~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, August 9, 2014

Pakatan amal dwi-standard hentam Khalid?



Sebahagian pimpinan pakatan pembangkang mengamalkan sikap dwi-standard apabila bebas mengkritik dan menghentam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun melakukan perkara sebaliknya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, perbandingan yang terlalu ketara itu dapat dilihat berdasarkan perbezaan sikap pakatan pembangkang terhadap projek mega lebuh raya Kidex di Selangor dengan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang

'Jika diperhatikan, Abdul Khalid dikecam hebat oleh sebahagian pimpinan pakatan kerana tidak meminta kebenaran daripada majlis pimpinan tertinggi pakatan dalam kes projek air, Kidex, pengurusan kewangan PBT (pihak berkuasa tempatan) dan sebagainya sehinggakan beliau diberi surat tunjuk sebab dan diheret ke jawatankuasa disiplin PKR (Parti Keadilan Rakyat).


"Persoalan saya, apakah Guan Eng pernah membentangkan perancangan projek meganya kepada mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan?," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya, di sini hari ini.

Nasrudin mengutarakan pandangan itu berikutan perbandingan beliau antara kontroversi projek lebuh raya Kidex dengan kontroversi projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang sebelum ini menerima kecaman daripada Guan Eng yang turut mengancam untuk mengambil tindakan saman terhadap Ahli Parlimen Temerloh itu.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment