~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, March 5, 2010

Zulkifli bertegas kalimah Allah!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.

Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin parti beragama Islam, katanya, situasi majoriti ahli panel yang beragama Kristian tidak boleh diterima kerana isu kalimah Allah membabitkan penganut agama berkenaan secara langsung.

Justeru, beliau tidak mengiktiraf penubuhan lembaga disiplin itu dan menggesa kepimpinan tertinggi PKR berlaku adil kepadanya dengan hanya membariskan tokoh beragama Islam bagi membincangkan kesnya berhubung isu tersebut.

''Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan.

''Keadilan menuntut saya dibicarakan oleh mereka yang sekutu dengan saya, iaitu mestilah beragama Islam kerana ini membabitkan isu kalimah Allah, isu umat Islam," katanya kepada pemberita selepas kira-kira 30 minit panel itu bersidang di sini hari ini.

Zulkifli berkata, beliau sebenarnya telah meminta PKR membariskan ahli panel beragama Islam dalam meneliti isu itu melalui tiga surat bertarikh 16, 25 dan 27 Februari lalu kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

''Jika mereka meneruskan juga perbicaraan terhadap saya dalam isu kalimah Allah ini, bermakna panel lembaga disiplin ini dan PKR jelas tidak menghormati Islam dan umat Islam,'' katanya.

Tambahnya, beliau mungkin mengambil 'satu' tindakan sekiranya PKR terus membariskan tokoh bukan Islam sebagai ahli panel lembaga disiplin berkenaan.

Sambil menegaskan tetap dengan perjuangan PKR, Zulkifli memberitahu, beliau tidak akan sesekali berkompromi dalam isu agama.

Beliau mendakwa, penubuhan lembaga disiplin itu dengan dibarisi penganut agama lain adalah 'hasil kerja' firaun-firaun kecil' yang berupaya mempengaruhi kepimpinan parti yang tidak senang dengannya.

Empat anggota panel disiplin itu ialah Syed Kamarulzaman Syed Kaber selaku ketua panel manakala dua lagi aktivis Kristian, Goh Keat Peng dan Chew Swee Yoke serta seorang beragama Hindu, T. Kumar.

Zulkifli dihadapkan ke lembaga disiplin PKR kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Penang Wasabi

3 comments:

  1. Mana ada orang Islam yang lebih keislamannya daripada Zulkifli dalam PKR.... suruhje CIFUT BABI mengetuai Lembaga Disiplin tu tengok.. ada beranika dia berhujah pasal Islam dengan Zul... tarak berani lo.... dengan klon umar abdul aziz bolehkut?

    akai adaka?

    ReplyDelete
  2. sekurang2nya, rakyat akan nampak pendirian pkr tentang islam...betapa mrk tunduk kpd golongan kafir utk ketepikan yb zul.

    ReplyDelete
  3. Ramai benor yg nak melindungi kalimah Allah, maka apakah mereka tak membaca dengan sebenar-benarnya maksud bacaan di bawah?

    ‘A’uzubillahiminasyaitanirrajim’ @ ‘aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam’.

    Maka apakah mereka tersalah baca dengan bacaan seperti berikut:

    ‘Aku pelindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’????

    Banyak sekali puji-pujian yang kita terima sepanjang hidup kita hinggakan tak terkira banyaknya. Maka apakah sesuai untuk dikatakan ’segala puji bagi kita’ dan bukan lagi ’segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam’ @ Alhamdulillahirabbilalamin’?

    ReplyDelete