~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, February 23, 2011

Nik Aziz perlu berdakwah di P. Pinang dulu!

Hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdakwah kepada ahli DAP wajar dimulakan di Pulau Pinang terlebih dahulu.

Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Jiman berkata, ini kerana, selain Pas menjadi pakatan kepada kerajaan negeri itu, Pulau Pinang juga mempunyai ramai barisan pimpinan tertinggi dan menjadi pusat pemerintahan DAP ketika ini.

Menurutnya, setelah usaha mengislamkan ahli-ahli DAP Pulau Pinang berjaya, maka bolehlah Nik Abdul Aziz memulakan usaha mengislamkan orang-orang Cina di negeri berkenaan.

"Oleh itu, tidak perlulah bagi kerajaan Pulau Pinang mewujudkan portfolio untuk menjaga hal ehwal bukan Islam di negeri itu dan ia wajar diperluaskan ke negeri-negeri lain.

"Justeru, kami menyokong penuh langkah Nik Abdul Aziz untuk mengislamkan semua ahli-ahli DAP kerana Nik Abdul Aziz berkata langkah Pas bekerjasama dengan parti itu adalah usaha dakwah," katanya di sini hari ini.

Minggu lalu, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang menjelaskan hubungan dengan DAP membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada parti itu kerana perkara tersebut gagal dilakukan oleh UMNO.

Jawapan itu diberikan Mursyidul Am Pas itu berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini yang membangkitkan hubungan Pas dengan DAP.

Dalam pada itu, Mohamed Ghani menyifatkan, Nik Abdul Aziz bukan merupakan seorang ulama Islam kerana sering memanipulasikan fatwa-fatwa kepada orang Islam di seluruh Malaysia.

"Beliau mengeluarkan fatwa tapi menyeleweng sehingga sanggup mengaibkan orang lain termasuk mencarut dan fatwa itu tidak mengikut perlembagaan," katanya.

PAS yang hamPAS!!!

Penang Wasabi

No comments:

Post a Comment