~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, April 23, 2010

Nik Aziz terus dicabar dedah senarai penerima balak!

Blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella kecewa apabila cabarannya agar kerajaan Pas mendedahkan senarai syarikat yang menerima habuan balak dan tanah hutan simpan cuma disahut dengan cercaan kononnya dia 'mabuk dan mengarut'.

Katanya, sudah dua kali dia membuat cabaran itu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini agar mendedahkan senarai itu sejak beliau memimpin kerajaan negeri 20 tahun lalu.

''Saya amat hairan Nik Abdul Aziz tergamak untuk tidak berlaku jujur dan amanah apabila enggan mengeluarkan senarai yang saya minta supaya boleh dijelaskan kepada rakyat siapakah orang yang menerima habuan daripada kerajaan negeri.

''Siapa pula di kalangan ahli Exco, pimpinan Pas Kelantan, ahli keluarga Nik Abdul Aziz dan juga syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ahli Pas yang mendapat semula habuan dalam bentuk 'wang derma' oleh tauke-tauke balak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Azidi yang sebelum ini amat rapat dengan pimpinan politik di negeri Kelantan dan bertugas di Perbadanan Menteri Besar Kelantan, kini aktif mendedahkan kepincangan dalam kerajaan negeri dan turut memaparkan dokumen-dokumen bagi mengesahkan dakwaannya.

Ketika media mendapatkan reaksi Nik Abdul Aziz semalam berhubung cabaran blogger tersebut, beliau dilaporkan berkata: "Itu dia punya fasal. Dia sudah mabuk dan cakap mengarut. Dia menyentuh peribadi orang. Ini bukan wartawan, ini blogger. Mengarut."

Menurut Syed Azidi, senarai penerima habuan balak itu perlu disiarkan supaya rakyat Kelantan dapat penjelasan tentang dakwaan beliau mengenai sumber Pas Kelantan membina bangunan-bangunan tertentu di Kelantan.

''Oleh yang demikian, saya buat kali ketiga mencabar kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz supaya mengeluarkan senarai penuh penerima balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan pertanian semenjak 1990 hingga sekarang.

''Saya tidak mabuk dan bercakap mengarut di dalam blog, sebaliknya saya telah mengemukakan pelbagai bukti.

''Dalam soal bercakap mengarut, saya juga melampirkan bersama bukti cakap-cakap mengarut Nik Abdul Aziz yang telah banyak melukai jiwa dan perasaan umat Islam dan masyarakat Melayu di Malaysia," ujarnya.

Komen : Mana senarai-senarai tu Pok Nik! Patutlah dalam PAS tak ada rasuah kerana bagi PAS RASUAH adalah SEDEKAH! Mengata orang, tapi meraea yang lebih.

Penang Wasabi

No comments:

Post a Comment