~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, April 18, 2014

Saksi: 'Saya tak tahu itu Karpal'?


'Saya tak tahu itu Karpal' kata salah seorang saksi kepada kemalangan yang telah meragut nyawa tokoh politik Karpal Singh.

Menurut pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45, dia terus meninjau keadaan MPV tersebut dan dapati ada mangsa yang cedera.

Katanya, dia hanya tahu siapa mangsa setelah beberapa kenderaan berhenti dan maklumkan bahawa mangsa kemalangan terlibat adalah Karpal Singh.

Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.

Anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, yang turut berada dalam MPV berkenaan tidak cedera dan pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lagi penumpang adalah pembantu rumah warga Indonesia yang parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.

Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment