~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, April 26, 2010

Kempen Kami Prihatin : Kucing oh kucing!

Mutakhir ini kita dihidangkan dengan pelbagai insiden buang bayi yang sangat menyayat hati. Apakah telah hilang rasa belas ehsan dan kasih sayang pada diri manusia akhir zaman ini, sehingga anak yang tak berdosa sanggup dibuang di tali air, lubang tandas, dan di merata-rata lagi? Kemanakah hilangnya peri belas kasihan ini? Waktu bersuka ‘bersama’, apakah tidak difikirkan akan hal ini? Manusia oh manusia….

Ibu dah tak sayang saya ke??

Apalah dosa bayi ini?

Satu fakta ringkas yang ingin di kongsi bersama dengan pembaca. Tahukah anda bahawa bapa kucing akan membunuh anak kucing yang baru lahir yang didapati ada potensi untuk ‘out-shine’ bapanya bila dia besar nanti? Mungkin bulunya lebih cantik dan sebagainya. Bapa kucing tersebut akan datang dan cuba melarikan anak kucing tersebut dan akan dibunuh atau dimakan akhirnya.

Namun, sifat sayang yang ada pada si ibu kucing akan sedaya upaya untuk mempertahan anaknya yg dikandung sekian lama. Setiap kali, bapa kucing ini datang, si ibu akan berhempas pulas mempertahankan anak dan bertarung dengan bapa kucing meskipon mereka pernah ‘bercinta’ sebelumnya. Begitu hebatnya kekuatan kasih sayang si ibu kucing. Kucing oh kucing….


Nasihat kepada remaja-remaja sekalian. Jagalah diri anda. Jauhi perkara maksiat yang akhirnya akan menyebabkan kita semakin jauh dari rahmatNya. Bermula dengan cinta mencintai, disusuli dengan dinoda dan menodai dan akhirnya sesal sendirian. Anak yang tak berdosa akhirnya dibuang semata-mata untuk menutup malu. Masih belum terlambat utk sedar dan insaf. Hindarilah hubungan yang boleh menjurumuskan kita ke lembah zina. Sedarlah….

Akhirnya, satu artikel menarik yg boleh dikongsi bersama dengan anda semua. Dipetik dari blog:

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/hand-of-hope-21-week-fetus/

Terjemahan dari artikel asal :

Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner.

Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit ‘spina bifida’ yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.

Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C dan telah mebuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doctor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.

Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku.

Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk ‘Hand of Hope-Tangan Harapan”. Dalam tulisannya berkenaan gambar ini,

Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doctor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya”.

Ibu Samuel berkata, mereka menagis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata,

Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit,tp ia adalah mengenai seorang insan kecil.”

Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya.

Moga menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita semua. InsyaAllah.

Penang Wasabi

No comments:

Post a Comment