~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, December 26, 2011

Konflit dalaman DAP : Rayer cabar Ramasamy tunjuk bukti!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer hari ini mencabar Prof. P. Ramasamy menunjukkan bukti siapa yang meminta pertolongan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu untuk mendapatkan projek.

Rayer berkata, kenyataan Ramasamy berhubung perkara berkenaan jelas menjatuhkan imej parti serta memberi persepsi buruk kepada masyarakat terhadap DAP.

Beliau turut mencabar Ramasamy mengemukakan nama individu dan projek yang terlibat serta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kenyataannya yang mengatakan ada beberapa individu dalam parti (DAP) meminta projek daripada beliau adalah tidak benar. Jika benar, saya cabar beliau kemukakan bukti.

“Saya berasa dukacita kerana tindakan beliau memalukan parti dengan membuat tuduhan melulu sedangkan semua orang tahu kita mengamalkan sistem tender terbuka bagi semua projek,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Rayer, tindakan Ramasamy itu jelas menunjukkan sikap tidak menghormati pucuk pimpinan parti.

Rayer turut ditanya ditanya mengapa beliau terpanggil untuk memberi kenyataan balas terhadap dakwaan itu sedangkan Ramasamy tidak menyebut sebarang nama.

Kepada soalan itu, beliau menegaskan, walaupun Ramasamy tidak menyebut nama, namun kenyataan ‘kepada yang mengkritiknya’ adalah merujuk kepada dirinya, ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berikutan hanya mereka bertiga yang mengkritik Ramasamy selama ini.

“Karpal sudah memberi kenyataan balas pada Sabtu lalu manakala Tanasekharan pula sehari sebelumnya. Saya terpanggil untuk memberi kenyataan pada hari ini berikutan merasakan Ramasamy memberi kenyataan tidak benar,’’ katanya.

Penang Wasabi..

Sunday, December 25, 2011

OSTAD KITA kata Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras nak robohkan Madrasah!


Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, OSTAD KITA Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

Lihatlah betapa RIAKnya seorang Menteri Besar selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar mengatakan yang beliau tahu mengenai hukum hakam!!!

Penang Wasabi..

Friday, December 23, 2011

Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut!

Bangunan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak, Alor Setar Kedah bakal dirobohkan untuk dibina Plaza Tunku Yaacob.


Banyak kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.

Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.

Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun. Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Sebelum ini ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.

Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.

Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Wednesday, December 21, 2011

130 ahli PKR Penanti sertai UMNO!


Abdul Wahab Abdul Rahman (tiga dari kiri) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Zainal Abidin Osman di Tanah Liat, Bukit Mertajam, semalam.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Penanti menerima tamparan baru apabila 130 ahlinya bertindak keluar parti dan menyerahkan borang menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai bekas Ketua PKR Cabang Tanah Liat, Abdul Wahab Abdul Rahman bersama 59 ahlinya serta 71 lagi ahli PKR dari Kampung Bukit Berangan yang diketuai Mohd. Nasir Yop.

Menurut Abdul Wahab, 71, dia mengambil keputusan itu kerana kecewa dengan perjuangan yang dibawa PKR.

“Perkara ini dah difikirkan lama dulu kerana tanpa sebarang alasan saya ditendang daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) Tanah Liat/ Simpang 3 Berapit dan Ketua Cawangan serta digantikan oleh orang lain.

“Hari ini saya mengambil keputusan untuk kembali kepada UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sendiri, Datuk Zainal Abidin Osman,” katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Rakyat di rumahnya di Tanah Liat di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Tambah Abdul Wahab yang menyertai PKR sejak ia ditubuhkan, dia dan ahli lain berjanji akan membantu UMNO merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti serta Parlimen Permatang Pauh yang kini dikuasai PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Mohd. Nasir berkata, suatu masa dahulu kampungnya adalah kubu kuat PKR malah hanya terdapat kurang lima rumah sahaja yang didiami ahli UMNO, namun kini semuanya berubah dengan kemasukan 71 ahli PKR ke dalam UMNO.

“Sekarang situasi sudah berubah kerana hanya tinggal kira-kira lapan keluarga sahaja yang masih menyokong PKR, sedangkan ramai yang lain kembali kepada UMNO yang lebih dipercayai untuk membantu orang Melayu.

“Datuk Dr. Mansor Othman sendiri sebagai ADUN Penanti dilihat gagal membela nasib penduduk malah tiada sebarang kemajuan yang dibawa ke kampung kami sejak sekian lama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zainal berkata, Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh harus membuka mata dengan kemasukan beramai-ramai anggota PKR ke dalam UMNO.

“Penduduk di Permatang Pauh sudah lama terabai kerana Anwar tidak banyak habiskan masa untuk rakyat di sini tetapi sering bergelut dengan masalah peribadinya menyebabkan rakyat menderita.

“Jadi, sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional diberi mandat semula oleh penduduk Permatang Pauh untuk menerajui Pulau Pinang,” katanya.

Jelasnya, arus penghijrahan ini akan berterusan dan lebih ramai dijangka akan kembali menyertai UMNO dalam masa terdekat ini.-UM.

Penang Wasabi..

Sunday, December 18, 2011

GEMPARRR..!!! NIK AZIZ HARAMKAN UMNO GUNA ISTILAH "JIHAD"..!!! DAP SAJA BOLEH GUNA ISTILAH TUUU..?!!!


Kadang-kadang, saya jadi muak nak mengulas tentang Nik Aziz Nik Mat dan kenyataan-kenyataan bodohnya yang cuba dijadikan sebagai fatwa muktabar oleh “suku kaum agama” PAS. Namun memandangkan ke”nyanyuk”kan Mursyidul Am PAS yang dikatakan sudah memakai “pampers dewasa” itu, saya tiada pilihan untuk menulis bagi membetulkan pesepsi buruk tersebut.

Terbaru, Nik Aziz marah-marah ekoran penggunaan istilah “jihad” oleh Tmbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru-baru ini bagi menguatkan semangat orang UMNO menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Katanya, UMNO tak layak pakai istilah “jihad” dan perkataan tersebut hanya sesuai digunakan untuk menegakkan Islam.

Katanya, UMNO tak layak guna istilah itu kerana perkataan “jihad” berasal dari Al-Quran, manakala UMNO mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Malah menurutnya UMNO menggunakan istilah “jihad” untuk orang Melayu sahaja, sedangkan Islam meliputi semua kaum lain seperti bangsa Arab, kaum Cina dan lain-lain di dunia.

Saya percaya, kalau saya kata Nik Aziz Nik Mat itu bodoh, tentu ramai puak-puak PAS yang malas berfikir akan marah saya kerana menyifatkan “Nabi” mereka dengan sifat begitu. Oleh itu, saya gunakan perkataan “lembut sedikit” bahawa Nik Aziz bagai “tidak berakal untuk berfikir” dan “tidak bijak dalam pemikiran dungunya” itu.

Saya akui, memang perkataan “jihad” termaktub di dalam Al-Quran. Namun, bagaimana dengan perkataan lain di dalam Al-Quran seperti Islam, Iman dan lain-lain perkataan yang digunakan oleh umat Islam lain? Apakah perkataan itu juga dilarang penggunaannya? Jangan fikir semua orang PAS saja tahu pakai istilah di dalam Al-Quran, orang UMNO pun tahu dan layak juga pakai istilah yang sama!

Mengapa marah UMNO pakai istilah “jihad”? PAS pakai istilah dan nama “Islam” pada nama partinya, tidak salahkan tindakan tersebut? Sedangkan, PAS hanyalah parti politik yang tidak pun memperjuang atau mengimarahkan Islam di negara ini. Sebagai contoh, Nik Aziz hanya bina sebuah masjid saja sepanjang pemerintahannya di Kelantan selama lebih 20 tahun! Itu baru contoh kecil!

Apakah PAS memperjuangkan Islam dan layak menggunakan istilah “Islam” pada nama partinya? Apa yang PAS buat untuk mendaulatkan Islam di negara ini? Apakah Nik Aziz tidak ingat bahawa dialah dalang utama yang menentang perpaduan umat Islam di negara ini yang dipisahkan oleh fahaman politik jumudnya itu? Apakah Nik Aziz lupa tentang PAS yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan Islam dan semangatnya di negara ini?

Rasanya, kenyataan Nik Aziz itu penuh dengan emosi yang membenci UMNO dan umat Islam yang menyertai parti musuhnya itu. Kenyataannya bukan berlandaskan Islam dan akhlak nabawiyyah, namun lebih kepada nafsu serakah politik yang tidak rasional serta memecah belahkan!

Sepatutnya, Nik Aziz patut bersyukur kerana UMNO menggunakan dan menghidupkan kembali istilah “jihad” dari Al-Quran yang semakin lama dilupakan oleh umat Islam di negara ini. Positiflah sedikit, Tok Guru! Usahlah terus bersikap negatif dan memandang buruk sangka terhadap saudara seIslam sendiri!

Saya percaya, penyalahgunaan kuasa mahupun rasuah bukan saja ada di dalam UMNO, namun sikap buruk itu juga wujud di dalam PAS, PKR, DAP dan lain-lain parti. Rasionalnya, sikap tersebut tidak mewakili parti dan sebetulnya ia adalah merupakan sikap buruk segelintir individu atau tokoh di dalam parti tersebut. Justeru itu, tidak adillah Nik Aziz menuduh UMNO begitu, sedangkan parti PAS lagi teruk rasuah dan salah guna kuas di Kelantan! Tak ingat berapa ratus yang Tok Guru beri pada pengundi pada PRK di Kelantan tempohari?

Saya juga yakin, dengan penerapan nilai Islam seperti “jihad” di dalam UMNO, ia bakal memulihkan sikap buruk rasuah mahupun salahguna kuasa yang masih wujud. PAS pun sepatutnya memuji UMNO kerana memilih istilah yang sebegitu murni. Mungkin PAS boleh mengesyorkan UMNO supaya menggunakan istilah “intifaadhah” (kebangkitan) selepas ini?

Nik Aziz patut sedar dan buka mata sekaligus mengiktiraf peranan UMNO dalam memperjuang dan mendaulatkan Islam di negara ini. Apakah Tok Guru fikir JAKIM, Jabatan-Jabatan Agama Islam, PERKIM, YADIM, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi agensi-agensi Islam di negara ini ditubuhkan serta diperjuangkan oleh PAS, DAP, PKR, MCA, MIC, PRM, PPP, atau lain-lain parti?

UMNO jugalah yang buat semua itu dan pernahkah PAS bekerjasama, menyokong, menyertai atau memberikan galakan kepada UMNO untuk terus memperjuangkan Islam di negara ini? Tahukah Tok Guru kenapa kedua-dua jawatan Ketua Tertinggi Agama Islam dan Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Negara diberikan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong? Tahu tak kenapa diberikan kepada pihak yang sama? Boleh jawab? Atau IQ Tok Guru tersumbat lagi?

Boleh dikatakan bahawa seluruh umat Islam di negara ini yang rasional dan rajin berfikir bersetuju dan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh UMNO dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Hanya Tok Guru dan mereka yang tidak berfikiran rasional saja yang menolaknya. Maklumlah, bila matlamat menghalalkan cara, perkara yang hak pun akan dipandang batil oleh puak-puak seperti Tok Guru!

Justeru itu, tidak salah sama sekali UMNO menggunakan perkataan atau istilah “jihad” di dalam muamalahnya. Tidak ada dalam hukum syarak pun yang menegah UMNO dari menggunakan istilah sebegitu di dalam perjuangannya demi Islam, bangsa dan tanahair. Lainlah PAS yang “memperdagang” dan “menjual” Islam untuk mendapatkan undi! Itu jual agama demi kuasa namanya..!!!

Oleh : DukeofUmno

Penang Wasabi..

Tuesday, December 13, 2011

Ucapkanlah Selamat Jalan Kepada Anwar Ibrahim!



Akhirnya sampai ke bahagian penamat perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang merupakan perbicaraan terpanjang dalam sejarah Malaysia malah memecah rekod perbicaraan yang paling banyak ditangguhkan iaitu 78 kali. Dan ternyata juga penangguhan sebanyak itu masih tidak dapat menafikan memang terdapat aktiviti liwat yang berlaku antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Para peguambela Anwar seperti sepakat mengatakan bahawa liwat tersebut berlaku atas SUKA SAMA SUKA. Teori SUKA SAMA SUKA sebenarnya telah dimulakan oleh pihak Anwar sendiri apabila pecah berita, Saiful telah membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun teori itu disenyapkan dan cuba ‘dilupakan’ begitu sahaja oleh juak-juak Anwar kerana teori itu memakan diri sekaligus membenarkan FAKTA Anwar adalah seorang peliwat.

Tiada apa yang menghairankan apabila para barisan peguambela Anwar juga menggunakan teori yang sama dalam mahkamah. Tiga kali mereka meminta agar perbicaraan dijalankan secara tertutup dan kemudiannya menyanggah pendapat pakar dengan pendapat mereka sendiri selain cuba memanipulasikan pemikiran orang ramai dengan membuat ceramah di medan terbuka untuk mempertikaikan segala perjalanan perbicaraan berkenaan tetapi apabila diberikan peluang di mahkamah, yang dipertikaikan hanyalah tentang masalah teknikal dan prosedur, bukannya tentang Anwar meliwat Saiful.

Anwar dan barisan peguamnya seperti sudah menyerah kalah. Anwar tidak langsung memberikan ruang untuk orang ramai membuat persepsi bersih terhadapnya. Sebaliknya Anwar sekadar bermain-main dengan masa dan ingin menundanya. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Anwar sebenarnya mahu bersedia untuk masuk ke penjara dan memulakan kempen baru mirip 1998 iaitu meraih simpati daripada orang ramai.

Penggulungan hujah yang membabitkan pasukan pembela ternyata satu malapetaka apabila ketiga-tiga peguam bela Anwar ‘sepakat’ yang Anwar meliwat Saiful sama ada menerusi kenyataan ala-peguam mereka ataupun tindakan mereka enggan mempertikaikan kewujudan air mani Anwar di dalam rektum Saiful.

Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pendakwaraya, Datuk Yusof iaitu air mani Anwar di dalam rektum Saiful, keterangan Dr. Hoogland yang kelihatan terlalu ‘diupah’ dan percanggahan keterangan seorang saksi Anwar iaitu Najwan Hilmi, ternyata menjadi buah maut untuk pasukan Anwar Ibrahim meneruskan kerja-kerja jahat mereka memutarbelitkan fakta.

Kebergantungan yang keterlaluan oleh pasukan pembela Anwar Ibrahim terhadap Dr. Osman dari Pusrawi yang membuat pemeriksaan awal tetapi kemudiannya merujukkan Saiful ke Hospital Besar untuk tujuan pemeriksaan yang lebih detail, sebenarnya dilihat lebih kepada membunuh diri.

Dalam keterangannya, Dr. Osman sendiri mengakui dia bukanlah pakar dan pemeriksaan yang dijalankannya adalah secara ‘general’. Dia hanya melihat tiada kesan tusukan tetapi pemeriksaan lanjut oleh pakar di HKL pula membuktikan mangsa Anwar Ibrahim itu sememangnya telah diliwat berdasarkan kesan yang terdapat pada rektum dan air mani yang masih tersimpan dalam rektum Saiful Bukhari Azlan.

Kegagalan pihak pembela Anwar untuk menerangkan bagaimana air mani Anwar boleh berada di dalam rektum, dilihat sangat melucukan apabila dua orang peguambela Anwar iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal cuba menimbulkan teori ‘planted’. Pun begitu, mereka gagal menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim itu boleh tersimpan tanpa Anwar Ibrahim menyedari air maninya telah diperolehi oleh pihak berkuasa untuk ditanam dalam rektum Saiful Bukhari Azlan.

Cubaan Ram Karpal untuk menyangsikan air mani tersebut mempunyai DNA Anwar Ibrahim juga, dilihat gagal. Malah apabila Sankara Nair serta Karpal Singh berterus-terusan cuba mengaitkan pembabitan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dalam kes tersebut, ia lebih kepada satu cerita dongeng yang terpaksa dikarang untuk memuaskan hati si pengupah mereka.

Berdasarkan kepada perkembangan yang ditunjukkan, Anwar Ibrahim seharusnya sudah diberikan ucap Selamat Jalan memandangkan peguam-peguam yang berharga mahal dan menjadi pembelanya, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Penggulungan hujah kedua-dua pihak pada 15 Disember nanti, sebenarnya tidak lebih daripada satu prosedur semata-mata memandangkan Karpal, Sankara dan Ram sudah pun membayangkan kejadian liwat tersebut adalah SUKA SAMA SUKA.
-Selangor Daily

Penang Wasabi..

Monday, December 12, 2011

BUKTI ANWAR/PKR ADALAH PEJUANG GAY DAN HOMOSEKS !





Tak perlu nak cerita lebih, tetapi kita boleh menilai sendiri.

Semalam peguam utama Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.

Karpal berkata Mohd Saiful mendakwa diliwat secara paksa namun, hujahnya, keterangan saksi utama, di mahkamah membuktikan sebaliknya.

“Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri”, katanya.

Karpal menyifatkan Mohd Saiful seperti seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat. Menurutnya, Mohd Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. Justeru itu, Karpal menggesa mahkamah mengkaji semula kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi.

Dari apa yang dirumuskan oleh Karpal Singh ini secara tidak langsung beliau telah mengesahkan bahawa Anwar memang ada melakukan aktiviti LIWAT yang selama ini dinafikan sendiri oleh anak guamnya iaitu Anwar Ibrahim!

Kepada pengikut-pengikut tegar Anwar Ibrahim di harap selepas ini akan dapat memikirkan semula sokongan anda terhadap beliau. Sanggupkah kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang suka kepada aktiviti homoseks dan gay? Fikir-fikirkanlah..?

Terima kasih kepada http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ untuk sumber gambar.

Penang Wasabi

Thursday, December 8, 2011

NGO 'hadiah' Guan Eng kek replika najis!


Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan 'kek' unik serta replika najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena hari lahirnya yang ke-51 di Bangunan Komtar, di sini hari ini.

Bagaimanapun, cubaan 20 ahli NGO berkenaan gagal berikutan pintu utama menghala ke pejabat Setiausaha Agung DAP itu dikunci pengawal keselamatan.

Difahamkan replika najis itu diterima daripada empat individu yang mengisytiharkan mereka sebagai ahli NGO selepas keluar dari DAP.

Presiden Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman yang mengetuai kumpulan itu berkata, kek itu diperbuat daripada polisterin dan disalut dengan krim coklat sebagai tanda tidak berpuas hati mereka dengan pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luaran sahaja.

''Kek yang bersalutkan coklat diluar itu jika dilihat ia sangat lazat dengan warna dan rupa bentuknya, namun apabila dipotong dalamnya palsu kerana diperbuat dengan polisterin yang sememangnya tidak boleh dimakan.

''Mereka (Kerajaan DAP Pulau Pinang) sama seperti kek itu di mana hanya cantik di luar namun di dalam sebaliknya.

''Kami membuat kek itu begitu adalah untuk menunjukkan bahawa pentadbiran DAP di negeri ini adalah palsu semata-mata. Mereka menipu rakyat dengan janji manis namun jika kita lihat agenda yang sebenar, semuanya palsu belaka," katanya kepada pemberita.

Penang Wasabi..

Rupanya ada sistem Kasta & Rasis dalam DAP!


Sistem kasta dan rasis sememangnya cukup kuat diamalkan didalam parti rasis DAP,masakan tidak baru baru ini M Kulasegeran Ahli Parlimen Ipoh Barat bertindak mengugut untuk keluar parti apabila diperlakukan bagaikan paria didalam DAP.

Begitu juga Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh dan Hee Yit Fong Adun Jelapang dari DAP mereka juga mendakwa menjadi mangsa tindakan rasis dan double standart didalam DAP.

Didalam DAP mereka yang bukan kristian dan juga bukan dari kalangan evengelis hanya menjadi golongan kelas kedua didalam hirarki parti. Sebab itulah memang wujud kelompok daripada kaum cina yang bukan kristian dan india tidak menjadi pemimpin utama didalam DAP.

Cuba anda perhatikan senarai pimpinan kanan DAP,kalangan mereka hampir 90% adalah golongan ekstremis evengelis . Di manakah yang dikatakan demokrasi didalam parti hinggakan kalangan yang tidak setaraf atau sealiran agama dibelakangkan.


P.Ramasamy diarahkan untuk memohon maaf kepada Karpal Singh hanya kerana menyebut 'warlord' dan "godfather" yang menentukan siapakah yang bakal menjadi calon DAP pada PRU13 nanti. Sedangkan semua orang tahu Godfather didalam DAP adalah Kit Siang& Karpal dan juga Guan Eng.

Mereka ini yang menentukan kroni kroni didalam parti sahaja yang akan mendapat tempat untuk menjadi calon.Tidak ada mana mana ahli DAP yang berani menyangkal bahawa barisan pemimpin yang ada sekarang ini kesemuanya adalah kroni kroni godfather DAP.

Adalah tidak mengejutkan kaum India dan cina bukan kristian paling ramai meninggalkan DAP sejak akhir akhir ini.

Sumber : www.pisau.net

Penang Wasabi..

Sunday, December 4, 2011

Guan Eng perlu jawab projek RM5 juta gagal!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menyiapkan projek tempat letak kereta bertingkat bernilai RM5 juta yang terletak di Bukit Bendera.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen mendesak Guan Eng yang juga Pengerusi PDC memberikan penjelasan penuh terhadap kegagalannya menguruskan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat itu.

“Macam mana PDC tidak boleh bina tapak letak kereta ini. Apa guna diberikan peruntukan sekiranya tidak boleh buat?

“Jika tempat letak kereta ini tidak boleh buat, apa yang mereka boleh buat?,” soalnya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Makanan Penjaja 2011, Johor Jaya di sini, semalam.

Semalam, Guan Eng dilaporkan berkata, projek tempat letak kereta berkenaan akan dirobohkan dan dibina semula mengikut spesifikasi yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.

Projek yang siap pada Mac lalu itu gagal memenuhi kriteria sijil layak menduduki (CF) yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Jawatankuasa siasatan mendapati, arkitek dan juruperunding projek itu bertanggungjawab atas kelemahan reka bentuk tempat letak kereta tersebut.

Beliau juga dilaporkan berkata, pembinaan tapak letak kereta baharu itu akan mengambil masa 15 bulan dan akan menelan belanja antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta dengan kapasiti 300 tapak baharu berbanding hanya 112 tapak sebelum ini.

Yen Yen berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kegagalan projek berkenaan dan menyifat kegagalan itu sebagai pembaziran wang rakyat.

“Peletakan jawatan seorang dua berhubung isu ini tidak memadai dan Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini kerana projek berkenaan adalah di bawah kendalian PDC sepenuhnya,” katanya.

Penang Wasabi..