~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, December 7, 2010

Henti pertikai hak orang Melayu - Sultan Pahang!

Dilihat seorang demi seorang raja Melayu mula bersuara apabila Ketuanan Melayu mula diusik oleh orang Melayu sendiri. Selepas baginda Sultan Selangor diikuti oleh Sultan Johor. Dan yang terbaharu pula adalah Sultan Perak dan juga Sultan Pahang.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Titah baginda, meskipun orang Melayu mempunyai hak keistimewaan tersendiri namun hak-hak kaum lain tetap terpelihara.

"Tidak wajar perkara ini (hak orang Melayu) dibangkitkan. Dalam Perlembagaan hak-hak semua kaum telah dijelaskan termasuk kebebasan beragama.

"Semua diperuntukkan dalam Perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu melahirkan rasa sedih dengan perbuatan mencuit hak orang Melayu yang kian ketara terutama di kalangan orang politik untuk mencari undi.

Polemik mengenai perkara itu muncul selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan tertinggi parti itu baru-baru ini berikrar untuk tidak meneruskan agenda Ketuanan Melayu jika pembangkang menguasai kerajaan kelak.

Sultan Ahmad dalam titahnya sebelum itu menegaskan, baginda mahu kejayaan cemerlang yang dicapai secara individu diterjemahkan menjadi kegemilangan ummah secara keseluruhannya agar ia dapat dikongsi bersama.

Titah baginda, pada masa ini, ramai individu Islam yang mencapai kejayaan secara peribadi dalam bidang pengetahuan, pembinaan dan perniagaan.

"Justeru, saya mahu melihat kejayaan secara individu itu diterjemah kan kepada kegemilangan ummah secara keseluruhannya," titahnya.

Baginda turut menyeru supaya tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah diterjemahkan ke dalam kehidupan realiti dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.

Tema itu juga, titah baginda, merupakan satu harapan agar semua rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa batasan ideologi, budaya, etnik dan agama.

"Untuk itu, saya menyeru semua pihak supaya berdiri, berfikir dan bertindak sebagai satu warga Malaysia dengan mengambil tindakan berdasarkan kepentingan semua etnik dalam negara," titah baginda.

Kepada orang Melayu yang jadi pengkhianat bangsa itu harap dapat berfikirlah. Kalau rasa-rasa sudah tidak boleh menerima Ketuanan Melayu, dinasihatkan eloklah tinggalkan negara ini!!!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment