~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, April 20, 2010

P94 Hulu Selangor : Zaid Ibrahim Supply Kuda Lumba atau Sekali Berlumba Kuda!


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang kini menjadi sasaran penulis-penulis blog mengakui memiliki seekor kuda lumba. Zaid bagaimanapun menolak dakwaan yang menyatakan dirinya seorang kaki judi hanya kerana memiliki seekor kuda lumba kerana beliau tidak pernah bertaruh dalam perlumbaan kuda.

“Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya, tetapi itu sebelum saya menyertai PKR” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi ceramah di Ampang Pecah, di sini malam tadi.

Zaid diminta mengulas dakwaan sebuah blog, Pisau.net yang mendakwa beliau memiliki seekor kuda lumba yang diberi nama ‘Kelantan’. Kuda itu, dakwa blog berkenaan, dibeli dengan harga NZ$135,000 (RM310,500). Menurut blog tersebut, semua maklumat terperinci mengenai aktiviti lumba kuda Zaid boleh diperolehi di laman web www.BloodHorse.com, www.stephengrayracing.com dan www.stallions.com.au.

Ini merupakan pendedahan kedua berhubung isu moral bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu yang sebelum ini didakwa sebagai seorang kaki botol. Pengakuan Zaid ini turut disiarkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Mengulas lanjut mengenai pendedahan Pisau.net itu, Zaid menganggap tindakan itu sebagai suatu perubahan dalam politik negara. Namun tegasnya, memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi. “Itulah masalah dengan UMNO, mereka tidak dapat membezakan antara judi dan sukan,” katanya.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah tujuan sebenar Zaid memiliki kuda tersebut, kalau bukan untuk berjudi! Adakah bertujuan untuk 'bersukan' sepertimana yang dikatakan oleh Zaid? Adakah dengan adanya wang pertaruhan untuk kuda " KELANTAN " di panggil " bersukan ".!




Bukti diatas menunjukkan Zaid memang seorang kaki judi,bukan saja beliau membuat pertaruhan,malah punyai kuda sendiri bernama "Kelantan"

1. Di laman web BloodHorse.com, Zaid Botol telah bertaruh sebanyak US7847.00 pada 28hb Januari 2009 untuk lumba kuda di New Zealand.

2. Zaid Botol yang memiliki kuda lumba 'kelantan' telah memenangi satu perlumbaan dengan wang tunainya bernilai US450,000.00 pada 25hb Ogos 2006, kuda tersebut telah dibeli oleh Hj Zaid dengan harga NZ135,000.00 - untuk maklumat lanjut layari www.stephengrayracing.com

3. Kalau dilihat dalam Lot 1262, Hj Zaid telah membayar US11,000.00 untuk kuda lumba pada tahun 2009, untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.stallions.com.au/

Jadi apa yang Zaid hendak sorok dan berdalih lagi. Bukti sudah ada di depan mata! Adakah Haji Zaid mahu menyangkal lagi? Fikir-fikirkan lah.

Kita mempersoalkan moral manusia ini,mengapa beliau disokong oleh PAS, malahan saranan Hj Hadi supaya pengundi dan penyokong PAS memberi sokongan 100% bagaikan paksa rela buat pengikut mereka.

Boikot jentera dari PAS sudah semakin buruk dan ini sudah pasti akan mengundang lumpuhnya jentera pilihanraya buat Pakatan Rakyat!

Tetapi adakah kita masih ingat,mereka-mereka ini apabila didalam keadaan terdesak sepertimana berlaku di Permatang Pauh ,demi untuk menyelamatkan keadaan Nik Aziz wali selipar PAS akan mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan cara dan meraih kembali sokongan juak pakatan.
Wallahuallam.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN )

Penang Wasabi

2 comments:

  1. Apa pasal tiada seekor biji mata UMNO pun yang mendedahkan bahawa Tunku Abd Rahman, PM UMNO yang pertama, juga memiliki Kuda lumba, berjudi lumba kuda dan naik Genting sehingga berhari2. Sepatutnya dengan jawatan yang dia pegang, kerja2 ini semua tak boleh buat. Nampak sangat hero2 yang bagitu sibuk tentang kuda ini ialah mereka yang dengki kerana tak ada kuda. Hanya boleh tengok dan telan air liur dari jauh saja.

    ReplyDelete
  2. dah sampai org dlm kubur pun diungkitnya...sah memang sah penjilat2 DAP ni dah terdesak sesgt!

    ReplyDelete