~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, March 26, 2014

#MH370 Cina Kiasu Jadi Dalang Tuduhan Malaysia Pembunuh?


Semua pihak sedia maklum dan faham bahawa dalam keadaan tertekan pelbagai perkara boleh berlaku.Apatah lagi dalam insiden melibatkan misteri kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airline Berhad.

Oleh kerana itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk ahli keluarga yang kini kehilangan orang yang tersayang berdepan dengan situasi segenting ini.

Pada saat ini segalanya mungkin berlaku dan ianya sudah barang pasti akan menyebabkan usaha bersepadu yang sedang di gerakkan oleh seluruh pasukan SAR akan sedikit terganggu.

Pada ketika pelbagai spekulasi muncul di saluran-saluran media , perkara utama yang di khuatiri berlaku adalah ketidakmampuan ahli-ahli keluarga mangsa menanganinya memandangkan pihak kerajaan Malaysia sebagai peneraju utama pasukan SAR tidak boleh dengan sesuka hati mengeluarkan kenyataan tanpa mempunyai bukti serta pengesahan pihak-pihak pakar yang di iktiraf dunia.

Kini sesuatu yang di khuatiri boleh berlaku telah berlaku , sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China pesawat MH370 di laporkan telah berarak ke kedutaan Malaysia di Beijing dalam keadaan marah.

Menurut laporan daripada AFP kira-kira 200 ahli keluarga sesetengahnya menangis sambil berpimpin tangan menjeritkan slogan "Kerajaan Malaysia Pembunuh" dan "Kami Mahu Keluarga Kami Semula".

Dalam perarakan tersebut salah seorang anggota keluarga mangsa penumpang MH370 membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia , pasukan tentera dan MAS kerana terus melengahkan operasi pencarian selain daripada tuduhan bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan sesuatu.

Kain rentang juga turut di bawa oleh mereka dengan tertera perkataan "MAS Hutang Kami Satu Penjelasan" , "MH370 Jangan Biarkan Kami Menanti terlalu Lama" dan "1.3 Billion Rakyat Menunggu Sambut Pesawat Itu".

Satu tindakan yang di rasakan amat tidak wajar di saat semua pihak sedang bertungkus lumus berganding bahu mengesan kedudukan pesawat serta mencari jawapan kepada kejadian tersebut.

Tindakan rakyat China ini juga di lihat sebagai tidak adil memandangkan kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya upaya di dalam mencari pesawat malang tersebut. Malah kerjasama yang erat di antara Malaysia dan negara China sendiri sebenarnya di jalin sejak hari pertama insiden ini di laporkan selain daripada usaha bersama sehingga kini dalam operasi SAR.

Sekiranya semua pihak merujuk kepada apa yang sedang di lakukan oleh kerajaan Malaysia , mereka akan faham bahawa tidak ada sebarang perkara yang di sembunyikan malah sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini menjelaskan kepada dunia bahawa kenyataan yang di buat sebaik sahaja mendapat petunjuk yang di perakui oleh mereka yang pakar adalah satu komitmen yang tinggi di ambil oleh kerajaan walaupun mereka tahu kesannya akan mewujudkan rasa kurang selesa sesetengah pihak contohnya tentang BUKTI kenyataan tersebut.

Namun ianya tetap di lakukan kerana Malaysia tidak mahu menyembunyikan sebarang maklumat yang di sahkan oleh pakar-pakar yang terlibat dalam operasi mengesan pesawat MH370.Baca Sini

Paling di bimbangi adalah bantahan yang di lakukan oleh rakyat China itu , selain daripada faktor tekanan ianya juga di percayai bermula daripada hasutan serta sebaran maklumat palsu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan sumber di percayai golongan ini merupakan orang cina tempatan yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional atau penyokong parti politik yang telah menghasut dan meracuni fikiran rakyat China dengan berita-berita yang di reka serta maklumat palsu yang sengaja di ada-adakan.

Tujuannya untuk melihat kerajaan memerintah kini (BN) di tumbangkan melalui permainan kotor mereka dalam memanipulasi misteri kehilangan MH370.Golongan tersebut juga di beritakan sedang rancak memainkan peranan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia serta meracuni pemikiran keluarga penumpang cina untuk mencapai agenda mereka.

Dalam masa yang sama akhbar-akhbar cina juga di lihat seiring dengan permainan halus ini dengan melaporkan secara meluas berita bantahan di kedutaan Malaysia.Ini berdasarkan kepada berita-berita yang di laporkan itu seolah-olah menunjukkan pihak akhbar cina juga turut bersetuju dengan dakwaan palsu yang sengaja di perbesar-besarkan oleh keluarga penumpang pesawat malang MH370 di Beijing.

Dengan apa yang sedang berlaku kita harus bertanya kepada diri sendiri !

Apakah adil bagi sesetengah pihak untuk membuat tuduhan-tuduhan sedemikian di saat kerajaan Malaysia begitu komited dalam usaha mengesan dan mencari pesawat MH370 daripada saat ianya di sahkan hilang ?

Adakah wajar kerajaan Malaysia di persalahkan sedangkan hakikatnya semua pihak masih belum menemui jawapan kepada misteri kehilangan pesawat MH370 ?

Dengan komitmen yang di tunjukkan oleh kerajaan Malaysia serta bantuan daripada seluruh dunia yang kini di gembleng bersama melibatkan Amerika Syarikat , China , Australia , New Zealand , Jepun , dan lain-lain rasanya tuduhan sedemikian menyimpang daripada matlamat keseluruhan operasi yang kini giat di jalankan.

Yang pasti kerajaan Malaysia dan seluruh negara yang terlibat tetap meneruskan usaha dan punya keyakinan serta harapan yang tinggi untuk mendapatkan jawapan kepada apa yang sebenarnya berlaku.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment