Pas tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang. Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.
"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.
"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung... saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas... ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Sebelum itu : UMNO Kulim-Bandar Baharu 'hulur tangan' kepada Zulkifli
Pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengamalkan demokrasi sebenar sebagaimana dilaungkan oleh pemimpin parti berkenaan.
Ketua UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, sebaliknya ia melambangkan sikap sebenar pemimpin PKR yang tidak boleh menerima kritikan walaupun ia untuk kebaikan parti itu dan negara.
"Pemimpin PKR hanya mengamalkan demokrasi terpilih, mereka hanya menjaja istilah demokrasi apabila perkara berkenaan menguntungkan pemimpin mereka tetapi sekiranya sesuatu perkara itu tidak memberi faedah kepada perjuangan mereka, ia ditolak begitu sahaja," katanya.
Aziz mengulas mengenai pemecatan Zulkifli daripada PKR oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan semalam dan majlis tersebut turut mendesak agar Ahli Parlimen itu mengosongkan kerusi Parlimennya.
Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian. Abdul Aziz menjelaskan, orang ramai kini sudah boleh menilai perjuangan sebenar PKR dengan senario terbaru yang berlaku di dalam parti berkenaan.
Katanya, UMNO Kulim-Bandar Baharu lebih bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen Bebas dalam usaha membangunkan kawasan berkenaan.
"Demi kepentingan rakyat, kita akan menghulurkan tangan menjalinkan kerjasama, kita boleh berunding bentuk bantuan yang beliau perlukan dalam perjuangannya," katanya.
Abdul Aziz merupakan calon Barisan Nasional (BN) yang ditewaskan oleh Zulkifli bagi kerusi Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Sementara itu : Pemecatan Zulkifli bukti PKR tolak perjuangan Islam
Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bukti parti itu secara terang-terangan menolak perjuangan Islam.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin juga percaya keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu akan membuka ruang yang lebih besar kepada lebih ramai pemimpin PKR meninggalkan parti tersebut.
Menurutnya, tindakan pemecatan Zulkifli menunjukkan bukti yang parti tersebut hanya memperjuangkan kepentingan pemimpin tertinggi mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Isu-isu berkepentingan rakyat yang menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan negara tidak mendapat tempat dalam agenda mereka,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Rosnah berkata, keputusan pemecatan itu juga langsung tidak memberi peluang kepada Zulkifli untuk membela diri yang menunjukkan tiada ruang rundingan dan perbincangan antara pihak yang menjatuhkan hukuman dan pihak yang dihukum.
Menurut beliau, perkembangan terbaru ini juga menunjukkan seolah-olah perjuangan Zulikifli untuk mempertahan dan memperjuangkan Islam sama sekali bertentangan dengan perjuangan barisan kepimpinan PKR.
Katanya, apa yang berlaku semakin menunjukkan perjuangan barisan kepimpinan PKR hanya mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.
Tambah beliau, konsep ketelusan dan bersedia ditegur serta menerima pandangan rakyat ternyata perbuatan 'cakap tidak serupa bikin' apabila mereka memutuskan pemecatan Zulkifli.
''Barisan kepimpinan PKR hanya menghormati pandangan dan menjaga hati DAP, manakala Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Anwar menghalalkan yang haram,'' katanya. Menurutnya, DAP hanya menyokong kuat Anwar untuk memastikan matlamat menegakkan perjuangan 'Malaysian Malaysia' tercapai.
Layakkah seorang ahli politik " Tin Kosong " seperti Mahfuz mempersoalkan kewibawaan YB Zulkifli tentang Islam? Cakap berdegar-degar, tetapi di bontot penuh dengan najis. Seharusnya rakyat sudah dapat menilai siapa Mahfuz Tin Kosong yang sebenarnya. Wallahuallam.
Penang Wasabi
Zulkifli Noordin akan mengkaji dengan serius pelawaan menyertai Pas oleh Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabtu lalu.
ReplyDeleteSehubungan itu katanya, beliau akan menemui pucuk pimpinan Pas dalam tempoh terdekat berhubung pelawaan tersebut.
''Saya ucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada Tuan Ibrahim. Sudah pasti saya akan mengkaji dengan serius pelawaan beliau. Insya-Allah saya (akan) mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan tidak lama lagi,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru, Jazakallah di laman blognya, http://zul4kulim.blogspot.com yang disiarkan hari ini.
Zulkifli pada Sabtu lalu dipecat daripada PKR ekoran tindakannya meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin parti itu berhubung isu kalimah Allah.
Beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi oleh aktivis Kristian.
Zulkifli ketika mengulas mengenai pemecatannya kemudian menyifatkan ia sebagai titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi selain merupakan permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.
Selain itu beliau berkata, keputusan itu juga jelas membuktikan PKR telah dikuasai sepenuhnya oleh firaun-firaun kecil yang selama ini mempunyai agenda dan rancangan jahat lagi anti-Islam.
Ditanya mengenai firaun-firaun kecil, Zulkifli dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Utusan Malaysia berkata, pemecatannya daripada PKR akan menyebabkan kumpulan itu lebih mengganas.
''Ini kerana benteng terakhir Islam di dalam PKR telah berjaya mereka ketepikan,'' katanya ringkas.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAgak menarik apabila YB Zulkifli mempertimbangkan untuk menerima pelawaan menyertai PAS? Sepertimana yang kita ketahui YB Zulkifli yang paling lantang menyanggah khalimah Allah digunakan oleh pihak gereja. YB Zulkifli tahu sebahagian daripada pemimpin-pemimpin PAS juga menyokong khalimah Allah di gunakan oleh Kristian kecuali Ustaz Haron Din? Tetapi mengapa YB Zulkifli masih mahu menyokong PAS? Bukankah bakal ada pertelingkahan tentang isu ini kemudian jika Zuilkifli sudah menjadi ahli PAS nanti..!!! sama-samlah kita fikirkan..
ReplyDelete