~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, March 6, 2014

Dr. Afif disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan apabila menyatakan tidak hairan dengan perbuatan penjenayah membunuh polis.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd. Rahim berkata, Dr. Afif sepatutnya bersikap sensitif terhadap keluarga anggota-anggota polis yang terkorban ketika menjalankan tugas.

Menurut beliau, kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang itu boleh mengguris perasaan keluarga mangsa.

"Kita faham Dr. Afif ingin bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi di dalam AMK dan ingin dilihat sebagai seorang pejuang rakyat menjelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Namun, kenyataan yang tidak sensitif tidak sepatutnya digunakan sebagai platform untuk meraih sokongan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Afif menerusi laman sosial Twitter miliknya berkata: "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah."

Seorang anggota polis, Koperal Raja Aizam Raja Mohd., 53, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas cedera parah ditikam di kepala oleh penjenayah warga asing semasa melakukan rondaan di sebuah lorong di Taman Sentosa, Klang awal pagi semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norsalmah Nordin, 50 dan empat anak berumur 17 hingga 25 tahun.

Rakan setugasnya, Koperal Mohd. Aidil Mustafa, 29, pula cedera parah manakala dua penjenayah berjaya ditembak mati dalam kejadian berkenaan.

Tambah Rafizal, Dr. Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang perlu memohon maaf kepada keluarga mangsa yang pasti terguris dengan kenyataan itu.

"Janganlah menambah kedukaan mereka dengan membuat kenyataan sebegini," ujarnya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment