~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, March 22, 2015

Sindiket tawar khidmat seks dalam khemah?

Sebahagian daripada 53 pelacur warga asing yang ditahan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) dalam serbuan di tujuh premis urut di Bandar Puteri Puchong, malam semalam.

KUALA LUMPUR - Seks dalam khemah. Itulah perkhidmatan yang ditawarkan oleh sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik premis urut di sekitar Bandar Puteri Puchong dekat sini bagi menarik pelanggan.

Kegiatan yang pernah dibongkar oleh pihak berkuasa tempatan di premis sama tahun lalu itu didapati masih beroperasi setelah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) menyerbu tujuh rumah urut haram secara serentak di lokasi tersebut malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira dua jam bermula pada pukul 8 malam itu, skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut telah menahan seramai 53 wanita terdiri daripada warga Vietnam, China, Thailand dan Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran serta tidak mempunyai pasport.

Timbalan Komander Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua pengusaha premis tersebut gagal menunjukkan lesen mengendalikan rumah urut.

“Dalam pada itu, salah sebuah rumah urut pula menawarkan khidmat seks dalam khemah kepada pelanggan dengan bayaran berjumlah RM160.

“Bagi aktiviti seks mereka lakukan dalam khemah manakala untuk urut dengan bayaran RM130 pula dilakukan di dalam bilik biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairi berkata, pihaknya turut menahan 19 penjaga premis terdiri daripada 13 warga tempatan dan selebihnya warga asing yang tidak memiliki pasport.

“Polis juga merampas sebanyak 531 keping kondom, minyak urut, bahan pelincir, buku rekod hasil kutipan serta bil-bil berkaitan premis bagi tujuan siasatan.

“Selain itu, kami turut meram pas wang berjumlah RM3,164 bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap penganjur kegiatan berkenaan,” ujarnya.

Menurut Khairi, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Puchong untuk siasatan mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor.-UMO

Suara Politik
Belantan

Sunday, March 15, 2015

Medan terbaik singkir kumpulan Anwarinas?


Pas memba­yangkan Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat pada Muktamar Tahunan Pas Ke-61 Jun ini bakal menjadi medan terbaik kepada para perwakilan parti itu untuk menyingkirkan segelintir individu dalam kumpulan Anwarinas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, setiap perwakilan sudah pasti akan membuat penilaian terbaik dalam memilih kepemimpinan parti itu yang benar-benar layak pada pemilihan nanti.

“Perwakilan dia tahu siapa yang dia hendak pilih berdasarkan kepada prestasi individu pemimpin.

“Mereka (perwakilan) tahu nilai. Saya tidak khuatir, mereka akan buat pilihan apa yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bulanan Pas Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan segelintir individu di dalam Pas yang dilihat pro-DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain berterusan menentang kepemimpinan ulama termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Krisis dalaman Pas semakin hangat menjelang Muktamar Pas Jun ini termasuk terdapat komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama seperti didedahkan Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim baru-baru ini.

Malah, sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad turut membuat kenyataan bahawa jawatan Presiden parti tidak semestinya disandang oleh golongan ulama.

Dijangkakan, pemilihan Pas itu akan memperlihatkan pertembu­ngan daripada tiga kumpulan iaitu kumpulan penyokong ulama, kumpulan Anwarinas dan kumpulan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesediaan Abdul Hadi untuk dicabar bagi jawatan Presiden pada pemilihan nanti, Mustafa berkata, mengikut Perlembagaan parti, semua jawatan terbuka untuk dipertandingkan.

“Satu kenyataan yang positif daripada Presiden yang menunjukkan sikap terbuka selain dapat memperlihatkan demokrasi di dalam Pas berjalan dengan baik.

“Bagaimanapun, setakat ini saya nampak tidak ada cabaran bagi jawatan itu (Presiden),” katanya.

Penang Wasabi..