~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, February 20, 2011

Tidak perlu wujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam - Abdullah!

















Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang tidak perlu mewujudkan portfolio untuk menjaga hal ehwal bukan Islam kerana kerajaan pusat memang sentiasa menjaga kebajikan agama lain di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng juga tidak semestinya mengambil pendekatan mewujudkan portfolio berkenaan kerana kerajaan pusat memang memberi perhatian kepada penganut agama lain.

"Kerajaan Pusat juga tidak pernah mengenepikan sebarang aduan atau permintaan yang telah disampaikan oleh agama lain, jadi saya fikir tidak perlu apa-apa lagi institusi atau badan untuk beri perhatian kepada perkara itu (hal ehwal bukan Islam).

"Malaysia juga mengakui rakyatnya bukan semua menganuti agama Islam dan kerajaan sentiasa memberi perhatian hal-hal berkaitan agama lain, setakat ini sudah memadai untuk beri respon kepada sebarang masalah yan timbul,” kata Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu : Portfolio Hal Ehwal Bukan Islam tindakan cari publisiti - Tsu Koon

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata pewujudan portfolio baru oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam, hanya untuk mencari publisiti.

Koh, Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ketika beliau memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu “kita sebenarnya telah mengendalikan isu-isu bukan Muslim tanpa mewujudkan porfolio berkenaan.

"Beliau (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) sebenarnya membuat ini sebagai mencari publisiti," katanya pada sidang media di ibupejabat parti Gerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, malah ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kerajaan negeri berjaya menangani isu-isu berkaitan agama bukan Islam dan ‘sering menghubungi dan membantu badan-badan agama lain dalam apa sahaja bantuan yang mereka perlukan.’

Bukan kita kata tidak perlu, cuma dia nak buat publisiti dan apa yang saya hendak katakan tanpa portfolio pun kami telah berjaya menjalankan tugas tersebut,” katanya mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu oleh Lim pada Rabu lepas.

Koh berkata, walaupun pewujudan portfolio itu terletak di bawah budi bicara kerajaan Pulau Pinang, penubuhannya masih dilihat sebagai sekadar mencari publisiti kerana ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, kecuali Lim gagal menanganinya.

Guan Eng marah betul hari ini pasal portfolio baru Hal Ehwal Bukan Islam yang ditubuhkan oleh kerajaannya di mana beliau sendiri menjadi Pengerusi . Bila Muhkriz Tun Mahathir mempertikaikan penubuhan portfolio baru itu sebagai taktik parti itu untuk menarik undi rakyat , khalifah kesayangan puak2 parti cap bulan ini melenting dan menyuruh Muhkriz tanya mengapa di Perak ada portfolio itu juga.

Di Perak , ia berbeza sekali dengan P.Pinang di mana Dr Mah Hang Soon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam. Tidak sama seperti di PP di mana Portfolio yang ditubuhkan Guan Eng khas untuk Hal Ehwal Bukan Islam sahaja .


Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment