~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Sunday, March 9, 2014
Anwar dah tak boleh tahan dengan Khalid...!!! Tegur Khalid secara terbuka?
Anwar Ibrahim secara terbuka menegur sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terlalu mempercayai 'penasihatnya' dalam membuat sesuatu keputusan membabitkan pentadbiran kerajaan negeri.
Anwar berkata, Abdul Khalid sepatutnya juga merujuk kepada sekutu politik PKR iaitu DAP dan Pas sebelum membuat sebarang keputusan.
"Saya bergurau dengan Abdul Khalid baru-baru ini dengan berkata, janganlah dengar daripada penasihat kamu sahaja tapi dengar juga penasihat pakatan pembangkang.
"Saya tidak mahu media arus perdana memutar belit, nak laga-lagakan saya dengan Abdul Khalid," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima di sini hari ini.
Perbalahan politik antara Abdul Khalid dan Anwar sejak kebelakangan ini semakin ketara.
Terbaharu, kedua-dua pemimpin tersebut dilihat berbalah berhubung isu persetujuan kerajaan negeri untuk menandatangani Perjanjian Awal dengan Kerajaan Persekutuan yang mengandungi maklumat lebih menyeluruh dan terperinci tentang penstrukturan semula industri air di Selangor.
Persetujuan itu diumumkan oleh Abdul Khalid dalam sidang akhbar sebelum Anwar beberapa jam kemudian mengarahkannya menangguhkan dahulu perjanjian berkenaan.
Anwar mengeluarkan arahan itu dengan alasan perkara tersebut tidak boleh dilakukan selagi kepimpinan negeri dan pakatan pembangkang tidak diberi penjelasan sepenuhnya sedangkan Abdul Khalid sebelum ini sudah menyatakan apa yang beliau lakukan adalah demi kepentingan rakyat.
Sebelum ini Anwar juga dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan Abdul Khalid yang tidak memaklumkan kepada beliau berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani.
Penang Wasabi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment