~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, September 11, 2013

Syiah akui mereka bukan Islam?


Jakim Bongkar Syiah Mohon Keluar Islam

Pengikut-pengikut tegar Syiah sanggup memohon untuk diisytiharkan keluar daripada Islam semata-mata bagi mengamalkan ajaran itu secara terbuka.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui menerusi ratusan salinan surat permohonan yang diterima pihak Jakim.

Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.

"Secara terang-terangan mereka menguji kekuatan iman dan kekuatan pegangan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya ketika berucap dalam Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment