~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, December 11, 2010

Wahai MB Khalid gagap, tolong baca dan fahamkan! : Sultan Selangor Tak Percaya Laporan Kerajaan Pakatan Krisis Air Berlaku Tahun 2020.

Wawancara khas oleh pihak Utusan Malaysia yang diwakili oleh Zulkefli Hamzah, Ku Seman dan Saiful Haizan bersama DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj di Istana Mestika Shah Alam.

Tajuk : KETEPIKAN EGO UNTUK UTAMAKAN RAKYAT

Apa pandangan Tuanku tentang kontrovesi penstrukturan bekalan air antara Kerajaan Pusat, negeri dan syarikat pemegang konsesi…?

SULTAN : Bukan sekarang baru saya sebut isu air ini. Dari zaman BN lagi. Saya tulis surat kepada Pak Lah [Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi] supaya isu air diatasi segera pada 2006 dan 2007. Saya tulis juga surat kepada Menteri Besar, selesaikan masalah air segera. “lama dah tulis surat, sebab saya tak mahu rakyat kata, apa Sultan Selangor ni.., masalah air tak selesai tapi dia diam sahaja..” Saya tak diam dan saya bukan nak campur tangan dalam pentadbiran kerajaan yang dipilih rakyat. Saya risau masa depan bila tiada air, rakyat bangkit memberontak.

Air ini utiliti penting, kalau lelektrik tak cukup, orang kaya boleh beli generator elektrik dan orang miskin boleh guna lilin atau pelita. Tetapi air tiada alternatif. Kita kena ingat ramai rakyat duduk di flat tinggi tinggi. Jangan kata mereka kena turun, tunggu trak bawa air tepi jalan dan naik balik. Mustahil..! Kita urban.

Yang penting juga, kalau tak cukup air di Selangor, Keluaran Dalam Negara Kasar [KDNK] akan terjejas. Kerana industri di Selangor menyumbang kepada 46 peratus KDNK. Kalau tiada air, saya pasti kilang akan lari ke negeri lain yang lebih murah kos operasinya, Jika ini berlaku rakyat saya tiada kerja. Tapi mereka tak nampak. Macam mana nak selesai? Bukannya kita tanda tangan hari ini, esok terus dapat air. Kena buat loji, rangkaian paip dan buka tender. Ini semua proses yang panjang.

Kita kena ingat rakyat Selangor meningkat lima peratus setiap tahun. Ini bukan disebabkan kelahiran anak negeri tetapi berpunca daripada penghijrahan rakyat negeri lain untuk cari rezeki. Kita tak boleh halang mereka berhijrah kesini. Bayangkan kalau ada krisis air, teruk kita nanti.

Saya dah buat tugas saya, sebab kita buat surat. Ia bukan surat sulit tetapi dilengkapi fakta selain permintaan ia diselesaikan segera. Tolong selesaikan masalah air ini. Tolonglah ketepikan politik. Mesti ingat rakyat. Rakyat kena utamakan.

Umum melihat tertangguhnya penstrukturan semula bekalan air Selangor berpunca daripada perbezaan pendapat selain mahu mempertahankan ego. Apa pandangan Tuanku?

SULTAN : Saya tak tahu dengan terperinci. Saya faham dulu punya tujuan beli air. Penjual, Puncak Niaga setuju untuk menjual pada harga yang dipersetujui Kerajaan Pusat. Saya rasa persetujuan dah dicapai. Mungkin saya silap tetapi saya jangka Menteri Besar dulu [Khir] mungkin tunggu nak tanda tangan lepas Pilihan Raya Umum ke 12. Masa itu BN fikir mustahil untuk mereka terlepas Selangor. Saya mahu supaya semua pihak ketepikan ego kerana rakyat lebih penting.

Saya ada terbaca dalam buku kecil PBB, air didunia cukup tetapi kebanyakannya gagal diurus dengan baik hingga berlaku krisis. Selangor maju tetapi esok kena gazet Selangor negeri tak maju. Bukan bergerak ke depan tetapi berundur ke belakang. Jadilah macam Afrika, tunggu trak air datang.

Saya tak faham, dalam laporan dulu kata 2012 akan berlaku krisis air di Selangor. Laporan kerajaan baru pula kata 2020. Tetapi saya percaya akan berlaku 2012 sebebnya penduduk sudah meningkat.

Nampaknya waktu amat suntuk Tuanku?

SULTAN : Ya…, kalau tanda tangan tahun depan bukan terus boleh dapat air. Kita akan menderita tak mandi dan tak masak. Di kampung tiada air boleh mandi sungai. Di sini mana ada sungai bersih, semua kotor. Kalau nak korek perigi, mana nak korek? Saya lega bila ditanya mengenai isu air sebab ramai yang tak tahu kita dah letih ‘membebel’. Saya tak umum dalam akhbar, ini antara saya dengan kerajaan. Nanti orang kata saya gila publisiti.

Disiarkan pada ruangan RENCANA Minggun Malaysia, Ahad 5 Disember 2010.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment