~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, December 30, 2010

Pakatan Leaks : 'Gula-gula' pembangkang kelirukan rakyat!


















Ada gula-gula baru daripada pakatan pembangkang untuk warga pendidik. Tujuannya tidak lain untuk memancing undi kerana menyedari ada lebih setengah juta mereka yang berkhidmat di bidang pendidikan.

Ini adalah sasaran utama pakatan pembangkang kerana mereka mendakwa 80 peratus guru menyokong pembangkang pada pilihan raya 2008 lalu. Jadi mereka cuba menarik guru menyokong mereka.

Kali ini ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji untuk memberi imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 sebulan kepada semua guru dan pegawai terbabit.

Apakah warga pendidik terutama guru-guru begitu bodoh untuk menerima bulat-bulat janji manis pakatan pembangkang itu? Kalau Anwar seorang yang begitu prihatin dengan warga pendidilk kenapa ketika menjadi Menteri Pelajaran beliau tidak melakukannya?

Kini dalam keadaan terdesak beliau mula nampak guru yang ramai jumlahnya berpotensi untuk dipergunakan bagi kepentingan politiknya. Jalan mudah yang digunakan ialah menjanjikan imbuhan wang. Bagi guru-guru yang sedar akan kemurnian kerjayanya pasti berasa mereka bukan boleh dijual beli dan wang bukan segala-galanya.

Namun Anwar beranggapan wang adalah segala-galanya dan guru-guru boleh dibeli. Sebenarnya ini adalah satu penghinaan kepada warga pendidik. Anwar mungkin berkata kepada rakan-rakan pembangkang bahawa dia tiada masalah menarik sokongan guru-guru. Janjikan mereka imbuhan wang. Mereka pasti sokong kita.

Begitulah rendahnya pandangan Anwar kepada warga pendidik. Dalam keadaan terdesak beliau menggunakan apa jua cara bagi mencari sokongan. Ini menunjukkan beliau sudah ketandusan idea dan hilang kewarasan dalam mencari pengaruh.

Seperti biasa Anwar akan meracau. Kini beliau cuba mengaitkannya dengan perbelanjaan Perdana Menteri ke luar negara sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan 1,450 orang guru. Perbandingan ini tujuannya untuk memberitahu rakyat kononnya Perdana Menteri membazirkan wang rakyat dengan ke luar negara.

Salahkah Perdana Menteri ke luar negara bagi tugas rasmi kerajaan? Anwar pun baru jadi ketua pembangkang, sudah berapa banyak ke luar negara? Ketika dalam kerajaan dulu, berapa banyak Anwar habiskan wang rakyat ke luar negara? Tetapi itulah dia cara Anwar mengelirukan rakyat.

Anwar cuba memperdaya perhatian rakyat kononnya Perdana Menteri membazirkan wang dengan ke luar negara. Bagi yang tidak berfikir tentulah serta merta mengiakan propaganda Anwar itu.

Kita tidak marah beliau berjanji hingga nak bagi bulan dan bintang. Bagilah. Tetapi munasabah atau tidak? Belum memerintah bolehlah cakap. Janji pilihan raya 2008 pun masih banyak belum ditunaikan.

Bila tidak mampu kerajaan terdahulu (BN) disalahkan. Ini berlaku di negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang. Kerja menuding jari sudah menjadi budaya pakatan pembangkang.

Kita harap warga guru tidak terpengaruh dengan dakyah pakatan pembangkang. Masa depan anak didik lebih penting. Pembangkang hanya mahu jadikan guru sebagai alat mencapai cita-cita politik mereka.

Kalau Anwar seorang yang jujur, ikhlas dan sebelum menjanjikan imbuhan untuk guru, sambutlah cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Anwar mencadangkan dulu kepada empat negeri dikuasai pakatan pembangkang memberi imbuhan kepada kakitangan awam mereka. Boleh?

Kalau tak boleh, usahlah bercakap soal pembelaan. Jangan menangguk di air keruh untuk menjadi juara. Anwar bolehlah cakap apa saja. Kalau beliau seorang pakar ekonomi tentu beliau tahu apa implikasi pemberian imbuhan kepada kewangan negara.

Sebab itu, dalam memberi sesuatu imbuhan, kerajaan melihatnya secara holistik, tidak hanya pada sesuatu kelompok pekerja. Kakitangan awam lain juga diberi pembelaan dan berlaku adil kepada semua.

Bukan seperti pembangkang yang memilih kelompok yang ada kepentingan politik mereka sahaja. Itu yang mereka kata keadilan sosial. Itulah bezanya antara BN dan pembangkang. Tunggulah mereka memerintah. Yang tidak disenangi dan tidak memihak kepada mereka akan disingkir.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment