~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, November 19, 2013

Ketua Pembangkang dibidas burukkan kepemimpinan di luar negara?


JAKARTA - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai seorang warganegara yang tidak bertanggungjawab kerana terus memburuk-burukkan kepemimpinan negara di luar negara.

Perbuatan Anwar memperkecil pemimpin-pemimpin negara kata Sohaimi, jelas memperlihatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mahu menjadi seorang ahli politik yang populis dan sekali gus meraih simpati orang asing terhadap kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu.

Tindakan tidak bertanggungjawab Anwar juga tegas beliau, memberi gambaran yang jelas tidak memiliki semangat nasionalisme yang seharusnya ada dalam setiap diri warganegara Malaysia.

"Inikah nilai seorang Ketua Pembangkang dengan memburuk-burukkan kepemimpinan negara kepada orang asing? Saya fikir, Anwar harus lebih bijak berpolitik. Sikap sebegini tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin seperti beliau.


Apa yang disebut di sini (Indonesia) semuanya tohmahan yang tidak berasas," kata Sohaimi kepada wartawan di sini semalam.

Sohaimi yang juga Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia dilantik ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Kedutaan Besar Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang mencemuh kepemimpinan negara serta mendakwa pakatan pembangkang gagal memenangi PRU-13 disebabkan oleh penipuan dalam sistem pengundian serta skrip- skrip lama yang dikitar semula dalam usaha menarik perhatian orang asing.

Dakwaan-dakwaan itu dibuat Anwar dalam satu kuliah umum an juran Fakulti Ilmu Sosial Politik di Universiti Indonesia di sini minggu lalu yang dihadiri oleh 300 orang termasuk mahasiswa serta orang awam.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment