~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, December 4, 2010

Guan Eng si ketua lanun gagal bela nasib rakyat Pulau Pinang..!!!

Rumah di Pulau Pinang yang paling mahal! Itu fakta terkini yang didedahkan kajian yang diketuai oleh Dr. Micheal Lim Mah Hui, Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi & Alam Sekitar (SERI).

Menurut kajian, purata harga rumah di Pulau Pinang adalah RM 540,000.00, jauh lebih tinggi dari purata harga rumah di sekitar Lembah Klang, RM 390,000.00. Sudahlah tanah milik Melayu hanya tinggal 1.16 % sahaja! Selepas ini, mungkin rakyat Pulau Pinang terpaksa hidup di dalam bot, perahu dan merancang menubuhkan perkampungan terapung di laut…

Siapakah yang mampu membeli rumah yang puratanya berharga RM 1/2 juta ini? Persoalan ini harus dijawab sepenuhnya oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang gagal memantau kenaikan harga pasaran rumah di “Pulau Mutiara” tersebut.

Kenaikan harga rumah yang ternyata melampau ini secara jelas adalah dibawah kelulusan pihak Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang berikutan kuasanya meluluskan projek-projek perumahan tempatan. Selain itu, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang juga berkuasa penuh terhadap pentadbiran tanah di Pulau Pinang.

Hanya kerana beralasan memperolehi pulangan cukai yang lumayan dari pihak pemaju perumahan, Kerajaan DAP Pulau Pinang melupakan keperluan asas rakyat negeri tersebut bagi memiliki rumah sendiri. Jelas sekali, Guan Eng melupakan rakyat Pulau Pinang yang majoritinya tidak mampu memiliki rumah-rumah yang sangat tinggi harganya.

Dengan melonjaknya harga rumah di Pulau Pinang dengan sewenang-wenangnya ini, maka rakyat negeri itu hanya mampu menyewa rumah kampung dan flat-flat kos rendah sehingga ke akhir hayat…

Mengapakah Kerajaan DAP Pulau Pinang ini “terlepas pandang” dengan nasib majoriti rakyat Pulau Pinang yang tidak memiliki rumah sendiri? Bukankah selama ini Guan Eng, PKR dan PAS Pulau Pinang begitu mendabik dada sebagai “pembela nasib rakyat”?

Mengapa nasib rakyat Pulau Pinang tidak diperjuangkan untuk memiliki rumah sendiri? Apakah dengan “habuan” dari pihak pemaju perumahan menyebabkan Guan Eng dan exco-exconya “kelam mata”? Nampaknya nasib rakyat Pulau Pinang berubah teruk selepas pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah Pulau Pinang…

Mari kita imbas kembali rentetan kronologi isu “rakyat Pulau Pinang kehilangan rumah atau tempat tinggal”. Pertamanya, isu Kampung Buah Pala. Kampung ini turun temurun menjadi tempat tinggal “pusaka” bagi bangsa keturunan India di Pulau Pinang.

Dengan kuasa dan kerakusan keuntungan, Kerajaan DAP Pulau Pinang ”merampas” keperluan asas kehidupan manusia ini dengan kejamnya. Kemudian satu demi satu kawasan perkampungan Melayu di”rampas” kejam oleh Guan Eng dan konco-konconya, termasuklah yang paling terkini di Kampung Genting, Balik Pulau.

Kampung-kampung yang menjadi tempat tinggal dan kawasan perumahan turun temurun dirobohkan begitu saja oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Sudahlah begitu, kawasan-kawasan perniagaan gerai kecil-kecilan orang Melayu dan India juga turut menjadi mangsa “hujung jari” Guan Eng. Nak cari makan pun susah…

Sudah rumah dirobohkan, gerai mencari makan dirampas Kerajaan Guan Eng, kini rakyat Pulau Pinang di”jemput” membeli rumah yang berharga lebih dari RM 1/2 juta??? Rasionalkah perencanaan sosioekonomi mengikut acuan DAP, PKR dan PAS Pulau Pinang ini? Ini bukan “membela” namanya, ini “nak kasi mampos”…!!!

Sepatutnya, jika DAP, PKR dan PAS ingin mendabik dada sebagai “pembela nasib rakyat”, seharusnya mereka menjaga kebajikan rakyat negeri Pulau Pinang. Binalah rumah “mampu milik” yang sederhana harganya dan tidak melampau. Sepatutnya Guan Eng hanya meluluskan projek perumahan yang menawarkan harga berpatutan kepada rakyat negeri Pulau Pinang.

Guan Eng mesti menggalakkan pemaju perumahan membina kos sederhana yang lebih mampu dibeli rakyat, berpadanan dengan pendapatan mereka yang kebanyakkannya berpendapatan sederhana. Kerajaan Guan Eng harus mendahulukan pemilikan rumah kepada rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu…

Menurut kajian, rumah-rumah mahal di Pulau Pinang ini kebanyakkannya dibeli oleh pelabur asing dan spekulator yang kaya-raya, dan ingin terus memeras hartanah milik rakyat Pulau Pinang ini. Mengapa “kera di hutan disusukan dan anak di rumah dibiar kelaparan”?

Mengapa diberikan khazanah hartanah di Pulau Pinang kepada pihak asing, sedangkan anak Pulau Pinang sendiri terpaksa berkerja kuat untuk membayar sewa rumah yang semakin tinggi oleh tuan-tuan rumah “kedaung” itu? Jelas, Guan Eng dan Kerajaan DAP, PKR dan PAS Pulau Pinang gagal membela nasib rakyat…

Hakikat ini sudah terjadi. Kini, para pembaca boleh mengunjungi Pulau Pinang dan melihat sendiri rumah-rumah mewah tahap melampau sedang dibina di sekitar Tanjung Bungah, Batu Feringghi, Teluk Bahang dan banyak lagi kawasan-kawasan strategik. Dan harga rumah-rumah tersebut tentunya tidak mampu dibayar oleh majoriti rakyat Pulau Pinang.

Penulis sendiri baru-baru ini ada ke Pulau Mutiara tersebut. Teringin juga membeli rumah di tepi pantai Batu Feringghi. Namun bila melihat harganya, sampai mati pun rasanya penulis tak mampu membeli rasanya. Sekadar “menelan air liur” sajalah…( myKMU ).

Nampak sangat Guan Eng si ketua lanun ini nak menghalau orang Melayu dari Pulau Pinang secara halus!!!

Dimana Pakatan Rakyat kuat, disitu rakyat bakal merempat!!!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment