Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tersilap menjanjikan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam (MAIPP) kepada Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man semasa kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir, Ogos lalu.
Katanya, janji itu dibuat ketika kerajaan negeri sudah pun mengusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria dilantik mengisi jawatan itu.
‘‘Ini kerana nama Ellias sudah diusulkan sebelum (Mohd. Salleh dijanjikan jawatan) itu, ini yang sudah disepakati sejak awal tetapi kita tidak tahu sama ada Ellias sah terima atau tidak.
‘‘Itu yang menimbulkan sedikit masalah tetapi semuanya sudah diselesaikan dan Yang di-Pertuan Agong sudah perkenan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kerajaan negeri semalam mengumumkan pelantikan Ellias sebagai Yang Dipertua MAIPP yang baru, menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya yang telah tamat watikah pelantikan.
Mohd. Salleh yang sebelum ini dijanjikan jawatan nombor satu MAIPP pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP iaitu jawatan yang baru diwujudkan.
Janji untuk melantik Mohd. Salleh sebagai YDP MAIPP diumumkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Ogos lalu.
Penang Wasabi
No comments:
Post a Comment