~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Friday, February 26, 2010
Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru!
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan.
Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.
Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami.
“Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya.
“Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat.
“Kita bukan nak hidup di dunia sahaja, saya tahu Wan Azizah mengetahui hal sebenar dan saya kecewa demi kepentingan politik suami dan dirinya (sanggup) dia berbohong kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan bahawa Wan Azizah selayaknya diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.
Beliau yang juga bekas rakan karib, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis bersedia mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.
Sementara itu : ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’, Rakyat lebih layak menilainya
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melepasi dahulu perbicaraan kes liwat yang dihadapi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum layak ‘dianugerahkan’ oscar atau ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010'.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isteri Anwar itu sepatutnya mencari peguam-peguam terhebat dan bukti-bukti untuk menangkis hujah semasa perbicaraan kes liwat suaminya.
‘‘Sama ada Wan Azizah layak dianugerahkan ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atau mampu terima oscar atau tidak bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh rakyat sendiri.
‘‘Namun bagi saya perbuatan beliau memandang hina sistem kehakiman negara dengan membuat telahan bahawa perbicaraan kes liwat suaminya sebagai usaha untuk membunuh karier politik Anwar adalah satu skrip lakonan yang sangat murah harganya dengan jawatan Ketua Pembangkang yang selama ini mempunyai kedudukan yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Rais ditanya mengenai kenyataan Datuk S.Nallakaruppan yang ada menyebut nama beliau, apabila secara sinis mencadangkan pengurniaan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' kepada Wan Azizah atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.
Menurut Nallakaruppan, beliau bersedia mengemukakannya kepada Rais untuk dipertimbangkan.
Sebelum itu, Nallakaruppan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia kelmarin yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripda usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.
Rais berkata, sepatutnya Wan Azizah tidak terlalu cepat membuat kenyataan itu kerana ia perbicaraan kes liwat suaminya merupakan soal jenayah di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
Tegasnya, ia sama dengan status pendakwaan dan perbicaraan kes rasuah, penipuan dan pembunuhan.
‘‘Dulupun ramai pemimpin dalam kerajaan sendiri menghadapi perbicaraan di bawah undang-undang negara, tanpa helah dan politiking. Antaranya pada 1982 apabila Datuk Mokhtar Hashim dihadapkan ke mahkamah, Datuk Muslim iaitu Exco Kedah serta Tan Sri Kasitah Gaddam begitu juga dan pada era 80-an melibatkan Ketua Menteri Melaka.
‘‘Jadi, kenapa perlu Anwar ‘diistimewakan’. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kesamarataan di sisi undang-undang,” katanya. Tegas Rais: ‘‘Sebaik-baiknya kes liwat Anwar tidak didebatkan di luar mahkamah. ‘‘Anwar sendiripun telah lepas dari cengkaman mahkamah pada 2004, apa nak ditakutkan menghadapi perbicaraan, takut kerana salah, berani kerana benar.”
Penang Wasabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nampak sangat ada buat salah depa ni
ReplyDeletetangguh itulah inilah