~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, September 2, 2015

Sah gugur talak tiga Hatta dan isteri - 'Cina Buta' dicari?

Mohd Hatta

KOTA BHARU - Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli dengan isterinya gugur talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai’ah Pas negeri itu.

Pada masa sama, beliau berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada wakil rakyat tersebut berkahwin dengan mana-mana individu dan bercerai.

“Kalau tengok kandungan dalam bai’ah Kelantan, sah jatuh talak tiga (perkahwinan Mohd. Hatta). Kedua-dua pasangan itu juga tidak boleh lagi tinggal bersama kerana bukan lagi suami isteri.

“Bagi membolehkan pasangan itu rujuk, bekas isteri kepada wakil rakyat tersebut perlu berkahwin dengan sesiapa, bercerai dan baharulah boleh berkahwin semula dengan Mohd. Hatta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk tujuh wakil rakyat bukan lagi ahli parti itu sebaik sahaja mereka dilaporkan berada dalam barisan kepemimpinan Parti Pekerja.

Mohd. Hatta yang pernah melafazkan bai’ah cerai talak tiga merupakan satu-satunya wakil rakyat negeri ini yang terlibat dalam senarai itu.

Dalam bai’ah ter­­sebut, setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004. Pada masa sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut menasihatkan mana-mana wakil rakyat yang melanggar ba’iah tersebut supaya merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Daud berkata, setakat ini Mohd. Hatta masih belum mendaftar mengenai status perkahwinan ter­­sebut di Mahkamah Syariah.

“Mohd. Hatta masih belum datang merujuk mengenai status perkahwinannya di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar menyeru kepada Mohd. Hatta supaya segera merujuk kepada Mahkamah Syariah mengenai status perkahwinannya.

Katanya, bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu dengan jelas telah melanggar bai’ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

“Kita telah membuat keputusan dan menghantar surat berserta lampiran bai'ah yang pernah dilafazkannya kepada Mohd. Hatta. “Dari segi hukum, lafaz taklik talak tiga telah terjatuh dan itu pandangan yang diberikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan,” katanya.

Penang Wasabi..

Wednesday, June 10, 2015

Najib: 'Tun M timbulkan masalah lebih besar kepada negara'?


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau telah menimbulkan 'masalah lebih besar" terhadap negara ini sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri.

'Masalah' yang dirujuk oleh Tun sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatannya sendiri akibat daripada 'serangan' dilakukannya dan tindakannya melaungkan pembohongan dan fitnah oleh pembangkang," kata perdana menteri dalam ruangan soalan lazim ditanya di dalam blog beliau, najibrazak.com.

Najib berkata dakwaan berkenaan telah disebar luas menerusi Internet, dan ini merupakan sesuatu yang Dr Mahathir tidak perlu hadapi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Beliau berkata apa yang jelas Dr Mahathir telah menggunakan pendemokrasian maklumat dalam sosial media iaitu semua maklumat, walaupun sekelumitpun tidak benar, dianggap sebagai benar.

"Hanya kerana satu pembohongan telah disebarkan beribu-ribu kali, ia tidak akan menjadikan ia sebagai benar. Dengan serangan hebat seumpama itu dibuat secara dalam talian, adalah tidak menghairankan bahawa Tun fikir wujud 'masalah' lebih besar hari ini," kata Najib.

Najib mengambil peluang untuk menjawab kritikan dilemparkan terhadapnya dan pentadbiran beliau, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembelian jet rasmi dan kebimbangan terhadap keselamatan di Sabah.

Mengakui bahawa pentadbiran beliau, sama seperti mana-mana pentadbiran lain, tidak terlepas daripada berdepan cabaran, Najib berkata rekod kerajaan sejak enam tahun lepas menunjukkan kerajaan menjadikan keadaan lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.

"Dan kami akan terus mengotakan janji kami untuk melakukan transformasi terhadap ekonomi, kerajaan dan negara apabila kita mencapai Wawasan 2020," katanya sambil menggesa rakyat Malaysia untuk terus yakin dan bersama-sama berusaha untuk mencapainya daripada berbalah sesama sendiri.

Najib juga mengingatkan anggota UMNO dan Barisan Nasional serta semua rakyat Malaysia untuk tidak terus percaya bulat-bulat setiap kali Dr Mahathir melakukan 'serangan'.

Meminta mereka untuk berfikir sejenak dan menganalisis faktanya apabila itu berlaku, perdana menteri berkata apa yang ditonjolkan oleh Dr Mahathir merupakan tuduhan dan masalah kerana beliau tahu bagaimana "untuk mempengaruhi minda rakyat terhadap kerajaan sekarang dan saya".

Penang Wasabi..

Sunday, March 22, 2015

Sindiket tawar khidmat seks dalam khemah?

Sebahagian daripada 53 pelacur warga asing yang ditahan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) dalam serbuan di tujuh premis urut di Bandar Puteri Puchong, malam semalam.

KUALA LUMPUR - Seks dalam khemah. Itulah perkhidmatan yang ditawarkan oleh sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik premis urut di sekitar Bandar Puteri Puchong dekat sini bagi menarik pelanggan.

Kegiatan yang pernah dibongkar oleh pihak berkuasa tempatan di premis sama tahun lalu itu didapati masih beroperasi setelah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) menyerbu tujuh rumah urut haram secara serentak di lokasi tersebut malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira dua jam bermula pada pukul 8 malam itu, skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut telah menahan seramai 53 wanita terdiri daripada warga Vietnam, China, Thailand dan Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran serta tidak mempunyai pasport.

Timbalan Komander Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua pengusaha premis tersebut gagal menunjukkan lesen mengendalikan rumah urut.

“Dalam pada itu, salah sebuah rumah urut pula menawarkan khidmat seks dalam khemah kepada pelanggan dengan bayaran berjumlah RM160.

“Bagi aktiviti seks mereka lakukan dalam khemah manakala untuk urut dengan bayaran RM130 pula dilakukan di dalam bilik biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairi berkata, pihaknya turut menahan 19 penjaga premis terdiri daripada 13 warga tempatan dan selebihnya warga asing yang tidak memiliki pasport.

“Polis juga merampas sebanyak 531 keping kondom, minyak urut, bahan pelincir, buku rekod hasil kutipan serta bil-bil berkaitan premis bagi tujuan siasatan.

“Selain itu, kami turut meram pas wang berjumlah RM3,164 bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap penganjur kegiatan berkenaan,” ujarnya.

Menurut Khairi, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Puchong untuk siasatan mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor.-UMO

Suara Politik
Belantan

Sunday, March 15, 2015

Medan terbaik singkir kumpulan Anwarinas?


Pas memba­yangkan Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat pada Muktamar Tahunan Pas Ke-61 Jun ini bakal menjadi medan terbaik kepada para perwakilan parti itu untuk menyingkirkan segelintir individu dalam kumpulan Anwarinas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, setiap perwakilan sudah pasti akan membuat penilaian terbaik dalam memilih kepemimpinan parti itu yang benar-benar layak pada pemilihan nanti.

“Perwakilan dia tahu siapa yang dia hendak pilih berdasarkan kepada prestasi individu pemimpin.

“Mereka (perwakilan) tahu nilai. Saya tidak khuatir, mereka akan buat pilihan apa yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bulanan Pas Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan segelintir individu di dalam Pas yang dilihat pro-DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain berterusan menentang kepemimpinan ulama termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Krisis dalaman Pas semakin hangat menjelang Muktamar Pas Jun ini termasuk terdapat komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama seperti didedahkan Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim baru-baru ini.

Malah, sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad turut membuat kenyataan bahawa jawatan Presiden parti tidak semestinya disandang oleh golongan ulama.

Dijangkakan, pemilihan Pas itu akan memperlihatkan pertembu­ngan daripada tiga kumpulan iaitu kumpulan penyokong ulama, kumpulan Anwarinas dan kumpulan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesediaan Abdul Hadi untuk dicabar bagi jawatan Presiden pada pemilihan nanti, Mustafa berkata, mengikut Perlembagaan parti, semua jawatan terbuka untuk dipertandingkan.

“Satu kenyataan yang positif daripada Presiden yang menunjukkan sikap terbuka selain dapat memperlihatkan demokrasi di dalam Pas berjalan dengan baik.

“Bagaimanapun, setakat ini saya nampak tidak ada cabaran bagi jawatan itu (Presiden),” katanya.

Penang Wasabi..

Saturday, February 21, 2015

Guna kuasa undi singkir kumpulan Anwarinas?


Ahli-ahli Pas digesa supaya menggunakan kuasa undi mereka dalam muktamar parti itu tahun ini untuk menjamin kelangsungan kepemimpinan ulama, sekali gus mengetepikan kumpulan Anwarinas.

Gesaan itu dibuat oleh wakil Dewan Ulama Pas Perak, Sidek Noor, sebagai tindak balas terhadap cubaan kumpulan Anwarinas yang dikatakan mahu mengguling kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, pemimpin yang dipilih untuk mengisi jawatan tertinggi parti termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Pusat adalah untuk membantu Abdul Hadi dan sekiranya gagal, mereka perlu disingkirkan menerusi undi.

Sidek Noor

“Dalam isu pemecatan bekas Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), saya kecewa apabila terdapat segelintir individu dalam Pas Pusat yang mendakwa kenyataan Presiden hanyalah pendapat peribadi beliau.

“Kita pilih Timbalan Presiden, Naib Presiden dan kesemua Ahli Jawatankuasa Pas Pusat untuk membantu Presiden tapi apa yang mereka buat ini langsung tidak membantu. Maka, mereka tidak layak memegang jawatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahas ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob, dalam majlis Multaqa Ulamak Semalaysia di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini.

Penang Wasabi...

Tuesday, February 10, 2015

Kes Liwat : Anwar didapati bersalah?


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memuktamadkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Keputusan itu diumumkan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Hukuman penjara lima tahun terhadap beliau dikekalkan, bermula hari ini.

Penang Wasabi..

Monday, February 9, 2015

Saiful Bukhari terima sebarang keputusan!


Mohd. Saiful Bukhari Azlan menerima sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat membabitkan Ke­tua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini

Bekas pembantu pe­ribadi Anwar itu berkata, beliau berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes ini de­ngan bebas, seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Menurutnya, jika ditakdirkan keputusan tidak berpihak kepadanya, beliau akan tetap istiqamah dan mempersiapkan diri berhadapan dengan senario yang paling teruk.


Mohd. Saiful Bukhari, 30, menyatakan demikian dalam entri terbaharu dalam blognya, mohdsaifulbukhari.blogspot.com berhubung keputusan yang akan diumumkan oleh mahkamah tertinggi negara itu terhadap rayuan akhir Anwar bagi mengetepikan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan memutuskan demikian ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun 2008.

Mohd. Saiful Bukhari berkata, kes tersebut telah berlanjutan selama hampir tujuh tahun sejak Jun 2008.

Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri, seluruh ahli keluarganya serta semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersamanya selama ini.

Penang Wasabi..

Sunday, February 8, 2015

Sikap Guan Eng tidak berakhlak?


Sikap sombong ditunjukkan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng kerana merendah-rendahkan kedudukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat tidak wajar dan bakal meretakkan lagi hubungan dalam pakatan pembangkang.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, Guan Eng tidak sewajarnya mengarahkan Abdul Hadi berikutan kedudukan pemimpin tertinggi setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah setara.

“Macam dia (Guan Eng) pula bos, mengarah-arahkan orang ma­cam murid sekolah. Dia kena ingat, pemimpin-pemimpin pakatan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Jangan kerana dia Ketua Menteri Pulau Pinang, dia ingat dia sudah besar.

“Nasihat saya (kepada Guan Eng) adalah jangan merendah-rendahkan orang lain, jangan sombong, kurangkan sifat takbur dan besar diri supaya parti-parti dalam pakatan dapat berjalan seiring,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menempelak Guan Eng yang mempertikaikan kehadirannya dalam mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang dengan menegaskan beliau bukan budak sekolah untuk menurut arahan pemimpin DAP itu.

Reaksi Presiden Pas itu ekoran peringatan Guan Eng kelmarin bahawa mesyuarat kepemimpinan pakatan pembangkang yang dijadualkan berlangsung Ahad ini tidak akan diteruskan jika Abdul Hadi tidak hadir.

Mahfodz Mohamad

Menurut Mahfodz, kenyataan sombong Guan Eng memperlakukan Abdul Hadi seolah-olah ‘budak sekolah’ dan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku antara pemim­pin dalam pakatan pembangkang.

Katanya, dalam isu kehadiran mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang, perkara itu sudah mencukupi dengan surat jemputan dihantar kepada Presiden Pas dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Mereka juga ada kata kalau hendak menang Putrajaya, Pas jangan fikirkan tentang hudud. Kalau kita menang sekalipun tetapi kita tidak dapat laksanakan hudud, bagi saya itu adalah melampau,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, peringatan Abdul Hadi itu bersesuai­an kerana sejak akhir-akhir ini, Guan Eng bersikap tidak berakhlak dan sering kali merendah-rendahkan kedudukan Pas.

“Ingatan keras pada orang yang keras, ingatan yang lunak kepada orang yang lunak, akhir-akhir ini Guan Eng agak keras dan tidak berakhlak, jadi jawapan yang keras perlu diberikan,” katanya,

Katanya, pakatan pembangkang merupakan persefahaman antara tiga parti berbeza dan tiada mana-mana pihak yang mempunyai kedudukan lebih tinggi dalam pakatan itu.

“Dalam menentukan keha­diran, perlu ada perbincangan, tidak perlu ada mana-mana pihak yang cuba menunjukkan kuasa mereka memaksa mana-mana pihak untuk hadir, itu keadaan yang tidak baik untuk persefahaman dalam pakatan,” katanya.

Thursday, January 1, 2015

Patut Pelabur Tak Masuk,Cara Guan Eng Layan Pelabur Cukup Angkuh?


Penurunan kemasukan FDI ke Pulau Pinang cukup besar, nilai yang merudum mencecah berbillion ringgit. Wang kerajaan negeri dihabiskan oleh para pemimpin DAP ke luar negara kononnya untuk menarik pelabur.

Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan. Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan DAP, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.

Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion. Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73% sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.

Lebih malang bagi Pulau Pinang apabila Syarikat Bosch Solar Energy telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negeri itu yang berjumlah RM2.2 billion. Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan telah mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.

Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini, Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan Nasional wajar mencermin muka sendiri. Di manakah ‘cekapnya’ DAP jika jumlah pelaburan terus menjunam dari setahun ke setahun? Bagaimanakah DAP dikatakan ‘cekap’ jika masih tidak terfikir sebarang pelan bagi mengatasi penurunan ini?

DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan untuk meyakinkan para pelabur. Lebih dari itu, reputasi dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu semakin tersebar dan terpahat kukuh sehingga menimbulkan rasa ‘cuak’ di kalangan pelabur.

Lihat gambar terkini bagaimana Lim Guan Eng melayan pelabur,lenggok bahasa badan dan cara beliau duduk cukup angkuh. Beginikah cara beliau menarik pelabur asing?

Sumber : pisau.net

Penang Wasabi..