~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, November 25, 2013

Laksana hudud hak Pas?


Pas menegaskan langkah untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan adalah hak mutlak parti itu walaupun mendapat bantahan daripada sekutunya DAP.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada dalam perjanjian dengan pakatan bahawa Pas perlu mendapat persetujuan DAP terlebih dahulu untuk melaksanakan hudud.

"Hak dia untuk bersuara. Hak kita untuk melaksanakan apa yang kita perjuangkan. Itu (persetujuan DAP) tiada dalam perjanjian. Masing-masing ada ideologi masing-masing.

"Kita (hanya) berkerjasama dalam perkara yang ada persamaan," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang meminta Pas jangan melaksanakan hudud di Kelantan kerana didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Karpal dipetik sebagai berkata: "Objektif politik tertakluk kepada undang-undang. Penasihat undang-undang Kelantan perlu menasihat Pas agar tidak melaksanakan hudud''.

Berhubung gesaan Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad agar pucuk pimpinan menangani persepsi Pas barua DAP dan pembonceng dalam pakatan, Abdul Hadi berkata, perkara itu gimik yang dibuat pihak lain.

Malah beliau mendakwa, Pas di Pulau Pinang walaupun hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi memiliki peranan besar dalam hal ehwal agama Islam.

"Pemuda menyebut pihak lain yang membuat persepsi. Hakikat pilihan raya amat terserlah di mana pakatan pembangkang mengiktiraf peranan Pas termasuk di Pulau Pinang," katanya.


Abdul Hadi turut menafikan dakwaan golongan ulama semakin terpinggir dalam Pas pada pemilihan kali ini dengan menyatakan seramai sembilan tokoh ulama terpilih di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

"Bagi kami yang penting bukan bilangan tetapi peranan yang dijayakan itu lebih utama. Kalau ramai pun tapi tiada peranan dalam parti tiada guna juga," jelasnya.

Sementara itu dalam ucapan penggulungannya, Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

"Kalau dia (UMNO) kata nak laksanakan Islam dengan bersungguh-sungguh, mari kita muzakarah. Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siar perkara ini.


"Insya-Allah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada," katanya.

Jelas Abdul Hadi, kesediaan Pas bermuzakarah itu dizahirkan dari kepakaran dan pemimpin mereka yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu mendakwa UMNO, bagi mendapatkan kuasa memerintah, sanggup menumpukan strategi bagi mendapatkan dan menguasai undi Melayu semata-mata dan bukannya cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Menurutnya, UMNO mengambil pendekatan menabur semangat kebangsaan bercampur aduk dengan assobiyah (kekitaan) kebangsaan bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Penang Wasabi..

Saturday, November 23, 2013

'Tahniahlah' Mahfuz the Mr.Bean...!!! Gagal kekalkan jawatan Naib Presiden Pas?

Janganlah bersedih...be happy!

'Tahniahlah' diucapkan kepada Mahfuz Omar@The Mr Bean kerana gagal mengekalkan jawatan Naib Presiden Pas apabila hanya memperolehi 504.

Tiga jawatan Naib Presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (917 undi), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (849 undi) dan Datuk Husam Musa (520 undi).

Selain Mahfuz, Salahuddin dan Husam adalah penyandang jawatan itu.

Wasabi Oyabun..

Sah Johor Bercuti Mingguan Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014


Akhirnya desas-desus perubahan semula selepas 20 tahun cuti mingguan negeri Johor telah menemui kata putusnya apabila Sultan Johor mengisytiharkan mengumumkan perubahan tersebut pada sambutan ulangtahun baginda ke 55 yang jatuh semalam.

Ini membenarkan ura-ura bahawa negeri Johor akan kembali bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Sultan Johor isytihar cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.

Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.

Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.

Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.


Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu.


Daulat Tuanku..

Penang Wasabi..

Friday, November 22, 2013

Strok : Ketua 'Tuhan Harun' kini sukar bercakap?


Siasatan ke atas ketua kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai 'Tuhan Harun' menghadapi sedikit kesulitan berikutan lelaki itu gagal berkomunikasi dengan baik selepas diserang simptom angin ahmar.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifudin Ab. Ghani berkata, berdasarkan maklumat isteri ketiga yang ditahan bersamanya sebelum ini, Harun Mat Saat, 47, disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Jun lalu.

"Ini mengakibatkan Harun tidak boleh bercakap sehingga membuatkan urusan merekod keterangannya menghadapi sedikit kesulitan.

"Bagaimanapun lelaki itu memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sewaktu siasatan dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penang Wasabi..

Thursday, November 21, 2013

Wakil mualaf Pemuda Pas Melaka 'bedal' Dewan Pemuda Pas, puji DAP?


'Izin ALLAH DAP menang'

Mahu Pas melihat kembali strategi dalam berpolitik, wakil Pemuda Pas Melaka berkata, DAP di negeri itu tetap menang enam daripada lapan kerusi Dun yang ditandinginya walaupun tidak menempah bendera parti pada PRU13 yang lalu.

"Teguran dibuat melalui saya mengenai sikap strategi kita pada PRU13.

"Di laman sosial, ahli Pas terlalu leka bermain dengan simbol, bendera dan sebagainya... Ia berlaku di peringkat cawangan," ujar Azizan Lim.

"Tapi bila kita minta senarai rumah yang atas pagar untuk kita pergi, gagal nak bagi," katanya lagi.

Tambahnya, "kalau kita rajin pasang bendera pukul 2 pagi, 3 pagi tapi bila nak turun padang esok, sorang pun tak boleh bangun untuk ke rumah-rumah... cari orang-orang daif untuk kita jumpa."

Memuji usaha yang dilakukan parti sekutunya, DAP, Azizan berkata, dengan usaha, strategi yang betul dan izin ALLAH, maka kemenangan memihak kepada yang berhak.

"Siapa yang menjayakan DAP? ALLAH yang menjayakan mereka," katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa DAP mempunyai satu sikap sunatullah yang lebih berbanding Pas.

"Dalam perkara ini, pada pandangan kami DAP ada satu sikap sunatullah lebih berbanding kita.

"Dia berusaha dia berjaya. Siapa pun berusaha boleh berjaya. Pelajar nak SPM, kalau tak belajar hanya baca Yasin saja, boleh berjaya ke?," soalnya.

Penang Wasabi..

Tuesday, November 19, 2013

Ketua Pembangkang dibidas burukkan kepemimpinan di luar negara?


JAKARTA - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai seorang warganegara yang tidak bertanggungjawab kerana terus memburuk-burukkan kepemimpinan negara di luar negara.

Perbuatan Anwar memperkecil pemimpin-pemimpin negara kata Sohaimi, jelas memperlihatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mahu menjadi seorang ahli politik yang populis dan sekali gus meraih simpati orang asing terhadap kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu.

Tindakan tidak bertanggungjawab Anwar juga tegas beliau, memberi gambaran yang jelas tidak memiliki semangat nasionalisme yang seharusnya ada dalam setiap diri warganegara Malaysia.

"Inikah nilai seorang Ketua Pembangkang dengan memburuk-burukkan kepemimpinan negara kepada orang asing? Saya fikir, Anwar harus lebih bijak berpolitik. Sikap sebegini tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin seperti beliau.


Apa yang disebut di sini (Indonesia) semuanya tohmahan yang tidak berasas," kata Sohaimi kepada wartawan di sini semalam.

Sohaimi yang juga Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia dilantik ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Kedutaan Besar Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang mencemuh kepemimpinan negara serta mendakwa pakatan pembangkang gagal memenangi PRU-13 disebabkan oleh penipuan dalam sistem pengundian serta skrip- skrip lama yang dikitar semula dalam usaha menarik perhatian orang asing.

Dakwaan-dakwaan itu dibuat Anwar dalam satu kuliah umum an juran Fakulti Ilmu Sosial Politik di Universiti Indonesia di sini minggu lalu yang dihadiri oleh 300 orang termasuk mahasiswa serta orang awam.

Penang Wasabi..

Monday, November 18, 2013

GAMBAR YANG TAK AKAN DISIARKAN DALAM HARAKAH: HAIWAN KELUAR DARI DALAM KAIN NIK AZIZ?


Gambar ini telah diambil oleh seorang penyokong totok Pas dan beliau terkejut ada sesuatu yang menyerupai binatang keluar dari dalam kain Nik Aziz.

Sebelum itu beliau memohon maaf diatas penyiaran gambar ini dan ianya bukan untuk tujuan fitnah atau untuk memalukan Nik Aziz Nik Mat melainkan sekadar berkongsi mungkin sesuatu yang pelik.

Difahamkan gambar kelihatan Nik Aziz sedang menyelak atau terselak kain ini diambik masa beliau menhadiri satu majlis, mungkin beliau terlupa atau sebagainya Wallahuaalam persoalannya, cuba anda perhatikan apa yang ada dalam kain Nik Aziz itu, ternampak seolah-olah satu benda hidup seperti berkepala, ada mata, ada tangan.

Penyokong Pas totok yang mengambil gambar hanya mahu berkongsi sesuatu yang pelik supaya rakyat boleh buat andaian sendiri?

Wasabi Oyabun..

Sunday, November 17, 2013

Peguam pembangkang dicabar beri khidmat guaman kepada Loade Ardina?


Pembangkang di negara ini terbukti bersikap anti polis kerana tiada sebarang ucapan tahniah mahupun penghargaan dibuat terhadap kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas Ardi Hamza atau nama sebenarnya Loade Ardina Loade Rasila.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, sebaliknya pembangkang lebih gemar membela penjenayah termasuk kumpulan gangster sehingga sanggup menuduh polis sebagai trigger happy (menembak sesuka hati).

Namun jelas beliau, tuduhan pembangkang itu jelas berniat jahat kerana terbukti Loade Ardina, suspek utama dalam kes pembunuhan kakitangan AmBank, Norazita Abu Talib, ditangkap tanpa sebutir peluru pun dilepaskan pihak polis serta tiada secalit calar pun di badannya.


"Sebab itu, saya nak cabar pembangkang terutamanya peguam terkemuka mereka. Sila beri khidmat guaman percuma kepada Loade Ardina kerana ini detik terbaik untuk mereka mendapat publisiti murahan sebagaimana dilakukan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada 23 Oktober lalu, Norazita yang ketika itu sedang membuka peti besi, maut selepas ditembak di muka menggunakan senjata jenis pump gun sebelum suspek yang juga warga Indonesia melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Suspek bagaimanapun berjaya diberkas ketika cuba meloloskan diri melalui laluan tikus di Kota Tinggi, Johor, selepas 19 hari diburu pihak berkuasa.

Penang Wasabi..

Friday, November 15, 2013

Bocor rahsia sulit: Nurul Izzah perlu disiasat?


Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.

Katanya, tindakan undang-undang tidak dikecualikan sama ada pemimpin itu mewakili parti pemerintah mahupun pembangkang termasuk badan bukan kerajaan (NGO)

Langkah itu katanya, bagi menjamin rahsia strategi keselamatan negara tidak terdedah kepada pihak luar.

Bagaimanapun beliau mendakwa, pembocoran rahsia keselamatan negara ini lazimnya dilakukan oleh pemimpin pembangkang bertujuan memburukkan imej negara.

"Pembangkang di negara ini sanggup lakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak yang berkepentingan," katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras, semalam.

Syed Ali memberikan reaksi demikian berhubung pembocoran rahsia keselamatan negara yang didakwa berkaitan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Pihak berkuasa harus siasat bagaimana Nurul Izzah mendapat tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu merupakan rahsia strategi keselamatan negara.

"Dalam isu keselamatan sepatutnya tidak dipersoalkan secara terbuka apatah lagi di depan khalayak umum dan Nurul Izzah selaku wakil rakyat sewajarnya menggunakan saluran yang betul," katanya.

Sebelum ini, laporan dari portal berita melaporkan, Izzah pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.

Izzah berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

Kenyataan Izaah itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu kerajaan menyiasat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Menurut Syed Ali lagi, isu tersebut sengaja dipolitikkan oleh pemimpin PKR bertujuan meraih sokongan rakyat.

"Perbuatan itu sebenarnya bertentangan dengan aspek keselamatan negara.

"Jangan kerana hendak jadi popular dan juara, mereka boleh cakap sesuka hati termasuk membocorkan rahsia keselamatan negara," katanya.

Penang Wasabi..

Nur Jazlan disaran bersara politik, terlibat sepenuh masa dalam korporat?


Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed disarankan agar bersara daripada politik dan terlibat di dalam dunia korporat secara sepenuh masa.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli yang juga ahli UMNO berkata, gesaan itu dibuat berikutan tulisan Nur Jazlan melalui ruangan Pendapat dalam portal Malaysian Insider pada 30 Oktober lalu mengenai pemilihan UMNO yang menyaksikan kekalahannya bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Berikut adalah kenyataan penuh Khairul Anuar berhubung perkara itu:

> Kita difahamkan emosi Datuk Nur Jazlan terganggu apabila cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Johor, menteri Kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi tak tercapai baru-baru ini. Nur Jazlan dikatakan gagal mengawal perasaan kecewa setelah menganggap beliau sahajalah orang yang paling layak pegang jawatan dan kedudukan yang tinggi-tinggi.

> Justeru itu, untuk memulihkan tekanan emosi, kita menyarankan supaya Nur Jazlan diberi kaunseling oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO sebelum keadaan beliau jadi lebih teruk.

> Kita juga ingin buat cadangan supaya orang yang tidak rela kalah bertanding jangan bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO. Penyakit emosi ini tidak sihat bagi perjuangan parti. Kita cadangkan supaya Nur Jazlan bersara terus daripada politik dan masuk ke dunia korporat sepenuh masa.

Penang Wasabi..

Wednesday, November 13, 2013

Pantau maklumat di blog?


Kuantan : Polis yakin dapat mengesan mereka yang terbabit membunuh Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahad lalu selepas memperoleh banyak petunjuk, termasuk maklumat daripada laman sosial.

Antaranya ialah daripada Facebook dan laman blog yang ada kaitan dengan mereka yang disyaki terbabit menembak Ahmad Rafli, di rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata setakat ini, polis telah mengambil keterangan beberapa pihak selain memantau maklumat yang disebarkan dalam laman sosial.

“Kita ambil kira semua maklumat walaupun ada antaranya nampak kecil seperti Facebook dan blog tetapi turut berperanan membantu menyelesaikan siasatan kes ini,” katanya pada sidang media dan mengedarkan lakaran wajah seorang daripada suspek, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini semalam.

Lakaran membabitkan suspek berbangsa Melayu, bertubuh sasa, berkulit sawo matang, rambut dan misai beruban serta berusia lingkungan 55 tahun.

Lakaran hampir tepat

“Ia adalah lakaran wajah suspek yang datang ke rumah mangsa dan memberi salam sebelum seorang lagi melepaskan tembakan. Lakaran ini 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang kita kumpul sehingga kini.
“Lakaran kita edarkan kepada ketua komuniti bagi membantu meluaskan rangkaian maklumat dan yakin dapat membantu mempercepatkan penyelesaian kes,” katanya.

Ditanya dakwaan kononnya ternampak kereta suspek di kawasan Pekan, Sharifuddin berkata, ia tidak benar dan polis masih mengumpul maklumat untuk mengesan lokasi suspek.

Beliau berkata, polis tidak mengetepikan banyak kemungkinan termasuk kes mempunyai kaitan dengan ajaran sesat Tuhan Harun yang dikendalikan mangsa.

Siasat dari pelbagai aspek

“Kita siasat semua sudut termasuk peribadi dan penguatkuasaan yang dilaksanakan mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pernah membuat laporan polis berkaitan sebarang ugutan,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 1.50 tengah hari Ahad lalu, Ahmad, 49, meninggal dunia di depan rumahnya selepas terkena dua daripada tiga das tembakan dilepaskan suspek yang datang ke rumahnya.

Sebelum kejadian sebuah kereta dinaiki tiga lelaki berhenti di hadapan rumahnya dan seorang lelaki memakai kopiah putih memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya di tempat duduk belakang meluru serta melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Penang Wasabi..

Tuesday, November 12, 2013

Rafizi nafi Aziz orang kanan, keluar parti?


Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Lembu menafikan individu yang didakwa sebagai orang kanan beliau akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam ini.

Beliau mendakwa, individu yang dikenali sebagai Aziz itu hanyalah seorang ahli biasa PKR Cabang Pandan dan pernah bertugas sebagai petugas pilihan raya di kawasan beliau pada PRU13 lalu.

"Agak nakal apabila Umno memutarbelitkan cerita bahawa Aziz itu orang kanan saya, Aziz hanyalah petugas di kawasan saya bertanding, termasuk kerja-kerja memasang bendera dan pemandu kereta kempen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Aziz yang mendakwa orang kanan Rafizi akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Noh di bekas bilik gerakan PKR, di Pandan, malam ini.

Tambah beliau, Aziz mengambil tindakan menyertai Umno itu selepas 'kecewa' selepas khemah sementara bilik gerakan pilihan raya PKR yang diletakkan di hadapan rumah Aziz tidak dibayar sebaliknya beranggapan ia adalah sewa tapak sedangkan pihak parti meminta bantuan sahaja daripada sukarelawan.

"Beliau sebenarnya menuntut bayaran yang kami tidak penuhi, jika BN akan beri bayaran lumayan hingga RM5,000 bagi sewa satu tapak bilik gerakan itu.

"Oleh kerana beliau tidak bekerja, atas sifat ihsan, kerap kali saya hulurkan sedikit bantuan kewangan antara RM200 hingga RM300 sahaja sepanjang tempoh kempen pilihan raya lalu.

"Tidak adil jika selepas PRU13, hanya dia sahaja menuntut bayaran sedangkan petugas dan sukarelawan lain kembali kepada aktiviti masing-masing dan bekerja," dakwanya lagi.

Ditanya sama ada Rafizi mempunyai perselisihan faham sebelum ini, beliau menegaskan tidak pernah timbul perkara tersebut malah Rafizi memberikan layanan yang baik sepanjang berkempen.

"Aziz berperwatakan baik, malangnya hingga sekarang beliau masih tidak bekerja, akibat kesempitan wang beliau pergi kepada Umno mengadu nasibnya.

"Umno lebih suka jika ahli kami pergi kepada mereka, dan ia berita gembira buat saya sebab tidak perlu melayan tuntutan wang yang sebenarnya tidak wujud," katanya lagi.

Penang Wasabi..

Monday, November 11, 2013

Pembunuhan bermotif dendam?

Balu Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik, Rosmahwani Abd. Wahab (duduk, empat dari kanan) dan anaknya berdoa ketika bacaan talkin di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi, Kuantan, semalam.

KUANTAN - Polis tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik semalam bermotifkan dendam dan rasa tidak puas hati terhadap penguatkuasaan yang dijalankan oleh mangsa.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani bagaimanapun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan daripada semua sudut termasuk ancaman yang diterima Allahyarham sama ada berkaitan penguatkuasaan atau ancaman peribadi.

"Polis Pahang telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh saya sendiri bagi menjalankan siasatan rapi terhadap kes pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan ini.

"Setakat ini siasatan masih berjalan dan maklumat telah kami peroleh sedikit sebanyak. Saya harap kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh salurkan kepada kami dengan segera," katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi hari ini.

Ahmad Raffli maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini semalam.


Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.55 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di dada kanan dan kerongkong.

Menurut Sharifuddin, siasatan lanjut mendapati suspek tidak memakai jubah seperti dilaporkan sebaliknya salah seorang daripada mereka memakai pakaian biasa berwarna putih manakala seorang lagi memakai baju dan seluar berwarna hitam serta berkopiah.

"Sebenarnya apa yang saya dapat maklumat semalam suspek bukannya berjubah. Justeru siasatan kita tidak akan menjurus kepada pakaian sahaja. Kita kena siasat dengan lebih mendalam.

"Sehubungan itu kita telah melancarkan Ops Tutup di semua jalan di negeri ini bagi memburu suspek terlibat dalam pembunuhan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan memberi perlindungan kepada keluarga mangsa supaya keselamatan mereka tidak diganggu oleh suspek terlibat.

"Saya harap keluarga arwah dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa mereka ini. Insya-Allah polis tidak akan memberi peluang kepada mereka yang terlibat dan kami akan cari mereka sehingga ke lubang cacing," tegas beliau.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan supaya semua anggota penguatkuasaan tidak termasuk polis dan tentera ditempatkan dalam satu kuarters supaya keselamatan mereka lebih terjamin.

"Kalau duduk rumah sendiri itu maklumlah banyak perkara boleh berlaku. Kita tidak tahu siapa musuh mereka. Sebab kadang-kadang ada musuh dalam selimut," katanya.

Penang Wasabi..

Raptai Perkahwinan Jailani Sidek?


Lagenda badminton negara, Dato` Seri Jalani Sidek telah pun melangsungkan majlis resepsi perkahwinannnya dengan ahli perniagaan, Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid, malam semalam.

Berdasarkan foto yang dimuatnaik oleh aktres Umie Aida menerusi laman Facebook miliknya, majlis pasangan ini telah diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara tetamy yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida bersama suami, Norshila Amin yang merupakan penyanyi popular 80′an dan aktres Nur Aliah Lee.

Majlis resepsi ini diadakan hampir genap sebulan selepas bekas isteri Jalani, produser kontroversi Raja Azmi melangsungkan perkahwinannya dengan pemuzik CRK, Eddie di Istana Budaya pada pertengahan Oktoboer yang lalu.

Tarikh perkahwinannya sebenar pasangan itu tidak diketahui, namun ada khabar angin yang mengatakan Jalani berkahwin sebelum bercerai dengan bekas isterinya. Walaubagaimanapun, pasangan tersebut sudah pun selamat diijabkabulkan.

Semuga berbahagia sehingga ke anak cucu. Amin.

Penang Wasabi..

Saturday, November 9, 2013

Kanak-kanak culik ditemui di Tasik Titiwangsa!

Pemandu lori, Hamid Md Isa (kanan), orang awam yang pertama menemui mangsa culik Freddie Joseph, 20 bulan, menenangkan bayi berkenaan ketika ditemui di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, hari ini.

Freddie Joseph, kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar di sini semalam, dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, tengah hari tadi.

Ketika ditemui kira-kira 12.20 tengah hari, dia dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.

Pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata, beliau melihat kanak-kanak itu berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan.

Beliau kemudian segera mendapatkan kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat.

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.

"Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik...tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu. Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.


Menurutnya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman itu.

"Dan saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.

"Selepas itu saya terus menelefon wartawan Bernama dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu," katanya.

Wartawan Bernama kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.

Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Bernama difahamkan ibu kanak-kanak itu Sarah Joseph dalam perjalanan ke balai polis berkenaan.

Dalam kejadian 6.10 petang semalam, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Pada masa kejadian, Sarah, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.

Sementara itu, Sarah tiba di Balai Polis Jalan Tun Razak kira-kira 1.30 tengah hari dengan ditemani beberapa rakannya.

Memakai baju berwarna coklat dan berseluar kelabu, beliau kelihatan amat gembira apabila dipertemukan dengan anak lelakinya itu selepas 18 jam terpisah.

Sambil memeluk erat anakya, beliau dibawa masuk ke dalam balai untuk diambil keterangan. Polis mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengambil keterangan daripada mangsa. Di luar balai, wakil-wakil media yang menunggu Sarah gagal menemu bualnya kerana beliau belum bersedia berbuat demikian.

Gambar Suspek Penculik Bayi Warga Britain Untuk Disebarkan!!!

Polis telah mengedarkan gambar seorang lelaki yang dipercayai suspek dalam kes penculikan seorang bayi warga Britain berusia 20 bulan, Freddie Joseph di Bangsar, Jumaat lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an berkulit cerah dan mempunyai ketinggian 168cm.

Beliau mengesahkan Freddie ditemui selamat di Taman Tasik Titiwangsa pada Sabtu dan diserahkan kepada ibunya.

Ku berkata, bayi tersebut ditemui kira-kira pukul 1.20 petang oleh seorang pesara.

"Lelaki itu kemudiannya menghubungi polis. Kami membawa bayi itu ke balai polis Jalan Tun Razak dan menghubungi ibunya," kata Ku pada sidang media, petang Sabtu.

Ku berkata bayi lelaki itu tidak kelihatan takut atau menangis kerana lapar ketika ditemui.

Penang Wasabi..

Friday, November 8, 2013

Mat Sabu dicabar ulama?


Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada Muktamar Ke-59 parti itu akhir bulan ini dijangka menyaksikan pertembungan sengit satu lawan satu antara penyandangnya, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dilihat bakal berdepan cabaran getir daripada Mohd. Amar yang dicanangkan sebagai mewakili kepimpinan ulama.

Tiga pemimpin Pas yang turut dicalonkan untuk jawatan nombor dua parti iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub serta Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan menarik diri.

Husam memilih untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden manakala dua lagi rakan sejawatannya, Salahuddin dan Datuk Mahfuz Omar berkemungkinan besar mengambil keputusan serupa.

Tuan Ibrahim pula memutuskan akan mencabar tiga penyandang jawatan Naib Presiden tersebut dan beliau mungkin turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menarik diri daripada persaingan merebut jawatan Naib Presiden dan memilih untuk mempertahankan jawatan AJK Pas Pusat.


Seorang lagi calon Naib Presiden, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa turut menarik diri setelah mengesahkan akan bertanding jawatan AJK Pas Pusat.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dan Naibnya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dijangka mengekalkan jawatan masing-masing memandangkan hanya satu pencalonan diterima bagi tiga jawatan tertinggi itu.

Dalam pada itu. lima nama dikatakan bakal berentap untuk jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas setelah penyandangnya, Nasrudin Hassan mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu dan mengesahkan akan bertanding untuk jawatan AJK Pas Pusat.

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob telah mengesahkan penyertaannya dalam saingan merebut jawatan tertinggi sayap itu.

Beliau dijangka berdepan dengan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Dr. Riduan Mohd. Nor; bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat; Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Zulhazmi Zakaria.

Proses pencalonan berakhir pukul 5 petang hari ini dan difahamkan, senarai rasmi calon-calon yang bertanding akan diumumkan di Pejabat Agung Pas Pusat di sini esok.

Penang Wasabi..

Thursday, November 7, 2013

Arafat disahkan mati dibunuh?

Gambar bertarikh 28 Oktober 2004 merakamkan Yasser Arafat dikelilingi beberapa orang doktor dari Tunisia, Mesir dan Jordan di pejabatnya di Ramallah, Tebing Barat. Saintis Switzerland yang menjalankan ujian forensik ke atas mayat Arafat mengesahkan pemimpin Palestin itu mati diracun. - REUTERS

PARIS 7 Nov. - Saintis Switzerland yang menjalankan ujian ke atas sampel yang diambil daripada mayat bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat, mendapati mayat Arafat memiliki tahap radioaktif polonium 18 kali lebih tinggi daripada biasa.

Kumpulan saintis itu menyatakan mereka yakin 83 peratus bahawa pemimpin Palestin itu telah diracun dengan polonium.

Laporan setebal 108 muka surat oleh Pusat Universiti Legal Medicine di Lausanne yang diperolehi secara eksklusif oleh al-Jazeera itu, mendapati tahap polonium yang tinggi pada pelvis dan tulang rusuk Arafat, selain di tanah yang menjadi tempat organ-orangnya mereput.

Saintis dari Switzerland, Perancis dan Rusia itu mendapatkan sampel tersebut pada November lalu selepas menggali kubur Arafat di Ramallah.

Dave Barclay, saintis forensik terkenal yang juga pesara detektif, memberitahu al-Jazeera bahawa dengan keputusan itu, beliau yakin Arafat telah dibunuh.

"Arafat meninggal dunia akibat diracun dengan polonium. Kami telah pun tahu punca kematiannya, tetapi kami tidak tahu siapa yang meracunnya.

"Tahap polonium pada tulang rusuk Arafat ialah 900 milibecquerel iaitu 18 atau 36 kali lebih tinggi daripada tahap biasa," katanya.

Balu Arafat, Suha Arafat, turut menerima salinan laporan itu di Paris, kelmarin.

Laporan itu, bagaimanapun hanya mengandungi maklumat berhubung ujian yang menyebabkan kematian Arafat, tetapi tidak kepada persoalan tentang bagaimana dia diracun. - AGENSI

Penang Wasabi..

Wednesday, November 6, 2013

BERITA BAIK BUAT "BLACKLISTED" DAN MUFLIS..!!!



Akta baru digubal beri pelepasan automatik golongan disenarai hitam institusi kewangan. Kerajaan akan memberi peluang kedua kepada mereka yang muflis atau disenarai hitam oleh institusi kewangan dengan memberi pelepasan automatik kepada yang layak.

Pelepasan yang sedang dikaji adalah untuk mereka yang diisytiharkan muflis selama tiga atau lima tahun. Ia akan dimasukkan dalam akta baru yang sedang digubal untuk menggantikan Akta Kebankrapan 1967.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pelepasan automatik itu antara perkara pokok dalam rang undang-undang yang digubal sejak setahun lalu.

Ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun depan.

“Kita sedang kaji tempoh pelepasan yang sesuai. Kita juga sedang teliti kriteria bagi melayakkan seseorang individu diberikan pelepasan automatik,” katanya di sini semalam.

Terdahulu Nancy menerima kunjungan hormat delegasi sektor undang-undang dan keadilan Uganda yang diketuai Menteri Keadilan dan Perlembagaan, Kahinda Otafiire, di Parlimen.

Ketika ini lebih 245,000 individu diisytihar muflis selain disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan dilarang ke luar negara. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah itu adalah penjamin sosial.

Baru-baru ini, Biro Ekonomi Pemuda UMNO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menubuhkan Sekretariat Bebas Muflis bagi membantu golongan terbabit.

Antara isu utama dibangkitkan ialah ramai individu diisytihar muflis atau disenarai hitam kerana menjadi penjamin bagi pinjaman sosial, iaitu pendidikan, kereta atau rumah dan bukan pinjaman komersial.

Nancy bagaimanapun berkata, kriteria bagi kelayakan pelepasan automatik itu masih dikaji bagi memastikan hanya mereka yang layak menerimanya.

“Kerajaan mahu golongan muflis diberi peluang kedua. Kita juga mahu lebih ramai tampil menyelesaikan hutang mereka,” katanya.

Berdasarkan akta sekarang, ada tiga cara bagi seseorang yang muflis untuk keluar daripada status bankrap, iaitu pelepasan melalui perintah mahkamah, sijil pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi dan pembatalan melalui perintah mahkamah. - klboyz

Penang Wasabi..

Dengarlah keluhan para guru?


Dua minggu lagi cuti sekolah bermula.

Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan.

Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara.

Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya.

Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah.

Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini.

Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.

Apa yang lemahnya dengan sistem ini?

Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik:

(i) untuk menilai potensi murid,
(ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan
(iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa.

Sistem Pangkalan Data PBS Lemah Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam.

Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran.

Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod.

Aduh!!! Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan.

Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.

Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai.

Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem.

Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang?

Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan?

Maka dari sinilah, guru selalu bertanya, siapakah yang membangunkan sistem ini?

Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru?

Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD.

Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan.

Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain.

Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan.

Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita.

Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.

Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching’. Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna.

Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Oleh : PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Penang Wasabi..

Tuesday, November 5, 2013

PRK Sungai Limau bukti sokongan ke atas BN!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau semalam menunjukkan peningkatan sokongan yang membanggakan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya dalam kalangan pengundi Cina.

Menurut Perdana Menteri, keputusan PRK DUN Kuala Besut sebelum ini yang turut menyaksikan majoriti kemenangan bertambah dan penyusutan majoriti kekalahan dalam PRK DUN Sungai Limau, menunjukkan trend sokongan yang boleh dikatakan membanggakan.

Katanya, keadaan itu juga sejajar dengan keputusan dua peti undi yang mempunyai bilangan pengundi kaum Cina lebih ramai berbanding peti undi lain yang turut memihak kepada calon BN.

"Kita tahu kawasan Sungai Limau adalah kubu kuat Pas sebab sudah lima kali pilihan raya umum kita tidak menang, namun PRK kali ini kita berjaya menembusi 10 pusat daerah mengundi (PDM) berbanding Pas sembilan buah.

"Kalau dahulu majoriti kita kalah di tempat itu ialah 2,774 dan kini berkurangan kepada 1,084 undi, ini menunjukkan ada trend sokongan ke arah BN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini hari ini.

Keputusan PRK semalam menyaksikan Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi, apabila calonnya Mohd. Azam Abd. Samat memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang mendapat 10,985 undi.

Najib berkata, beliau percaya dengan kemenangan Pas itu, parti pembangkang pasti tidak akan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang sering mereka lakukan apabila tewas dalam pilihan raya.

"Ini menunjukkan demokrasi di Malaysia segar dan telus serta perjalanan serta keputusan PRK ini tidak boleh dipertikaikan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, satu kajian mendalam mengenai PRK Sungai Limau itu akan dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan dan kelebihan BN sepanjang PRK itu dijalankan.

"Ini termasuklah sokongan kaum Cina, kepemimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan faktor-faktor lain," katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ahli Parlimen Jerai yakin jika jumlah pengundi keluar mengundi sama seperti Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu iaitu 89.3 peratus, BN berpotensi untuk menang.

"Kali ini peratusan yang keluar mengundi adalah 85.2 peratus, saya lihat kalau sampai ke tahap seperti sebelum ini, peluang BN untuk menang ada tetapi kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana pengundi mempunyai hak mereka sendiri," katanya.

Penang Wasabi..

Friday, November 1, 2013

Undi itu adalah rahsia dan propaganda murahan Pas?

Salah satu poster yang dimainkan pihak Pas untuk meraih simpati pengundi di Bukit Choras, Yan, Kedah.

Penduduk di sebuah kawasan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang menjadi kubu kuat Pas mengeluh kerana tiada pembangunan di situ termasuklah kemudahan rekreasi untuk golongan belia.

Dahulu mereka bertahan menyokong Pas kerana keperibadian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi kini situasinya sudah berubah. Berikutan itu sudah ada kesedaran untuk mereka memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) biarpun bimbang kemungkinan akan 'dipulau' seumur hidup.

Namun begitu, penduduk atau mana-mana juga pengundi di kawasan DUN tersebut seharusnya tidak perlu bimbang untuk menyahut slogan BN 'Berani Berhijrah' ia memandangkan undi mereka adalah rahsia.

Tiada siapa pun mengetahui parti mana yang mereka undi melainkan diri sendiri dan Allah SWT. Oleh itu, undilah mengikut gerak hati dan demi atas matlamat untuk menikmati kehidupan lebih baik.

Malah mereka juga tidak harus terpesong dengan propaganda kononnya politik damai yang semua orang tahu dipelopori oleh Allahyarham Azizan bermaksud 'Politik damai… BN dapat Kedah, Sungai Limau untuk Pas'. Ayat ini tertera di sepanduk-sepanduk di sekitar kawasan itu yang memaparkan gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir beramah mesra dengan calon parti itu, Mohd. Azam Abdul Samat.

Sebenarnya, bukan itu yang dimaksudkan dengan politik damai. Politik damai yang dibawa oleh Allahyarham Azizan ialah berpolitik secara berhemah dan tidak melakukan tindakan yang boleh memecah-belahkan umat Islam biarpun berbeza parti.

Sebab itu, Allahyarham Azizan dihormati oleh kawan dan lawan, tetapi malangnya Pas sendiri diihat seolah-olah cuba memutar-belitkan maksud politik damai. Mereka menjurus kepada pembahagian kerusi sedangkan dalam pilihan raya, kita perlu menyerahkan rakyat menentukan siapa yang mereka fikir mampu membela nasib mereka.

Justeru, tidak payahlah, Pas cuba mengabui mata pengundi di Sungai Limau melalui pendekatan yang boleh dianggap propaganda murahan dan taktik terdesak untuk meraih kemenangan.

Sebaliknya, amalkan politik damai yang sebenarnya dengan memastikan penceramah mereka tidak bermulut celupar ketika berceramah termasuklah menuduh kerajaan BN melayan rakyat seperti 'roti canai'.

Tetapi kita percaya Pas tidak akan berubah sebaliknya pengundi kawasan Sungai Limau yang akan berubah kerana mereka semakin mengenali corak politik Pas yang dilihat 'cakap tak serupa bikin'.

Apa pun kepada pengundi DUN Sungai Limau mengundilah dengan tenang buatlah pilihan betul atas prinsip 'Berani Berhijrah' demi kebaikan ummah di kawasan tersebut, jangan bimbang undi anda adalah rahsia!

Penang Wasabi..