~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, December 16, 2010

Sikap sebenar Anwar 'cakap tak serupa bikin' semakin terserlah!


















Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini melihat pendedahan laman web WikiLeaks mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembongkaran kepada pembohongan dan cakap tidak serupa bikin yang diamalkan oleh pemimpin pakatan pembangkang itu.

Ini, menurut beliau, apabila didedahkan bahawa Bahagian Risikan Australia dan Singapura mempunyai maklumat 'bukti teknikal' Anwar melakukan kegiatan homoseksual, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus mengambil sikap memaki dan mengkritik dua negara tersebut sebagai telah dibeli oleh Malaysia.

''Walhal, baru sahaja minggu lalu, apabila Ahli Parlimen Bebas dari Australia, Senator Nick Xenophon dijaja sampai ke Parlimen kerana menyokong beliau (Anwar). Malah, Anwar penuh kagum menyatakan beberapa ahli Parlimen Australia menyokong beliau, walaupun latar belakang mereka sangatlah meragukan.

''Antaranya Senator Michael Danby, seorang pejuang hak gay dan lesbian, kemudian Senator Bob Brown, seorang yang tidak percayakan tuhan atau apa-apa agama dan juga Senator Malcolm Turnbull, pejuang perkahwinan sama seks. Itu antara ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar, pemimpin anugerah tuhan itu.

''Dan, Anwar berkokok keliling kampung mengisytiharkan Australia menyokong beliau. Tetapi, bila WikiLeaks mendedahkan Australia mempunyai bukti teknikal, tiba-tiba Anwar membuat u-turn dan memaki Australia. Inilah politik cakap tak serupa bikin pemimpin anugerah tuhan ini. Kalau menyokong dia, very good! Tapi kalau menentang dia, very bad!,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru di dalam blognya http://zul4kulim.blospot.com.

Zulkifli berkata, pihaknya masih ingat bagaimana Anwar pernah meyakinkan semua pihak berkenaan tarikh 16 September dengan memberitahu bahawa Bahagian Risikan Singapura dan Indonesia mengesahkan kepada beliau bahawa beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO akan melompat pakatan pembangkang.

''Anwar tahu mustahil untuk kami membuat cross-check untuk mengesahkan maklumat itu. Takkan kami nak pergi jumpa Bahagian Risikan Singapura dan Indonesia. Kita pun tak tahu nak hubungi siapa.

''Jadi satu kesilapan besar yang saya sedar sekarang ialah kami percaya bulat-bulat apa yang Anwar kelentong, tanpa periksa terlebih dahulu. Saya harap kawan-kawan dalam Pas tidak melakukan kesilapan yang sama. Rupa-rupanya pendedahan WikiLeaks membongkar sebaliknya,'' katanya.

Beliau seterusnya melontarkan beberapa persoalan berhubung pendedahan WikiLeaks terbabit.

''Apa yang merisaukan saya, apa bukti teknikal yang Bahagian Risikan Singapura ada tentang kegiatan homoseksual itu? Adakah dalam bentuk video, gambar, dokumen dan lain-lain?

''Apakah benar dan adakah mereka akan menggunakannya untuk memeras ugut dan akan meletakkan keselamatan negara di bawah ancaman jika pemimpin anugerah tuhan itu menjadi pemimpin negara?,'' soalnya.

Apa pun, katanya, yang penting tentang pendedahan itu adalah pembongkaran pembohongan yang dilakukan oleh Anwar.

''Ini penting kerana ada yang bertanya kenapa selama ini saya menyokong Anwar dan tidak berkata apa- apa. Sebenarnya saya selama ini tidak sedar bagaimana kami semua dikelentong Anwar. Termasuk berkenaan 16 September dan banyak lagi lain-lain hal yang kini saya tahu adalah pembohongan.

Penang wasabi..

No comments:

Post a Comment