~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, August 31, 2014

EINA AZMAN, DATUK PADUKA KAISER GURMEET SAH BERGELAR SUAMI ISTERI!


Pelakon Ainur Syakina, 19 atau lebih dikenali sebagai Eina Azman & pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh telah selamat diijab kabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri, Azman Abdullah.

Pasangan yang mengenakan pakaian yang bertemakan bollywood ini telah selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Zulkapili Abdul Mutalib, Imam Masjid KLCC.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 770 dan wang hantaran sebanyak RM77,000.




Buat pengetahuan semua, hantaran yang diterima oleh pihak perempuan juga adalah sebuah kereta yang berjenama Chevrolet Camaro. Sekalung tahniah buat pasangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh dan Datin Paduka Ainur Syakina Azman.

Penang Wasabi..

Wednesday, August 27, 2014

'Pengantin' separuh bogel mengaku salah?


IPOH - Dua model yang berpakaian separuh bogel sewaktu menjalankan sesi penggambaran di Jalan Sultan Yusuf di sini Isnin lalu mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

How Jo Yee, 21, dan Low Kah Wai, 27, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu kententeraman awam (public nuisance) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama dengan denda tidak melebihi RM400.

Jika denda gagal dibayar, penjara sebulan akan dikenakan ke atas kedua-dua model terbabit.

Sebelum itu, peguam kata ''Tidak bersalah berpakaian sikit"?


Mengambil gambar di tempat awam tidak bersalah selagi mereka berpakaian, kata seorang peguam terkenal, Syahredzan Johan.

"Secara jujur, saya tidak nampak sebarang kesalahan dengan cara pemakaian pasangan di Ipoh. Ia mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah orang, tetapi saya tidak nampak bagaimana ia boleh jadi satu kesalahan jenayah'', tambah beliau.

Baru-baru ini, gambar pasangan pengantin yang berpakaian sedikit di Ipoh mula viral di laman sosial.

New Sin Yew, seorang peguam juga percaya peristiwa ini bukan satu kesalahan gangguan awam. "Jenayah gangguan awam seharusnya menjejaskan komuniti. Tambahan pula, memilih untuk berpakaian begitu adalah hak mereka sepenuhnya mengikut perlembagaan untuk kebebasan bersuara," berkata Sin Yew.

Penang Wasabi..

Sunday, August 24, 2014

Apakah Zionis Telah Mengancam Negara Tanpa Di Sedari?


Kerisauan Tun M telah diterjemahkan dalam ungkapannya untuk menarik balik sokongan terhadap Najib demi negara! Ertinya terlalu kronik untuk dibiarkan dari pandangan mata dan pemerhatian orang lama seperti Tun M. Mungkin kesal dahulu ada kebaikan, jika tidak ditegur, rakyat tidak nampak bahaya sesuatu serangan zionis dalam kebaikan dan keterbukaan negara?

Rakyat tidak perlu mengecam Tun M dan rakyat juga tidak perlu memburukkan Dato Seri Najib. Bila org muda tidak faham sejarah dan ke barang kalian risiko dari memainkan politik terlalu terbuka kepada asing, biarlah mereka-mereka yg lebih berpengalaman memberi pencerahan seperti Tun M, pemikir-pemikir, penganalisa, penulis politik dan pemerhati yg mempunyai Deria dan Aura yg tajam.

Seperti contoh MH370 berbagai spekulasi dipaparkan, adakah kita terfikir angkara siapa, adakah kita mencari sesuatu yg tiada?
Adakah negara kita tidak menghabiskan duit utk pencarian ini? Ibarat membuka pintu rumah terlalu luas, menunggu musuh dari luar dan dekat tanpa memikirkan berapa jumlah kerugian dan bilakah berakhir?

Saya menyokong penulis veteran seperti saudara Yahaya Ismail dan ramai lagi pengamat politik di luar sana meninjau bahayanya kuasa-kuasa US dan Zionis? Banyak negara-negara luar yang berpengaruh sememangnya mengidam dengan PERAIRAN SELAT MELAKA yg merupakan laluan utama yg penting?

Kebetulan Peta kita pula dikeliling dengan negara-negara ramainya umat Islam yg menjadi target mereka untuk menjatuhkan Islam? Setiap teguran menjurus kepada kebimbangan terhadap musuh-musuh negara, harus di ambil perhatian oleh semua.

Kini pemberontak berani menembak MH17 dengan kejamnya. Tidak siapa berani mengambil tindakan, menegur termasuk negara-negara luar, kecuali kerajaan Malaysia terpaksa berunding untuk mendapatkan kotak hitam dan semua mangsa-mangsa? Bayangkan yg telah mati pun sukar di minta, inikan pula yg masih hidup?

Jika di amati seketika, contohnya kehilangan MH370 adakah di zaman serba canggih, ada satelit satu dunia, boleh Ghaib tanpa sebarang kesan? Gunung tertinggi di dunia pun sudah dapat di daki, Angkasa dan Bulan sudah diterokai, mengapa Lautan Hindi di geruni?

Pemimpi dan iminasi pun memberi gambaran adakah MH370 turun di landasan buatan sementara ini? Tapi di mana dan kesahihannya tidak ada siapa yg berani menyiasat termasuk US atau CIA?

Di darat, di laut dan di udara pun nampaknya kita sudah tidak selamat lagi, bagaimana agaknya masa depan generasi kita kelak? Pesalah pun boleh bebas menaiki jet peribadi, boleh berhubung dengan sahabat Yahudi? Malah dari keturunannya juga mahu di angkat menjadi pemimpin?

Apa pun kita beruntung kerana pemimpin No 1 kita masih mempunyai kekuatan Iman dan Jati Diri menghadapi satu persatu bencana dan risiko? Setiap manusia melakukan kesilapan dan setiap teguran harus di ambil perhatian!

Carik2 bulu ayam, tarik benang dalam tepung, air yg tenang jangan sangka tidak ada buaya dan jangan biar nasi menjadi bubur? Semua peribahasa ini boleh diguna pakai?

Penang Wasabi..

Friday, August 22, 2014

NURUL IZZAH ANWAR MENANGIS SEWAKTU MEMBUAT KENYATAAN MEMOHON MAAF KEPADA RAJA NONG CHIK?


Berikut Permohonan Maaf Nurul Izzah:

” Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk

“Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

” Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau."

" Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas,”.

Penang Wasabi..

Monday, August 18, 2014

Orang Kanan Anwar Ditahan Polis?


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran ditahan di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju, Jalan Pudu di sini petang ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika tiba di balai tersebut kira-kira pukul 7.52 petang bersama peguamnya, Lateefa Koya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, Surendran ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

“Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan jaminan dan diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta pukul 8.30 pagi esok," katanya.

Penang Wasabi..

Sunday, August 17, 2014

Sokong Wan Azizah peluang terakhir Pas tunjuk kesetiaan?


ADUN Sungai Pinang daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim hari ini sekali lagi memberi kata dua kepada Pas untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Chang Khim yang dipecat daripada jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sokongan kepada Wan Azizah adalah peluang terakhir Pas menunjukan kesetiaan kepada pakatan pembangkang.

"Pas telah meminta masa untuk berbincang (mengenai perebutan jawatan menteri besar Selangor). Kita setuju dan kita simpan sedikit keyakinan kepada Pas.

"Ini adalah pilihan terakhir kepada Pas untuk menunjukkan kesetiaan kepada pakatan PKR, Pas dan DAP," kata Chang Khim.


Cham Khim juga sekali lagi menegaskan empat Exco Pas yang masih menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar telah kehilangan kredibiliti.

Chang Khim ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) sebelum memasuki pejabat beliau di tingkat 3 bagi tujuan mengemas dan mengosongkannya.

Jelas Chang Khim, seramai enam orang pekerja di pejabatnya terpaksa diberhentikan berikutan pemecatan beliau sebagai Exco Selangor.

Beliau juga memberitahu segala peralatan dan kemudahan termasuk kereta rasmi telahpun dipulangkan kepada kerajaan negeri.

Penang Wasabi..

Saturday, August 16, 2014

Peluang Abdul Khalid kekal MB tetap ada?


Pengosongan kedudukan Exco dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam kerajaan negeri Selangor kecuali Pas memberi dua isyarat.

Satu, pengukuhan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor manakala kedua, pendirian Pas semakin jelas untuk tidak bersama DAP dan PKR dan sanggup bersendiri menyokong Abdul Khalid.

Ternyata arahan Anwar Ibrahim supaya Exco Pas tidak menyertai Mesyuarat Exco dengan Abdul Khalid kelmarin tidak diendahkan oleh mereka. Ini adalah suatu tamparan hebat kepada Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat.

Ada beberapa petanda jelas Pas bakal membuat suatu keputusan merintis jalan ke arah politik baru di Selangor dan bukan mustahil bagi Malaysia.

Pertama, wakil kepimpinan Pas tidak hadir dalam mesyuarat kepimpinan utama Pakatan Rakyat Isnin lalu. Ia tidak berlaku sebelum ini.


Kedua, pertemuan Anwar dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas isu berbangkit tidak berhasil menyelesaikan kemelut.

Abdul Hadi tetap teguh dengan pendirian Abdul Khalid tidak boleh digantikan dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh menjadi MB yang baru.

Perkembangan lain dalam kemelut politik MB Selangor adalah sokongan istana terhadap Abdul Khalid sebagai MB setelah mendengar penjelasan Abdul Khalid bahawa ia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan keengganan Tuanku Sultan berjumpa Wan Azizah.

Untuk Abdul Khalid tidak terjebak dengan undi tidak percaya November nanti, Abdul Khalid memerlukan sokongan majoriti mudah di DUN Selangor. Sekiranya Pas bertekad untuk mewujudkan politik baru di Selangor dan Malaysia peranan wakil Barisan Nasional (BN) harus disantuni.

Sekiranya Pas memandang sepi peranan BN Selangor, Abdul Khalid bakal jatuh dengan undi tidak percaya kerana tidak cukup kuorum untuk mempertahankan kedudukannya dan Pas dilihat sebagai tidak strategik.

Oleh itu, beberapa sikap dan pendirian yang diambil oleh Pas memberi isyarat bahawa Pas tidak boleh mengelak daripada menyantuni BN walaupun ia ditanggapi sebagai sesuatu yang pahit untuk ditelan kerana itulah realiti politik Selangor yang mampu mempertahankan maruah Abdul Abdul Khalid dan Pas juga.


Pertemuan kepimpinan tertinggi Pas pada Ahad ini adalah titik-tolak yang penting. Kritikan sesetengah akar umbi Pas yang tersiar dalam media terhadap Anwar agak keras dan kritikan khalayak media siber terhadap Anwar begitu tajam dan sinis.

Ia tidak berlaku secara terbuka dan meluas sebelum ini. Pertemuan Ahad ini bakal menentukan keputusan Majlis Syura Pas diterima atau sebaliknya kerana terdapat dua kumpulan yang mempunyai pendirian yang berbeza.

Meleraikan kemelut politik Selangor memerlukan beberapa strategi yang dirancang dengan berhemah dan bijaksana. Pertama, Abdul Khalid mesti segera menyertai Pas. Menteri Besar Kelantan yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas mengalu-alukan langkah ini.

Dengan Abdul Khalid menyertai Pas, ia tidak lagi menjadi MB yang Bebas sekali gus menjadikan Pas peneraju kepimpinan baru Selangor.

Kerajaan baru yang ada memerlukan majoriti yang cukup dan penyertaan seorang dua ADUN PKR boleh membantu. Tempoh masa sehingga November apa-apa boleh berlaku. Abdul Khalid dan Pas harus membuat percaturan bijak dan strategik kerana yang harus diutamakan ialah dukungan majoriti.

Untuk itu menyantuni BN menjadi sesuatu yang tidak boleh dielakkan. ADUN BN boleh saja tidak menyokong tetapi kerajaan pimpinan Abdul Khalid dan Pas bakal tumbang. Penulis tidak fikir demi kelangsungan kedudukan Abdul Khalid dan peranan yang dimainkan oleh Pas, ADUN BN tidak diajak serta.

Meneliti tahalluf siasi yang berjalan beberapa tahun lalu isu pokok yang membawa suasana tidak selari Pas, PKR dan DAP adalah masalah ideologi yang didukung. Pas cuba memperjuangkan konsep negara Islam sedangkan PKR memperjuangkan fahaman liberal dan pluralis. Manakala DAP dengan fahaman sosialis demokratiknya.

Pas janganlah lagi menghabiskan hayat perjuangannya dengan mengambil pendekatan kontra seolah-olah Islam itu sesuatu yang sifatnya pasang-siap. Islam itu harus diperjuangkan dengan bijaksana dengan mengakui bahawa setiap pihak ada sahamnya dalam perjuangan ini.

Pendekatan yang terbaik adalah melalui dakwah dan tarbiyyah dan mendidik manusia dengan penuh kasih sayang dan kesabaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW (watawa saubil haq watawa saubis sabr) dan ternyata membawa kejayaan.

Penang Wasabi..

Thursday, August 14, 2014

Mohd. Saiful saman Anwar RM50j?


Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman RM50 juta terhadap Ketua Pembangkang itu yang menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.

Menurut Mohd. Saiful, dakwaan beliau telah berbohong dan membuat laporan polis palsu pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian Anwar meliwatnya dan insiden terakhir berlaku pada 26 Jun 2008 di unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di sini telah menyebabkannya (Mohd. Saiful), diaibkan dan difitnah teruk oleh Anwar.

Mohd. Saiful, 29, memfailkan saman tersebut pada 23 Jun lalu melalui firma guaman, Tetuan Zamri Idrus & Co. dan salinan pernyataan tuntutan diperoleh pihak media hari ini.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful ketika menghadiri pengurusan kes saman itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberitahu pemberi-ta, Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin mengarahkan Anwar yang diwakili peguam Shahid Adli, memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum 3 September ini.

Mahkamah juga menetapkan 8 Oktober ini untuk pengurusan kes tersebut.

Menurut pernyataan tuntutan berkenaan, Mohd. Saiful selaku pihak plaintif mendakwa, beliau tidak pernah berbohong dan kandungan laporan polis itu adalah perkara sebenar dan kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.


Mohd. Saiful menyatakan, beliau bekerja dengan Anwar mulai Mac 2008 sehingga Jun tahun sama pada usia 22 tahun dan beliau sering dibawa Anwar untuk lawatan ke luar negara, diberi elaun lumayan dan diminta menginap di hotel sama yang disewa oleh bekas majikannya itu.

Pihak plaintif berkata, beliau diminta melakukan pelbagai tugasan seperti yang diarahkan oleh Anwar, 67, yang dinamakan sebagai pihak defendan dan mendapat beberapa keistimewaan daripada Anwar ketika itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 9 Januari 2012, telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful, selepas berakhirnya perbi-caraan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun pada 7 Mac lalu telah dihukum penjara lima tahun setelah Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah atas pertuduhan tersebut apabila panel tiga hakim membenarkan rayuan pihak pendakwa raya.

Malahan Mahkamah Rayuan menurut Mohd. Saiful, dalam penghakiman bersetuju dengan dapatan fakta Hakim Mahkamah Tinggi me-ngenai kredibilitinya sebagai saksi yang boleh dipercayai dan tidak berbohong dalam laporan polis tersebut.

Walhal pihak defen-dan katanya, menyifatkan laporan polis itu sebagai fitnah, satu konspirasi jahat selain pemalsuan ke-terangan terhadap Anwar.

Menurut pihak plaintif, pihak defendan dalam beberapa cera-mahnya menyatakan laporan polis yang dibuatnya adalah palsu dan fitnah sehingga menyebabkan beliau dimalukan dan difitnah de-ngan teruk sekali.

Akibat daripada tindakan Anwar itu, Mohd. Saiful berkata, beliau telah dicemuh dan dipandang rendah, menghadapi pelbagai tohmahan sama ada dalam laman sosial dan laman sesawang oleh pengikut dan masyarakat yang mempercayai tuduhan pihak defendan itu.

Katanya, di laman sosial Facebook pula terdapat akaun atas nama 'Kami benci Saiful Bukhari' yang mendapat sekurang-kurangnya 134,000 'like'.

Perbuatan Anwar juga telah menyebabkan maruah dan nama baik-nya tercemar dan dirinya dilihat sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, mengalami kesukaran untuk berurusan bagi mendapatkan pelanggan sejak menjadi ejen insurans mulai 2011.

Fitnah tersebut juga menurut Mohd. Saiful, telah menyebabkan beliau mengalami tekanan yang teruk apabila dituduh memfitnah, berniat jahat dan dipandang serong oleh masyarakat.

Selain itu, plaintif mendakwa, beliau sehingga kini mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan akibat diliwat Anwar.

Katanya, beliau yang telah melalui tempoh penderitaan yang panjang sejak 2008 dan masih berterusan sehubungan itu me-nuntut ganti rugi RM50 juta selain ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Penang Wasabi..

Wednesday, August 13, 2014

Hisham Rais 'Gay Tua' Anggap Kerajaan Khalid 'Kerajaan PUK*'!



Setelah menggelar bekas setiausaha Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ‘anak dara yang kurang seks’, aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais sekali lagi dengan tanpa rasa malu dan bersalah mencarut, kali ini dalam twitter, berhubung kemelut politik yang melanda Selangor.

Dia yang lantang membidas Khalid kali ini ‘muncul’ dengan kata-kata yang cukup memalukan. Ia sekaligus memperlihatkan tahap pemikiran dan kedangkalan dirinya yang sebelum ini pernah bertahun-tahun melarikan diri ke luar negara.

Anda lihat dan tafsirkan lah sendiri!


Penang Wasabi..

Pakatan pembangkang bukan parti berdaftar - Khalid?


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri diketuai pemimpin berstatus wakil rakyat bebas sedangkan mereka tidak sedar bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti berdaftar.

Katanya, pihak berkenaan khususnya pemimpin PKR dan DAP bahawa pakatan pembangkang haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar.

"Kerajaan negeri pimpinan saya selaku Menteri Besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota Exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi Exco daripada PKR.

"Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada...UMNO pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat (pembangkang) bukan badan berdaftar," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.

Penang Wasabi..

Tuesday, August 12, 2014

Surat Dari Istana Selangor Menolak Wan Azizah Untuk Mengadap, 6 EXCO DAP & PKR Dipecat!!!


Pihak Istana Selangor telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar bertarikh hari ini antara lain perkenan daripada DYMM Sultan Selangor agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar, Baginda Sultan Selangor tidak berkenan menerima mengadap Presiden PKR, Dr Wan Azizah dan ketegasan Baginda tidak mahu campurtangan isu dalaman parti PKR.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim sebentar tadi telah memecat kesemua EXCO PKR dan DAP berkuatkuasa hari ini melalui surat kepada 6 Exco terbabit, kecuali Exco PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negara. Perkembangan terbaru ini pasti memeningkan Ketua Umum (KETUM) PKR yang dikatakan baru hendak mengadakan mesyuarat malam ini.



Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Penang Wasabi..

Monday, August 11, 2014

Komen dari penyokong PAS sendiri isu MB Selangor...?


Ini semua salah UMNO lagi aduhai....!!!

Penang Wasabi

Sunday, August 10, 2014

Anwar menyambut harijadi dengan pemecatan MB Khalid Ibrahim...!!!



Biar gambar menceritakan perangai-perangai mangkok hayun ini...???

Penang Wasabi..

Saturday, August 9, 2014

Pakatan amal dwi-standard hentam Khalid?



Sebahagian pimpinan pakatan pembangkang mengamalkan sikap dwi-standard apabila bebas mengkritik dan menghentam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun melakukan perkara sebaliknya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, perbandingan yang terlalu ketara itu dapat dilihat berdasarkan perbezaan sikap pakatan pembangkang terhadap projek mega lebuh raya Kidex di Selangor dengan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang

'Jika diperhatikan, Abdul Khalid dikecam hebat oleh sebahagian pimpinan pakatan kerana tidak meminta kebenaran daripada majlis pimpinan tertinggi pakatan dalam kes projek air, Kidex, pengurusan kewangan PBT (pihak berkuasa tempatan) dan sebagainya sehinggakan beliau diberi surat tunjuk sebab dan diheret ke jawatankuasa disiplin PKR (Parti Keadilan Rakyat).


"Persoalan saya, apakah Guan Eng pernah membentangkan perancangan projek meganya kepada mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan?," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya, di sini hari ini.

Nasrudin mengutarakan pandangan itu berikutan perbandingan beliau antara kontroversi projek lebuh raya Kidex dengan kontroversi projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang sebelum ini menerima kecaman daripada Guan Eng yang turut mengancam untuk mengambil tindakan saman terhadap Ahli Parlimen Temerloh itu.

Penang Wasabi..

Thursday, August 7, 2014

15 sertai sukan bogel dikenal pasti?


Polis sudah mengenal pasti seramai 15 individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti sukan dalam keadaan berbogel di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya kini sedang mengesan kesemua individu terbabit bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya, tujuh daripada individu yang dikenal pasti terbabit dipercayai merupakan warga tempatan manakala empat lagi warganegara Singapura.

Tambahnya, dua lagi individu dipercayai merupakan warganegara Myanmar manakala masing-masing seorang dari Filipina dan India.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Kita juga telah kenal pasti kesemua enam wanita dan sembilan lelaki dalam video itu.

"Kita sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Rahim menyaksikan majlis serah terima tugas melibatkan Asisten Supritendan Ahmad Ezzely Dzubree Razali yang dilantik memangku jawatan Ketua Turus Trafik Negeri menggantikan Deputi Supritendan Abdul Rahim Mohd. Zin yang akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berkuat kuasa Isnin ini.

Beberapa pihak semalam membuat laporan polis berhubung video bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' yang tersebar secara meluas dalam laman sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan dan program berkenaan dipercayai dianjurkan aktivis alam sekitar dari Singapura.


Dalam video itu, peserta program tersebut melukis di badan antara satu sama lain dalam keadaan berbogel, menari serta mengadakan acara sukan dan diakhiri dengan aktiviti unggun api pada sebelah malam serta tertera tulisan see u in 2015 (Jumpa anda pada 2015).

Menurut Abdul Rahim, sehingga semalam, polis merekod keterangan daripada 10 individu awam yang dipercayai dapat membantu menjalankan siasatan berhubung penganjuran sukan bogel berkenaan.

Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti sukan bogel tersebut menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pihak berkuasa Taman Negara Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang kakitangannya yang bertugas sebagai penjaga kawasan di Teluk Kampi dekat Teluk Bahang, ekoran kejadian pesta sukan bogel yang didakwa berlangsung di pantai itu Mei lalu.

Kakitangan itu didakwa mengetahui aktiviti memalukan tersebut dan sudah memberi amaran kepada kumpulan terbabit supaya tidak melakukan perkara mengaibkan berkenaan namun gagal memaklumkan kepada pihak atasan mengenainya.

Penang Wasabi...

PESTA BOGEL: GUAN ENG TERUK DIBELASAH KERANA TWEET MENIPU?


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memuat naik beberapa status perkembangan semasa Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014, di Twitternya kelmarin mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

Antara statusnya ‘Inilah kawasan diwartakan Kerajaan Persekutuan yang chalet untuk pegawai awam sahaja. Macam mana boleh bagi sama orang luar guna?’

Satu lagi status berkaitan di Twitter ketua menteri itu turut memaparkan gambar sebuah rumah kayu. Guan Eng berkata, ‘Inilah chalet di Taman Negara Pulau Pinang yang mencetuskan berita sensasi! Kerajaan Negeri Pulau Pinang serahkan kepada pihak polis untuk siasat’.

Bagaimanapun gambar rumah yang dipaparkan berkenaan bukanlah chalet sebaliknya adalah sebuah surau.

Disebabkan itu, ia mendapat reaksi daripada pengikut laman Twitter beliau.

Salah seorang daripada mereka menjelaskan ia bukan chalet sebaliknya surau terbuka.

Sementara seorang lagi pengikut yang lain mendakwa fakta yang dibuat Guan Eng memalukan.

Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Shah turut menyanggah dakwaan berkenaan dengan mengatakan ketua menteri itu tidak tahu apa-apa.

“Ini kerana Guan Eng tidak mendapat maklumat yang tepat, ia maklumat yang salah, Teluk Kampi adalah kawasan untuk orang ramai dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

“Malah di situ juga tidak mempunyai chalet, yang ada hanya kemudahan asas seperti surau, dewan terbuka, pejabat kakitangan dan tandas, bukannya tempat penginapan seperti yang dikatakan beliau,” katanya.

Segalanya di sini?

Penang Wasabi..

Wednesday, August 6, 2014

Nudist spotted in Teluk Bahang?


BALIK PULAU - 18 so-called “naturists” which include four women are in trouble with the police for purportedly taking part in nude events at a beach in Teluk Bahang, Penang.

The five-minute video shows them in the nude participating in activities such as body painting, a relay race, a group crab-walk and a Gangnam Style dance.

The video titled “Penang Nude Sports Games 2014”, was shot at Teluk Kampi.

Penang police Chief Senior Deputy Comm Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi said they were looking for the event organiser and the participants, who he believes could be foreigners.

According to him, Penang Perkasa had lodged a police report on the incident and Teluk Bahang PKR coordinator Halil Sabri Hamid together with Teluk Bahang Village Security and Development Committee chairman Mohd Zul Amin also lodged police reports.

Justin, one of the participants claimed that he was informed by a park ranger regarding the event before they went to a hut and stripped off their clothes.
According to The Star, it is reported that the participants took pictures of each other in the nude, danced with one another and camped for the night.

The clip was uploaded to video-sharing website Vimeo about two months ago by someone using the name Albert Yam but it was taken down sometime before 2pm yesterday.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the state government was not aware of the event and investigation is going on.

Penang Wasabi..

Saturday, August 2, 2014

Barang peribadi bantu cam mayat?

Sekumpulan penyiasat antarabangsa melihat dari dekat serpihan bangkai pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di timur Ukraine, baru-baru ini.

Faktor barangan peribadi seperti cincin, gigi dan pakaian antara elemen penting dalam membantu melicinkan dan mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17.

Amidon Anan, pakar forensik tempatan yang pernah berkhidmat hampir 25 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jika elemen tersebut disentuh atau tercemar, proses pengecaman boleh memakan masa lama mencecah tiga minggu atau lebih.

"Dalam kes MH17 ini, pendapat peribadi saya, proses pengecaman akan ambil masa lama khasnya jika jasad tidak terjejas hasil daripada letupan kapal terbang itu.

"Yang akan membantu penyiasat adalah mencari pakaian asal mayat walaupun telah berubah warna, barangan atau identiti milik peribadi hilang atau berubah seperti jenis jam, tatu, gigi emas, cincin kahwin dan sebagainya.

"Ini sekali gus antara cabaran besar penyiasat dan forensik untuk mengecam dan mengenal pasti identiti jasad dan mayat tersebut," katanya.

Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang meliputi 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Amidon yang kini merupakan pensyarah pelawat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebaik sahaja selesai proses pengecaman mangsa bencana itu, penyiasat akan ke fasa pengisian DNA untuk tujuan pengesahan.

"Di sini, sampel darah keluarga terdekat akan diambil untuk dipadankan dengan mangsa. Kebiasaannya, proses ini cuma tidak sampai tujuh hari. Namun dalam kes MH17 ini, ia mengambil masa kerana terdapat banyak mayat dan keadaan mayat itu sendiri.

"Untuk kenal pasti mayat warganegara kita sendiri ambil masa kerana kebanyakan mayat adalah warganegara Belanda," jelasnya.

Beliau yang pernah mengendalikan pelbagai kes besar termasuk kes runtuhan kondominium Highland Tower pada 1993 berkata, mayat tertimbus di dalam tragedi itu masih tidak terjejas dan proses pengecaman tidak mengambil masa lama berbanding tragedi MH17.

"Dalam kes Highland Tower, tiada yang meletup berbanding tragedi MH17 yang perlu mengumpul kesemua anggota badan untuk tujuan identifikasi dan pengecaman.

Amidon menarik perhatian, tragedi MH17 ini juga bakal menjadi kayu pengukur dan membuka dimensi baharu dalam pengurusan krisis dunia penerbangan dan forensik penyiasat tempatan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mencabar kebolehan mereka.

Dilaporkan semalam, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Media melaporkan sebelum ini, proses tersebut terpaksa mengambil masa agak lama disebabkan bukti siasatan jenayah turut dikumpulkan daripada mayat dan jasad mangsa nahas di samping proses pengecaman itu sendiri.

Bukti siasatan jenayah itu penting berikutan terdapat dakwaan pesawat tersebut ditembak jatuh.- BERNAMA

Penang Wasabi..

Friday, August 1, 2014

Anggota Kongres AS Puji Kepimpinan Najib Kendali Rundingan MH17?


Seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepimpinannya dalam rundingan mengenai penyerahan mayat-mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Eni F.H. Faleomavaega yang mewakili Samoa-Amerika memuji Najib dalam satu persidangan Kongres dan kata-kata beliau itu telah dipaparkan di laman http://capitolwords.org pada 24 Julai lepas.

Capitol Words menyiarkan perkataan yang paling kerap digunakan dalam Rekod Kongres, memberi peluang kepada pembaca laman web itu mendapatkan maklumat mengenai isu-isu yang diketengahkan penggubal dasar secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Capitol Words adalah sebuah projek oleh Sunlight Foundation berpangkalan di Washington DC - bersifat non-partisan dan tidak mengaut keuntungan - yang menyokong kerajaan terbuka di peringkat global dan menggunakan teknologi untuk menjadikan kerajaan lebih bertanggungjawab kepada semua.

Dalam tulisan di laman berkenaan, Faleomavaega memuji Najib kerana tidak membiarkan rundingan dengan puak pemisah di Ukraine dilakukan pembantunya.

"Penglibatan secara peribadi Perdana Menteri Najib dalam rundingan menetapkan standard diplomasi di seluruh dunia. Saya menghargai Perdana Menteri Najib untuk tidak membiarkan pembantunya melakukan rundingan," kata anggota Kongres itu.

Faleomavaega menambah bahawa Najib mengadakan siri rundingan sulit dengan pemisah untuk mencapai satu perjanjian bagi menyerahkan mayat-mayat dan jaminan mendapatkan laluan selamat pasukan penyiasat ke lokasi nahas.

Perdana Menteri juga berjaya membawa pulang kotak hitam pesawat Penerbangan MH17 bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan, katanya.

"Beberapa perkara dalam hidup ini adalah suci dan saya gembira bahawa Perdana Menteri Najib melihat aspek itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana mengetepikan politik untuk tujuan yang lebih penting - iaitu untuk mengembalikan mayat bapa, ibu, abang, kakak, anak lelaki dan anak-anak perempuan kepada anggota keluarga yang kehilangan dan menyayangi mereka.

"Saya memuji beliau kerana melakukan apa yang orang lain tidak akan lakukan atau tidak mampu melakukan," kata Faleomavaega.

Dalam tulisan di laman itu, beliau juga mengucapkan takziah dan berdoa kepada mereka yang terlibat dengan tragedi itu.

"Selepas siasatan penuh dan adil, saya berharap mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," kata Faleomavaega.Pesawat MAS penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas perbuatan keji itu.

Pada 19 Julai lepas, Najib dalam sidang akhbar berkata beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas pesawat MH17.

Tiga perjanjian dicapai Perdana Menteri dengan Borodai iaitu mayat-mayat mangsa pesawat itu diserahkan kepada Netherlands; kedua-dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia dan pasukan penyiasat bebas antarabangsa dijamin akses yang selamat untuk ke lokasi nahas bagi memulakan siasatan penuh kejadian itu.--BERNAMA

Penang Wasabi..