~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, February 15, 2011

Apa motif sebenar Dr. Asri?



















Tidak ada sebab sesetengah pihak cuba mengaitkan apa yang terjadi di Mesir mungkin boleh juga berlaku di Malaysia. Ada kenyataan bersifat provokasi seakan-akan mahu menghasut rakyat bertindak turun di jalanan menentang kerajaan.

Kebanyakan pendapat itu lebih bersifat peribadi terhadap kekecewaan mereka terhadap sesuatu isu yang mereka perjuangkan. Mereka ini mahu rakyat bangkit kononnya ini 'suara rakyat'. Mereka ini gembira dan puas jika negara kita huru-hara dan tidak aman.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin berkata, tidak mustahil apa yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia jika rakyat negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan. Katanya, walau pun Malaysia lebih makmur dari Mesir namun rasa tidak puas hati boleh dicetuskan dari aspek lain seperti kebebasan bersuara yang semakin terhakis.

Apakah kebebasan bersuara yang Dr. Asri maksudkan? Apakah kerana beliau tidak dibenarkan memberi ceramah maka beliau mahu menarik rakyat bangun menentang? Beliau sendiri tahu mengapa beliau dilarang berceramah. Atas sebab itu maka beliau mahu Malaysia menjadi seperti Mesir?

Sebagai seorang intelektual, Dr. Asri menyerlahkan kedangkalan fikiran dan kita tahu apa yang tersirat di sebalik kenyataannya yang dipetik oleh Malaysiakini itu. Beliau sepatutnya mencermin diri dan tidak perlu mengambil kesempatan daripada peristiwa Mesir membuat kenyataan yang berbau dendam.

Gunakanlah intelektual yang ada untuk membangun dan membina umat Islam yang kini dirasuk oleh pelbagai fahaman yang bukan saja merosakkan akidah malah telah memecah-belahkan umat Islam. Ini sepatutnya menjadi jihad kepada golongan intelektual seperti beliau.

Sebagai pemikir Islam, beliau patut memperbetulkan kecelaruan pemikiran masyarakat Islam, terutama yang menjadikan Islam sebagai alat berpolitik seperti yang dilakukan oleh ulama politik, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ini yang patut menjadi fokus Dr. Asri.

Sekurang-kurangnya beliau dapat menyelamatkan umat Islam tidak dikelirukan oleh 'fatwa' Nik Aziz yang dibuat semata-mata untuk kepentingan politik.

Sampai bila kemungkaran dan kebatilan politik ini hendak dibiarkan? Apakah kita mahu menunggu sehingga umat Islam di negara ini hancur dan hidup tanpa akidah yang benar? Atau kita bersetuju dengan saranan menteri mentor Singapura yang mahu umat Islam tidak terlalu berpegang teguh pada ajaran Islam? Nak jadi apa kita?

Oleh : M.HANAFIAH A SAMAD

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment