~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, February 1, 2011

DAP biaDAP : Karpal dicabar dedah bayaran khidmat guaman daripada Anwar!

Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar supaya memenuhi tanggungjawab politiknya dengan mendedahkan jumlah bayaran yang diterima sebagai peguam bela dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Karpal perlu menjelaskan jumlah itu memandangkan tindakannya mewakili Anwar adalah amat menghairankan kerana beliau pernah mempercayai Anwar terlibat dalam satu lagi kes liwat pada 1997.

Katanya, tuntutan yang semakin mendesak itu perlu diperjelaskan Karpal atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor serta salah seorang pemimpin utama DAP.

"Walaupun pendedahan tentang nilai pembayaran itu bukan satu keperluan undang-undang, Karpal tetap dicabar mengumumkannya bagi membuktikan beliau seorang pemimpin politik yang peka dengan persekitaran.

"Adakah tindakan Karpal mewakili Anwar kerana mahu mencengkam Anwar serta PKR demi kepentingan politik DAP, adakah untuk mempercepatkan atau melambatkan proses keadilan atau sekadar kerana bayaran yang lumayan?

"Kalau kerana bayaran yang lumayan, kita semua akan faham bahawa selain ahli politik, Karpal juga merupakan seorang pengusaha firma guaman yang berjaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan Karpal mewakili Anwar kerana pemimpin DAP itu pernah mendedahkan mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar semasa berucap di Dewan Rakyat pada Oktober 1997 serta ketika berucap di salah sebuah hotel di ibu negara sekitar tahun itu.

Selain itu, kesanggupan Karpal juga menimbulkan pelbagai reaksi apabila beberapa pengamal undang-undang merangkap ahli Parlimen berpendapat beliau perlu dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam kes kali ini kerana mengakui pernah mempunyai bukti dalam kes liwat pertama Anwar dahulu.

Musa menambah, rakyat Pulau Pinang juga kini semakin tertanya-tanya dengan tindakan Karpal yang dilihat seolah-olah mahu melengahkan perbicaraan kes liwat Anwar melalui pelbagai permohonan penangguhan di mahkamah.

"Karpal seolah-olah mahu melengahkan perbicaraan (kes liwat Anwar) dan adakah ia kerana agenda politik DAP yang mahu mengambil kesempatan dalam pakatannya dengan PKR dan Pas," ujarnya.

SINGH IS THE KING!!!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment