~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, January 30, 2011

Luahan hati peniaga di Batu Feringgi!

"Baik hantar makanan ke rumah kami, letak racun, biar kami anak beranak mati selepas memakannya."

Itu luahan hati Liyashak Harun, 44, yang kehilangan satu-satunya mata pencarian apabila premis perniagaan tempat dia bekerja di Batu Feringghi diroboh oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

"Sejak diroboh 22 Januari lalu, sehingga sekarang saya tidak mempunyai pekerjaan.

"Bagaimana saya hendak menyara keluarga, membiayai perbelanjaan sekolah anak-anak dan memberi makan kepada mereka sedangkan saya tiada kerja," katanya yang mempunyai tiga orang anak berumur 7 hingga 11 tahun.

Bukan hanya Liyashak sekeluarga, malah 29 orang lagi pekerja dua premis di pesisir pantai yang diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) turut kehilangan pekerjaan dan punca kewangan.

Mohd. Sharil Shariffudin, 30, juga tidak mempunyai pilihan dengan bekerja sambilan sebagai pelayan berbanding tugasnya sebagai penyelia di premis berkenaan sebelum ini.

"Walaupun sukar tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Sebelum ini saya mempunyai pendapatan sekitar RM1,800 ke atas, tetapi kini hanya sekitar RM650 sebulan sebagai pelayan sambilan.

"Tidak ada pilihan lain kerana saya juga mempunyai keluarga untuk disara selain terpaksa membayar sewa rumah serta keperluan harian lain.

"Keadaan ini cukup menyukarkan. Saya berharap agar pihak berkuasa dan pihak-pihak berkenaan prihatin dengan masalah kami di sini," katanya.

Pada 22 Januari lalu, MPPP telah meroboh beberapa struktur yang baru dibina semula di tapak premis itu setelah mendapat arahan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut.

Tindakan tersebut dipertikaikan kerana pemilik premis mendapat notis arahan untuk meroboh struktur dalam masa yang singkat.

"Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa pada 20 Januari yang meminta kami merobohkan bangunan, namun surat tersebut diserahkan kepada orang lain (bukan pekerja premis) dan hanya sampai ke tangan saya pada 21 Januari iaitu sehari sebelum kerja-kerja meroboh dibuat.

"Cara ini tidak betul kerana kami tidak diberi peluang untuk berbincang terlebih dahulu. Mana mungkin dalam tempoh sehari dua boleh berbuat demikian," ujar salah seorang pemilik premis, Hamid Sultan, 49.

Menurut Hamid, mereka hanya mengharapkan belas ihsan kerajaan negeri untuk membolehkan mereka berniaga semula.

"Ramai yang kehilangan pekerjaan. Kami berharap jika bukan di tapak ini, pihak berwajib memberi kami tapak yang baru juga di tepi pantai bagi membolehkan kami terus mencari rezeki," ujar Hamid.

Penang Wasabi..

Thursday, January 27, 2011

Majlis Peguam pro - pembangkang : Tolak usul Karpal jadi saksi!

Majlis Peguam hari ini dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak wajar dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pengamal undang-undang, Hasnal Rezua Merican Habib Merican berkata, dalam konteks perundangan, Majlis Peguam tidak berhak menentukan sama ada Karpal Singh boleh atau tidak boleh dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat tersebut.

Beliau menegaskan, dalam soal itu, hanya Jabatan Peguam Negara yang mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu beliau berkata, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut kerana tindakannya itu dianggap mendahului peranan Jabatan Peguam Negara.

"Saya bercakap atas undang-undang. Dalam perkara berkaitan dengan saksi, hanya Jabatan Peguam Negara yang mempunyai kuasa dan bukannya Majlis Peguam,'' katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ragunath semalam bahawa mengikut pandangan Majlis Peguam, Karpal tidak wajar dipanggil sebagai saksi dan memberi testimoni di dalam perbicaraan kes liwat Anwar yang kini sedang berjalan.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mendesak Karpal supaya berundur daripada menjadi peguam bela Anwar bagi kes liwat kedua yang dihadapinya kini.

Karpal sebelum itu mengeluarkan kenyataan bahawa beliau pernah disapina untuk hadir perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar pada 1997 tetapi tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Hasnal Rezua Merican berkata, dalam isu tersebut adalah lebih baik Majlis Peguam mengambil langkah berdiam diri daripada membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Dalam pada itu beliau berkata, sekiranya pihak pendakwa raya mahu Karpal menjadi saksi dalam kes tersebut, perkara pertama yang harus dilakukan, ialah keterangannya perlu dirakamkan dengan berdasarkan peruntukan Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

"Setelah selesai keterangannya itu hendaklah dinilai oleh Jabatan Peguam Negara sama ada Karpal layak sebagai saksi yang material atau sebaliknya.

"Penilaian dibuat berdasarkan sama ada keterangan Karpal itu benar-benar relevan dengan kes perbicaraan Anwar yang berlangsung ketika ini.

"Sekiranya keterangan Karpal relevan, hasrat itu boleh diteruskan dan jika sebaliknya biarkan sahaja Penasihat DAP itu terus menjadi peguam bela kepada Anwar. Segala-galanya terletak pada usaha Jabatan Peguam Negara,'' ujarnya.

Pengerusi Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar yang turut senada mahu Majlis Peguam mengambil pendekatan berdiam diri dan bukannya membuat kenyataan bersifat kontroversi.

"Isu ini melibatkan hak Jabatan Peguam Negara. Mengenai isu disiplin yang dibangkitkan oleh Majlis Peguam, ia adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib yang berhak untuk menentukan dan bukannya badan itu sendiri,'' katanya lagi.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula mahu Majlis Peguam mengemukakan usul mencela Ragunath atas kenyataan kontroversinya berhubung isu memanggil Karpal sebagai saksi dalam kes liwat Anwar.

Beliau percaya kenyataan yang dibuat oleh Ragunath itu membelakangkan Exco Majlis Peguam secara keseluruhan iaitu diputuskan tanpa mesyuarat rasmi.

"Apa yang dilakukan oleh Ragunath ini hanya menjejaskan imej dan kredibiliti Majlis Peguam sahaja. Bagi saya kenyataan Ragunath ini lebih bersifat politik

"Sekiranya dia mahu berpolitik lebih baik berkecimpung dalam bidang politik. Lagipun kenyataan ini dikeluarkan tanpa asas,'' katanya.

Persoalannya, beliau berkata, mengapa Ragunath secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan mempertahankan Karpal.

Penang Wasabi..

Tuesday, January 25, 2011

N05 DUN Tenang : Pendedahan Pas ‘makan tuan’!























Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam sekali lagi berbohong besar apabila menuduh calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, menganiaya seorang lelaki pada tahun 2003 sehingga menyebabkan tanah milik mangsa terpaksa dilelong sedangkan, hakikat sebenar, lelaki itu yang berhutang dengan bank.

Sebelum ini jentera Pas menyebarkan berita mengenai pengumuman besar mengenai kes melibatkan Mohd. Azahar yang bakal dijadikan senjata sulit bagi membunuh sokongan pengundi terhadap BN.

Sebaliknya, pengumuman parti itu hari ini menjadi ‘senjata makan tuan’ apabila fakta sebenar didedahkan Mohd. Azahar sendiri hanya kira-kira sejam selepas sidang media mengenai isu tersebut dibuat oleh Pas.

Malah, cubaan Pas untuk membunuh karakter Mohd. Azahar dengan menggambarkan beliau sebagai seorang bekas Penolong Pegawai Daerah (ADO) zalim hanya kerana satu kes tersebut, juga dibalas dengan statistik kejayaannya menyelesaikan lebih 80 kes membabitkan tanah lelong sepanjang enam tahun bertugas di Segamat.

Lebih memalukan Pas, penjelasan Mohd. Azahar akhirnya melondehkan segala kedangkalan parti itu mengenai prosedur seorang penjawat awam dalam isu lelongan, sedangkan parti itu sendiri mempunyai 20 tahun pengalaman mentadbir negeri Kelantan yang mana, isu tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Selain itu, pembohongan Pas melalui Pengarah Operasinya bagi Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Dzulkefly Ahmad, juga menyerlahkan lagi sikap sebenar parti tersebut yang sanggup memutarbelitkan fakta sebenar semata-mata untuk kepentingan politik meskipun sedar ia sebenarnya fitnah.

Tidak cukup dengan itu, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Merah hari ini, Mohd. Azahar juga memberitahu, pertukaran beliau dari Segamat ke Rengit adalah kerana kenaikan pangkat iaitu daripada gred N41 kepada N44 dan bukannya sebagai hukuman terhadapnya ekoran kes itu, sebagaimana didakwa oleh Pas.

“Semua tuduhan Pas itu adalah fitnah semata-mata, saya tidak pernah menganiaya lelaki tersebut, saya hanya menjalankan tugas selaku ADO selepas plaintif (pemilik tanah) gagal menjelaskan hutang kepada CIMB Bank selama setahun lebih, meskipun pihak bank sudah berkali-kali memberi surat amaran.

“Tuduhan kononnya saya cuai dan lalai juga tidak timbul langsung kerana selain surat amaran oleh bank, pejabat saya sendiri sudah menghantar surat kepada plaintif dan dia maklum mengenai perkara itu, tetapi Pas menuduh kononnya pemilik tanah itu tidak diberitahu. Ini terang-terang putar belit.

“Apakah kerana saya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan atas kapasiti sebagai ADO dengan mengikut segala prosedur itu zalim, apakah Pas benci apabila amanah yang diberi saya laksanakan, sedangkan pihak plaintif sendiri yang enggan tampil ke hadapan bagi berbincang dengan bank pada waktu itu,“ katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas yang bercita-cita mentadbir negara sepatutnya lebih jelas dan faham mengenai prosedur seorang penjawat awam, bukannya mencari publisiti murahan untuk mengangguk di air yang keruh dengan memainkan isu yang tidak benar.

Mengenai keputusan mahkamah membenarkan plaintif menuntut kos akibat lelongan tanah itu, Mohd. Azahar berkata, keputusan itu berdasarkan kesilapan teknikal pada notis 16 D dan 16 G, Kanun Tanah Negara apabila terdapat perbezaan tarikh dan bukannya disebabkan lelongan itu sengaja diada-adakan oleh pihaknya.

Terdahulu, pada sidang media di markas operasi Pas, Dzulkefly mendakwa calon BN itu cuai ketika mengeluarkan Perintah Jualan Hartanah sehingga menyebabkan seorang lelaki menjadi mangsa kezaliman apabila tanah mangsa dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM70,000.

Dzulkefly juga mendakwa tindakan Mohd. Azahar itu menyebabkan nama baik dan integriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sehingga menghakis keyakinan masyarakat terhadap ketelusan dalam mengurus serta mengendalikan hartanah rakyat.

Sementara itu, Mohd. Azahar mengulangi, tidak wujud ‘mala fide’ (niat jahat) berhubung kes penjualan tanah tersebut sebaliknya ia sekadar salah satu prosiding guaman biasa yang telah diambil oleh pihak CIMB Bank.

“Ini suatu tindakan biasa mana-mana bank terhadap pelanggan yang gagal menjelaskan hutang manakala pejabat daerah hanya melaksanakan selebihnya iaitu apabila ia sudah dibawa ke mahkamah termasuk proses lelongan.

“Saya tidak nampak langsung ada isu di sini, ia tidak lebih daripada semata-mata untuk memburuk-burukkan imej saya menggunakan cara putar belit.

“Namun, saya percaya para pengundi di DUN Tenang tidak semudah yang mereka fikir untuk mempercayai tuduhan Pas ini,” katanya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

Monday, January 24, 2011

DAP bangsat mengganas lagi di Penang : 43 gerai di Batu Feringghi diroboh!

Sunny Sun menunjukkan sisa struktur yang dilonggokkan oleh anggota penguat kuasa MPPP selepas sebahagian daripada 43 gerai pasar malam di Saber Holiday, Batu Feringghi dirobohkan semalam.

Lagi gerai dirobohkan di Batu Feringghi atas arahan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kali ini, sebanyak 43 unit gerai milik seorang pengusaha sektor pelancongan dirobohkan kerana didakwa tidak mengemukakan pelan struktur pembinaannya terlebih dahulu kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Gerai milik Saber Holiday Sdn. Bhd. yang dibangunkan untuk aktiviti pasar malam di kawasan itu serta masih belum beroperasi, dirobohkan oleh kira-kira 20 anggota penguat kuasa MPPP hari ini.

Lebih mengejutkan Pengarah Urusan syarikat itu, Sunny Sun, 45, kerja-kerja meroboh gerai pada pukul 9 pagi itu dilakukan tanpa sebarang notis awal oleh pihak penguat kuasa.

''Memang saya sangat kecewa. Setahun kami bekerja keras membina gerai ini supaya dapat digunakan peniaga kecil mencari rezeki.

''Tetapi tidak sampai setengah jam, semua usaha serta modal RM150,000 yang saya keluarkan hancur begitu sahaja," katanya di sini hari ini.

Kelmarin, dua premis pelancongan pesisir pantai di kawasan berhampiran turut mengalami nasib serupa apabila dirobohkan MPPP atas arahan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Tanpa sebarang notis, penguat kuasa MPPP bertindak merobohkan beberapa struktur yang baru dibina semula di tapak premis itu yang musnah dalam kebakaran 25 Disember tahun lalu setelah mendapat arahan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut.

Akui Sunny, beliau sedar tindakannya membina unit gerai berkenaan tanpa pelan struktur adalah salah namun kesal tindakan pilih kasih MPPP apabila mengenakan tindakan berkenaan kepada peniaga kecil sepertinya sahaja sedangkan peniaga lain yang turut melakukan kesalahan sama dibiarkan terus beroperasi di kawasan itu.

Katanya, tindakan itu amat tidak adil kepadanya yang berusaha membantu peniaga kecil dengan mewujudkan pasar malam di kawasan berkenaan bagi memeriahkan kembali suasana di Batu Feringghi.

''Saya tidak faham mengapa mereka mengambil tindakan sedangkan premis ini tidak menimbulkan sebarang masalah termasuk dari segi kesesakan lalu lintas.

''Sebaliknya mereka membiarkan peniaga kaya meneruskan perniagaan walaupun menyalahi peraturan. Saya benar-benar keliru dengan peruntukan undang-undang yang diguna pakai kerajaan DAP Pulau Pinang ini. Tidak tahu yang mana betul yang mana salah," katanya.

Menurut Sunny, beliau hampa apabila usahanya itu juga langsung tidak dihargai kerajaan DAP Pulau Pinang apabila dua rayuannya untuk membuka pasar malam di situ tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.

Jelas beliau, sebulan sebelum majlis perasmian pasar malam itu yang dirancang Oktober tahun lalu, pihaknya telah menerima satu notis daripada MPPP yang meminta premis itu dirobohkan.

''Sebaik menerima notis tersebut, kami telah menulis dua surat rayuan. Sehingga kini tiada maklum balas. Tiba-tiba mereka datang hari ini dan merobohkannya.

''Saya minta kerajaan DAP Pulau Pinang jangan sewenang-wenangnya buat begini, pelancong semakin kurang dan mereka patut melakukan lebih banyak aktiviti supaya mereka tinggal lama di sini dan bukannya 'menghalau' mereka dengan cara begini," katanya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

N05 DUN Tenang : Tian Chua mulakan ucapan Assalamualaikum!

















Pas terus memberi laluan kepada pentas-pentas ceramahnya untuk membenarkan rakan sekutunya yang bukan Islam mempersenda amalan umat Islam termasuk membaca ayat al-Quran secara salah dalam bahasa Arab dan melafazkan salam 'Assalamualaikum' dalam ucapan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan usaha Pas untuk menunjukkan kepada umum kononnya sekutu politiknya yang bukan Islam kini lebih mendalami Islam.

Terbaru, di atas pentas ceramah kempen Pas di Taman Gunung Emas di sini malam tadi, Pas seolah-olah tidak kisah dan membiarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memberi salam 'Assalamualaikum' ketika berceramah.

Ketika itu tiada seorang pun barisan pimpinan Pas yang berada di atas dan bawah pentas termasuk Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang bertindak menegur perbuatan Tian Chua itu.

Sebaliknya, pemimpin PKR itu sekali lagi dibiarkan mengucapkan 'Assalamualaikum' ketika mengakhiri ucapannya.

Walaupun perkataan Assalamualaikum itu bermaksud 'sejahtera ke atas kamu' tetapi ia adalah amalan orang Islam untuk memohon kepada Allah supaya melimpahkan sejahtera kepada umat Islam lain yang diucapkan salam itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen pilihan kecil Bukit Gantang namun bacaannya dalam bahasa Arab ternyata tersasar jauh daripada bacaan yang sebenarnya.

Seorang lagi wakil rakyat DAP, Wong Kar Woh juga pernah menyelitkan bacaan ayat al-Quran ketika membahas pembentangan Bajet 2009 negeri Perak.

Ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, perbuatan Tian Chua itu jelas bermotifkan politik tanpa memikirkan perasaan penganut agama Islam.

"Orang Islam terutama daripada parti pembangkang harus peka dengan perkara-perkara yang berkaitan Islam.

"Jangan gunakan Assalamualaikum untuk tujuan politik, tarik sokongan atau semata-mata untuk meraih undi orang Melayu, ini perbuatan tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Pertandingan Nasyid dan Penyampaian Bantuan Khas Kepada Sekolah-sekolah Agama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Agama Pekan Ayer Panas di sini hari ini.

Zainal Abidin percaya, Tian Chua hanya menggunakan ucapan salam itu ketika berkempen dan bukan pada hari-hari biasa. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan petugas-petugas Pas yang tidak berani membuat teguran dan seolah-olah 'merelakan' Tian Chua mengucapkan demikian.

Kuasa punya pasal, ugama dipertaruh. Politik menghalalkan cara oleh PAS..! PAS sememangnya hamPAS!!!

Penang wasabi..

Sunday, January 23, 2011

Anwar wajar debat dengan Saiful Bukhari terlebih dulu!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dinasihatkan berhenti mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat sebaliknya menyelesaikan masalah peribadinya terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, Anwar sepatutnya berdebat dengan Mohamad Saiful Bukhari Azlan berhubung kes liwat yang sedang dihadapi beliau dan bukannya menangguh, mengelak dan melengah-lengahkan perbicaraan.

Pada masa sama, katanya, Anwar juga sepatutnya berdebat dengan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mencabarnya melalui Twitter atau dengan peguamnya Karpal Singh yang sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku homoseks dan liwat beliau.

Malah, Anwar juga perlu mencabar bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew atau Bahagian Risikan Singapura dan Australia yang mendedahkan mempunyai 'bukti teknikal' dan percaya beliau terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat.

''Cuba berdebat dengan Karpal Singh kenapa mahu membela beliau sedangkan Karpal Singh yang mendedahkan mengenai salah laku seks Anwar di Parlimen pada 22 Oktober 1997.

''Beliau juga yang membongkar kegiatan homoseks dan liwat Anwar di Federal Hotel kepada kepimpinan Pas ketika itu dan mendesak Anwar bertaubat dan berundur apabila pembohongan 16 September terbongkar.

''Sekarang Karpal Singh pula yang menjadi peguam beliau. Tidakkah itu seperti putar dan pusing namanya? Pada saya, elok Anwar berdebat dengan Karpal Singh dahulu sebelum mahu berdebat dengan orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya bertajuk Debat al-Musibat yang disiarkan menerusi laman blognya di http://zul4kulim.blogspot.com, semalam.

Zulkifli dalam entri yang sama juga menjelaskan, Najib tidak perlu menjawab cabaran debat Anwar itu kerana ia hanya membuang masa kerana bukan mahu membincangkan mengenai masalah rakyat.

Sebaliknya tambah beliau, Anwar menerusi cabaran debat itu hanya mahu berjumpa empat mata dengan Najib dan meminta supaya kes pertuduhan liwat Saiful Bukhari ditarik balik.

''Saya masih ingat Anwar beberapa kali meminta saya mengatur pertemuan dengan Najib untuk meminta ditarik balik kes pertuduhan liwat Saiful Bukhari.

''Walhal ketika itu saya masih Ahli Parlimen PKR. Saya pun tidak berminat dan tidak pernah pun berjumpa dengan Perdana Menteri mengenai isu itu.

''Tetapi mengapa dan apa sebabnya Anwar begitu takut sehingga mahu berjumpa empat mata dengan Perdana Menteri?," katanya.

Zulkifli menambah, Anwar sebenarnya takut dipenjarakan semula kerana beliau tahu tidak akan menang (sangkut) dalam kes Saiful Bukhari.

Anwar juga katanya, sedar sekiranya dipenjarakan, beliau akan menghabiskan usianya di dalam penjara sekiranya dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara.

''Pada usia mahu memasuki 64 tahun, saya faham ketakutan Anwar itu. Apatah lagi dengan cucu yang menunggu di rumah.

''Saya tidak salahkan Anwar jika berasa takut masuk penjara. Cuma nasihat saya, bertaubatlah dan mohon keampunan daripada Allah SWT dan pohonlah supaya diberi jalan keluar yang makruf dan baik.

''Hentikanlah segala sandiwara dan pembohongan ini. Kembalilah ke jalan Allah SWT, bertaubatlah Anwar," katanya.

Penang Wasabi..

Saturday, January 22, 2011

PRK N5 Tenang : 5,000 penduduk gesa Nik Aziz baiki jalan di DUN Chempaka!

Penduduk di lima buah kampung di sini, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

Jawapannya mudah saje, PRU 13..pangkah BN!

Wasabi Oyabun..

Friday, January 21, 2011

Fatwa Tok Garu Nizar Lambai di DUN Tenang : Haram undi UMNO!

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.”

"Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini.

Nampak gayanya penyakit mengeluarkan fakta yang mengelirukan masih berulang setiap kali apabila PRK diadakan. Kalau tidak dari mulut Tok Guru mereka, datang pula dari mulut dari tok-tok Garu mereka? Semuanya semata-mata hanya untuk meraih satu undi sehingga ugama di pertaruhkan..masyaAllah..Apa dah nak jadi pada PAS ini?

Penang Wasabi..

Wednesday, January 19, 2011

Bertaubatlah Anwar - Mufti!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan ekoran perbuatannya yang terlalu mengikut nafsu semata-mata mahu mencapai matlamat politiknya.

Sambil mengakui perubahan yang berlaku pada Anwar pada masa ini amat memeranjatkannya, beliau berkata, antara perbuatan itu ialah pengiktirafannya terhadap gerakan pluralisme yang jelas amat bertentangan dengan Islam.

Tegasnya, walau apa alasan sekalipun Anwar sebagai seorang Islam haram mengiktiraf gerakan tersebut kerana kesannya boleh membawa seseorang itu menjadi murtad.

''Hanya Islam agama di sisi Allah dan ini jelas termaktub di dalam al-Quran iaitu dalam surah Ali Imran ayat 19: 'Sesungguhnya Din (agama) di sisi Allah hanya Islam'.

''Bagi saya apa yang dilakukan oleh Anwar ini hanya mengikut nafsu. Anwar sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya. Sebagai seorang sahabat saya menasihat supaya Anwar kembali ke pangkal jalan dan segera bertaubat kepada Allah SWT,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap perjuangan Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas lanjut Harussani berkata, sekiranya dikatakan semua agama sama, itu sebenarnya merupakan tindakan yang jelas melawan Allah kerana agama di sisi-Nya hanya Islam.

''Murtad dibuatnya. Pluralisme hanyalah merupakan pendapat John Hick bagi memecahbelahkan orang Kristian pada kurun ke-16,'' katanya.

Justeru Anwar, ujar beliau, harus sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan setiap manusia akan dipertanggungjawabkan apabila berhadapan dengan Allah ketika di akhirat kelak.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui amat terperanjat dengan perubahan yang berlaku kepada Anwar jika dibanding pada zaman dahulu terutama semasa menjadi pemimpin utama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

''Saya akui pada masa itu saya melihat Anwar merupakan seorang pemimpin Islam yang cukup hebat. Saya juga yakin terhadap kemampuannya membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih islamik.

''Bayangkan melalui pengaruh Anwar kebanyakan mahasiswi yang berada di universiti tidak lagi memakai skirt tetapi berbaju kurung. Perubahan itu hasil daripada pengaruh Anwar sendiri,'' katanya.

Namun beliau berkata, harapan yang disandarkan kepada Anwar itu tidak lagi berpanjangan kerana Penasihat PKR tersebut berubah 360 darjah.

''Anwar sekarang bukan Anwar yang dahulu. Anwar sekarang sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya. Anwar sekarang bertindak hanya mengikut nafsunya demi untuk berkuasa,'' katanya lagi.

Dalam pada itu ketika ditanya sejauh mana hubungannya dengan Anwar, Harussani berkata, beliau merupakan individu awal yang bersama-sama berusaha menubuhkan ABIM.

''Saya bukan tidak kenal Anwar. Mula-mula berceramah pasal (penubuhan) ABIM di Pulau Pinang), saya yang pertama buat perhimpunan. Majistret pun saya panggil, ketua polis, semua hadir, saya himpun.

''Apabila diluluskan penubuhannya saya tidak menjadi ahli ABIM. Puncanya, Anwar ketika itu mahu ABIM ke istana. Saya kata, Anwar, sekarang kita baru jadi 'tauge'. Tauge ini, pukul orang, dia patah, orang pukul (pun), dia patah. Biarlah kita jadi batang kacang orang langgar, dia bercalar, kita sebat, dia bercalar,'' katanya.

Ekoran kenyataannya itu, Anwar berkata kepadanya yang beliau telah mati semangat jihadnya.

''Anwar kata, sudah mati, pada kami, Harussani sudah mati, tidak ada lagi (semangat) jihad, jadi saya tidak masuk ABIM,'' ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, Harussani juga mengakui yang beliau turut terlibat dalam pernikahan Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika bertugas sebagai Kadi Besar di Pulau Pinang.

Harussani berkata, berdasarkan kuasa yang ada padanya pada masa itu, beliau telah membenarkan Anwar dan Wan Azizah dinikahkan atas wali hakim setelah bapa Wan Azizah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.

''Bukan saya yang nikahkan tetapi oleh seorang ustaz lain. Saya hanya beri kebenaran sahaja. Akibat kebenaran yang saya berikan itu sepasukan anggota polis datang menemui saya untuk disiasat. Pasukan itu diketuai oleh seorang Asisten Supritendan (ASP).

''Saya tanya sebab apa mereka masuk ke pejabat saya. Pasal kahwinkan (Anwar dan Wan Azizah). Itu hak dia (Anwar) nak kahwin. Pasal apa (awak) datang? Saya yang berkuasa dalam perkara ini. Tunjuk mana undang-undang (yang) salah,'' katanya.

Akhirnya beliau berkata, pasukan polis terbabit tidak ambil apa-apa tindakan. Sementara itu dalam satu majlis keraian selepas berlangsungnya perkahwinan itu Harussani pernah bertanyakan kepada Anwar mengenai tahap penerimaan bapa Wan Azizah.

''Pada masa itu Anwar sudah menjadi timbalan menteri. Beliau kata pada saya sekarang ini bapa mertua sayanglah,'' katanya lagi.- UM.

Penang Wasabi..

Tuesday, January 18, 2011

Benarkah Pas perjuangkan Islam?

PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan negara Islam, hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Itu asas kepada penyertaan ramai ahli Pas kerana mereka percaya Pas menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. Pas sahaja yang benar dan UMNO sahaja yang salah.

Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada Pas itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika ahli Pas pula kerana syaitan dengki melihat mereka senang.

Jika kilang arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika Pas pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina kilang arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan bukan Islam, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika Pas yang melakukan semua itu dikatakan Allah sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi.

Dipendekkan cerita, Pas semua betul dan UMNO semua salah. Kita memahami akan Dasar Penubuhan Negara yang dipersetujui semua wakil kaum dan agama, tetapi mereka yang bermanfaat sering memainkan isu ini untuk meraih sokongan dengan mendorong rakyat kepada penentangan.

Sedangkan pemanupulasi ini sedar, cara untuk merubah Dasar Penubuhan Negara adalah melalui undian 2/3 Ahli Parlimen (MP).

Ini kerana keikhlasan merubah Kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah di jalanan, di pembesar suara, di mana-mana tetapi di Dewan Tertinggi Negara. Para pemimpin Islam yang berjumlah 130 orang di Dewan Parlimen (23 Pas, 16 PKR, 4 Bebas, 87 BN) hanya perlu bekerja keras meyakinkan 15 lagi MP yang bukan beragama Islam untuk menegakkan hukum Islam sebagai undang-undang negara.

Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan negara Islam adalah menegakkan kebenaran dan meruntuhkan penipuan. Benarkah ahli Pas perjuangkan Islam? Jika benar, mengapa mereka tidak mendesak Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang untuk mendesak menafikan tuduhan Ummi Hafilda ke atas Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Shamsidar dan anak yang dikatakan anak Anwar?

Lakukan ujian DNA ke atas keempat-empat mereka dan lihat DNA anak tersebut sama dengan Azmin atau Anwar? Maka tertegaklah kebenaran dan hancurlah penipuan. Jika tidak cukup Islamik, Datuk Seri Anwar, Azmin dan Shamsidar perlu bersumpah. Jika tidak cukup juga, Datuk Seri Anwar dan Azmin perlu bersumpah di atas mimbar Khutbah Jumaat menafikan perkara itu.

Bukankah itu harapan kita semua untuk menegakkan Islam? Malahan, jika benar anak gadis itu anak Anwar maka adalah haram bersentuhan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Haram duduk serumah berduaan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Jika anak itu berkahwin dan diwalikan bukan bapa sebenar, maka perkahwinan tidak sah dan ramai lagi anak haram akan lahir. Jika tidak benar dan anak gadis itu anak Azmin yang sah maka terbelalah maruah beliau, Azmin, Shamsidar dan Datuk Seri Anwar yang sering "dituduh" rendah moralnya.

Bangunlah ahli Pas, kita cegah kemungkaran dan mengelakkan kemurkaan Allah. Percaya pada janji Allah, kebenaran akan tertegak dan penipuan akan tersungkur. Jihadlah, selamatkanlah masa depan dan syurga anak gadis yang tidak berdosa itu.

Jika anda tidak menyahut cabaran ini, maka perjuangan anda menegakkan Islam dalam Pas hanyalah palsu dan menipu diri sendiri tapi tidak mampu menipu Allah.

Penang Wasabi..

Monday, January 17, 2011

Mohon maaf sahaja tidak cukup!



















JUMAAT lalu, genap seminggu tempoh diberikan oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pekerja sebuah restoran nasi kandar semasa operasi penyitaan di premis itu, dua minggu lalu.

Wei Aik akhirnya akur dengan desakan tersebut dan berbuat demikian secara terbuka terhadap pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, 42.

Bertempat di restoran berkenaan yang terletak di Gat Lebuh Macallum di sini, kedua-dua mereka kelihatan berjabat tangan pada hari tersebut sebagai tanda penyelesaian isu.

Meskipun menerima permohonan maaf itu, hati dan perasaan Syed Kassali sebenarnya masih terguris.

Ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang dilontarkan dari mulut Wei Aik pada hari kejadian nyata terlalu sukar untuk beliau lupakan begitu sahaja.

"Saya sebenarnya dalam keadaan terpaksa untuk menerima maaf dia (Wei Aik), atas tindak-tanduknya yang begitu agresif terhadap restoran dan pekerja saya.

"Saya masih tidak boleh lupakan kata- katanya tempoh hari yang menyinggung perasaan kami semua.

"Memang saya dan pekerja-pekerja saya dengar dia kata begitu, tapi kita tiada rakaman (audio dan visual) untuk ditunjukkan," katanya.

Sebenarnya, bukan Syed Kassali seorang yang memendam perasaan tersebut.

Ramai lagi kaum India Muslim atau lebih dikenali sebagai mamak yang tersinggung dengan ungkapan Wei Aik itu.

Di tingkat 3 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang selepas solat Jumaat baru-baru ini, kira-kira 50 orang India Muslim berhimpun.

Menggelarkan diri mereka Suara Anak- Anak Mamak Pulau Pinang, mereka mendesak Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu meletakkan jawatannya.

Sambil membawa kain-kain rentang yang tertulis 'DAP parti samseng', 'Enough mess of Guan Eng, new Chief Minister please' dan 'Malacca rejected Guan Eng, Penang should do the same', mereka berkumpul kira-kira sejam di situ.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, Wei Aik sepatutnya melepaskan jawatannya sekarang.

Ia kerana, jelas beliau, tindakan wakil rakyat tersebut mengetuai operasi penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu ternyata merupakan satu kesalahan berat.

Menurutnya, sebagai ADUN, Wei Aik telah campur tangan dalam tugas penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Semasa mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) dulu, dia (Wei Aik) ada melafazkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai ADUN dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

"Sekarang ini, dia sudah melanggar etika-etika yang ditetapkan, dia sudah melanggar perintah, sepatutnya sudah letak jawatan," ujarnya.

Justeru, tegas beliau, pihaknya akan terus mendesak sehingga Wei Aik melepaskan jawatan bukan sahaja Setiausaha Politik Ketua Menteri tetapi juga ADUN.

"Perlakuan buruk Wei Aik menyebabkan imej Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP tercalar.

"Dia bukan saja menjadi masalah kepada rakyat tetapi juga liabiliti besar buat Guan Eng dan pakatan pembangkang di Pulau Pinang," tegasnya.

Lebih dikesalkan Mohamed Ghani, Guan Eng sehingga kini masih belum memberikan respons berhubung tindak-tanduk anak buahnya itu, sentiasa cuba mengelak daripada memberikan komen.

"Sepatutnya dia (Guan Eng) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala tindakan anak buahnya itu," katanya lagi.

Pada tengah malam 2 Januari lalu, Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar yang terletak di Gat Lebuh Macallum kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri sebelum terbabas sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan.

Tidak lama kemudian, Wei Aik bersama-sama kakitangan MPPP 'menyerbu' restoran berkenaan dan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berunsur perkauman kepada pekerja restoran berkenaan.

Penang Wasabi..

Saturday, January 15, 2011

Permohonan maaf bukan penamat!

"Walaupun dia telah minta maaf, namun perbuatannya tetap melukakan hati saya dan juga seluruh kaum India Muslim di negara ini."

Itulah luahan hati pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, 42, berhubung permohonan maaf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik kerana bertindak agresif terhadap pekerja dan premisnya minggu lalu.

Menurut Syed Kassali, perbuatan Wei Aik sukar dilupakan kerana ia bukan sahaja menimbulkan trauma kepada dirinya dan pekerja di restoran berkenaan malah mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, permohonan maaf itu bukan penamat kepada apa yang telah berlaku kerana banyak masalah lain timbul kesan perbuatan melulu Wei Aik.

"Saya terima permohonan maaf itu kerana tidak mahu isu perkauman terus diperkatakan. Banyak hati perlu dijaga.

"Malu tetap malu, nak buat macam mana. Lagipun kami tiada rakaman audio visual seperti yang diminta. Yang ada cuma rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Beliau berkata demikian setelah menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat Wei Aik di restorannya di Gat Lebuh Macallum di sini hari ini.

Setelah menerima tekanan banyak pihak, akhirnya, Setiausaha Politik Ketua Menteri itu tampil ke restoran tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi ini dan memohon maaf secara terbuka kepada Syed Kassali atas keterlanjuran bertindak kasar dan agresif terhadap premis tersebut.

Sebelum menyatakan permohonan maafnya, Wei Aik dilihat mengadakan perjumpaan bersama Syed Kassali hampir 10 minit.

Tengah malam 2 Januari lalu, Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar itu kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP menyita barang-barang di kedai berkenaan.

Wei Aik juga didakwa mengeluarkan ungkapan 'Tutup kedai, balik India' yang berunsur perkauman kepada pekerja restoran berkenaan.

Tindak-tanduk beliau yang ala samseng itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat terutamanya kaum India Muslim sehingga lapan laporan polis dibuat pihak terlibat termasuk oleh Syed Kassali dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) negeri pula telah menghantar memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya tindakan diambil terhadap Wei Aik.

Menurut Syed Kassali, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Kimma dan Persatuan Restoran India Muslim Malaysia (Presma) untuk melihat bentuk tindakan yang patut dibuat pihaknya terutama dalam menyelesaikan isu kerugian besar yang ditanggung restorannya sejak kejadian tersebut.

"Perniagaan semakin merosot dan sehingga kini kami telah kerugian hampir RM30,000. Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Justeru, saya akan berbincang dengan Kimma dan Presma, apa yang boleh dibuat dan bentuk tindakan selanjutnya. Setakat ini tiada jaminan apa-apa daripadanya (Wei Aik) selain bantuan untuk memohon lesen MPPP," katanya.

Penang Wasabi..

Friday, January 14, 2011

Akhirnya ADUN Komtar Mohon Maaf !

ADUN Komtar, Ng Wei Aik akhirnya mengalah dengan segala desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak kerana tindakan kejamnya merampas harta perniagaan milik Syed Kassali Mohammed Aliyar, peniaga Nasi Kandar. Dalam operasi itu, kakitangan MPPP telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima.

Pertelingkahan berlaku dan Ng didakwa menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali.

Sumber dari Malaysiakini :
ADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Pualau Pinang, Amir Ghazali yang menjadi orang tengah dalam pertelagahan itu berkata permohonan maaf itu bagi mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara kerajaan negeri dan komuniti India Muslim.

Sebelum ini, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan lain termasuk Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi amaran
bahawa protes lebih besar akan diadakan hari ini pada jam 2 petang di Komtar.



Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada semua pemimpin DAP agar mengunakan akal dalam mengambil apa-apa tindakan yang menyentuh sensitiviti kaum. Mereka perlu ingat, dengan hanya melebihkan kaum Cina tanpa asas perlembagaan bakal mengundang satu malapetaka kepada negara kerana sejarah telah membuktikan, kaum itu bukan tergolong dari kaum yang terinaya.

DAP diingatkan jangan bermimpi mahu menjadi P.Pinang seperti Singapura kerana semua orang Melayu terutama pejuangnya sentiasa bersedia dan beringat kepada peristiwa perpisahan Singapura yang menyaksikan Kepulauan Melayu itu dirampas hasil dari pertelingkahan kaum. DAP perlu menghormati hak kaum lain dan berhati-hati atas semua tindak tanduk mereka. Ingatan ini juga ditujukan kepada si kitol yang berstongkol dengan DAP Laknattullah ini.

Jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana tebuan tidak pernah bersabar jika sarangnya diganggu. Orang Melayu juga yang cukup bersabar selama ini bakal hilang kesabarannya jika terus menerus isu perkauman dimainkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Fikir-fikirkanlah. Wallahhualam.

Tamingsari..
Penang Wasabi

Monday, January 10, 2011

Tindakan ADUN Komtar macam mafia!

Tindak-tanduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik sewaktu mengetuai ‘operasi merampas barang’ di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum disifatkan sebagai biadab dan tidak ubah seperti mafia.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau telah meneliti rakaman video di Restoran Aliyar itu dan merasakan tindakan wakil rakyat DAP sebagai tidak wajar.

“Pemilik restoran akur dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya dikenakan tindakan seperti saman dan sebagainya.

“Namun, selepas menyaksikan sendiri video rakaman pada malam kejadian, tindakan Wei Aik yang kasar dan biadab itu tidak boleh diterima,” katanya mengulas kejadian tersebut dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Tengah malam Ahad lalu, restoran yang terletak di Lebuh Maccalum itu kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri sebelum terbabas sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan.

Tidak lama kemudian, Wei Aik bersama-sama kakitangan MPPP ‘menyerbu’ restoran berkenaan dan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berunsur perkauman kepada pemilik restoran berkenaan.

“Apa hak Wei Aik untuk campur tangan di kawasan ini sedangkan ia berada di luar kawasan DUN Komtar?

“Apakah jawatan Setiausaha DAP Negeri yang dipegangnya membolehkan Wei Aik untuk memberi arahan sesuka hati kepada penguat kuasa MPPP? Dia ibarat mafia kerana meletakkan kuasa di tangannya.

“Sebelum ini, dia juga menafikan dakwaan bahawa dia merampas sendiri barang-barang pemilik restoran ini, tapi video yang kita lihat hari ini menunjukkan Wei Aik mengangkat sendiri barang-barang yang ada,” katanya lagi.

Pada sidang media itu, wartawan ditunjukkan video yang dirakamkan pada hari kejadian yang menunjukkan Wei Aik bersikap kasar terhadap pemilik restoran.

“Sepatutnya sebagai wakil rakyat, kita perlu juga ada timbang rasa dan perikemanusiaan dan bukannya bersikap seperti Wei Aik.

“Mereka (pemilik restoran) juga ada hak dan perlu dihormati apatah lagi mereka warganegara Malaysia,” ujarnya.

Bagi Reezal Merican, perbuatan Wei Aik itu adalah bukti siri tindakan rasis beliau terhadap rakyat di negeri ini. Sebelum ini, menurutnya, Wei Aik juga terlibat dalam beberapa tindakan menutup kawasan berniaga orang Melayu seperti di Komtar dan Batu Feringghi.

“Mereka baru menang di peringkat negeri. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kerakusan dan kekasaran mereka sekiranya dapat mandat memerintah negara,” kata Reezal Merican lagi.

Penang Wasabi..

Sunday, January 9, 2011

SIAPA YANG LEBIH RASIS?

Tiada seorangpun dalam susur galur keturunan penulis, baik daripada bapa atau emak berdarah India. Namun, ia tidak menghalang semangat 1Malaysia untuk kita semua saling menghormati antara kaum.

Rasis sebenarnya adalah kata-kata yang amat sensitif kepada kaum Cina. Malah MCA beberapa kali mendesak kerajaan BN untuk mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang menggunakan perkataan ‘pendatang’, ‘balik China’ dan sebagainya. Hairannya, kini ia diungkapkan oleh ADUN Komtar, Ng Wei Aik bagi menghina golongan mamak.

Malang bagi kaum Melayu, jika seorang daripada mereka mengungkapkan kata-kata ‘balik China’, seluruh Melayu akan digelar rasis. Malaysiakini akan menyalak di sebalik ruangan ‘Komen Pembaca’ menyalahkan sistem kerajaan, sultan dan menggambarkan mereka yang bersuara mempertahankan Melayu adalah pengkhianat negara.

Seluruh kaum Cina patut malu dengan Ng Wei Aik yang mengungkapkan kata-kata “Tutup Kedai, Balik India”. Pada hal, tidak sampai 100 tahun lalu, ramai moyang dan datuk nenek kaum Cina di negara ini dan mungkin termasuk Ng Wei Aik baru saja mendarat di bumi Tanah Melayu.

Pengajaran daripada kejadian ini, rakyat Malaysia belajarlah menghormati sensitiviti semua kaum.

Lihatlah betapa kurang ajarnya Ng Wei Aik!!!


Kejadian dirakamkan pada 2/1/11 berpunca dari kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta yang dilanggar oleh kereta lain hingga terbabas ke tepi kedai nasi kandar milik En Syed Kassali.

Dalam insiden tersebut Ng Wei Aik, Adun Komtar memerangkap setiausaha DAP telah datang dan terus menuduh restoran tersebut menjadi punca kemalangan,rasis chauvanist ini terus menyerang pemilik kedai dengan kata kata kesat "Tutup Balik India", "Pembunuh Kalau Org Mati, Kamu Boleh Bertanggungjawab Ke".

Video ini membuktikan betapa kurang ajar,biadap & angkuhnya seorang chauvanist ultra kiasu Ng Wei Aik. Rasis chauvanist ini adalah Adun Komtar,yang menjadi persoalan lokasi kejadian adalah di kawasan DUN Pengkalan Kota yang diwakili oleh YB Lau Keng Ee...!!!

Terima kasih Pisau.net..

Penang Wasabi..

Saturday, January 8, 2011

Tarik ungkapan 'balik India'!

Faruk Raja Mohamed (tiga kanan) menunjukkan memorandum membantah tindakan Ng Wei Aik membangkitkan isu perkauman yang dihantar kepada Lim Guan Eng, di Georgetown, semalam.

Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memberi tempoh seminggu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pekerja Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar semasa operasi penyitaan di premis itu Ahad lalu.

Wei Aik diberi tempoh itu bermula hari ini kerana mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" terhadap pekerja restoran itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, kenyataan Setiausaha DAP negeri itu begitu biadab dan mengguris hati golongan India Muslim di negara ini.

Menurutnya, Kimma negeri mahu permohonan maaf dibuat disebabkan tiada sebarang maklum balas daripada Wei Aik walaupun telah digesa berbuat demikian oleh pelbagai pihak.

''Kami menggesa Wei Aik memohon maaf kepada pihak restoran dan seluruh masyarakat India Muslim di negara ini di atas kebiadabannya. Dia juga perlu bertindak menarik balik kenyataan itu.

''Kami beri dia tempoh seminggu untuk berbuat demikian. Jika cara ini juga tidak berkesan, kita akan berbincang untuk melihat bentuk tindakan selanjutnya yang akan dibuat.

''Setakat ini kita tengok dulu apa yang berlaku seterusnya," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar hari ini.

Bagaimanapun, usaha mereka untuk menyerahkan secara terus memorandum itu kepada Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28, Komtar gagal kerana Ketua Menteri tidak berada di pejabatnya.

Memorandum tersebut yang mengandungi gesaan Kimma negeri supaya Guan Eng menyuruh Wei Aik membuat permohonan maaf kepada pengusaha restoran dan masyarakat India Muslim itu diterima oleh Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebelum itu, kira-kira 100 ahli Kimma Pulau Pinang berarak secara aman dari Masjid Simpang Enam di sini menuju ke pejabat Ketua Menteri di Komtar.

Mereka turut melaungkan 'Allahuakbar' sebaik sahaja sampai di kawasan Komtar kira-kira pukul 2.30 petang sebelum lima daripada mereka termasuk Faruk dibenarkan naik ke pejabat Guan Eng.

Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut. Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan. Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu.

Wei Aik juga didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pekerja restoran berkenaan. Menurut Faruk, beliau juga mempunyai bukti mengenai tindakan yang dilakukan Wei Aik itu dan bersedia menyerahkan bukti tersebut kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian.

''Kita ada bukti. Ia rakaman video. Setakat ini kita tidak mahu dedahkan lagi. Kalau perlu baru kita buat demikian," katanya.

Penang Wasabi..

Thursday, January 6, 2011

ADUN Komtar marah apabila tindakannya dipersoal!

"Saya beritahu Ng Wei Aik (yang) negara ini berdaulat dan ada undang-undang, tapi dia tiba-tiba marah dan kata akan tunjukkan apa itu undang-undang kepada saya.''

Itu cerita penyelia Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Mohamad Ali Miden Shah, 35, apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu datang menyita barangan di restorannya di Lebuh Maccalum di sini Ahad lalu.

Menurut Mohamad Ali, beliau tidak menyangka kata-katanya itu membuatkan ADUN Komtar itu berang, bertindak kasar serta menghamburkan kata-kata bersifat perkauman terhadapnya semasa operasi penyitaan di restorannya.

Tambahnya, niatnya malam itu hanya untuk menyedarkan Wei Aik yang juga Setiausaha DAP negeri bahawa restorannya tidak ada kaitan dengan kemalangan yang berlaku sebelum itu. Katanya, tindakan mereka merampas barang-barang dalam premis juga sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

"Namun, dia tetap menyalahkan kami dan menyatakan adakah kami boleh ganti jika ada nyawa yang hilang.

"Apabila saya mempersoalkan tindakannya itu, dia cuba merampas rokok yang saya pegang dengan kasar dan kemudiannya mengarahkan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas barang-barang dalam kedai.

"Ketika itu, saya cuba menghalangnya lagi, namun usaha saya tidak diendahkan dan berkata "tutup, tutup, balik India'' kepada saya. Dia menjerit kuat macam mana dia mahu nafikan dia kata begitu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut. Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan. Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu. Wei Aik juga didakwa mengeluarkan ungkapan "tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pekerja restoran berkenaan

Menurut Mohamad Ali, dia tidak mereka-reka cerita tersebut hanya untuk meraih simpati sesiapa kerana apa yang dilakukannya hanya untuk menegakkan kebenaran. Katanya, apa yang didedahkannya itu cuma berkisah kejadian sebenar yang berlaku pada malam berkenaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin berkenaan.

Sementara itu, pengusaha restoran itu, Syed Kassali Mohamed Aliyar, 42, berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu permohonan maaf daripada Wei Aik.

''Saya ingin menyelesaikan perkara ini secara baik melalui perbincangan. Namun sehingga kini, permintaan saya tidak diendahkan dan saya juga tidak dipanggil oleh mereka untuk mengadakan sebarang perbincangan," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Restoran India Muslim Malaysia (Presma), Kadhar Shah Abdul Razak berkata, pihaknya sedang cuba mendapatkan penerangan sebenar mengenai kejadian tersebut daripada pihak terlibat. Katanya, ini bagi memastikan pihaknya mendapat maklumat yang tepat bagi mengelakkan wujudnya tindakan sebelah pihak.

''Kita tidak mahu mempolitikkan isu ini kerana peranan Presma adalah menjaga kebajikan ahli yang ada masalah dan kami mahu ia dilakukan secara baik. Setakat ini kita sedang berusaha ke arah itu," katanya.

Sementara itu, di ibu negara, Setiausaha Khas Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Zainal Abidin Maidin ketika dihubungi berkata, tindakan ADUN Komtar itu adalah biadab dan sama sekali tidak menghormati kaum lain.

''Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Wei Aik menunjukkan contoh terbaik kepada orang lain tetapi dia bersikap seperti samseng pula.

''IRIMM akan membuat laporan polis berkaitan dengan isu tersebut dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera di atas tindakan Wei Aik itu,'' katanya.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan Kebangsaan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Anuar Sadad Mohamed Mustafa berkata sikap perkauman ADUN Komtar itu tidak mencerminkan identiti sebagai seorang wakil rakyat.

Beliau berkata, tindakan Wei Aik mengeluarkan perkataan 'tutup kedai, balik India' yang berunsurkan perkauman itu kepada seorang pengusaha restoran memang tidak boleh diterima.

Dari kejadian tersebut jelas menunjukkan apa yang tersirat di dalam perjuangan parti itu yang hanya memperjuangkan kaum Cina semata-mata. Perjuangan rasis itu (DAP )juga terbukti dengan pemilihan DAP baru-baru ini dimonopoli oleh kaum Cina dan ramai pemimpin kaum India yang tewas.

Karpal Singh tak terasa ke dengan kenyataan ADUN Komtar ini!!!

Penang Wasabi..

Wednesday, January 5, 2011

Rais sudah nafikan, yang bawa cerita bila pula nak tunjuk bukti!

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

Penang Wasabi..

Saturday, January 1, 2011

Politik murahan yang memualkan!

Minggu ini kita dihidangkan dengan dua isu permohonan maaf melibatkan dua pemimpin utama negara. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz mahukan mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. Lebih berat lagi beliau berkata: "Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya".

Kedua, ketua parti ultra kiasu Selangor dan pemimpin Pas Shah Alam mendesak Perdana Menteri memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat Perdana Menteri supaya tidak menonjolkan elemen keagamaan Kristian seperti lambang salib, upacara sembahyang, doa dan nyanyian berunsur Kristian, dalam satu majlis sambutan Krismas (rumah terbuka) yang dihadiri oleh Perdana Menteri di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur, 25 Disember lalu, anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu.

Pemimpin ultra kiasu ini menyifatkan arahan daripada pejabat Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" penganut Kristian. Ia juga dikatakan satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama dan gagasan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri. Tindakan ini dilihat seolah-olah mahu "menyahkristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.

Lebih ultra lagi, mereka menggesa Perdana Menteri mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama. Ultra kiasu sungguh mereka yang tidak sedar diuntung ini. Mencari politik murahan yang amat memualkan, dalam keadaan umat Islam tersepit.

Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat Perdana Menteri itu tidaklah terlalu berat. Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama, kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik. Selama ini, tidak ada siapapun melarang sambutan Krismas sehingga menenggelamkan suasana bandar raya, walaupun bilangannya begitu sedikit. Sambutan Krismas seolah-olah mempamerkan penganutnya lebih daripada 50 peratus. Atas dasar menghormati kebebasan beragama, tidak ada larangan untuk menghadkannya, walaupun sepatutnya berpada-pada dengan bilangan kurang dari 10 peratus.

Pemimpin Pas Shah Alam begitu beriya-iya mempertahankan isu ini dan mendakwa Perdana Menteri tidak mengamalkan toleransi beragama. Pada saya toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin negara selama ini terlalu tinggi, jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapa banyak cuti perayaan bukan Islam yang diberikan cuti umum? Bandingkan perayaan-perayaan Islam di negara bukan Islam. Lihatlah apa yang berlaku di Singapura.

Cuba kita fikir sebentar berapa banyakkah gereja Kristian yang telah didirikan dengan penganutnya yang tidak sampai 10 peratus. Ini tidak termasuk di Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan rumah ibadat penganut Sikh yang kurang dari lima peratus. Hindu dan Buddha, tidak usahlah dikira lagi.

Pas tidak perlulah menangguk di air yang keruh. Saya yakin jika pemimpin Pas Shah Alam itu bertanding atas tiket ultra kiasu di salah satu kawasan Parlimen Kuala Lumpur, sudah tentu sambutan yang diterima amat luar biasa, kerana beliau jelas mewakili suara bukan Islam. Malang sungguh rakyat Shah Alam mendapat pemimpin sebegini rupa. Ternyata suara ketua ultra kiasu Selangor dan pemimpin Shah Alam ini sama dan senada, cuma agama sahaja yang berbeza. Jika tidak, mungkin mereka berjodoh.

Benar, Kristian berhak untuk menyambut perayaan mereka. Namun, tidakkah mereka juga patut menghormati Perdana Menteri selaku seorang pemimpin nombor satu yang beragama Islam? Jika mengikut hukum, banyak perayaan agama bukan Islam yang tidak boleh dihadiri oleh orang Islam. Tetapi atas toleransi dan keharmonian, pemimpin negara kita buat pejam mata sahaja. Saya juga ingin mendapat komen pemimpin Pas dalam hal ini. Dan juga, apakah hukum membina patung Buddha yang begitu besar di Kelantan dengan bilangan penganut mereka yang begitu sedikit di sana?

Cacatkah majlis tersebut dengan ketiadaan lambang-lambang tersebut? Selama ini kebanyakan sambutan perayaan Malaysia diadakan di tempat terbuka yang dihadiri oleh Perdana Menteri. Kali ini Perdana Menteri bermurah hati menerima jemputan yang diadakan di rumah bishop tersebut. Sudah tentu lambang-lambang keagamaan bersepah-sepah di rumah tersebut. Apakah permintaan Perdana Menteri begitu besar kesalahannya, hanya semata-mata untuk mengelakkan fitnah?

Maklumlah politik murahan hari ini hanya menunggu masa untuk menjatuhkan seseorang. Seribu kebaikan akan dilupakan hanya dengan satu kesilapan atau kesalahan. Inilah politik kotor saling jatuh-menjatuh yang tidak pernah berkesudahan kalangan orang Melayu Islam?

Lebih hina lagi pemimpin ini membanding dengan, apakah mungkin Perdana Menteri akan mengalihkan patung-patung di Batu Caves jika ada jemputan dibuat daripada penganut Hindu di sana? Ternyata ia merupakan dua isu yang berbeza. Saya yakin, semua pemimpin Islam tidak akan berada selesa jika majlis keramaian atau perayaan diadakan di tempat-tempat ibadat.

Justeru, kita lihat amat jarang sekali, rumah terbuka sambutan hari raya diadakan di dalam masjid, kerana kita menghormati sensitiviti orang bukan Islam. Sambutan akan diadakan di tempat-tempat awam untuk mengelakkan kontroversi. Matlamat utama adalah perpaduan.

Sepatutnya sambutan Krismas tidak sepatutnya dibuat di gereja atau di rumah paderi tetapi di tempat umum. Sama juga sambutan di Tahun Baru Cina, tidak wajar di adakan di tokong atau kuil Cina kerana sambutan tersebut tidak sesuai diadakan di sana kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah.

Sudah tentu kita masih ingat kisah Khalifah Islam kedua, Saidina Omar Al-Khattab yang pernah melawat gereja. Ketika tiba waktu sembahyang, paderi tersebut menawarkan Omar untuk solat di gereja. Namun, Saidina Omar menolak dan memilih untuk tidak solat di dalam gereja kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah. Mungkin orang Kristian akan beranggapan Omar mahu menukarkan gereja menjadi masjid. Semua ini dilakukan atas kebijaksanaan seseorang pemimpin.

Mencemar duli

Kesediaan dan kesudian Perdana Menteri yang sanggup 'mencemar duli' pergi ke 'rumah ibadat' tersebut sepatut diberikan penghargaan dan pujian, bukannya dilacurpolitikkan. Bayangkan jika Perdana Menteri tidak berhati-hati dan terus pergi ke 'rumah ibadah' tersebut, tiba-tiba muncul gambar Perdana Menteri bersama-sama lambang salib di atas kepalanya. Tidakkah nanti akan dipolitikkan oleh pembangkang ketika pilihan raya. Saya masih teringat bagaimana lambang salib dijadikan isu untuk mengaibkan dan menjatuh pemimpin Islam satu ketika dahulu. Tidak kiralah siapa yang melakukannya, tetapi semua peristiwa ini perlu dijadikan teladan.

Pada saya jika tidak ada arahanpun, sepatutnya pihak gereja perlu faham sensitiviti masyarakat Islam di negara ini setelah lebih 53 tahun kita merdeka. Jika perkara ini sudah tidak menjadi sensitif lagi, saya cadangkan Menteri Besar Selangor atau Menteri Besar Kelantan, satu hari nanti mungkin boleh mengambil kesempatan untuk merasmikan tokong atau gereja orang bukan Islam? Saya yakin orang bukan Islam juga tidak akan berasa selesa jika kita panggil menghadiri majlis keagamaan orang Islam di dalam masjid.

Sebenarnya, banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat terhadap agama lain, tidak semestinya melalui jemputan rumah terbuka, apatah jika di buat di tempat ibadat. Saya tidak pasti, apakah Perdana Menteri akan melakukan permohonan maaf atau tidak. Dalam isu ini, yang pasti Perdana Menteri tidak bersalah. Terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. Tetapi amatlah tidak molek dan bersopan, jika kita memaksa Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka seperti yang cuba dilakukan oleh Nik Aziz.

Saya amat hairan, tidak seorangpun yang memberikan pandangan akan desakan Nik Aziz agar mereka yang menfitnah soal kematiannya supaya memohon maaf. Tidakkah tuan guru sebagai orang alim dan orang agama sepatutnya memaafkan mereka yang bersalah? Bukankah ini sifat Rasulullah yang sentiasa mengampunkan kesalahan umatnya? Sedangkan Nabi ampunkan umat inikan pula kita sesama manusia. Tutup buku dan habis cerita. Kenapa kita mesti bebankan mereka dengan 'dosa' yang tidak diampunkan. Jika demikian sifatnya, saya bimbang nanti, neraka di akhirat ini penuh dengan umat Islam yang tidak diampunkan dosanya oleh Nik Aziz.

Saya tidaklah sealim Nik Aziz. Apatah lagi ilmu agama amat cetek berbanding Nik Aziz. Saya tidak pernah meminta mereka yang mengutuk saya dan menfitnah saya selama ini menerusi penulisan saya dalam Mingguan Malaysia untuk memohon maaf. Kalau kita lihat dalan Internet, boleh dikatakan ratusan ribu, mungkin sampai juta, orang mengata dan mengutuk saya macam-macam. Saya tidak pula meminta mereka memohon maaf. Pada saya inilah adalah asam garam hidup yang perlu dihadapi dengan lapang dada.

Dahulu, saya amat menghormati Nik Aziz atas sifat ketokguruan beliau. Namun, sejak akhir-akhir ini saya mula rasa sangsi dan ragu. Pas sahaja yang betul, Umno semuanya salah.

Lantaran itu, Nik Aziz secara total menolak pintu perundingan dengan UMNO, walaupun demi kepentingan umat Islam. Beliau sentiasa berprasangka buruk kepada UMNO dalam apa jua cara sekalipun. Alasannya mudah, Pas pernah merasai peristiwa pahit ketika bersama UMNO dalam Barisan Nasional suatu masa dahulu.

Keadaan sudah banyak berubah pada masa kini. Walaupun kini Pas tidak bersama UMNO, tetapi saya amat yakin sekiranya Nik Aziz pergi berjumpa dengan Perdana Menteri dan berbisik kepadanya mengenai wang royalti minyak secara baik, tidak mustahil suatu hari nanti Nik Aziz akan merasa menggenggam wang royalti tersebut untuk diserahkan kepada rakyat Kelantan. Tetapi saya amat tidak faham kenapa sejak akhir-akhir ini sikap lunak tuan guru semakin hilang.

Saya masih teringat kata-kata hikmah antaranya yang berbunyi, cara untuk menewaskan musuh adalah dengan mendekati dan memenangi hatinya, bukannya menjauhkan diri atau tidak mahu memaafkan kesalahannya. Jika nak tahu keburukan kita tanya musuh. Jika nak tahu kebaikan kita tanya kawan kita. Orang Pas sudah pasti tidak akan mengutuk Nik Aziz, kerana mereka amat menghormati ketokguruan Nik Aziz. Tetapi tidak pada orang bukan Pas. Mungkin mereka mempunyai pandangan sebaliknya. Tidakkah pandangan tersebut sepatutnya kita muhasabahkan untuk melihat diri kita dengan lebih mendalam?

Oleh DR. MOHD RIDHUAN TEE

Penang Wasabi..