~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, December 21, 2010

Guanleaks : Isu Tanah kubur - Exco 'melompat'!



















Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim melenting apabila didakwa tidak mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negeri ini.

Kejadian itu berlaku semasa pertemuan di antara Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dengan Abdul Malik di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), baru-baru ini.

Yang Dipertua PKIM, Aminah Abdullah berkata, Exco tersebut ternyata tidak senang dengan soalan-soalan yang dibangkitkan olehnya mengenai perkara itu termasuk isu tanah kubur.

Menurutnya, Abdul Malik hanya menjawab isu tanah kubur di Jelutong sedang dalam perancangan tetapi tidak disusuli dengan bukti seperti dokumen.

"Oleh kerana tidak mendapat jawapan memuaskan, maka saya tanya kenapa dia (Abdul Malik) dan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman sebagai orang Melayu tidak turun padang melihat masalah mereka.

"Tetapi dia 'melompat' dan menjawab banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan olehnya dan Mansor, bukan setakat isu tanah kubur atau orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas pengalaman yang dilalui oleh ahli Forum Penyelarasan Umat (Forum) setiap kali mahu berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu tanah Lot 21 dan 22 di Jelutong di sini yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.

Semalam, mereka sekali lagi hampa dan kecewa apabila Guan Eng masih enggan bertemu dengan mereka.

Kumpulan seramai 15 orang terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propogation Society International (IPSI) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) menunggu sejam di tingkat tiga Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Seperti yang dilalui sebelum ini, perjumpaan kali ketiga yang dirancang itu juga gagal dengan pelbagai alasan diberikan oleh Pejabat Ketua Menteri.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang memberitahu, beliau membuat temu janji dengan Abdul Malik berikutan kegagalan NGO Islam berjumpa Guan Eng sebelum ini.

Katanya, turut berada dalam pertemuan tersebut ialah Penasihat PKIM, Mohd. Rofi Osman dan dua penduduk Kampung Jalan Masjid, Jelutong.

Mengenai keengganan Guan Eng bertemu NGO terbabit, beliau berkata, Ketua Menteri itu tidak layak untuk mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Dia juga tidak layak mengakui mengikuti prinsip amal maaruf nahi mungkar yang sering dilaung-laungkan," ujarnya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat semakin merempat!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment