~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, November 17, 2013

Peguam pembangkang dicabar beri khidmat guaman kepada Loade Ardina?


Pembangkang di negara ini terbukti bersikap anti polis kerana tiada sebarang ucapan tahniah mahupun penghargaan dibuat terhadap kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas Ardi Hamza atau nama sebenarnya Loade Ardina Loade Rasila.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, sebaliknya pembangkang lebih gemar membela penjenayah termasuk kumpulan gangster sehingga sanggup menuduh polis sebagai trigger happy (menembak sesuka hati).

Namun jelas beliau, tuduhan pembangkang itu jelas berniat jahat kerana terbukti Loade Ardina, suspek utama dalam kes pembunuhan kakitangan AmBank, Norazita Abu Talib, ditangkap tanpa sebutir peluru pun dilepaskan pihak polis serta tiada secalit calar pun di badannya.


"Sebab itu, saya nak cabar pembangkang terutamanya peguam terkemuka mereka. Sila beri khidmat guaman percuma kepada Loade Ardina kerana ini detik terbaik untuk mereka mendapat publisiti murahan sebagaimana dilakukan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada 23 Oktober lalu, Norazita yang ketika itu sedang membuka peti besi, maut selepas ditembak di muka menggunakan senjata jenis pump gun sebelum suspek yang juga warga Indonesia melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Suspek bagaimanapun berjaya diberkas ketika cuba meloloskan diri melalui laluan tikus di Kota Tinggi, Johor, selepas 19 hari diburu pihak berkuasa.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment