~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, March 29, 2014

#MH370 Hari Ke-22 : MAS sahkan pilot ikuti tapisan psikologi?


Malaysia Airlines (MAS) telah mengesahkan bahawa kedua-dua juruterbang telah melalui tapisan psikologi sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Esekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata tapisan itu dilakukan ke atas semua juruterbang baru dan dikendalikan oleh doktor penerbangan melalui temuduga.

“Ia sesuatu yang kita kendalikan setiap tahun dan juga setiap enam bulan… bergantung kepada usia mereka,” katanya pada sidang media bersama Pemangku Menteri Pengangkutan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.

Walau bagaimanapun Ahmad Jauhari kurang pasti samada kedua-dua juruterbang kenali satu sama lain..

“Tiada keperluan untuk mereka mengenali satu sama lain… tetapi kita ada komuniti juruterbang yang besar dan mereka mengenali satu sama lain dalam kumpulan. Kadang-kala mereka tidak kenal,” jelasnya.

Kata beliau lagi, untuk juruterbang dan pembantu juruterbang, MAS mempunyai sistem penjadualan automatik.

Baru-baru ini, pihak polis telah menemubual lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang dan pembantunya bagi membantu siasatan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment