~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, May 31, 2010

Kekejaman DAP ala Zionis di Penang : Kafe Do Re Mi akhirnya diroboh!














Selepas hampir lima bulan cuba mempertahankan perniagaan Kafe Do Re Mi miliknya, Johar Ismail akhirnya terpaksa akur apabila kerajaan negeri merobohkan premis tersebut hari ini.

Bagaimanapun, kerja merobohkan kafe itu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, polis dan bomba yang sepatutnya bermula pukul 9 pagi terpaksa ditangguh seketika ekoran berlaku sedikit kekecohan.

Ia berikutan Johar, 34, isterinya, ibu mertua dan dua rakan lagi yang berada di dalam kafe atas pokok itu enggan keluar bagi membolehkan kerja-kerja merobohkan premis itu dilakukan.

Ibu mertua Johar dengan linangan air mata berkata: ''Awak semua kejam kerana bersekongkol dengan pakatan jahat. Masa pilihan raya lalu Wan Azizah (Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) datang jumpa minta kita undi mereka, tapi ini pula balasan yang kami terima''.

Pada masa sama, di luar premis itu, ahli-ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pijam) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan sembahyang hajat dan bacaan Yasin.

Malah, Naib Yang Dipertua Pajim, Jaafar Osman yang sebelum itu dilihat memakai baju T PKR yang tertera gambar Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak membakar bendera parti itu serta baju T yang dipakainya.

Beliau serta beberapa ahli NGO lain turut melaungkan 'Anwar Ibrahim dayus', 'Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dayus' dan 'di mana keadilan dan pembelaan untuk orang Melayu'.

Kira-kira 50 minit kemudian, Johar dan keluarganya akhirnya keluar dari kafe yang dibinanya lapan tahun lalu dengan kos lebih RM200,000 dan memberi kerjasama selepas Yang Dipertua DPMMPP, Reezal Faris Mohideen Abdul Kader berjaya memujuk dan menenangkan mereka.

Beliau yang sebelum itu berada di tingkat paling atas premis perniagaan yang juga menjadi rumahnya sempat melaungkan azan untuk mencari ketenangan.

Ketika ditemui selepas itu, Johar dengan sinis mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana berjaya 'menumbangkan' peniaga Melayu sepertinya dan berjanji akan bangkit selepas ini.

''Kerajaan negeri yang memegang prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dengan pemimpin hebat seperti Guan Eng, saya cabar tindakan sama diambil kepada pemilik rumah berdekatan dipercayai membina kawasan tambahan haram," katanya.

Sementara itu, Pemuda UMNO negeri yang mengecam tindakan kerajaan negeri merobohkan Kafe Do Re Mi menyifatkannya satu kekejaman dan penindasan terhadap peniaga Melayu.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, tindakan itu langsung tidak menggambarkan kepemimpinan kerajaan negeri seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dilaung- laungkan oleh Guan Eng.

''Pada masa sama, saya juga ingin menasihatkan golongan muda seperti saya ini supaya jangan terlalu taksub menyokong individu tertentu sekali gus mengambil iktibar kejadian yang menimpa saya," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Johar berkata, beliau akan membina sebuah restoran di sebuah pulau kecil berdekatan kawasan itu kerana jika kafe itu hendak dirobohkan, pihak berkenaan perlu menggunakan bot.

Penang Wasabi..

Saturday, May 29, 2010

Kesal UM jadi lokasi aibkan Dr. Mahathir!

Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan tindakan pengurusan Universiti Malaya (UM) yang membenarkan kampus itu dijadikan lokasi penganjuran syarahan umum bagi mengaibkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausahanya. Dr. Hasan Mad berkata, majlis itu yang pada asalnya bertujuan membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain telah dijadikan medan untuk menghentam Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu.

''Nampaknya Naib Canselor (Datuk Dr. Ghauth Jasmon) bersikap liberal untuk membenarkan UM dijadikan platform bagi mengejek kepimpinan Melayu dengan berselindung di sebalik usaha-usaha bagi menggalakkan pemikiran terbuka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Forum yang diadakan di Dewan Syarahan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran universiti tertua di negara ini dianjurkan oleh Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) UM.

Dalam buku yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada April lalu untuk diedarkan di negara ini, Wain antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Hasan turut menggesa kerajaan supaya menyiasat niat sebenar Wain menulis buku mengenai Dr. Mahathir.

''Wain sendiri mengaku ketika syarahan bahawa jika dia menulis buku mengenai Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) seperti yang dibuatnya terhadap Dr. Mahathir, dia sudah pasti ditangkap pihak berkuasa negara itu," ujarnya.

Sementara itu, Ghauth yang dihubungi Mingguan Malaysia malam ini berkata, beliau perlu meneliti bantahan MPM itu terlebih sebelum memberikan komen lanjut.

Penang Wasabi

GAS : Vell Paari mohon maaf!

Anggota Jawatankuasa Pusat MIC (CWC), S. Vell Paari hari ini memohon maaf atas dakwaan beliau bahawa UMNO mengupah 'pembunuhan politik' dan di belakang Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) untuk menyingkirkan Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai presiden parti itu.

Vell Paari berkata, adalah jelas bahawa UMNO tidak terbabit dalam mana-mana cara dengan pergerakan GAS memandangkan perkembangan yang berlaku, baru-baru ini. "Dan ramai pemimpin UMNO telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menggalakkan atau bekerja dengan V. Mugilan (bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC) dalam sebarang cara pun.

"Dengan itu, saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan UMNO mengenai kenyataan awal saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dalam kenyataan ringkas itu, Vell Paari menyifatkan kenyataan kontroversinya yang diutarakan kerana beliau merasakan adalah tugas beliau untuk membela ayahnya, Samy Vellu.

"Malahan, saya juga bertindak kerana Mugilan dan bekas anggota CWC, G. Kumar Aamaan telah mengulangi secara terbuka mengaitkan nama UMNO ke dalam kenyataan dan tindakan mereka baru-baru ini," kata beliau.

Vell Paari telah mendakwa bahawa UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' untuk mengasingkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam temu bual dengan laman web Free Malaysia Today pada Isnin lepas.

"Saya juga telah menjelaskan kedudukan saya kepada Perdana Menteri awal hari ini. "Maju ke hadapan, saya harap kita boleh melupakan ini semua dan bekerjasama seperti yang kita sering ada dalam keluarga Barisan Nasional," kata beliau.

Sementara itu : Murugesan tegur Samy

Setiausaha Agung MIC, S. Murugesan menyifatkan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu menggunakan kuasa sebagai Presiden dengan memecat sesiapa juga yang menentang beliau boleh menggoncang demokrasi parti itu.

Katanya, tindakan sedemikian adalah tidak wajar memandangkan kesemua mereka yang dipecat tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dan mengemukakan pandangan masing-masing.

“Saya menentang tindakan menggunakan kuasa Presiden untuk memecat anggota CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) yang meminta Samy Vellu bersara lebih awal kerana itu bukan fungsi sebenar Artikel 61.2 dalam Perlembagaan MIC. Kuasa Presiden sepatutnya menjadi pilihan terakhir.

“Jika dilihat kembali, Samy Vellu sendiri menjadi individu pertama secara terbuka menggesa bekas Presiden MIC, Tun VT Sambanthan meletakkan jawatan kira-kira 40 tahun lalu. “Situasi kini menunjukkan sejarah telah berulang atau anda boleh katakan ia adalah ‘karma’ untuk Samy Vellu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Samy Vellu sebelum ini menggunakan kuasa Presiden untuk memecat bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan dan beberapa anggota CWC parti tersebut yang menuntut beliau bersara sebelum Julai ini. Antara anggota CWC yang dipecat ialah G. Kumar Aaman, KP. Samy dan V. Subramaniam.

Penang Wasabi..

Tuesday, May 25, 2010

GAS : Anak Samy tuduh UMNO punca masalah!

S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.

''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.

''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?

''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya. Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.

Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan. Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.

''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya. Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.

''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan. Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.

Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.

Sementara itu : Muhyiddin anggap kenyataan anak Samy Vellu biadap

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan anak Presiden MIC, Vell Paari menuduh UMNO menggunakan pembunuhan politik untuk memecah-belahkan parti komponen Barisan Nasional (BN), sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi BN itu menegaskan, BN dan parti-parti komponennya terutama UMNO tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan masalah dalam MIC. "Saya hendak menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana kita, lebih-lebih UMNO tidak pernah terlibat dalam perkara seperti itu.

"Ini adalah (tuduhan) tidak adil, biadap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjli ramah mesra warga pendidik dan guru-guru Muar di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Penang Wasabi

Monday, May 24, 2010

Saya tidak akan bubar DUN - Azizan!

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan tetap mempertahankan kerajaan negeri yang diketuainya meskipun dengan kelebihan majoriti satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, sehingga kini, kerajaan negeri yang dipimpinnya adalah kuat serta masih memiliki majoriti yang cukup dan tidak ada sebab untuknya bertindak membubarkan DUN.

"Saya tidak akan bubarkan DUN hingga ke peringkat tidak mampu lagi bertahan. Hanya orang gila saja yang hendak bubar. Saya belum gila lagi," katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang termasuk empat ADUN yang disebut-sebut sebelum ini akan keluar parti sekali gus menumbangkan kerajaan negeri.

Empat ADUN tersebut ialah Lim Soo Nee (PKR-Kulim), Tan Show Kang (PKR-Sidam), S. Manikumar (PKR-Bukit Selambau) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darul Aman).

Bagi menggambarkan keyakinannya bahawa kerajaan negeri tidak akan tumbang, Azizan berkata, beliau bersama beberapa Exco kerajaan negeri akan melakukan lawatan ke luar negara pada penghujung tahun ini dan tidak bimbang ia akan dijadikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) merampas kerajaan negeri.

Beliau juga memberi amaran kepada para pemimpin BN agar tidak bertindak keterlaluan dalam soal keluar parti atau berdepan dengan pendedahan mengenai kepincangan yang didakwa dilakukan semasa kerajaan BN dahulu.

"Jangan bagi Ustaz Azizan kembali ke perangai lama (dengan membuat pendedahan tindak tanduk pemimpin BN)," katanya. Mengenai gesaan Soo Nee agar punca ADUN melompat disiasat, Azizan berkata, sehingga kini belum ada bedah siasat dilakukan tetapi kerajaan negeri akan meneliti cadangan itu.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kassim yang turut berucap pada majlis itu memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan mengenai ADUN parti itu bertindak keluar parti.

"Jika mereka buat dakwaan, nyatakan nama ADUN yang akan keluar parti supaya kita boleh saman mereka RM10 juta kerana membuat fitnah," katanya.

Menurutnya, sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil memandangkan isu itu semakin menjadi-jadi sehingga beliau bersama para pemimpin lain dihubungi tidak henti-henti sejak ia mula timbul.

Sementara itu : Henti salahkan orang lain - Soo Nee

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee meminta pemimpin pakatan pembangkang berhenti menuding jari menyalahkan pihak lain dalam isu lompat parti yang berlaku dalam parti pembangkang.

Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tentu ada alasan munasabah yang menjadi punca perbuatan tersebut berlaku tetapi ia tidak pernah diakui oleh pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.

Malah katanya, dalam isu terbaru berhubung spekulasi beberapa ADUN pakatan pembangkang akan meninggalkan parti bagi menjatuhkan kerajaan negeri juga sebenarnya dilakukan 'orang dalam' pakatan pembangkang sendiri.

"Tidak mengapa jika hanya seorang yang keluar tetapi kita bercakap mengenai ramai yang keluar parti selepas pilihan raya 2008. Tentu ada alasan yang munasabah. "Sehingga hari ini, tidak ada bedah siasat dilakukan sama ada dari parti atau kerajaan negeri mengenai punca masalah ini berlaku.

"Mengapa tidak duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah. Jangan hanya duduk saja dan menyalahkan sana sini. Kalau masalah ini berlaku kerana kesalahan sendiri, kita mesti lakukan perubahan," katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan 20 ADUN pakatan pembangkang. Majlis itu sememangnya ditunggu-tunggu berikutan desas-desus yang bertiup kencang mengenai empat ADUN pakatan pembangkang negeri ini yang dikatakan akan keluar parti sekali gus menumbangkan kerajaan negeri.

Selain Soo Nee, tiga lagi ADUN yang dikaitkan dengan isu itu ialah Tan Show Kang (PKR-Sidam), S. Manikumar (PKR- Bukit Selambau) dan Lee Guan Aik (DAP- Kota Darul Aman). Keempat-empat mereka hadir pada majlis tersebut dan menafikan dakwaan itu. Soo Nee mengakui ada perkara yang beliau tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri dan memilih untuk bercakap mengenainya secara terbuka daripada menyimpannya di dalam hati.

"Mungkin ADUN lain tidak berani bercakap mengenai ini tetapi kadangkala kita rasa macam tidak dihargai," katanya. Pada masa itu, kira-kira 2,000 orang yang hadir seakan terdiam mendengar ucapan ADUN Kulim itu. Soo Nee turut menceritakan bagaimana dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh seorang yang mendakwa wartawan pada jam 1 pagi hanya untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

"Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan itu terus bertanya," katanya. Berikutan itu, keempat-empat ADUN itu meminta media agar bukan saja tidak lagi menanyakan perkara itu kepada mereka malah dia menegaskan tidak akan menjawab sebarang panggilan mengenainya.

"Jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon," kata Show Kang yang menjadi orang pertama berucap pada majlis tersebut. Pendapat Soo Nee turut disokong oleh Manikumar yang mengakui kadangkala terdapat perselisihan pendapat antara beliau dan kerajaan negeri.

"Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri," katanya. Sementara itu Guan Aik membidas media yang disifatkan sengaja mengembar-gemburkan isu lompat parti untuk dijadikan bahan berita.

Penang Wasabi

Saturday, May 22, 2010

PKR Rebah : Napoleon kecil jadi hantu PKR!

MINGGUAN: Kenapa YB bersetuju untuk bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya lepas?

WEE CHOO KEONG: Pada masa itu saya mahu bertanding di bawah Parti Demokratik Malaysia (MDP). Namun sebelum itu ketika kes V.K Lingam, saya telah dipanggil untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin PKR. Pada mulanya saya menolak namun mereka mendesak. Mereka mengajak saya supaya bersama dan melupakan apa yang telah berlaku. Dahulu saya agak kritikal terhadap orang tertentu. Saya diminta jangan bertanding di Bukit Bintang kerana akan memecah undi sedangkan saya telah faham selok belok kawasan itu dengan baik.

Mereka meminta saya bertanding di Petaling Jaya Selatan tetapi masalahnya DAP enggan benarkan saya bertanding di sana kerana takut kalah. Pada pilihan raya 2004 mereka kalah dengan undi yang tipis. Kemudian mereka meminta saya bertanding di Wangsa Maju dan saya mahu bertanding di bawah bendera MDP. Tapi mereka mendesak jangan bertanding atas tiket MDP kerana akan menimbulkan kekeliruan. Akhirnya saya mengalah dan bertanding atas tiket PKR.

Kenapa YB tiba-tiba beralih arah?

WEE CHOO KEONG: Pada saya dalam hidup ada masanya untuk melakukan perubahan. Maka sebab itu saya bertanding atas tiket PKR dan menang. Sebelum pilihan raya bermacam-macam janji ditaburkan kepada saya namun tidak ditunai. Saya tidak kisah dan terus buat kerja macam biasa. Walaupun saya masih bukan ahli PKR, mereka panggil saya hadir mesyuarat dan menganggap saya sebagai ahli mereka.

Mereka tetap berjanji akan memberi saya jawatan supaya saya dapat memainkan peranan dalam parti selain dipuji. Saya akhirnya menganggotai PKR pada Mei 2009. Selepas itu sedikit demi sedikit berlaku perubahan yang tidak seperti saya mahukan. Dan perubahan itu semakin hari semakin teruk.

Apa reaksi YB terhadap perubahan yang berlaku?

WEE CHOO KEONG: Saya tegur setiap perubahan dan kesilapan yang berlaku. Tetapi dalam hal ini peranan yang dimainkan oleh napoleon kecil lebih besar, Mereka berperanan sebagai trendy leftist. Mereka ini bukan ada prinsip seperti golongan berhaluan kiri. Sebaliknya mereka hanya leftist mengikut musim sahaja. Bukan seperti di Eropah atau negara lain di mana golongan berhaluan kiri mempunyai prinsip.

Tetapi napoleon kecil di dalam PKR ini hanya bersifat bermusim. Di dalam parti mereka mahu menguasai semua baik hal pentadbiran dan sebagainya. Sebagai contoh dalam mesyuarat pihak napoleon kecil mempengerusikan mesyuarat dan memberi nasihat kepada Ahli Parlimen (MP) lain bagaimana untuk berkhidmat dan tingkah laku yang sewajarnya, sedangkan mereka baru sahaja menjadi Ahli Parlimen.

Saya sudah menjadi Ahli Parlimen sejak 1990. Selain itu dalam sesi bajet yang memerlukan perbahasan mereka menetapkan hanya MP senior sahaja boleh berbahas dan MP junior pula perlu tunggu giliran. Saya yang lebih dahulu menjadi Ahli Parlimen dianggap sebagai sangat junior. Saya hairan kenapa ini berlaku. Ramai juga MP lain tidak suka dengan apa yang berlaku kerana hampir semua mereka adalah muka baru.

Cuma dua orang sahaja orang lama iaitu saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya pernah bercakap dalam satu mesyuarat dengan Anwar kenapa timbul soal orang lama dan orang baru yang boleh berucap sedangkan hanya ada dua orang sahaja orang lama. Saya minta diberi penjelasan. Ketika itu semua napoleon kecil senyap.

Begitu juga dalam hal penggabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Sebenarnya tidak wujud penggabungan dan mereka menipu semua orang dalam hal ini. Jika benar bergabung tentunya PRM sudah tidak ada lagi. Namun PRM masih wujud dan bukankah ini satu pembohongan?

Kenapa hanya kebelakangan ini suara YB semakin lantang?

WEE CHOO KEONG: Saya telah bersuara lantang dalam parti sejak awal lagi ketika mesyuarat bersama pemimpin tertinggi parti. Mereka akan sentiasa menyatakan akan melakukan sesuatu, jangan bimbang, janji hendak buat itu dan ini dan sebagainya. Begitu juga selepas saya balik dari Amerika Syarikat baru-baru ini mereka minta saya jangan keluar parti. Saya kata bukan nak keluar parti tetapi yang paling penting adalah membuat perubahan. Bagi saya tidak betul apabila salah seorang pemimpin atau wakil rakyat keluar kita terus serang peribadi.- MM

Penang Wasabi..

Tuesday, May 18, 2010

BN bakal memerintah Kedah : Empat ADUN akan umum pendirian!

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang yang dikatakan bakal melompat parti, akan mengumumkan pendirian mereka berhubung isu itu di Kompleks Pas Kota Sarang Semut dekat sini Sabtu ini.

ADUN Sidam, Tan Chow Kang berkata, beliau dan tiga lagi ADUN terlibat akan memberikan ceramah khas untuk memberikan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku. "Saya tidak mahu komen banyak kerana sudah banyak kenyataan yang diberikan dan jika disalahtafsir ia boleh memberi kesan negatif kepada kami," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas khabar angin yang mengatakan Dewan Undangan Negeri Kedah bakal dibubarkan kerana empat ADUN pakatan pembangkang akan keluar parti dalam tempoh terdekat.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan perkara tersebut dan berjanji akan memaklumkan kepada pihak media jika beliau mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Azizan juga menyatakan khabar angin itu adalah permainan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang hati dengan keadaan aman di Kedah. Menurut Chow Kang, beliau akan memberikan penjelasan berhubung khabar angin tersebut dan berharap tiada lagi fitnah seperti itu akan melanda dirinya.

"Saya sudah penat mahu menjawab apabila ditanya soalan begini dan saya harap selepas memberikan penjelasan di Kota Sarang Semut semua pihak akan faham," katanya.

Penang Wasabi

Monday, May 17, 2010

PAS Punah : Azizan nafi bubar DUN Kedah!



















Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) akan dibubarkan berikutan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang disebut-sebut bakal melompat parti.

Menurutnya, jika DUN mahu dibubarkan, sudah tentu perkara itu tidak disembunyikan malah beliau sendiri akan menghebahkannya kepada pihak media. "Kedah aman damai sebab itu orang suka kacau dan jika saya nak bubarkan DUN, saya sendiri akan panggil semua wartawan untuk menghebahkan berita ini.

"Semua berita mengenai pembubaran DUN hanya khabar angin dan mainan politik pihak tertentu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas khabar angin kononnya DUN Kedah akan dibubarkan dalam tempoh terdekat kerana empat ADUN pakatan pembangkang dikatakan bakal keluar parti.

Menurut Azizan, pihaknya akan mengadakan ceramah khas pada 22 Mei ini di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat negeri ini. "Empat ADUN yang dikatakan bakal keluar parti, juga akan memberi ceramah bagi menjelaskan hal sebenar kepada rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat terus keliru dengan khabar angin mengenai hal ini dan kami akan menerangkan kepada rakyat supaya mereka tidak terpedaya dengan permainan politik sebegini," katanya. Ujarnya, khabar angin sebegini disebarkan untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang di negeri ini namun usaha tersebut tidak berjaya.

BN sedia hadapi kemungkinan di Kedah

Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku ekoran desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, BN akan memantau perkembangan tersebut namun pada masa yang sama tidak menolak kemungkinan ia sekadar polemik.

"Sebenarnya, saya tidak mahu membuat sebarang andaian kerana tidak ada pengumuman rasmi tentang isu lompat parti itu. "Namun sekiranya itu berlaku, BN bersedia dan tidak ada apa yang hendak dirisaukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai khabar angin mengatakan DUN Kedah akan dibubarkan berikutan empat ADUN pakatan pembangkang akan keluar parti dalam masa terdekat. Menurut laporan itu, ADUN terbabit ialah S.Manikumar (PKR-Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR-Sidam), Lim Soo Nee (PKR-Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman).

Daripada empat yang dikaitkan itu, Manikumar dan Soo Nee merupakan Exco kerajaan negeri. Mengulas lanjut, Mohd. Shafie yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, jika benar ada ahli PKR yang bertindak keluar parti, perkara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Ini kerana, katanya, sudah ramai yang berbuat demikian sebelum ini. "Sudah ada beberapa Ahli Parlimen dan ADUN PKR yang meninggalkan parti mereka , jadi kalau berlaku di Kedah kali ini, tidak ada apa yang mengejutkan," katanya.

Kalau tak ada angin, masa kan pokok bergoyang

APA boleh buat mungkin sudah takdir Allah s.a.w. untuk menguji sejauh mana kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat? Selepas kerajaan Perak dirampas Januari tahun lepas kini kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pula sedang dilambung gelombang. Kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat yang diungguli Pas kini benar-benar dalam bahaya.

Apakah kerajaan Kedah juga akan menerima nasib sama dengan kerajaan Perak? Walaupun Mukhriz Mahathir hari ini memberi jaminan BN akan merampas Kedah secara terhormat tetapi kata-kata itu tidak boleh dipercayai.

Gerakan untuk menjatuhkan atau merampas Kedah sebelum sampai edahnya (genap penggal parlimen ke-12) sudah berjalan sejak lama dulu. Malahan ia hampir serentak dengan usaha untuk menjatuhkan Perak dan Selangor.

Hari ini bahaya yang bakal menimpa kerajaan pimpinan Azizan Abdul Razak itu tidak dapat disembunyikan lagi. Makin ditutup nampaknya ia makin membekah dan meluas. Cerita-cerita yang kedengaran di kedai kopi kini sudah menjadi separuh rasmi. Cerita kerajaan Pakatan Kedah akan dirampas atau DUN akan dibubarkan sudah menghantui pemikiran rakyat Kedah.

Semuanya berpunca daripada khabar tindakan dua orang anggota Exconya yang dikatakan sudah berubah haluan akan menyertai UBN bila-bila masa saja. Dua anggota Exco itu ialah Adun Bukit Selambau, S Manikumar dan Adun Kulim, Ling Soo Nee.

Tidak dapat dipastikan kenapa mereka dikatakan sedia untuk berpaling tadah. Apakah mereka sudah kena beli ataupun ada sesuatu yang menyinggungkan perasaan mereka sehinggakan sedia meninggalkan jemaah kerajaan negeri yang bakal memberi kesan buruk kepada kerajaan Pakatan Kedah. Apapaun perkhabaran ini memeningkan kepala Azizan Razak dan juga penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sudah pasti kalau berita ini benar, kedua anggota Exco itu bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyeberang kepada BN, kedudukan kerajaan Kedah mungkin akan bertukar tangan. Dengan penyeberangan itu menjadikan BN 16 kerusi, dicampur dengan Adun Lunas Md Radzi Salleh yang telah awal mengumumkan meninggalkan PKR menjadikan BN mempunyai 18 kerusi.

Kedudukan itu menjadikan kerusi Pakatan Rakyat akan tinggal 18 kerusi di mana 16 Pas satu PKR dan satu DAP. Jumlah itu walaupun Pakatan Rakyat masih boleh bertahan tetapi ia sangat lemah.

Azizah Razak sebelum ini sudah membayangkan kesediaannya untuk membubarkan DUN Kedah jika berlaku sesutau ke atas kerajaannya. Tanggal 22 Mei depan katanya satu ceramah besar bakal diadakan Pakatan Rakyat di mana pada himpunan itu semua wakil rakyat termasuk dua Exco berkenaan akan akan diminta melapazkan ikrar.

Apa yang boleh difahami sekiranya ada wakil rakyat Pakatan yang enggan melapazkan ikrar, Azizan tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa membuarkan Dewan Undangan Negeri Kedah.

Dalam pada itu sekejap tadi saya telah menerima panggilan dari ahli politik veteran dari Kedah yang turut menyatakan kebimbangannya terhadap kestabilan kerajaan Pakatan Kedah. Beliau melahirkan rasa cemas dengan apa yang berlaku di negeri Jelapang Padi itu. Katanya perkembangan setakat malam ini, Azizan tidak ada pilihan lain melainkan perlu membubarkan DUN Kedah kerana menurut yang beliau difahami kesemua ahli PKR Kedah akan menyertai BN?

Sejauh manakah maklumat ini? Tunggulah perkembangan nanti!
Sumber - MSO ( Mohammad Sayuti Omar )

Penang Wasabi..

Saturday, May 15, 2010

Akibat politik taksub PAS!

Menyentuh soal politik dan agama yang tidak dapat dipisahkan sememangnya benar wujud di zaman Rasulullah, itu pun politik yang bermaksud Daulah Islamiah atau "kerajaan Islam" kerana masjid dan institusi ibadat hanya dijadikan tempat untuk merujuk mengenai perkara berbangkit dalam soal akidah, fikah, tauhid , tauhid ubudiah dan lain-lain lagi sebagai mana jelas di dalam hadis yang Shahih al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain lagi.

Apabila Jibrail bertanya kepada Rasulullah, apakah iman, Islam dan ihsan, lalu baginda menjawab (setelah Jibrail berlalu, ) kepada Saidina Umar " itulah Jibrail, dia mengajar kamu, agama kamu".

Bertitik tolak dengan sabda nabi itu, difahami di sini bahawasanya itulah hakikat agama yang tidak ada percanggahan dan perdebatan dan itulah yang diamalkan dari zaman sahabat hingga kini.

Ada pun politik kepartian seperti yang maklum pada hari ini tidak ada hubung kait dengan agama sedikit pun, kalimah siasah yang diterjemahkan dengan politik adalah tidak tepat dan amat kabur, apatah lagi kalimah siasah tidak wujud di zaman nabi dan hanya wujud ketika zaman khalifah-khalifah Islam sahaja.

Dalam Islam, hakikat politik ialah melaksanakan hukum Islam dan kebiasaannya adalah pekerjaan kadi-kadi atau pemerintah Islam atau Amirul Mukminin, bukan pekerjaan rakyat jelata

Inilah yang perlu difahami oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyokong parti itu. Menyentuh isu mengenai larangan berpolitik dalam masjid yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada pandangan saya apa yang dititahkan oleh sultan itu benar dan tidak lari daripada kehendak agama.

Ini kerana pada pandangan baginda larangan berpolitik di dalam masjid ini tentunya terarah kepada Pas dan Pakatan Pembangkang yang cuba mengambil kesempatan dengan menjadikan masjid sebagai tempat untuk memecah belahkan umat manusia.

Apatah lagi politik yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang amat bercelaru dan bertentangan dengan Islam serta bercanggah dengan pandangan pimpinan Pas suatu ketika dulu.

Saya malu dan berdukacita sekiranya orang Pas menyokong apa yang ditegaskan oleh Nik Aziz berhubung politik dan agama tidak dapat dipisahkan.

Saya maklumkan di sini, politik yang dibawa oleh Pas masa kini dengan menjadikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai rakan jauh tersasar dengan kehendak Islam sebenar.

Suatu perbezaan yang amat besar politik di zaman Rasulullah, dengan politik kepartian yang ada pada hari ini adalah politik kepartian yang ada pada hari ini adalah peninggalan penjajah yang di dalamnya mempunyai seribu satu unsur yang bertentangan dengan Islam, seperti fitnah memfitnah, tuduh menuduh, membuka aib sesama sendiri dan jatuh menjatuh.

Matlamat

Ini kerana matlamat dalam Pakatan Pembangkang adalah untuk mengangkat Lim Kit Siang sebagai ketua negara.

Ini boleh dirujuk petikan kata-kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia pada 6 November 1999 yang menyebut "Pas boleh terima pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif".

Pada pandangan saya, tokoh yang disanjung dan cuba diangkat oleh Pas dan Nik Aziz ini merupakan orang yang fasik dan kafir yang cuba membawa kemusnahan kepada negara Malaysia

Jika ini berlaku ia amat bertentangan dengan fatwa Dewan Ulama Pas Kelantan pada Ogos 1963, orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Fatwa tersebut menjadi pegangan orang Pas suatu ketika dulu, namun adakah kini fatwa ini tidak lagi dijadikan pegangan ahli dan pemimpin Pas.

Sekiranya ahli Pas menggambarkan bahawa politik dan agama yang cuba dibawa oleh Nik Aziz adalah politik semasa zaman Rasullullah, maka sudah tentu mereka tertipu dan terpedaya dengan kata-kata dan hujah Nik Aziz.

Perlu dibezakan di sini bahawa cara berpolitik di zaman nabi adalah jauh berbeza umpama langit dan bumi jika dibandingkan cara berpolitik zaman sekarang. Seperti yang saya katakan tadi, cara berpolitik zaman Rasullullah adalah politik mengajak manusia ke arah ketakwaan kepada Allah dan bukannya mengajak manusia menyokong si A dan membenci si B atau menuduh orang itu tidak betul dan saya yang betul atau sebagainya, kemudiannya segala hujah agama yang dikeluarkan oleh parti politik ini kebanyakannya cenderung untuk kepentingan politik masing-masing.

Saya tanya di sini sepanjang Nik Aziz menggunakan masjid di Kelantan untuk menyampaikan tazkirahnya sudah berapa ramai umat manusia benar-benar bertakwa dan mencari keredaan Allah atau hanya mencari keredaan politik masing-masing.

Politik yang dikatakan tidak dapat dipisahkan dengan agama mengikut fahaman Nik Aziz adalah sebagai menghalalkan perbuatan fasiknya dengan menjadikan DAP sebagai rakan seangkatannya .

Justeru itu, sekiranya Nik Aziz menghamburkan kata-kata 'celako' (celaka) kepada tok guru seperti saya maka saya tersenyum dan merasa kasihan melihat kebatilan yang dibawa oleh Nik Aziz.

Sebagai seorang yang layak mengajar dan ditauliahkan oleh baginda sultan dan Majlis Agama Islam Kelantan dan bukannya tauliah halaqat kerajaan Pas, saya tegaskan di sini bahawa Nik Aziz telah membawa kebatilan dengan menipu umat Islam Pas dengan dakwaan bahawa agama dan politik tidak dapat dipisahkan.

Ini kerana politik Nik Aziz dan Pas masa kini jauh tersasar dari landasan Islam dan kehendak Nabi Muhammad SAW.

Berbalik pula pada kata-kata Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang menghina saya dengan menyamakan dengan unta, sewaktu memberi ceramah di Kampung Belukar, Kubang Batang, Tumpat pada 1 Mei lalu.

Saya tidak ingin menjawab panjang cercaan sebaliknya ingin saya katakan bahawa unta di padang pasir itu tidak pandai baca kitab, tidak pandai mengajar bahkan tidak pernah belajar, itulah bezanya saya dengan unta di tanah Arab.

Kesimpulannya perlu umum mengetahui terutama ahli Pas bahawa politik dan agama yang Nik Aziz katakan tidak boleh dipisahkan itu sebenarnya boleh dipisahkan kerana Pas mengamalkan politik kepartian yang mengapi-apikan unsur asabiah dan taksub kepada pemimpin dan parti mereka itu.

Ini amat bertentangan dengan Islam yang mana dalam Islam, tiada taksub kepada pemimpin dan di dalam Islam garis panduan utamanya ialah al-Quran dan hadis serta mana-mana pandangan yang bertentangan dengannya adalah terbatal dengan sendirinya.

Penang Wasabi..

PKR bakal ranap : Tinggalkan PKR jika ada maruah prinsip!

Agenda reformasi yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mati!

Demikian peringatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sewaktu mencabar wakil-wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu sekiranya mereka mempunyai maruah dan prinsip perjuangan.

Beliau turut mengajak wakil rakyat terbabit bergabung dengannya di atas platform Bebas untuk meneruskan agenda reformasi tulen yang diharapkan oleh rakyat dan negara.

"Marilah kita bergabung, PKR dan pakatan pembangkang adalah parti yang telah ditawan oleh firaun-firaun kecil yang hanya berminat melaksanakan agenda sempit mereka yang akan menjahanamkan negara yang kita cintai ini.

"Berhijrahlah untuk reformasi, bersama kita memartabatkan suara dan hak rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Reformasi? Rembatkasi? yang disiarkan laman blognya www.zul4kulim.blogspot.com, malam tadi.

Dalam pada itu, Zulkilfi turut menyelar pakatan pembangkang kerana mengamalkan politik 'dua alam' dalam isu dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dalam syarikat perlombongan pasir milik Kerajaan Negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Katanya, perkara itu menyerlahkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang galak menyerang apabila lawan membuat salah tetapi hanya menikus apabila terkena batang hidung sendiri.

Sebagaimana Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Zulkifli turut mempersoalkan di manakah suara Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melalak menuntut penubuhan suruhanjaya diraja apabila ada dakwaan terhadap orang lain namun dalam isu KSSB, senyap membisu macam kucing tidur.

"Mana hilangnya suara budak-budak hingusan dan pak-pak janggut yang pantang lepa orang lain buat silap sikit, dia punya melalak sampai kering kerongkong! "Kalau orang lain, dia punya memekak sampai cair tahi telinga dibuatnya. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mulalah melatah. Ini konspirasi, itu komplot jahat," katanya.

Sehubungan itu, Zulkilfi mendesak dakwaan penyelewengan dalam KSSB disiasat oleh suruhanjaya diraja kerana ia dikatakan bukan sahaja melibatkan Exco kerajaan negeri bahkan keselamatan dan maruah negara. "Kita mahu tahu benarkah dakwaan menyatakan pasir tersebut di seludup ke sebuah negara jiran," katanya.

Selain itu beliau turut mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan kerana gagal menangani masalah tersebut walaupun dikatakan sudah mengetahuinya sejak Februari lalu.

"Saya juga mendesak supaya pihak polis segera menyiasat dan mengenal pasti ahli Exco dan kepimpinan negeri Selangor yang terlibat dalam skandal yang didakwa oleh Choo Keong sebagai membabitkan puluhan juta ringgit.

"Saya menuntut supaya ahli-ahli Exco dan kepimpinan negeri tersebut meletak jawatan untuk membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih telus dan segera oleh pihak berkuasa," katanya.

Menurut Zulkifli, jika didapati mereka yang terlibat telah memperkayakan diri melalui hasil haram itu, pihak berkuasa perlu membekukan aset dan harta mereka dan hasilnya dikembalikan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor terutama golongan miskin dan tidak berkeupayaan.

Penang Wasabi..

Friday, May 14, 2010

P212 Sibu : PAS sebenarnya Anti-Islam!

















Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.

Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka.

Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.

Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN). Sekarang ini pula di tukar kepada SPRM.

Pas juga berjanji beberapa enakmen akan dipinda ke arah lebih kepada kehendak Islam secara menyeluruh. Pas berjanji, “demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan pelantikan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (dilantik) untuk mewakili kumpulan tertentu.”

Pas sudah memerintah Kelantan lebih 18 tahun. Sehingga ini, belum ada satu pun janjinya mengenai pindaan enakmen itu dibuatnya. Begitu juga janjinya untuk melantik beberapa Adun. Sudah beberapa kali menang pilihan raya, mana Adun yang dijanjikan itu? Adakah janji itu nak bawa ke dalam manifesto baru pula?

Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslimat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”

DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC. “Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)

KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam. “Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999)

Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP?

Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya.

Kepada penyokong-penyokong PAS di Sibu, berfikirlah sebelum anda mengundi nanti. Fikirkanlah apa sebenarnya yang PAS perjuangkan! Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Thursday, May 13, 2010

Lebih ramai bakal keluar PKR!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan beberapa Ahli Parlimen serta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak meninggalkan parti itu dalam tempoh dua minggu ini.

Menurutnya, kesemua yang berhasrat keluar daripada PKR itu ialah kalangan mereka yang menjadi antara pengasas kepada penubuhan parti serta semangat reformasi satu ketika dahulu. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama-nama besar yang menyatakan pendirian untuk berbuat demikian.

Zulkifli berkata, PKR kini umpama parti yang sedang ‘menggali kuburnya sendiri’ berikutan ramai ahlinya sudah mula hilang rasa percaya serta yakin terhadap parti dan kepimpinan atasannya.

‘‘Tunggulah dalam masa dua minggu ini. Kebanyakan yang akan keluar parti ialah mereka yang mempunyai kualiti tersendiri. ‘‘Mereka ini antara penggerak awal kepada semangat reformasi baik peringkat atasan mahupun akar umbi. ‘‘Dua punca mengapa mereka mahu meninggalkan PKR.

“Pertama, kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan serta parti dan keduanya, PKR sudah hilang hala tuju perjuangan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Zulkifli dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mendakwa sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri akan bertindak meninggalkan PKR tidak lama lagi.

Jelas beliau, beberapa pemimpin di peringkat bahagian parti di Perak, Kedah dan Selangor juga turut menyatakan hasrat sama sehingga membuatkan bahagian berkenaan dibubarkan. Zulkifli turut mendakwa bahawa kalangan mereka ada menghubunginya untuk mendapatkan nasihat berhubung hasrat berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di peringkat awal penubuhan PKR, terdapat beberapa pemimpin bertindak meninggalkan parti kerana sudah nampak hilangnya fokus serta hala tuju parti tersebut. Tetapi, katanya, selepas Pilihan Raya Umum 2008, peringkat akar umbi pula sudah mampu ‘menghidu’ kepincangan yang berlaku di dalam parti sehingga membuatkan mereka melakukan tindakan sama.

Mengenai kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melihat tindakan ahlinya keluar parti sebagai sesuatu yang biasa berlaku menjelang pilihan raya, Zulkifli menjelaskan bahawa ia adalah satu sindrom penafian Anwar yang tidak mahu mengakui hakikat.

‘‘Tindakan ini (keluar parti) bukannya bermusim atau semasa hendak pilihan raya sahaja. ‘‘Sebelum ini, ramai bekas pemimpin PKR bertindak keluar parti bukan dalam tempoh berlakunya pilihan raya,’’ katanya. Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin PKR turut melabelkan tindakan berkenaan sebagai proses pembersihan.

‘‘Saya bersetuju dengan kenyataan itu. Tetapi, ini adalah ‘kerja’ Allah yang mahu menyucikan mereka agar terus meninggalkan PKR,’’ tambahnya. Kelmarin, di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu, seramai 1,700 ahli PKR turut bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Anwar sekali gus menyebabkan beberapa cawangan PKR di dalam Parlimen itu dibubarkan.

Penang Wasabi

Wednesday, May 12, 2010

Cakap Tarak Serupa Bikin : Larangan masjid jadi ‘gelanggang politik’ adil - Hasan Ali!

Larangan masjid di Selangor dijadikan ‘gelanggang politik’ adalah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu berkata, enakmen tersebut menghalang individu daripada menggunakan masjid sebagai gelanggang politik. Enakmen tersebut dikuatkuasakan melalui Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Pindaan 2001).

Ia digariskan demikian dalam Perkara 34(2)(b) dalam enakmen tersebut.

“Saya rasa ini adil, sebagai Exco yang menjaga bahagian hal ehwal Islam di negeri ini, saya rasa peraturan itu sangat munasabah. “Kalau ini dibenarkan, saya rasa akan timbul huru-hara, haru biru, bertentangan dengan semangat keutuhan masjid, semangat masjid itu ditegakkan di situ hanya untuk menggamit manusia ke arah keamanan,” katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui selepas sidang media di bangunan SUK, Shah Alam hari ini mengenai pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat). Pelancarannya yang akan disempurnakan oleh Sultan Selangor malam esok dijangka akan menarik sehingga 10,000 orang ke Stadium Melawati, Shah Alam.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan

Baginda juga dilaporkan menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor bulan lalu. Mengulas lanjut, Dr Hasan berkata: “Di Selangor jelas masjid adalah larangan untuk kita berpolitik partisan dan kepartian.”

Namun, katanya, isu politik sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada dijelaskan di masjid seperti politik pembangunan dan pentadbiran. “Yang besar macam itu, kalau kita tidak boleh cerita di masjid, di mana lagi kita hendak cerita,” katanya lagi.

Menurut Dr Hasan lagi, halangan yang wujud dalam enakmen kini adalah untuk menghalang kegiatan mencerca parti atau tokoh tertentu di pentas masjid. “Tapi kalau nak tuduh UMNO begitu begini, nak kata Pas begitu begini, kerajaan negeri merasakan perkara itu tidak dibenarkan di dalam persekitaran masjid.

“Kalau kita naik (saja) bersyarah sebut orang itu, sebut orang ini, itu namanya politik partisan. “Tapi kalau nak cerita tentang pembangunan, nak cerita tentang kemiskinan, politik kemiskinan misalnya, saya tidak nampaklah (kesalahan), asalkan cerita tentang kemiskinan itu tidak berkait langsung tentang politik kepartian seperti itu,” katanya.

TETAPI : Semasa di PRK Hulu Selangor, siapa yang nak menyalahgunakan masjid sebenarnya? Ada cuba nasihatkan ' orang itu '! Tepuk dada, tanya selera! Wallahulam.

Penang Wasabi..

Tuesday, May 11, 2010

Jangan cepat melatah provokasi Guan Eng!






















Isu kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim 'bahawa tragedi 13 Mei akan berulang' tidak perlu dipanjangkan lagi oleh mana-mana individu atau parti tertentu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihak berkenaan termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus membangkit lagi perkara itu kerana Azhar telah memberi penjelasan mengenai tindakannya itu.

''Kita sendiri telah pun mendapatkan penjelasan Azhar berkenaan kenyataan itu yang memaklumkan bahawa ia dilakukan sebagai respons balas terhadap banyak serangan dan provokasi yang dilakukan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan rakan pimpinannya terhadap UMNO, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pimpinan negara.

''Dalam suasana politik yang ada, kalangan rakan komponen jangan terlalu cepat melatah dan menyalahkan pimpinan UMNO di mana-mana peringkat sekalipun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga itu pada sidang DUN memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati oleh polis di Shah Alam, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, wakil parti komponen seharusnya mendapatkan penjelasan yang sebaik-baiknya daripada Azhar sendiri mengenai kenyataan tersebut.

''Ini bagi membolehkan mereka mengetahui adakah ia dilakukan tanpa sebarang provokasi dan tekanan? Apakah ia diutarakan tanpa sebab dan alasan yang munasabah?'' katanya.

Sementara itu, kata beliau, Pemuda UMNO Kepala Batas menyelar sikap Ketua Menteri yang gemar berselindung dengan pelbagai terma hebat, falsafah pentadbiran yang longgar dan tidak jujur.

''Sebagai contoh, adalah cukup ironi dan menyedihkan - ketika Pulau Pinang mahu didendang kononnya sebagai 'oasis demokrasi;' perkara yang sangat asas - iaitu kewujudan elemen check and balance mahu dinafikan," katanya.

''Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang mahu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan; tanpa didahulukan dengan perbahasan di dalam Dewan yang mulia.

''Sebelum menggunakan istilah 'oasis demokrasi,' menggunakan 'Speakers Corner' (sudut pidato) sebagai alat menutup kelemahan 'rejim' pentadbirannya - Guan Eng perlu terlebih dahulu banyak belajar tentang konsep asas demokrasi yang ada," katanya.

Penang Wasabi..

Kes liwat Anwar ditangguh bolehkan hakim buat keputusan!

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh ditangguh sehingga esok bagi membolehkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan mengenai permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu dan saksi dalam kes itu.

Peguam bela utama Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangan berkenaan dan pertuduhan meliwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal Singh berkata, Mohd. Saiful, dalam keterangan kepada polis, mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaan sedangkan pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan.

Katanya, ini adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menjawab bahawa terpulang kepada Peguam Negara selaku pendakwa untuk menetapkan pertuduhan.

Anwar, 63, yang merupakan Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama

Penang Wasabi

Monday, May 10, 2010

Selangor Bangkit : Khalid Ibrahim minta buat laporan jika ada penyelewengan!




















Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim meminta Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis jika mempunyai bukti mengenai kegiatan rasuah dan penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Abdul Khalid juga meminta Manikavasagam mendedahkan nama pegawai atasan KSSB yang terlibat dalam rasuah agar kerajaan negeri boleh mengambil tindakan terhadap individu itu.

''Saya berpendapat Manikavasagam harus telus. Kalau betul dia tahu orang yang dimaksudkan, saya nasihatkan dia umumkan namanya segera agar kerajaan negeri boleh ambil tindakan sewajarnya dan segera buat laporan polis," katanya. Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Motivasi Murid Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Semalam, Manikavasagam memberi Abdul Khalid masa 72 jam untuk membersihkan 'kekotoran' di kalangan pegawai atasan KSSB. Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan anak syarikat kerajaan negeri itu dan ia perlu dibersihkan segera oleh Abdul Khalid.

Manikavasagam juga mendakwa abang Abdul Khalid iaitu Abdul Rahman mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut sehingga ramai kepimpinan PKR tidak senang dengan perkara itu. ''KSSB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Abdul Rahman tak ada kepentingan di dalamnya," jelas Menteri Besar itu.

Sementara itu : Mani didesak lapor SPRM

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaannya mengenai wujud amalan rasuah membabitkan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor jika beliau benar-benar telus.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini bagi membolehkan siasatan terperinci dan tindakan undang-undang diambil berbanding proses pembersihan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikhuatiri tidak telus.

''Manikavasagam perlu menggunakan saluran yang betul dan dalam hal ini jika benar-benar beliau seorang pemimpin yang berintegriti. Laporan segera perlu dibuat bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan oleh SPRM dan beliau tidak perlu tunggu sehingga 72 jam sebenarnya.

''Tetapi saya yakin, beliau adalah antara pemimpin pembangkang yang mempunyai akauntabiliti tinggi dan saya percaya dakwaan yang dibuat itu berlandaskan fakta,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran 1Usahawan dan Karnival Agro Hulu Langat, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di Hulu Langat, di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas kata dua Manikavasagam kepada Abdul Khalid supaya membersihkan anak syarikat tersebut, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.( KSSB), daripada amalan rasuah dalam tempoh 72 jam atau beliau akan mendedahkan secara terperinci butir-butir dakwaannya itu.

Katanya, tujuan asal KSSB ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu dalam usaha untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Bagaimanapun jelas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan syarikat tersebut malah, abang Abdul Khalid, Abdul Rahman Ibrahim juga mempunyai kepentingan dalam kumpulan itu sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin PKR lain.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kemelut terbaru yang melanda pembangkang ekoran pendedahan Ahli Parlimen Kapar tersebut, Noh berkata, perkara seperti itu memang dijangka kerana terlalu banyak kepincangan sejak pembangkang memerintah beberapa negeri selepas 2008.

''Apa yang menariknya adalah semua pendedahan itu dibuat oleh wakil rakyat mereka sendiri yang mulai sedar bahawa perjuangan pembangkang jauh tersasar dan tidak mengutamakan rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu,'' katanya.
- SBUM.

Penang Wasabi..

Thursday, May 6, 2010

Wakil PKR seru orang Islam puji Guan Eng!





















Meskipun Lim Guan Eng dikritik pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menyeru orang Islam khususnya di negeri ini memuji pendekatan Ketua Menteri itu.

Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata, tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan kerana menjadikan pemimpin Islam sebagai contoh dalam pentadbirannya.

Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut.

Tambah Shabudin, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya apabila berjumpa dan melakukan aktiviti di kalangan orang Islam semata-mata.

''Saya tidak larang. Tapi kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.

''Tindakan beliau (Guan Eng ) meluluskan 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras tahun lalu juga amat bertentangan. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Penang Wasabi..

Wednesday, May 5, 2010

Anwar ' kencing' kawan!

Tindakan Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan beliau "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.

"Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.

''Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.

"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.

"Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika)," kata penulis itu.

Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim." "Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?," tanya penulis itu.

Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Kata Motte lagi, "dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat."

"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.

"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat," katanya.

Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.

Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penang Wasabi..

Saturday, May 1, 2010

Rahsia disebalik kejayaan PAS di Kelantan : PAS Kelantan didesak dedah maklumat sebenar!

Kerajaan Pas Kelantan didesak supaya mendedahkan secara bertulis mengenai wang sebanyak RM4 juta yang dikatakan untuk membiayai operasi gerak saraf melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd (GMC) dan pemberian kawasan balak kepada semua syarikat yang terlibat di negeri ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, kerajaan negeri dilihat cuba untuk menyembunyikan sesuatu sekiranya tidak berani untuk mendedahkan kesemua maklumat tersebut kepada rakyat.

Beliau berkata, pemimpin Pas juga perlu menjelaskan secara mendalam apakah fungsi sebenar GMC.

"Sekiranya tidak benar, kenapa takut untuk membuat pendedahan. Saya minta kepada kerajaan negeri buat pendedahan secara bertulis dan bukannya di atas pentas ceramah yang hanya didengari oleh ahli Pas, beritahu kepada semua rakyat melalui cetakan risalah.

"Mereka (kerajaan negeri) sepatutnya mencontohi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendedahkan senarai penerima permit import (AP) selepas didesak oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agong UMNO, saya masih ingat kerana pada masa itu saya berada dalam dewan perhimpunan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, penulis blog terbabit mendedahkan sebuah syarikat telah menderma kepada PASTI sebanyak RM350,000 sekiranya ia diberikan kelulusan terhadap satu projek di mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang.

Wan Khairul Ikhsan berkata, wang sebanyak RM4 juta untuk membiayai operasi gerak saraf bagi menaikkan imej kerajaan negeri seperti yang dikatakan oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan adalah amat besar.

"RM4 juta mewakili kira-kira satu peratus daripada jumlah keseluruhan bajet negeri Kelantan pada setiap tahun. ''Tetapi apa yang berlaku, wang ini dengan mudah disalurkan kepada sebuah syarikat perunding media, GMC semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan negeri.

"Lagi pun pada masa ini, bayaran skim Takaful Kifalah kira-kira RM3 juta sehingga sekarang belum dijelaskan lagi kepada keluarga si mati, adakah adil, hak rakyat di bawah tidak diberikan tetapi wang ada disalurkan kepada GMC," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dua pemegang syer syarikat terbabit adalah terlibat secara langsung dengan politik. "Saya adalah pemimpin pakatan pembangkang dahulu, saya berada di bawah dan bercampur dengan semua peringkat, rakyat di bawah amat marah apabila wang Kifalah tidak dapat sedangkan saudara atau ibu bapa mereka telah meninggal dunia sejak setahun lalu," katanya.

"Adakah ini cara berpolitik yang baik dan berlandaskan Islam sehinggakan rakyat di bawah tertindas dan wakil rakyat pening kepala setiap kali ada orang yang meninggal dunia kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri," katanya. Tambahnya, beliau percaya apa yang dikatakan oleh Syed Azidi bukannya omong-omong kosong kerana ia berlandaskan kepada fakta.

Persoalan! Adakah wang kutipan ceramah PAS digunakan untuk tujuan tersebut ataupun dari hasil balak Kelantan! Wallahuallam.

Penang Wasabi