~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, December 20, 2010

Tanpa Wikileaks, Karpal sudah lama tahu kegiatan seks Anwar!


















Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, aktiviti kegemaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah lama diketahui umum termasuk Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2 September 2004 berhubung kes liwat Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan.

''Tidak perlu WikiLeaks atau Lee Kuan Yew memberitahu kita mengenai aktiviti kegemaran Yang Berhormat (YB) Permatang Pauh kerana Mahkamah Persekutuan Malaysia telah pun memperjelaskan isu ini dengan begitu terperinci,'' katanya dalam blognya, zahrainmp.blogspot.com.

Entri di dalam blognya itu merupakan draf ucapannya di Dewan Rakyat hari ini bagi membahaskan usul syor dan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung pembohongan YB Permatang Pauh ketika perbahasan Usul Titah Ucapan Yang Di-Pertuan Agong pada 17 Mac lalu.

Bagaimanapun draf tersebut tidak dapat dizahirkan ekoran tindakan Ketua Pembangkang dan seluruh Ahli Parlimen pembangkang yang membelakangkan aturan dan perjalanan Dewan.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, meskipun kenyataan Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad yang ketika itu merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan adalah jelas mengenai perilaku tertuduh namun kedua-duanya tetap dibebaskan berdasarkan percanggahan teknikal berhubung tarikh dan masa kejadian.

Di dalam blognya, beliau turut menyentuh bagaimana Karpal yang ketika itu Ahli Parlimen Jelutong memaklumkan Dewan Rakyat mengenai salah laku seks Anwar.

''Apa yang lebih menarik dan harus diketahui umum iaitu tujuh tahun sebelum penghakiman mahkamah tertinggi negara pada 2 September 2004, Karpal sendiri telah memaklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini berhubung salah laku seks Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

''Ada rekod hansard Parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997 di mana YB Bukit Gelugor yang ketika itu YB Lion of Jelutong, mendesak kerajaan menyiasat Akuan Bersumpah Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda.

''Azizan dan Ummi Hafilda telah mengadakan pertemuan sulit dengan YB Bukit Gelugor sebelum itu dan pada tahun sama dalam satu ceramah DAP di Federal Hotel di Kuala Lumpur, YB Bukit Gelugor sendiri menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti berhubung salah laku seks Timbalan Perdana Menteri ketika itu,'' katanya.

Namun, beliau berkata, lain pula ceritanya sekarang ini.

''YB Bukit Gelugor. Pusing 360 darjah! Beliau sanggup menghina Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan semata-mata untuk menegakkan benang basah demi YB Permatang Pauh,'' tambahnya.

Ketika itu Mat Sabu menggelar Anwar dengan panggilan Al-Juburi!!!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment