~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, March 15, 2010

ADUN Lunas adakan pertemuan dengan pemimpin UMNO Kedah!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd. Radzhi Salleh telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO negeri bagi menyatakan hasrat untuk menyertai parti tersebut, baru-baru ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Ahmad Zubib Saad berkata, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah mengunjungi beliau di sini untuk mengadakan perbincangan mengenai prosedur kemasukan dan keahlian dalam UMNO.

Malah, katanya, Mohd. Radzhi turut bercadang menubuhkan satu cawangan UMNO dalam kawasan Padang Serai bersama-sama penyokongnya yang terdiri daripada bekas ahli PKR.

"Saya pernah dikunjungi Mohd. Radzhi dan beliau memaklumkan hasrat untuk menyertai UMNO kira-kira dua bulan lalu. "Beliau ada bertanyakan kepada saya persediaan untuk menubuhkan cawangan UMNO kerana beberapa penyokong PKR turut bersama-sama mahu sertai UMNO.

"Saya berikan penjelasan bahawa kita tidak mempunyai masalah dan halangan kerana UMNO sentiasa terbuka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Zubib berkata demikian ketika mengulas rancangan Mohd. Radzhi yang akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Akhbar hari ini memetik laporan Bernama menyatakan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah itu bersedia menyertai UMNO selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini semalam.

Pada majlis itu, Mohd. Radzhi turut mendakwa, sekurang-kurangnya 10 lagi ADUN dan Ahli Parlimen PKR Kedah dan negeri-negeri lain akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat. Katanya, beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

Mohd. Radzhi berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri. Zubib berkata, beliau telah mencadangkan kepada Mohd. Radzhi untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan UMNO Bahagian bagi mendapat maklum balas dan tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abd. Rahman Mahamud berkata, UMNO tidak menghalang sesiapa saja yang ingin menyertai parti tersebut.

Penang Wasabi

1 comment: