~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, February 22, 2011

Nik Aziz semakin merapu, cakap tak serupa bikin!


















Kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mempunyai ulat dalam otaknya. Ini adalah kerana belum pernah seseorang yang mendakwa dirinya ulama mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai tindak balas apabila ditegur.

Jika Nik Abdul Aziz menegaskan tidak boleh menerima saranan Zulkifli maka kita menyeru beliau merujuk kepada surah Abasa yang menuntut kerjasama sesama Islam didahulukan sebelum bekerjasama dengan bukan Islam. Ternyata Nik Abdul Aziz adalah seorang ahli politik yang menggunakan agama untuk kepentingan diri kerana cakap tidak serupa bikin.

Nik Aziz juga tidak layak untuk bercakap tentang demokrasi kerana jawatan yang disandangnya tidak boleh dipertandingkan dan Nik Abdul Aziz sendiri memang suka ia berterusan begitu dan kalau boleh jawatan tersebut hendak dibawanya sekali ke liang lahat!

Semalam, Nik Abdul Aziz menyifatkan Ahli Parlimen Bebas itu mempunyai ulat di dalam otaknya ketika mengulas saranan Zulkifli yang mahukan Menteri Besar Kelantan itu merujuk surah Abasa.

Pada perkembangan berasingan, Nik Abdul Aziz didesak untuk menjelaskan tindakan yang bakal diambil ke atas menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung beberapa kes penyelewengan yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Sekiranya Nik Abdul Aziz seorang tok guru tulen yang beramal mengikut prinsip Islam, sudah pasti Mursyidul Am Pas itu tidak perlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak.

Nik Abdul Aziz sepatutnya dengan sendiri bertindak terhadap Ariffahmi kerana beliau berkuasa penuh di Kelantan. Namun apa yang kita lihat adalah disebaliknya, Nik Aziz sebaliknya terus mempertahankan Ariffahmi seolah-olah menantunya itu proksi kepada beliau.

Jadi kita minta Tok Guru mengambil tindakan terhadap menantunya, jika tidak, kita berpendapat Nik Abdul Aziz tidak perlu melaungkan mengenai agama dan Rasulullah. Ramai yang mengatakan Nik Aziza sama tarafnya dengan Ketua Pembangkang yang masih lagi bergelut dengan kes liwatnya iaitu Anwar Ibrahim! Maka Nik Aziz arus bertaubat segera sebelum Karpal Singh bersuara!

Untuk pengetahuan, SPRM Kelantan minggu lalu memaklumkan telah melengkapkan kertas siasatan beberapa aduan membabitkan Ariffahmi yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment