~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, February 28, 2010

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO!

Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.

Penang Wasabi

3 comments:

  1. tidoq la PKR lepaih ni...tguuu. UMNO tak payah susah2, ini semua keja Allah.

    ReplyDelete
  2. Bersyukurlah Umat Melayu Pulau Pinang sudah mulai sedar di atas kesalahan mereka menyokong Pakatan Haram ni.
    Semoga Umat melayu bersatu kembali dari pemerintahan Komunis DAP di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  3. mintak2 yang masih hardcore ngan PR agar bertaubat

    ReplyDelete