~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, August 13, 2014

Pakatan pembangkang bukan parti berdaftar - Khalid?


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri diketuai pemimpin berstatus wakil rakyat bebas sedangkan mereka tidak sedar bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti berdaftar.

Katanya, pihak berkenaan khususnya pemimpin PKR dan DAP bahawa pakatan pembangkang haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar.

"Kerajaan negeri pimpinan saya selaku Menteri Besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota Exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi Exco daripada PKR.

"Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada...UMNO pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat (pembangkang) bukan badan berdaftar," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment