~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, November 7, 2011

Pembangkang tawarkan IPF jawatan!


Yusof Haniff menyampaikan sumbangan wang tunai kepada golongan miskin di Selangor pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) Selangor di Wisma IPF, Seri Kembangan, semalam.


Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) hari ini mendedahkan, pembangkang cuba memancing mereka untuk menyertai pakatan itu dengan menawarkan pelbagai jawatan kepada pucuk pimpinan parti.

Presidennya, M. Sambanthan berkata, sejak beberapa bulan lalu, pembangkang menawarkan tempat untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"Ingin saya tegaskan bahawa kami bukanlah parti yang mengejar jawatan dan mudah dipergunakan untuk kepentingan politik.

"IPF bukanlah gila jawatan. Lihat contoh yang ditunjukkan oleh bekas Presiden, Tan Sri M.G. Pandithan yang berjuang selama 18 tahun, baru mendapat jawatan Senator," katanya pada Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Deepavali di Wisma IPF, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Yusoff Hanif; Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Datuk K.K. Eswaran; Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan dan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Serdang, Datuk Yap Pion Hon.

Kata Sambanthan, sebagai 'anak didik, Pandithan, mereka akan meneruskan prinsip perjuangan parti itu tanpa mengharapkan sebarang jawatan kerana ingin membela nasib kaum India walaupun mengakui perjuangan tersebut penuh berliku.

"Kami sentiasa diuji. Apa yang menyedihkan, ada pihak tertentu yang menyamar sebagai wakil IPF untuk mendapat peruntukan yang diberikan oleh BN Serdang kepada kami. Namun semua cabaran itu menguatkan lagi semangat ahli IPF," katanya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment