Agak menarik apabila Guan Eng masih lagi tidak mahu mengaku akan kesalahan dan kelemahan diri sendiri yang mengakibatkan bekas pemimpin PKR meninggalkan PKR dan seterusnya Pakatan Rakyat! Beliau di lihat masih cuba hendak menegakkan benang yang basah apabila menyuruh rakyat sendiri menilai prestasi bekas pemimpin PKR yang meninggalkan parti ini. Padahal masalah sebenar adalah dari cara beliau mentadbir negeri Pulau Pinang sendiri!
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, meminta penduduk Pulau Pinang menilai sendiri tindakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, dan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin, keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Rakyat sudah bijak untuk menilai mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tan dan Mohammad Fairus itu. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata tindakan kedua-dua anggota PKR itu tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri. "Kita akan terus berkhidmat dengan mandat yang diberikan kepada kita dan kita tidak akan terganggu dengan perkara itu," katanya.
Semalam, Mohammad Fairus mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno manakala Tan yang mengumumkan keluar parti itu pagi ini, akan menjadi wakil rakyat Bebas.
Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.
“Atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara, saya mengumumkan penyertaan dalam Umno dan keluar PKR kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam mempertahankan Islam,” katanya. Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.
Manakala Ahli Parlimen Nibong Tebal dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menjadi wakil Bebas.
Tan berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mendapati kepimpinan PKR tidak menyelesaikan masalah dalaman parti, manakala Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula menjalankan pentabiran diktator di Pulau Pinang. "Tak ada saluran untuk kemukaka masalah dan tidakan disiplin diambil tanpa siasat. Saya kesal dengan sikap kepimpinan PKR, saya juga tak sanggup tunduk kepada sikap diktator dan cara kerja Guan Eng," katanya.
Seorang lagi bekas pemimpin PKR iaitu Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi. Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan.
"Anda sendiri boleh menjangkakan siapa mereka ini kerana wakil rakyat terbabit adalah terdiri daripada mereka yang bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Datuk Sallehuddin Hashim yang juga mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR. Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR.
Adakah pemimpin PKR masih memikirkan mereka yang keluar parti ini sebenarnya adalah duri di dalam daging kerana memberi masalah kepada parti? Tidakkah mereka memikirkan dengan keluarnya bekas pemimpin-pemimpin PKR ini akan menyebabkan mereka bakal kehilangan kerusi sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen? Wallahuallam.
Penang Wasabi
No comments:
Post a Comment