~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, July 31, 2010

Kerja terkutuk terbongkar : APPC dan Anwar Ibrahim!

APCO hebat diperkatakan oleh pihak pembangkang sejak akhir akhir ini sehingga menyebabkan percanggahan pendapat yang amat, tanpa butiran jelas isu yang di mainkan oleh Anwar Ibrahim, hanya menyatakan kaitan perisik Israel didalam PDRM, orang orang yahudi di dalam rangkaian berkaitan kerajaan dimana mendapat kerja sama kerajaan sepenuhnya. Persoalan ini masih menjadi terjahan pembangkang sehingga dikaitan dengan UMNO.

Isu yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim adalah tidak lain tidak untuk menutup kesalahan yang telah beliau lakukan terlebih dahulu pada tahun 1999. Penglibatan APPC didalam rangkaian Anwar telah lama diketahui akan tetapi rakyat masih tidak diberikan penjelasan sejelas nya dimasa itu oleh Anwar sendiri.

Kita ulang tayang kembali penglibatan APPC dengan anwar sejak tahun 1999.

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan pernah mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) supaya menyerahkan pengurusan rizab BNM sebanyak RM50 bilion dan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada sebuah kumpulan pemikir Barat yang berpusat di Washington.

Bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid berkata, sebagai balasan kepada perkhidmatan tersebut, yuran tahunan sebanyak AS$3 juta perlu dibayar kepada organisasi yang dipanggil Asia Pasific Policy Centre (APPC).

Dalam Akuan Berkanun yang didedahkan di sini hari ini, beliau mendakwa APPC diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat yang ”membantu menaikkan imej Anwar di AS dan Eropah.”

”Bagaimanapun,” kata Abdul Murad, ”nasib baik arahan Anwar supaya APPC menguruskan dana-dana di atas tidak berjalan.”

Beliau menyifatkan perbuatan Anwar mendesak tabung-tabung negara diuruskan oleh APPC sebagai ”ancaman dan pengkhianatan kepada kepercayaan awam.”

Tegasnya: ”Apa yang saya nyatakan itu tanpa ragu-ragu membuktikan bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin tidak berprinsip yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk kepentingan politiknya dengan pertolongan elemen-elemen asing.

”Perkembangan-perkembangan semasa yang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kehidupan rakyat bagi memajukan cita-cita politik Anwar adalah bukti yang cukup untuk menyokong pernyataan ini.”

Dalam Akaun Berkanun itu, Abdul Murad menceritakan bagaimana beliau sendiri mengatur bayaran AS$10 juta (RM38 juta) disumbangkan kepada APPC daripada Akaun Induk yang dikawal oleh Anwar.

Beliau mendakwa APPC ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Douglas H. Paal dan dibiayai sebahagian besarnya oleh Anwar.

”Saya percaya kroni-kroni Anwar yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak pasti jumlah tepat sumbangan mereka, saya yakin ia mencecah berjuta-juta dolar AS,” katanya.

Menurut beliau, APPC dan Douglas H. Paal ialah saluran utama yang digunakan oleh Anwar untuk menaikkan imej beliau di negara-negara Barat, khususnya di AS, United Kingdom dan lain-lain negara Eropah.

APPC juga melobi kuat bagi pihak Anwar dengan organisasi media antarabangsa.

APPC menganjurkan persidangan-persidangan ”The Pasific Dialogue” di bawah naungan Anwar. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang sekitar bulan November 1994.

Abdul Murad turut membuat pengakuan mengenai penentangan eksekutif-eksekutif BNM terhadap rancangan supaya Malaysia melaksanakan dasar-dasar merosak yang digunakan oleh BNM sewaktu kegawatan ekonomi pada Julai 1997.

Beliau menentang keras polisi-polisi Anwar seperti ‘Had Pinjaman Dibenar’ (Legal Lending Limit), penurunan had hutang tidak berbayar dari enam bulan kepada tiga bulan, ‘Pengecutan Kredit’ dan mengenakan kadar faedah yang tinggi.

”Sekarang baru saya sedar bahawa pendekatan tersebut merupakan rancangan politik Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara dan menjatuhkan Malaysia dalam usaha menjemput Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi membolehkan Anwar memaksa Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri,” kata abdul Murad.

Oleh: BAHAROM MAHUSIN dan NAZERI NONG SAMAH

UM 29 Oktober 1999

Penang Wasabi...

Thursday, July 29, 2010

Skandal DAP Selangor : Polis siasat salah laku ahli majlis MPK!
















Polis akan membuka kertas siasatan berhubung kes pemalsuan tandatangan dan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang ahli majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK), setelah tiga laporan polis dibuat berhubung salah laku tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, laporan polis dibuat tiga individu di dua balai polis berasingan berhubung salah laku ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu."Sehingga petang ini, polis menerima laporan di Balai Polis Pandamaran dan Balai Polis Klang.

"Polis akan memulakan siasatan berhubung pemalsuan tandatangan dan saya menyeru semua pihak terlibat memberi kerjasama penuh," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman web sosial Facebook miliknya hari ini.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti mereka yang membuat laporan.

Semalam, sebuah akhbar membongkar salah laku veteran DAP yang juga seorang ahli MPK, menggunakan kepala surat milik ahli Exco Selangor, Ronnie Liu tanpa kebenarannya bagi mendapatkan kontrak bernilai hampir RM1 juta kepada kroninya.

Sebelum itu : MB Khalid G berang siasatan ahli majlis ‘bocor’ !!!

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya. Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak “dua atau tiga minggu lalu.

”Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.Beliau mengulas laporan akhbar The Star yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri.

Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota Exco.Dilaporkan, ahli majlis berkenaan yang telah dilantik selama tiga penggal itu berjaya mendapatkan beberapa projek melalui kegiatan itu.

Katanya lagi, kerajaan negeri akan menjalankan satu audit berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut perlu dijalankan sebelum mengambil apa-apa tindakan ke atas individu terlibat. Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyerahkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu, pemimpin DAP negeri termasuk Exco Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu enggan membuka mulut bagi menjelaskan kejadian tersebut.

Penang Wasabi..

Tuesday, July 27, 2010

Penang DAP Zionis : Mana satu betul..Lim Tee Puu @ Lim Boo Hong!


Isu Nik Ali: Guan Eng di laman web YouTube

PULAU PINANG 27 Julai - Beberapa blog termasuk di laman web YouTube hari ini memuat naik satu video yang didakwa temu ramah Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersama sekumpulan media pada 22 November 2009 di sini berhubung isu Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus.

Antara blog tersebut ialah Minda Intelek Melayu (www.novandri.blogspot.com), Pisau.Net (www.pisau.net), Pejuang Bangsa (http://sejarahmelayu.blogspot.com) dan Media Permatang Pauh (http://mediapermatangpauh.blogspot.com).

Temu ramah itu yang didakwa dirakam pada majlis Larian Maraton Jambatan Pulau Pinang 2009 selama 3.03 minit itu, Guan Eng didakwa menyifatkan Nik Ali seorang yang tidak profesional, berlagak lebih besar daripada seorang menteri dan berlidah biawak.

Malah, beliau turut didakwa memperkatakan tentang sikap Nik Ali yang didakwa tidak tahu menghormati Ketua Menteri dan kerajaan negeri ini termasuk tidak menyediakan tempat duduk kepadanya pada satu majlis di Bukit Bendera sebelum ini.

Antara petikan temu ramah itu Guan Eng didakwa berkata,: ''Dia ini cakap tak serupa bikin, saya hendak ingatkan dia, dia perlu tahu perbezaan di antara hak dan batil, tahu di antara maaruf dan mungkar, orang macam ini berlidah biawak dan tak profesional langsung.

''Dia cakap dia hormat tetapi kenapa dalam upacara kereta api Bukit Bendera, tempat duduk pun dia tak mahu beri sampai dua menteri perlu campur tangan.

''Dia berani nafi ke, dia berani sumpah atas al-Quran dan nafi, inilah jenis pegawai berlidah biawak.''

Dalam pada itu, blogger Minda Intelek Melayu (M.I.M) atau Dr. Novandri Hasan Basri berkata, blognya hari ini mendedahkan bukti pembohongan terbaru Guan Eng kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khususnya dan negara ini amnya.

Menurutnya, Guan Eng menafikan beliau pernah mengeluarkan kata-kata 'lidah biawak' untuk menghina Nik Ali dan turut menafikan pernah mengungkitkan isu kerusi semasa program di Bukit Bendera dan menyaman malu Utusan Malaysia kerana mengada-adakan cerita dan memfitnahnya.

''Lihatlah video versi penuh temu ramah yang dipaparkan dan dengarlah setiap persatu kata-kata Lim Guan Eng tersebut," katanya dalam entri terbarunya Sah!!Video- Bukti Pembohongan Lim Guan Eng!! di www.novandri.blogspot.com.

Ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini, beliau yang juga Pengerusi Blogger Penerangan UMNO Pulau Pinang menggesa kepada semua pihak supaya tidak terus termakan dengan apa sahaja yang dikeluarkan Ketua Menteri itu.

Bagaimanapun setakat ini kesahihan rakaman temu ramah berkenaan tidak dapat dipastikan tetapi ia banyak tersebar di dalam blog.

Gempur Penang!!!!

Penang Wasabi..

Wednesday, July 21, 2010

Penang DAP Zionis : Satu lagi gerai Melayu kena roboh!



















Tinggal kenangan...

Roboh gerai : Peniaga 'mengamuk', isteri pitam.

Operasi merobohkan struktur haram oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sungai Nibong di sini kecoh apabila salah seorang pemilik gerai di situ 'mengamuk' manakala isterinya pitam.

Pemilik Hammer Bay Ikan Bakar Special, Norhisyam Ahmad pada mulanya akur dengan tindakan anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menanggalkan satu persatu kepingan binaan yang dibina tanpa kelulusan PBT itu.

Bagaimanapun, dia mula bertindak agresif apabila anggota-anggota penguatkuasa cuba memotong binaan setinggi kira-kira tiga meter itu dengan alat pemotong besi. Norhisyam dilihat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap kerajaan negeri dengan menjerit dan memaki-hamun menggunakan kata-kata kesat.

Isterinya yang dikenali sebagai Kartina turut bertindak sama sehingga pitam menyebabkan suasana di situ bertambah tegang. Melihatkan keadaan yang kelam-kabut itu, Norhisyam kemudian dibenarkan menanggalkan sendiri struktur haram tersebut oleh pegawai MPPP dengan dibantu rakan-rakannya yang lain.

Dia bagaimanapun enggan ditemubual pihak media. Operasi tersebut yang bermula pukul 8.30 pagi disertai kira-kira 50 anggota penguat kuasa MPPP, Pejabat Tanah dan Daerah, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBA) serta polis.

Difahamkan, pondok tanpa kelulusan PBT yang baru dibina sebulan lalu itu memakan kos kira-kira RM30,000 dan mampu memuatkan 120 pelanggan pada satu-satu masa. Selain Hammer Bay Ikan Bakar Special, terdapat dua lagi gerai beroperasi di situ sejak 10 tahun lalu iaitu Sri Pantai Ikan Bakar dan Anggerik Biru Nasi Campur.

Komen : Kafe Do Re Mi, Kampung Pokok Assam, Kampung Binjai, Kampung Tengah dan terbaru adalah Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sungai Nibong Pulau Pinang yang menjadi mangsa sikap perkauman DAP di Pulau Pinang . Yang kena semuanya kawasan orang Melayu di Pulau Pinang. Untuk menutup semua kegiatan pengusiran ini, Guan Eng mengkambing hitamkan Nik Ali Mat Yunos (Pegawai Pembangunan Negeri).

Ketika seruan untuk orang Melayu dilihat seolah seakan tidak berjaya, DAP berterusan bertepuk tangan bergembira kerana orang Melayu terus bertelagah. Kerajaan DAP Pulau Pinang berterusan membuat sesuka hati mereka di Pulau Pinang. Esok lusa, siapa pula akan jadi mangsa tindakan rasis DAP ini.

Penang Wasabi..

Penang DAP Zionis : Sikap Guan Eng memalukan!



















Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim menyifatkan kenyataan biadab Ketua Menteri, Lim Guan Eng termasuk memberi gelaran berunsur penghinaan terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus sebagai perbuatan yang amat memalukan.

Beliau berkata, kenyataan melampau Guan Eng termasuk menggelar Nik Ali sebagai ‘lidah biawak’ mencerminkan sikap Setiausaha Agung DAP itu yang suka mencari publisiti murahan sehingga sanggup bertelagah dengan pegawai kerajaan.

‘‘Saya tidak tahu bagaimana seorang Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu dan bergaduh dengan penjawat awam, sepatutnya dia (Guan Eng) berbaik-baik untuk sama-sama membangunkan Pulau Pinang.

‘‘Tapi apa yang berlaku seolah-olah dia sengaja nak cari gaduh, main politik untuk cari publisiti murahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah- Buahan Tempatan di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Utara, Ariffin Awang dan Pengarah FAMA negeri, Anuar Mohamad.

Laporan akhbar hari ini menyiarkan kekecewaan Nik Ali ekoran kenyataan Guan Eng yang menyifatkan beliau sebagai pegawai yang tidak kompeten, tidak profesional, pengecut dan patut diberhentikan berhubung isu curi pasir di tapak projek Politeknik Balik Pulau.

Sambil menyifatkan Guan Eng sebagai biadab dan melampau, Nik Ali menegaskan, beliau sudah lama bersabar dengan sikap Ketua Menteri yang sering mengeluarkan kenyataan liar terhadapnya termasuk menggelarnya sebagai ‘lidah biawak’.

Perang dingin antara kedua-dua individu itu mula tercetus apabila Guan Eng mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang Taman Botani dan terbaru, isu curi pasir.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, Guan Eng tiada hak untuk menilai prestasi kerja pegawai kerajaan sebaliknya wajar mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai keupayaan orang lain.

‘‘Guan Eng tiada hak nak kata pegawai kerajaan itu kompeten atau tidak kerana SDO bukan di bawah pentadbirannya dan itu bukan kerja dia. ‘‘Sepatutnya kerja dia tumpu usaha membangunkan negeri ini, cerminlah diri sendiri adakah sudah berjaya bangunkan Pulau Pinang,” ujarnya.

Penang Wasabi..

Tuesday, July 20, 2010

Kes pasir di Penang pulak : Siasat pemimpin lindungi aktiviti curi pasir!














Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan penglibatan pemimpin kanan kerajaan negeri 'melindungi' kegiatan perlombongan pasir secara haram di kawasan seluas 1.6 hektar di Jalan Tasek, Valdor dekat Batu Kawan di sini.

Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Huan Cheng Guan berkata, pihaknya menerima aduan dan maklumat berhubung unsur penyalahgunaan kuasa melibatkan pemimpin kerajaan negeri yang didakwa turut mendapat habuan hasil daripada aktiviti tersebut.

Menurutnya, terdapat keraguan walaupun kerajaan negeri sudah menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aktiviti melombong pasir di kawasan itu selepas ia didedahkan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Goh Choon Aik baru-baru ini.

Tambah beliau, aktiviti melombong pasir secara haram di kawasan ini pernah didedahkan dan kerajaan negeri berjanji untuk menyiasat tetapi akhirnya tiada tindakan diambil. "Kali ini sekali lagi ia didedahkan dan kerajaan negeri nak siasat lagi, sedangkan MPSP sudah sahkan ia beroperasi secara haram.

"Semua ini menimbulkan keraguan malah ada maklumat mengenai hubungan pemilik syarikat dengan pemimpin kanan kerajaan negeri termasuk dalam membiayai aktiviti politik mereka. SPRM kena siasat perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Aik yang juga pemimpin PKR di Batu Kawan sebelum ini mendedahkan aktiviti melombong pasir secara haram di kawasan itu tetapi dinafikan Exco Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Law Choo Kiang.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina kemudian melaporkan ketegangan yang timbul ekoran isu itu antara Choon Aik dan Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun daripada PKR. Ketegangan itu semakin memuncak apabila Choon Aik dilaporkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR tetapi masih menjadi ahli biasa selain kekal sebagai ahli MPSP.

Sejurus peletakan jawatan Choon Aik, kepimpinan PKR negeri dikejutkan dengan penyebaran e-mel yang mendedahkan Choo Kiang dan Timbalan Ketua Menteri I yang juga Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman mempunyai hubungan istimewa dengan pemilik syarikat pasir terbabit.

E-mel itu antara lain mendakwa kedua-dua pemimpin kanan kerajaan negeri terlibat menerima sumbangan wang ringgit yang dimasukkan terus ke akaun mereka.

Pengirim e-mel berkenaan juga mendakwa, pemilik syarikat pasir mendapat 'perlindungan' walaupun tahun lalu berdepan dengan siasatan berhubung perlombongan pasir haram oleh jawatankuasa dipengerusikan oleh Choo Kiang. E-mel itu mendakwa pemegang saham syarikat pasir berkenaan yang baru dikurniakan gelaran 'Datuk', pernah dilihat bersama-sama Choo Kiang melancong ke Macau dan Genting Highlands.

Pengirim e-mel itu yang dipercayai orang dalam PKR sendiri mendakwa, pemilik syarikat pasir itu juga memberi sumbangan besar kepada pejabat Timbalan Ketua Menteri I termasuk bagi penganjuran majlis makan malam yang dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Februari lalu.

Choo Kiang bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan imejnya manakala Mansor belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendedahan itu. Syarikat terbabit, Food Cent Sdn. Bhd., sebelum ini menegaskan, aktiviti perlombongan di kawasan itu dijalankan secara sah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Choon Aik dan tiga lagi ahli MPSP.

Difahamkan, kerajaan negeri baru-baru ini mengarahkan kerja-kerja melombong pasir di kawasan itu dihentikan sementara menunggu siasatan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Choo Kiang.

Cheng Guan bagaimanapun mempersoalkan ketelusan siasatan itu memandangkan jawatankuasa penyiasat dipengerusikan oleh Choo Kiang yang dikaitkan ada hubungan baik dengan pemilik syarikat pasir tersebut. "Mana prinsip ketelusan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri selama ini? Bagaimana Choo Kiang boleh mengetuai siasatan sedangkan dia didakwa ada hubungan dengan pemilik syarikat terbabit.

"Soalnya sekarang adalah MPSP mengatakan kegiatan lombong pasir di kawasan itu dijalankan tanpa permit tetapi Exco pula kata ada permit, jadi dalam hal ini rakyat mahu percaya kepada siapa," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan siasatan MPSP mendapati syarikat pasir terbabit tidak mendapat kebenaran untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan pasir di kawasan berkenaan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 70 (A) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976.

Penang Wasabi..

GAP Dakwa Jabatan AS Biayai Yayasan Yang Pernah Diteraju Anwar !

The Government Accountability Project (GAP), organisasi pemberi maklumat bukan kerajaan Washington DC, mendedahkan Yayasan Masa Hadapan (FFF), organisasi yang pernah diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS).

Dalam laporan setebal 42 muka surat yang dikeluarkan pada 8 Julai, GAP membuat rumusan itu berdasarkan ratusan dokumen yang dihantar kepadanya di bawah Akta Kebebasan Maklumat AS.

GAP berkata FFF sebenarnya ditubuhkan dan dibiayai oleh Jabatan Negara AS atas arahan Elizabeth Cheney, anak Naib Presiden ketika itu Dick Cheney, dan kalangan neokonservatif dalam pentadbiran Bush.

Laporan oleh The Asia Sentinel, sebuah penerbitan laman web Asia, menyatakan GAP juga mendapati FFF ditubuhkan dan beroperasi secara "di luar aturan dan menyimpang" oleh pegawai pentadbiran dan warga kerja pentadbiran Bush, termasuk Shaha Ali Riza.

Shaha telah dikenal pasti sebagai teman wanita Paul Wolfowitz, dan Wolfowitz telah dipaksa meletakkan jawatan sebagai presiden Bank Dunia pada Jun 2007 selepas diketahui bahawa beliau telah menaikkan pangkat Shaha dengan tangga gaji tiga kali ganda lebih tinggi.

The Asia Sentinel mendakwa Anwar sebelum ini menafikan sebarang pembiayaan oleh AS dalam FFF, yang ditubuhkan pada 2005 sebagai "barisan depan penting dalam memerangi keganasan global" dan sebahagian daripada "agenda pembebasan" Presiden George Bush untuk menggalakkan demokrasi dan pembaharuan di Timur Tengah dan Afrika.

Anwar telah didesak oleh banyak pihak supaya memberikan penjelasan mengenai pembiayaan FFF', termasuk Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Wang padanan untuk membiayai FFF sepatutnya datang dari 11 negara. Akhirnya, GAP berkata kurang separuh daripada AS$60 juta untuk pembiayaan awal yayasan itu (seperti diunjurkan oleh Elizabeth Cheney) yang menjadi kenyataan.

GAP berkata usaha multilateral itu kemudiannya telah bertukar kepada inisiatif unilateral AS yang hanya disokong oleh Jordan dan beberapa negara Eropah, dan akhirnya sebahagian besar daripada pembiayaan itu datang daripada AS, yang telah mencabuli semangat pengubalan undang-undang dalam penubuhan yayasan itu. - BERNAMA

Penang Wasabi..

Tuesday, July 13, 2010

Noh Omar: Anwar tak layak jadi penasihat ekonomi Selangor jika benar diperalat CIA!


















Umno Selangor akan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri membantah kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri itu sekiranya benar dakwaan seorang penulis blog di New York bahawa beliau adalah ‘alat’ kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata sekiranya dakwaan penulis blog itu benar, Anwar tidak layak campur tangan dalam urusan pentadbiran di negeri itu.

“Kita nak cabar Anwar sama ada beliau berani menafikan atau saman blogger itu.

“Sebagai rakyat Selangor, kita akan hantar memorandum secepat mungkin kepada kerajaan negeri kerana jika benar dakwaan Anwar ialah agen CIA kita tidak rela dan tidak mahu dia diberi tempat sebagai penasihat ekonomi Selangor,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Hari Belia Selangor dan pelancaran Kempen 1Belia 1Malaysia oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini malam tadi.

Noh berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis, bahawa Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan keengganan kerajaan Selangor bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan berhubung pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor.

“Sepatutnya projek itu bermula pada Mei lepas tetapi hingga hari ini kerajaan Selangor tidak beri jawapan kepada kerajaan persekutuan sama ada akan bersama-sama jayakan projek ini. Nampaknya kerajaan Selangor lebih pentingkan politik kerana projek ini ialah projek kerajaan persekutuan dan kerana itu dia sengaja tidak mahu beri kerjasama demi kepentingan rakyat di Lembah Klang,” katanya.

Noh meminta rakyat Selangor membuka mata dan bersatu menegakkan kebenaran dengan menolak kerajaan Pakatan Rakyat yang dilihat lebih banyak membuat kerja politik berbanding pembangunan di Selangor.

“Kalau kerajaan negeri tidak beri kerjasama kepada kerajaan persekutuan untuk projek air, ini bermakna rakyat Selangor kena bersedia menghadapi masalah kekurangan air pada 2013,” katanya.

Penang Wasabi...

Saturday, July 10, 2010

Anwar didakwa bayar CNN untuk 'bersih' kan diri!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim didakwa membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakw...a, pada masa sama Anwar juga menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN bagi menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

Rasionalnya dakwaan itu, tegas Trevino, bagaimana perjalanan wawancara itu dikendalikan dan soalan yang dirancang, jelas bertujuan menjayakan misi Anwar untuk menambat semula sokongan pelobi Yahudi."Wawancara adalah sebahagian daripada misi lawatan mohon maaf ke Amerika Syarikat untuk membetulkan kembali kenyataan anti-Yahudi yang diucapkan. Kesimpulannya, media Barat telah membuat liputan yang salah.

"Wawancara oleh CNN tersebut tidak menyebut langsung berkenaan berita utama terhadap yang dilemparkan kepada Anwar hari ini (anti-Yahudi)," katanya seperti yang dipetik melalui tulisan di The New Ledger.Dalam rancangan temu bual Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu, Anwar mengambil peluang itu untuk memburukkan negara selain turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara.Antara tuduhannya dalam rancangan itu, Anwar mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

Mengulas lanjut Trevino yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Ketenteraan di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush berkata, Anwar juga tidak telus apabila memberi pelbagai jawapan yang kabur.Katanya, dalam isu undang-undang syariah sebagai contoh, Anwar dilihat berusaha menampilkan dirinya sebagai anti undang-undang syariah seperti yang dikehendaki oleh pihak Barat, tetapi dalam masa sama tidak mahu kehilangan sokongan Pas yang mempertahankan perundangan syariah itu.Dalam pada itu, beliau menyelar wartawan CNN yang bertanggungjawab menemu bual Anwar kerana tidak melakukan penyelidikan mendalam, sebaliknya hanya menghabiskan beberapa minit untuk bertanyakan Penasihat PKR itu dengan soalan-soalan yang mudah.

Beliau mempersoalkan kenapa CNN tidak bertanyakan kegagalan Anwar mengotakan janjinya membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dan tidak meminta bukti daripada ketua pembangkang itu mengenai bukti kononnya kerajaan Malaysia dibantu pelobi Yahudi."Wartawan CNN itu jelas tidak berminat melakukan hal-hal kewartawanan, hal ini memudahkan Anwar untuk mencipta lebih banyak kekaburan."Inilah yang terjadi di kalangan media utama.

Sesiapa sahaja yang telah dibayar oleh Anwar untuk menaikkan imejnya di Amerika Syarikat yang pastinya mempunyai hubungan rapat di kalangan pengamal media, khususnya di CNN," katanya.Baru-baru ini, akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok Yahudi.

Kunjungan Anwar itu dibuat selepas ketua pembangkang tersebut yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai tokoh Yahudi dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau sebagai anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide.Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte, mendesak pembuat polisi Amerika supaya menghentikan hubungan baik dengan Anwar.

Penang Wasabi..

Monday, July 5, 2010

Tiada lagi kampung Melayu di Pulau Pinang?

Tatkala penghuni Pulau Mutiara lain sedang enak diulit mimpi, Mohd. Khir Mohd. Said, 44, sibuk bersiap-siap untuk turun ke laut mencari sesuap nasi. Tangkapan hasil laut itulah yang menyara hidup keluarganya seramai tujuh orang sejak lebih 30 tahun lalu.

Namun kini, dia tidak pasti apakah rutin hariannya itu mampu dilakukan lagi pada masa depan berikutan rumahnya bakal dirampas oleh pemaju yang mahu mendirikan kediaman mewah di situ. Begitulah nasib Mohd. Khir dan kira-kira 50 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong, Pulau Pinang. Mereka merupakan sebahagian daripada 200 penduduk asal perkampungan itu yang diusir oleh pemaju, Rabu lalu.

Operasi pengusiran penduduk yang majoritinya nelayan sepatutnya dijalankan pada hari itu yang mana sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah. Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat berkos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju terbabit dari Kuala Lumpur. Apa yang pasti penduduk kini berada dalam dilema. Sudahlah rumah mahu dirampas, tempat mencari rezeki juga tidak pasti di mana selepas ini.

Ini kerana, pampasan sebanyak RM75,000 yang mahu diberikan pemaju tidak setimpal dengan harga pasaran rumah di sekitar kawasan berkenaan. "Kami bukannya kemaruk wang ringgit, dan kami pun bukannya mahukan duit yang pemaju ingin beri, tetapi kami mahu rumah di kawasan ini sebagai ganti.

"Dengan wang RM75,000, rumah apakah yang boleh kami beli di sini? Rumah yang sedia ada semuanya berharga RM100,000 ke atas, kami tidak mampu. "Dan kalau kami berpindah ke tempat lain, dapatkah kami menjadi nelayan semula?," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam.

Hendak mengadu kepada siapa lagi, dia tidak tahu. Pernah dia ajukan keluh kesah penduduk kampung kepada wakil rakyat di situ, namun Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi seolah-olah tidak 'berminat' untuk membantu. "Dulu masa pilihan raya, macam-macam janji manis ditabur kepada kami.

"Mereka kata, apa-apa masalah boleh mereka selesaikan. "Namun, hari ini apabila penduduk kampung ditimpa kesusahan, mereka lepas tangan, pemimpin apa namanya ini?" ujarnya kesal.

Sikap kerajaan negeri pun sama juga. Bukan tidak pernah dia dan penduduk kampung cuba membuat temu janji dengan pemimpin terbabit bagi mengadu mengenai masalah itu, namun nasib yang menimpa mereka seolah-olah tidak dipedulikan.

"Kami pernah buat temu janji dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tetapi bila tiba tarikh yang telah ditetapkan, mereka bagi alasan sibuk bermesyuarat," jelasnya.

Dalam keadaan sekarang, kepada siapa lagi boleh diharapkan simpati serta bantuan, dia sendiri tidak pasti. Sepatutnya kerajaan negeri boleh campur tangan, seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung tersebut.

Menurut Mohd. Khir, sebagai kerajaan yang memerintah Pulau Pinang, pada bila-bila masa mereka boleh memberhentikan projek tersebut. Justeru, katanya, selagi mahkamah belum memutuskan siapa yang berhak ke atas kampung itu, dia dan penduduk kampung bertekad untuk mempertahankan hak mereka dalam apa keadaan sekali pun.

Sudah terang lagi bersuluh, jika demikian sikap kerajaan negeri dan wakil rakyat, tidak hairan sekiranya pada suatu hari nanti, perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar George Town lenyap begitu sahaja.

Penang Wasabi..