~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, December 25, 2010

Temberang PKR dan Guan Eng Leaks..!

KONVENSYEN 1

HAMBAR dan tidak menyakinkan. Itulah yang Awang dapat rumuskan terhadap konvensyen pakatan pembangkang Ahad lalu.

Walaupun pada akhir konvensyen itu, pakatan mengeluarkan Buku Jingga yang meliputi janji-janji bagi program 100 hari jika memerintah, ia umpama senjata makan tuan. Buku Jingga itu mula menjadi bahan momokan kerana banyak janji pakatan pembangkang di negeri-negeri pimpinannya tidak terlaksana. Janji-janji semasa kempen pilihan raya umum lalu masih menghantui rakyat, inikan pula mahu disajikan senarai janji baru.

Di Selangor sahaja, ada komitmen 12 perkara daripada manifesto lama tidak diendahkan. Itu belum Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Di Kelantan, isu bekalan air bersih untuk rakyat masih gagal diselesaikan walaupun telah 20 tahun Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat memerintah. Nasihat Awang, selesaikanlah dahulu segala janji, barulah wajar jika mahu membuat janji baru.

Lagipun apabila bercakap tentang janji, antara paling cepat terlekat di minda rakyat ialah pembohongan dan janji palsu ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dalam isu 16 September. Pada Awang, ini semua strategi pakatan untuk menarik semula keyakinan rakyat ekoran perkembangan terkini yang tidak memihak kepada mereka.

Awang percaya seandainya pembangkang memerintah, tumpuan utama bukanlah untuk melunaskan janji tetapi untuk menyelamatkan Anwar terlebih dahulu daripada kes perbicaraan liwat. Ini diikuti usaha untuk menulis semula Perlembagaan dan memperhebatkan kesamarataan (tanpa mengambil kira sejarah dan asas kenegaraan). Akhirnya nanti, temberang berulang lagi.

KONVENSYEN 2

Selain isu janji dan retorik, perkara paling memualkan ialah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Barisan Nasional (BN) mempergunakan agama, bangsa dan raja-raja Melayu. Awang melihat ia merupakan strategi beliau untuk mengalih banyak isu kelemahan dan kepincangan pembangkang khususnya pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Apa pun kenyataan itu suatu lagi penghinaan DAP ke atas Islam dan Melayu. Pelajar sekolah pun tahu bahawa BN yang diterajui oleh UMNO, adalah parti politik paling komited dalam menjunjung Perlembagaan termasuk mempertahankan kepentingan agama dan bangsa.

Maka apabila Guan Eng membuat tuduhan sedemikian, ia menampakkan bahawa beliau mempunyai muslihat jahat. Mengaitkan raja sebagai pihak yang dipergunakan adalah amat tidak wajar. Raja-raja Melayu bukan golongan yang boleh dipergunakan. Peringatan tegas raja-raja Melayu kebelakangan ini agar dipertahankan Perlembagaan dibuat atas keprihatinan dan kebimbangan baginda sekalian, bukannya dipengaruhi oleh BN dan UMNO. Sedangkan bukan rahsia lagi, yang sedang mengasak untuk merobek Perlembagaan adalah DAP dan PKR.

Begitu juga dengan dakwaan beliau bahawa pemimpin BN dan para pembaca serta penyokong Utusan Malaysia bukan rakyat Malaysia yang sebenar. Kenapa Utusan diserang sedangkan ia mendokong Perlembagaan sejak merdeka lagi?

Apakah hanya kerana tidak mengikut aspirasi DAP lalu pihak lain sewenang-wenang dipersoalkan status kerakyatan. Sepatutnya soalan itu ditujukan kepada Guan Eng. Apakah beliau rakyat Malaysia yang sebenar dan manakah kiblatnya, di dalam atau luar negara?

Awang mencabar Guan Eng supaya berikrar secara peribadi untuk menjunjung sepenuhnya Perlembagaan negara. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sejak awal pembabitannya dalam politik telah berikrar mempertahankan Perlembagaan dan tidak pernah tergelincir daripada landasan itu. Ramai lagi pemimpin minoriti yang diangkat menjadi pemimpin negara, berikrar pertahan perlembagaan.

Di Thailand misalnya Thaksin Sinawatra, Chuan Leek Pai, Samak Sundaravej dan Abhisit Vejjajiva walaupun berketurunan Cina tetapi meletakkan kepentingan negara mengatasi kaum. Apakah beliau warga negara sebenar, yang sedia berbuat demikian?

Oleh : Awang Selamat

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment