~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, April 1, 2014

#MH370 Hari Ke-25: Hishammuddin balas surat peminat Perancis?



Dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, antara lelaki yang memikul tanggungjawab dan menjadi tumpuan dunia adalah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Di sebalik kritikan dan hentaman yang diterima sepanjang operasi ini, terdapat seorang kanak-kanak berusia 15 tahun dari Paris yang memberi pandangan berbeza.

Victor Lopez, kanak-kanak yang berasal dari Perancis telah menulis surat kepada Datuk Seri Hishammuddin menyatakan sokongannya terhadap usaha Datuk Seri.

Surat tersebut bertulis: "Kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Saya berusia 15 tahun dan amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat ini untuk menyatakan kekaguman terhadap personaliti dan setiap tindakan yang anda ambil.

"Saya akan sangat gembira jika menerima autograf pada satu kad kecil yang dikirimkan kepada anda. Saya amat berterima kasih," kata surat tersebut.

Baru-baru ini Hishammuddin berpeluang membalas surat tersebut dengan menyatakan tanda penghargaan kepada Victor, selain turut memberitahu akan terus mengetuai pencarian pesawat MH370.

"Terima kasih kerana menulis jauh dari Paris. Ingatan dan kata-kata dari orang seperti anda memberi kekuatan untuk saya terus mengetuai pencarian MH370.

"Terima kasih sekali lagi dan carilah masa untuk melawat Malaysia Truly Asia jika berkesempatan. Belajar rajin-rajin".

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment