP itu ke negeri ini berikutan kelantangan beliau memburuk-burukkan Johor di hadapan diplomat asing di Singapura baru-baru ini.

Bagi memastikan keadaan terkawal, polis turut menghantar Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan itu.


Penduduk berkumpul sejak pukul 6 petang menunggu ketibaan Guan Eng yang sepatutnya tiba di restoran itu pada pukul 7 petang, namun beliau dilihat muncul pada pukul 8 malam.

Ketibaan pemimpin DAP itu disambut dengan jeritan ‘Daulat Tuanku’, ‘Mohon ampun pada Sultan’ selain suara kemarahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua yang berhimpun bersurai secara aman selepas diarahkan sebaik sahaja pemimpin DAP itu tiba.

“Secara keseluruhannya, tiada sebarang kekecohan berlaku. Mereka hanya berpiket secara aman tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah, Ayob Rahmat ketika dihubungi berkata, kumpulan penduduk yang berhimpun itu kesal dengan tindakan berani Guan Eng yang tetap datang meskipun dibantah oleh penduduk Johor.

Penang Wasabi..

Sunday, October 2, 2011

Mat Sabu terkedu! - Sultan bertitah jangan halal kezaliman komunis.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah (depan, tengah) bersama ilmuan pada Konvokesyen Ke-24 di UUM di Sintok, Kubang Pasu, semalam. Turut kelihatan Rafidah Aziz (depan, dua dari kiri) dan Sanusi Junid (depan kanan).

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah, sejarah tidak wajar dipolitikkan dengan cuba menafikan hakikat yang berlaku pada masa lampau.

Baginda bertitah, sebagai inti kepada jati diri, sejarah perlu dijadikan sebagai panduan hidup.

"Jika sejarah komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya.

"Janganlah menghalalkan kekejaman komunis suatu ketika dahulu.

"Seperti kata seorang ahli falsafah barat, George Santayana: "Mereka yang tidak mempelajari sejarah akan didera dengan mengulangi segala kesalahan dahulu"," titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini, hari ini.

Majlis konvokesyen itu berlangsung dalam 12 sesi selama enam hari bermula hari ini dan seramai 8,556 graduan akan menerima ijazah masing-masing.

Pada majlis tersebut, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Politik dan Pembangunan) dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Perdagangan Antarabangsa).

Sultan Kedah yang juga Canselor UUM bertitah, meskipun sikap memikirkan masa depan mempunyai pelbagai kebaikan, ia juga mengandungi keburukan.

"Kita akan melupai kerangka sejarah sedangkan sejarah menjadi inti kepada jati diri. Sejarah juga boleh menjadi kompas kepada hidup seseorang," titah baginda.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim menasihatkan rakyat supaya peka dengan perkembangan dan perubahan keadaan sekeliling termasuk daripada segi teknologi, sosial, ekonomi serta politik kerana ia memberi kesan kepada perjalanan kehidupan.

Baginda bertitah, kerajaan sentiasa membuat polisi berdasarkan perubahan semasa dan setiap perubahan itu menghadiahkan peluang.

"Seharusnya sama-samalah kita menghayati dan mengikut pembentangan Bajet 2012. Ambillah peluang dan manfaat daripada bajet itu," titah baginda.

Penang Wasabi..