~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, March 9, 2014

Politik laki bini dan anak beranak : Wan Azizah dikitar semula?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa mengitar semula Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan memilih beliau sebagai calon untuk menggantikan suaminya, Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.

Pencalonan Wan Azizah, 62, itu dilihat sebagai strategi meraih simpati dengan memperalatkan beliau sebagai mangsa keadaan setelah Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar pada Jumaat lalu kerana didapati bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Ketika ditanya sama ada beliau berperanan sebagai 'pemanas bangku' untuk Anwar seperti yang pernah dilakukannya pada PRK Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos 2008, Wan Azizah memberitahu, pihak yang membuat dakwaan itu bebas untuk berkata apa sahaja yang mereka suka.

"Namun, apa yang lebih penting, nama saya diketengahkan kerana saya merupakan Presiden PKR dan perlu memikul tanggungjawab ini.

"Saya juga fikir saya perlu memperjuangkan keadilan terutama untuk wanita," katanya.

Keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah itu diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat parti tersebut dalam sidang akhbar di Kampung Sungai Sekamat, di sini hari ini.

Anwar Ibrahim mengangkat tangan bersama isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Kit Siang selepas mengumumkan calon PRK DUN Kajang di Sungai Sikamat, Kajang, semalam.

Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Pengumuman Wan Azizah sebagai calon PKR itu tidak mengejutkan kerana nama beliau sebelum ini disebut-sebut sebagai salah seorang pemimpin parti tersebut yang bakal menggantikan Anwar pada PRK DUN Kajang.

Pemilihan beliau itu seterusnya mengetepikan peluang pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuk Saifuddin, Rafizi dan anak perempuannya sendiri, Nurul Izzah Anwar untuk bertanding.

Sementara itu, Anwar berkata, Saifuddin agak keberatan untuk memikul tanggungjawab bertanding sebagai calon parti pada PRK DUN Kajang.

"Saifuddin mahu menumpukan kepada tugasnya sebagai Setiausaha Agung parti dan beliau yakin Wan Azizah merupakan calon terbaik," ujarnya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment