Pendirian berdiam diri Anwar Ibrahim tentang isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang diperkatakan telah menimbulkan tanda tanya.
Tidak seperti dalam isu-isu lain, Anwar yang menjadi ‘juara’ membangkitkan isu tersebut, sama ada di twitter, laman rasmi ataupun memanggil para wartawan untuk sidang media, namun dalam isu LGBT dan Seksualiti Merdeka, Anwar mengambil pendekatan sebaliknya.
Tidak ada sidang media. Tidak ada pendirian rasmi dari dirinya atau partinya yang sekurang-kurang disiarkan di anwaribrahimblog.com.
Ketua Pembangkang itu kelihatan seolah-olah mahu mendiamkan diri dan sekiranya, ada pertanyaan di twitter berkenaan isu tersebut, beliau hanya menjawab ringkas, kabur dan tidak seperti tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada musuh-musuh politiknya sebelum ini.
Seorang peguam mempersoalkan sikap “berdiam diri” Anwar atau tidak bersuara lantangnya Anwar dalam isu songsang fitrah sebegini apabila kredibiliti beliau dalam isu ini turut dipersoalkan.
“Persoalan apakah beliau (juga) adalah ‘birds of like feather flock together’?”, soal blogger Ibrahim Baba (IB)!
Blogger IB yang pernah menyokong Anwar sejak dari tahun 1998 mula menarik balik sokongan sejak Ketua Umum PKR itu berpendirian tegas tentang isu kalimah Allah. Berkenaan isu LGBT dan Seksualiti Merdeka, blogger IB melihat Ketua Umum PKR itu tidak setegas isu kalimah Allah.
Yang menjadi persoalan besar IB dan mungkin ramai juga orang lain ialah menantikan suatu patah ayat dari Anwar berhubung isu ini.
“IB tidak temui sebarang komen atau posting di dalam blog Anwar, semenjak bulan November ini walaupun terdapat beberapa posting dan komen pada hari ini – semuanya sekitar isu lain”, katanya.
Blogger IB turut memetik twitter Anwar berkaitan dengan isu tersebut :
@anwaribrahim: Dijelaskan:tdk setuju@MZuhairy: DS kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011.. Lawan tetap lawan..Jum ? (7 hours ago)
“Apa yang IB faham: Anwar tidak setuju halang Seksualiti Merdeka apabila menjawab tweet MZuhairy”, katanya.
Menurutnya, sepatutnya dalam isu LGBT dan Seksualiti Merdeka, Anwar yang juga bekas Presiden ABIM lebih tegas menjadi juara untuk mencegah perbuatan aktiviti seks luar tabie itu.
Bukankah ianya bakal memberi impak dan kepercayaan kuat bagi Pak-Pak Haji di kampung dan orang-orang awam kepada Anwar bahawa beliau seorang yang jauh dari amalan yang dituduh dalam kes Liwat I dan kes Liwat II, jika Anwar mengambil pendirian berani dan tegas menentang gerakan LBGT?
Bukankah itu satu political mileage dari kalangan agamawan dan sahabat-sahabat dalam PAS?
“Apakah Anwar lebih penting menjaga hati puak-puak liberalis, pluralis dan sekular demi untuk PRU13?”, katanya lagi.
Sumber : AIDC
Penang Wasabi..
No comments:
Post a Comment