~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, August 14, 2014

Mohd. Saiful saman Anwar RM50j?


Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman RM50 juta terhadap Ketua Pembangkang itu yang menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.

Menurut Mohd. Saiful, dakwaan beliau telah berbohong dan membuat laporan polis palsu pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian Anwar meliwatnya dan insiden terakhir berlaku pada 26 Jun 2008 di unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di sini telah menyebabkannya (Mohd. Saiful), diaibkan dan difitnah teruk oleh Anwar.

Mohd. Saiful, 29, memfailkan saman tersebut pada 23 Jun lalu melalui firma guaman, Tetuan Zamri Idrus & Co. dan salinan pernyataan tuntutan diperoleh pihak media hari ini.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful ketika menghadiri pengurusan kes saman itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberitahu pemberi-ta, Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin mengarahkan Anwar yang diwakili peguam Shahid Adli, memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum 3 September ini.

Mahkamah juga menetapkan 8 Oktober ini untuk pengurusan kes tersebut.

Menurut pernyataan tuntutan berkenaan, Mohd. Saiful selaku pihak plaintif mendakwa, beliau tidak pernah berbohong dan kandungan laporan polis itu adalah perkara sebenar dan kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.


Mohd. Saiful menyatakan, beliau bekerja dengan Anwar mulai Mac 2008 sehingga Jun tahun sama pada usia 22 tahun dan beliau sering dibawa Anwar untuk lawatan ke luar negara, diberi elaun lumayan dan diminta menginap di hotel sama yang disewa oleh bekas majikannya itu.

Pihak plaintif berkata, beliau diminta melakukan pelbagai tugasan seperti yang diarahkan oleh Anwar, 67, yang dinamakan sebagai pihak defendan dan mendapat beberapa keistimewaan daripada Anwar ketika itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 9 Januari 2012, telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful, selepas berakhirnya perbi-caraan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun pada 7 Mac lalu telah dihukum penjara lima tahun setelah Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah atas pertuduhan tersebut apabila panel tiga hakim membenarkan rayuan pihak pendakwa raya.

Malahan Mahkamah Rayuan menurut Mohd. Saiful, dalam penghakiman bersetuju dengan dapatan fakta Hakim Mahkamah Tinggi me-ngenai kredibilitinya sebagai saksi yang boleh dipercayai dan tidak berbohong dalam laporan polis tersebut.

Walhal pihak defen-dan katanya, menyifatkan laporan polis itu sebagai fitnah, satu konspirasi jahat selain pemalsuan ke-terangan terhadap Anwar.

Menurut pihak plaintif, pihak defendan dalam beberapa cera-mahnya menyatakan laporan polis yang dibuatnya adalah palsu dan fitnah sehingga menyebabkan beliau dimalukan dan difitnah de-ngan teruk sekali.

Akibat daripada tindakan Anwar itu, Mohd. Saiful berkata, beliau telah dicemuh dan dipandang rendah, menghadapi pelbagai tohmahan sama ada dalam laman sosial dan laman sesawang oleh pengikut dan masyarakat yang mempercayai tuduhan pihak defendan itu.

Katanya, di laman sosial Facebook pula terdapat akaun atas nama 'Kami benci Saiful Bukhari' yang mendapat sekurang-kurangnya 134,000 'like'.

Perbuatan Anwar juga telah menyebabkan maruah dan nama baik-nya tercemar dan dirinya dilihat sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, mengalami kesukaran untuk berurusan bagi mendapatkan pelanggan sejak menjadi ejen insurans mulai 2011.

Fitnah tersebut juga menurut Mohd. Saiful, telah menyebabkan beliau mengalami tekanan yang teruk apabila dituduh memfitnah, berniat jahat dan dipandang serong oleh masyarakat.

Selain itu, plaintif mendakwa, beliau sehingga kini mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan akibat diliwat Anwar.

Katanya, beliau yang telah melalui tempoh penderitaan yang panjang sejak 2008 dan masih berterusan sehubungan itu me-nuntut ganti rugi RM50 juta selain ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment