~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, October 28, 2012

Undi PKR sebenarnya kukuhkan DAP?


Walaupun di kalangan pemimpin pakatan pembangkang mereka kelihatan mesra tetapi hakikatnya pemimpin-pemimpin PKR dan DAP tidak pernah mempedulikan perasaan Pas kerana mereka tahu Pas dalam kebanyakan hal tidak mampu berbuat apa-apa.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan atas dasar demi memperjuangkan nasib seorang pemimpinnya telah mencapai kejayaan agak cemerlang. Parti itu yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berjaya' menewaskan dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan Pas apabila memperolehi 31 kerusi.

Ketika itu DAP memperolehi 28 kerusi manakala Pas 23 kerusi. Bagaimanapun jumlah kerusi yang diperolehi oleh PKR berkurangan apabila ramai ahli Parlimennya membuat keputusan meninggalkan parti itu menjadi wakil rakyat Bebas.

PKR mampu berdiri tegak dan mendabik dada menjadi sebuah parti yang paling berkuasa di kalangan pakatan pembangkang kerana keupayaan mereka merampas kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini diwakili oleh UMNO.

Mengikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 terdapat kira-kira 15 kerusi milik UMNO yang berjaya dirampas PKR. Kejayaan PKR itu juga dianggap kejayaan bagi DAP dalam usaha mengurangkan kekuatan UMNO di dalam Dewan Rakyat.

Sebab itulah DAP tidak pernah ambil pusing mengenai kekuatan PKR kerana mereka memahami PKR berbeza dengan Pas. PKR tidak memperjuangkan Islam dan sentiasa sahaja menyokong apa juga yang dilakukan oleh DAP termasuklah dalam soal hak-hak orang Melayu.

Aspirasi

Sikap pemimpin-pemimpin PKR yang memperjuangkan kesamarataan dilihat tidak ada bezanya dengan perjuangan Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP. Oleh itu DAP tidak perlu gusar tentang jumlah kerusi mereka dalam Dewan Rakyat kerana PKR biar pun berada dalam parti berbeza tetapi membawa aspirasi parti tersebut.

Inilah agenda yang tidak disedari oleh pengundi-pengundi Melayu yang bertindak menolak UMNO dalam pilihan raya umum lalu dengan memberikan kerusi parti tersebut kepada PKR. Mereka begitu yakin tiada bezanya antara wakil rakyat PKR dan UMNO kerana kononnya kedua-duanya akan memperjuangkan nasib Melayu.


Bagaimanapun mereka terlupa bahawa perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR tidak boleh disamakan dengan perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO. Ia memandangkan pemimpin-pemimpin UMNO sama sekali tidak akan berkompromi dalam soal melibatkan orang Melayu dan agama Islam.

Tetapi situasi ini tidak berlaku dalam pakatan pembangkang kerana PKR akan sentiasa mengikut telunjuk DAP seperti mana Pas yang dilihat hanya 'pak turut' sahaja dalam parti itu. Sebab itulah, berbanding hubungan dengan Pas, hubungan antara PKR dan DAP jauh lebih rapat dan akrab.

Apabila pemimpin-pemimpin DAP menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas, maka PKR paling ke depan menyokong pendirian DAP itu. Pemimpin-pemimpin PKR tidak pernah mempedulikan perasaan Pas kerana mereka tahu Pas tidak mampu berbuat apa-apa.

Lanjutan itu, dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang, PKR dan DAP dianggap berkongsi idealisme yang sama. Apa kata DAP itulah kata PKR, apa pendirian DAP itulah yang akan disokong PKR, apa tindakan DAP itulah yang akan disertai oleh PKR.

Demikianlah hebatnya hubungan antara PKR dan DAP sehingga wujud persepsi bahawa mengundi PKR sama juga dengan DAP kerana teras dan matlamat perjuangan kedua-dua parti itu tidak ada bezanya. Walaupun Pas menyedari perkara ini, namun parti itu masih mahu berada dalam pakatan pembangkang kerana impian Pas ialah bersama-sama bertakhta di tampuk kekuasaan dengan kedua-dua parti.

Keadaan itu sudah tentulah menggembirakan PKR untuk terus memainkan peranannya memperkukuhkan kedudukan DAP secara tidak langsung dalam Dewan Rakyat memandangkan selama ini PKR tidak mempunyai apa-apa kekuatan khususnya di peringkat akar umbi.

Kebanyakan kerusi yang mereka menangi terutamanya kerusi milik UMNO bukan kerana PKR kuat atau mempunyai penyokong yang ramai tetapi disebabkan pada 2008 ada sentimen yang cukup kuat untuk menolak UMNO berikutan perasaan tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan negara ketika itu.

Tindakan terburu-buru pengundi Melayu memberikan undi mereka kepada PKR dengan hasrat untuk memberi isyarat kepada UMNO supaya mendengar denyut nadi rakyat ternyata membawa padah kerana ia memberi laluan kepada PKR untuk membolot kerusi berkenaan.


Tetapi kemenangan PKR itu tidak mendatangkan manfaat kepada orang Melayu yang menyokong mereka kerana kemenangan tersebut sekali gus memperkukuhkan kedudukan DAP memandangkan mereka sudah ada parti yang diketuai oleh pemimpin Melayu yang akan menyokong perjuangan politik mereka.

'Kekuatan' DAP untuk meraih sokongan orang Melayu semakin kukuh apabila Pas juga berada di dalam pakatan pembangkang. Sikap pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas yang turut bermati-matian berkempen untuk memenangkan calon-calon PKR dan DAP tanpa melihat kesannya kepada orang Melayu telah menyebabkan DAP bertambah kukuh.

Pendirian

PKR sama sekali tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi, mereka mengharapkan sokongan pengundi DAP dan Pas untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dari segi jentera pilihan raya, PKR adalah parti yang mempunyai jentera paling lemah dalam pakatan pembangkang.

Namun semua itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan selagi Pas bersama pakatan pembangkang. Pas bukan sahaja bersedia bertungkus-lumus memenangkan calon PKR malah di Kelantan bersedia mengorbankan kerusi miliknya untuk membolehkan PKR bertanding.

Bagaimanapun pengorbanan Pas tidak begitu dihargai oleh PKR, sebaliknya PKR lebih bersedia senada dan sekata dengan DAP dalam semua isu termasuklah hukum hudud. Pas sengaja melupakan bahawa tindakan mereka menyokong PKR bukannya sekadar memperkukuhkan pakatan pembangkang tetapi lebih daripada itu menguatkan DAP.

Sejarah politik negara telah menunjukkan bagaimana DAP agak sukar mendapat sokongan orang Melayu. Walaupun parti itu mendakwa parti pelbagai kaum tetapi apa yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim sudah membuktikan segala-galanya.

DAP pun tahu sejauh manakah kekuatan mereka untuk meraih sokongan pengundi Melayu, kalau bersendirian mereka tidak akan mampu berbuat demikian kerana amat memahami sentimen orang Melayu terhadap mereka.


Tetapi kini dengan menjalin kerjasama dengan PKR, DAP sudah tidak perlu risau lagi perkara itu, apatah lagi diperkukuhkan pula kesepakatan bersama Pas. Biar pun DAP tahu antara parti itu dan Pas mempunyai ideologi cukup berbeza namun dengan adanya PKR, mereka boleh 'memakai topeng' PKR untuk meraih sokongan orang Melayu.

'Pemakaian topeng' inilah yang memungkinkan DAP begitu berkuasa dalam pakatan pembangkang dan sentiasa seiringan dengan PKR sehinggakan biarpun PKR tidak lagi mempunyai kerusi terbanyak dalam kalangan pakatan pembangkang namun DAP tetap memberikan penghormatan kepada Anwar untuk menjadi ketua pembangkang.

Kalau DAP ikhlas sudah tentu mereka akan memberikan kedudukan itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Pas mempunyai kerusi lebih daripada PKR, tetapi DAP tidak berbuat demikian kerana tidak yakin Pas akan membawa aspirasi perjuangan mereka seperti mana PKR.

DAP masih ragu dengan pendirian Pas dalam soal perjuangan orang Melayu dan umat Islam, oleh itu bagi DAP, Pas hanya layak digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu melalui kekuatan jenteranya sahaja dan bukannya harus diberi kedudukan melebihi PKR apatah lagi DAP.

Justeru orang Melayu seharusnya memahami mainan politik tersirat DAP dan PKR ini, jika tidak mahu 'menang sorak kampung tergadai'.

Penang Wasabi..

Thursday, October 25, 2012

Pok Nik Ajis memang sinonim dengan 'tidak tepati janji'?



Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 tahun 1999, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir meletak jawatan kerana menganggap beliau (Dr. Mahathir) sudah tua, nyanyuk dan uzur.

Menteri Besar Kelantan itu juga berjanji akan meletak jawatan setelah Dr. Mahathir berbuat demikian.

Namun itu hanyalah janji yang tidak ditepati sehingga kini. Setelah sembilan tahun Dr. Mahathir meletak jawatan pada 2003, Nik Aziz masih sayang untuk melepaskan tampuk kuasa. Malah beliau membayangkan akan terus bertanding pada PRU ke-13.

Bagi Dr. Mahathir, seseorang yang tidak menepati janji tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Seperti yang beliau tegaskan semalam, pemimpin yang tidak menepati janji akan terus berbuat demikian selagi berkuasa dan akhirnya boleh mendatangkan mudarat kepada negara.

Jika Nik Aziz mahu Dr. Mahathir melepaskan jawatan atas alasan sudah tua dan nyanyuk, adakah Nik Aziz pada usia 81 tahun beranggapan beliau masih bertenaga dan mempunyai daya ingatan yang kuat untuk terus menjadi pemimpin? Atau adakah beliau beranggapan dirinya sebagai `tidak boleh diganti’ kerana tiada yang layak menjadi pengganti?

Sebenarnya bukan sahaja Nik Aziz mungkir janji untuk berundur, malah banyak perkara dalam manifesto pilihan raya Pas juga sehingga kini masih dimungkiri, masih belum ditunai.

Hakikat ini sewajarnya menjadi kayu pengukur kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang boleh dipercayai serta berpegang kepada janji. Ingatlah, menepati janji adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Sila klik di sini.

Penang wasabi..

Tuesday, October 16, 2012

Hasan Ali tetap bersama Pas, tidak sertai UMNO?



Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama Pas walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai UMNO. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya "dibeli" UMNO bagi mengadakan ceramah di pentas UMNO di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam Pas, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam Pas hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat Pas akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden Pas) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.- BERNAMA

Penang Wasabi..



Saturday, October 13, 2012

Nampak sangat Pakatan pembohong, kata tak kenal Soros?



Pakatan: Kami tidak kenal George Soros

MP Pakatan Rakyat hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua juga berkata, Pakatan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Soros.

"Kami tidak ada hubungan apa-apa dengan George Soros. Kami tidak kenal George Soros," katanya.

Tambahnya, Pakatan tidak mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke atas penindasan rejim Israel di negara tersebut, katanya.

Kalau nak menipu pun biarlah bertempat la Tony Puaka? Yang ini apa cerita...!!! Lu punya kawan kasi bodek ka sama itu Soros ka...!!!


Penang Wasabi..

Tuesday, October 9, 2012

Perjuangan PAS sudah lama berubah, yang tak berubah hanya Mahfuz The Mr.Bean sahaja?



Pas menyangkal pandangan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad sambil menegaskan, perjuangan parti itu masih mengikut landasan yang telah ditetapkan enam dekad lalu walaupun bekerjasama dengan rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP.

Sehubungan itu menurut Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar, kenyataan ahli seumur hidup Pas itu hanya satu pandangan peribadi. Pas tidak pernah berubah daripada matlamat asal parti.

Menurutnya, tujuan PR, yang dianggotai Pas, DAP dan PKR, hanya untuk menjatuhkan Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN).

"Perjuangan kita sama seperti dulu dan tak pernah berubah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Laporan Bernama semalam memetik Shahnon berkata, kerjasama antara Pas dan DAP seharusnya bersandarkan kepada amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW dan bukannya seperti yang berlaku kini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut memberitahu bahawa kenyataan dikeluarkan Shahnon adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau berkata, Pas mempunyai Majlis Syura untuk dijadikan rujukan dalam apa jua perkara berkaitan dengan perjuangan parti.

"Kita ada Majlis Syura, sama ada bercanggah atau tidak, kita akan merujuk Majlis Syura. Beliau juga bukan tahu perjuangan yang kita bawa," katanya lagi.

Pesanan buat Mahfuz...sampai bila nak jadi 'TIN KOSONG' buat hamPAS..!!! Setiap komen-komen atau penyataan yang di buat oleh ahli-ahli PAS akan di sifatkan sebagai pandangan peribadi.

Masalahnya sampai bila pimpinan PAS akan menghindarkan perasaan angkuh mereka lalu mendengar rintihan atau maklum balas dari rakyat. Pimpinan PAS mesti peka dan hormati semua pandangan sama ada dari ahli akar umbi PAS atau masyarakat umum Malaysia. Jikalau tidak, PAS akan hilang identiti sendiri dan akan hilang banyak sokongan rakyat Malaysia.

Penang Wasabi..

Sunday, October 7, 2012

Paderi pertikai ugama sebenar Lim Guan Eng dan mengingatkan gereja bukan tempat berpolitik?


Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.

Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.

"Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.

"Memang kita berhak untuk menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara tetapi saya merasakan ketika ini, keadaan Malaysia bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil alternatif untuk mencampuradukkan soal spiritual dan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang menggesa penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.

Guan Eng ketika bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' yang merupakan slogan pakatan pembangkang.

"Gereja boleh memainkan peranan menentang ketidakadilan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Dalam sesi dialog dua jam itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Menurut Rajah, seruan meminta gereja menyatakan pendirian mereka terhadap soal ketidakadilan seperti dinyatakan Guan Eng itu hanya akan dilihat sebagai bermotifkan politik.

"Saya tidak pasti sama ada beliau menganut agama Kristian atau Buddha. Saya juga tidak pasti mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu di dalam sebuah gereja tetapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan demi kepentingan politik.

"Kami tidak mewakili suara kerajaan atau pembangkang serta bukan alat politik mana-mana pihak, kami berdoa untuk kesejahteraan semua orang. Jangan sesekali politikkan isu agama," tegasnya.

Beliau turut menyeru kepada rakyat khususnya yang beragama Kristian supaya tidak taksub dengan pihak tertentu sehingga terlibat dengan perkara yang melanggar undang-undang.

"Saya secara peribadi tidak gemar dengan keadaan huru-hara atau perhimpunan yang melibatkan keganasan kerana adalah lebih elok kita menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Gereja Malaysia, Rev. Dr. Thomas Phillips berkata, adalah tidak elok sekiranya seseorang menggunakan gereja sebagai tempat mencari undi.

"Kita tidak boleh sesekali menggunakan gereja sebagai tempat memancing undi untuk mana-mana parti politik. Gereja bukan tempat berpolitik," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung kenyataan Guan Eng yang menggesa penganut Kristian supaya bersuara terhadap ketidakadilan.

"Saya tidak boleh beri sebarang komen berhubung perkara ini kerana tidak pasti apakah sebenarnya niat Guan Eng pada sesi dialog tersebut," katanya.

Sebelum itu, Petikan ucapan Guan Eng di hadapan pemimpin gereja

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.


Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Guan Eng berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang.

"Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Beliau berkata demikian seperti mana disiarkan dalam portal berita, Malaysiakini. Yang turut hadir, Exco negeri, Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia Pulau Pinang, Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Sementara itu penulis blog BigDogDotCom ketika mengulas berita tersebut mendakwa gesaan Guan Eng dalam majlis berkenaan berbaur politik dan tidak sesuai diucapkan memandangkan program terbabit berkait rapat dengan kelompok pemimpin agama.

"Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng menggunakan platform majlis berkenaan untuk menyemai agenda politik pembangkang. Ringkasnya, DAP menggunakan gereja sebagai platform politik," katanya sebagaimana dipetik dalam bigdogdotcom.wordpress.com, hari ini.

Menurut beliau, sekiranya gesaan yang dilakukan oleh Guan Eng itu dibuat bukan atas platform majlis keagamaan atau perhimpunan pemimpin gereja, maka prasangka DAP tidak menggunakan gereja boleh dielakkan.

"Namun dipercayai Guan Eng sengaja membuat kenyataan ini dalam ucapan majlis tersebut, demi mengukuhkan bahawa DAP memang menggunakan platform gereja bagi tujuan politik mereka," ujarnya.

Beliau berkata, pembangkang sering mengambil kesempatan menyemai bibit-bibit politik, terutama 'politik kebencian' yang kini telah pun memperlihatkan bagaimana masyarakat Malaysia semakin berpecah dan tidak bersatu padu.

Ujarnya, adalah amat bahaya apabila pembangkang terus-menerus menggunakan platform rumah ibadat dan majlis keagamaan demi menyebarkan pengaruh politik mereka.

"Perkara seperti ini semestinya akan mengundang reaksi termasuk orang ramai, sekiranya tiada tindakan oleh pihak berkuasa.

"Guan Eng sebagai Ketua Menteri sepatutnya menggunakan peluang semasa bertemu pemimpin gereja untuk menyuburkan sikap kesefahaman dan toleransi antara kaum dan kepercayaan," katanya.

Penang Wasabi..